Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Kelebihan Menghafaz Ketika Usia Muda

Rebutlah peluang diwaktu muda dan tatkala usia kanak-kanak, kerana kanak-kanak jiwanya lebih bersih dan tidak pula sibuk. Telah diceritakan dari al-Ahnaf bin Qais, beliau telah mendengar seorang lelaki berkata: Belajar sewaktu usia masih kecil bagaikan mengukir sesuatu ke atas batu, lalu al-Ahnaf berkata : Orang dewasa lebih matang aqalnya, tetapi hatinya terlalu sibuk.


Bagi mereka yang melewati usia muda (untuk menghafal), jangan sekali-kali ia bermudah-mudah dalam menghafal al-Qur’an, kerana sekiranya beliau mengosongkan hatinya dari banyak kesibukan dan persoalan lain, dia akan dapati amat mudah untuk menghafal al-Qur’an yang dia mungkin dia dapati pada yang lain. Allah berfirman :


Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(al-Qamar : 17)


Dan ini adalah sebahagian dari ciri-ciri al-Qur’an yang mulia.


Wahai sahabatku , jangan sekali-kali kamu lupa , bahawa manusia apabila sampai keperingkat umur “dewasa”, pandangannya akan semakin lemah, dan mungkin dia tidak mampu lagi untuk membaca al-Qur’an daripada helaian mashaf, ketika itu dia akan mendapatinya apa yang dia hafal didadanya sebagai “harta karun” yang akan dia baca dan untuk dia menggunakannya untuk bertahajud….dan sekiranya dia tidak menghafal apa-apa dari ayat al-Qur’an yang akan dia ingati, dia pasti akan amat menyesalinya…..


Nasihat oleh : Syeikh Dr Anas Karzoum




Sumber asal: klik di sini