Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Saturday, January 28, 2023

Pemecatan ahli, keberanian Zahid

 SESUDAH SUBUH

Khairy, Hishammudin dan Razlan
antara dipecat dan digantung. Foto: FMT
PARTI Umno telah mencatat sejarah hitam terbesar semalam sejak penubuhannya 77 tahun lampau apabila memecat ratusan ahlinya termasuk empat pemimpin tertingginya. 

Tindakan itu diambil untuk membersihkan parti berkenaan daripada anasir yang mengkhianti parti yang dianggap keramat selama ini, apabila cuba melakukan sabotaj dan pengkhianatan kepada parti.

Empat pemimpin tertinggi terbabit dengan tindakan itu dibuat dalam mesyuarat MT Umno malam tadi; mereka adalah bekas Ketua pemuda Khairy Jamnaluddin Abu Bakar yang dipecat  terus daripada parti.

Monday, June 27, 2022

Tajuddin Rahman terbalikkan tong sampah Umno

 SUSUPAN PETANG

Tajuddin diapit oleh para penyokongnya
dari Umno  bahagian Pasir Salak
disidang akhbarnya.
BERITA panas hari ini ialah sidang akhbar yang diadakan oleh bekas MT Umno yang juga ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman lewat tengah hari tadi. 

Sidang akhbar itu merupakan suatu pendedahan mengejutkan kerana ia di luar jangkaan orang-orang Umno sendiri kerana ia merupakan pendedahan mengenai kebusukan dalam parti kebangsaan itu, yang boleh disifatkan sebagai perbuatan membalik (menungging) tong sampah parti sendiri, Umno. 

Wednesday, June 22, 2022

Apa yang Umno Kelantan bincang di Bangkok?

 SENDA TENGAH HARI

KETIKA ini Umno Kelantan sedang mengadakan permukiman di Bangkok selama tiga hari, bermula hari ini dan berakhir 21 Jun ini. Khabarnya setiap bahagian menghantar lima orang wakil termasuk ketua, timbalan ketua, ketua pemuda, wanita, bahagian setiausaha dan bendahari. 

Permukiman itu menurut banner yang ternampak,  "Pengupayaan Dasar dan Matlamat PRU-15" untuk Kelantan.

Memahami maksud tema itu, Umno Kelantan mencari solusi dan kesimpulan untuk menghadapi pilihan raya akan datang; membincang dan menentukan arah dan matlamat untuk dicapai dalam pilihan raya itu. 

Friday, April 15, 2022

Jika ikhlas berikan jawatan presiden bukan jaminan jadi PM kepada Ismail Sabri

SESUDAH SUBUH

Ismail Sabri perlu berhati-hati.
MESYUARAT MKT Umno semalam telah membuat empat ketetapan seperti mana diumumkan oleh
Setiausaha Agung Ahmad Maslan. Empat perkara itu; bersetuju untuk melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas Piraum ke-15 jika parti itu menang, kedua tidak akan melanjutkan MoU di antara kerajaan dengan PH, ketiga menggesa agar akta anti lompat diteruskan dan keempat mengadakan perhimpunan khas Umno untuk meminda pelembagaan bagi menentukan tempoh pemilihan. 

Daripada empat keputusan itu yang paling penting dan menarik, persetujuan MKT Umno untuk melantik Ismail Sabri jadi perdana menteri. Keputusan ini dilihat perubahan dan perkembangan positif yang berlaku dalam parti itu. Ia juga sebagai gencatan senjata di antara golongan yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju Ismail Sabri terus menjadi PM. 

Thursday, August 19, 2021

Kelicitan politik Umno

ULASAN 

 

Pening memikir politik yang
tidak ada integriti.
PERLAKSANAAN politik berdasarkan kepada madah atau kata-kata hikmah saya berbunyi: “SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, TETAPI JANGAN RASA MUSTAHIL DENGAN TINDAKAN ORANG POLITIK. 

"SUMPAH DAN JANJI ORANG POLITIK BUKAN UNTUK DISETIAI TETAPI UNTUK DIMUNGKIRI,” tampaknya jadi kenyataan dan terus relevan.

Madah atau kata-kata hikmah saya ini terbukti dengan apa yang berlaku dan menimpa negara kita hari ini. 

Sunday, June 26, 2016

Perjuangan Ghazali diiktiraf anak beranak sendiri

KATA PETANG

Abdullah menyarung selempang kepada Ghazali dibantu Azram.
Penganugerahan gelaran Pejuang Umno yang diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Ghazali Ismail oleh Anak-Anak Rantau Panjang di Kuala Lumpur dalam satu majlis berbuka puasa malam Ahad lalu sesuatu yang kecil kalau dibandingkan dengan penglibatan penerimanya dalam perjuangan parti itu.

Cikgu Ghazali telah lebih 40 tahun terlibat dalam perjuangan bersama Umno yang bermula pada tahun 1976. Namun signifiken dan erti anugerah itu cukup besar baginya. Ini kerana belum pernah ada penganugerahan seumpamanya diberikan kepada mana-mana tokoh atau pejuang Umno bahagian Rantau Panjang dalam majlis seumpama itu.

Monday, November 23, 2015

Mesyuarat MT esok tentukan nasib Muhyiddin dan Shafei

KATA PAGI

Esok MT Umno akan mengadakan mesyuarat. Mesyuarat itu yang sepatutnya diadakan pada 27 November dipercepatkan. Menurut Setiausaha Agung, Teuku Adnan Mansor ia dipercepatkan bukan kerana ada apa-apa motif melainkan kerana memandangkan kesuntukan masa untuk persiapan perhimpunan agung Umno awal bulan depan.

Kalau benar itulah alasannya, kenapa mesyuarat MT tidak diadakan lebih awal lagi. Sudah beberapa kali mesyuarat MT ditunda? Jadi alasan diberikan Teuku Adnan itu tidak masuk akal dan secara tidak langsung ia menggambarkan langkah percepatan mesyuarat MT kepada esok daripada 27 November tentu ada motifnya.

Apa difahamkan pada tarikh itu (esok) Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal tidak ada dalam negeri. Mungkin mereka sudah "noted" yang mesyuarat akan diadakan pada 27 hari bulan seperti awalnya. Jadi benarlah desas desus tersibar mengatakan mesyuarat itu dipercepatkan untuk tidak menerima kehadiran dua tokoh yang sudah dianggap menjadi "kian bekah" dalam Umno itu.

Friday, October 30, 2015

Umno akan gantung mereka

PERHATIAN

Apakah mungkin Umno akan mengenakan tindakan disiplin kepada beberapa orang ahlinya bagi menyelamatkan Najib Razak. Kenyataan Setiausaha Agungnya, Teuku Adnan Mansor mengenai ada elemen gunting dalam lipatan atau api dalam sekan membayangkan sesuatu kejutan lagi akan berlaku dalam Umno.

Sebelum ini Adnan membayangkan parti itu akan mengambil tindakan kepada sekurang-kurang tujuh orang ahlinya. Katanya mereka ini sedang dipantau kegiatan mereka mendatangkan kesusahan kepada Umno.

Apabila Adnan mengatakan demikian menyebabkan pemerhati menumpukan kepada Muhyiddin Yassin, Shafei Afdal, Dr. Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Sanusi Junid, Khalid Nordin dan Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan tujuh orang itu.

Kalau Umno mahu mengambil tindakan terhadap mereka, mestilah ianya dibuat sebelum tiba perhimpunan agung Umno. Besar kemungkinan tindakan ke atas mereka ialah penggantungan sebagai ahli. Jika mereka digantung ia menyelamatkan apa yang dinamakan sebagai gerakan mendesak Najib dalam PAU.

Ulasan selanjutnya selepas saya pulang bercuti tiga atau empat hari. Wassalam Mso. [wm.kl.9:01 am 30/10/15]

Sunday, October 6, 2013

Politik wang dalam Umno tak terhapus

RENUNGAN AHAD                                                                               

Seramai kira-kira 150,000 ahli Umno akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka pada 19 dan 22 Oktober ini untuk memilih barisan kepimpinan baik di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Pemilihan kali ini seperti biasa berlangsung dalam suasana hangat dan sejuk. Pemilihan peringkat bahagian tidak menjadi perhatian umum sangat, sebaliknya pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan ahli MKT serta ketua pemuda dan wanita menjadi tumpuan.

Mulai kelmarin semua calon sudah dibenarkan berkempen. Umno menyediakan mekanisme tersendiri untuk calon-calon berkempen. Bagaimana pun ada juga yang merasakan kaedah atau mekanisme itu tidak begitu memuaskan dan adil. Ada beberapa calon menyuarakan rasa kurang puas hati dengan peraturan yang dibenarkan. Misalnya Mukhriz Mahathir merunggut meminta semua calon dibenarkan berkempen secara bersendirian bukan, beramai-ramai seperti kini.

Matlamat Umno dengan mengubah kaedah pemilihan antara bertujuan untuk mengurangkan politik wang (rasuah) di dalam parti berkenaan. Itulah antara tujuannya di samping untuk menunjukkan Umno sebuah parti yang demokratik dan bersih. Tindakan itu diambil sebab rasuah di dalam Umno sudah menjadi 'air minum nasi makan' ia sudah membudaya dan menyerap sampai ke akar umbi. Rasuah bukan sahaja di peringkat tertinggi merebut jawatan presiden, timbalan, naib atau ahli MKT tetapi peringkat ketua bahagian hatta ketua cawangan juga.

Tuesday, May 28, 2013

Tiada Pertandingan Dalam Umno Tahun Ini?

DIALOG PAGI                                                                                                                 

Semalam bekas seorang menteri Umno menelefon saya. Sudah lama bekas menteri ini tidak menghubungi saya. Sebelum ini kerap juga menghubungi saya dan kami bertemu di Bangsar untuk minum tea tarik dan sambil berbual fasal politik tanah air.

Kerana lama tidak menghubungi saya dia agak 'semen' sedikit. (Semen ialah malu-malu). Al maklumlah lama tidak bersembang. Satu masa saya pernah mengkritik teruk bekas menteri ini sehinggakan dia terasa hati dengan saya dan mengambil tindakan undang-undang.  Saya bukan seorang yang apolegetik mengenai sesuatu kebenaran. Saya akan kata (kritik) sesiapa juga hatta kawan baik.

Saya melayan panggilan semalam semesranya untuk menghilangkan rasa semen itu. Itulah yang kita perlu lakukan bila seseorang yang telah lama tidak menghubungi kita. Cuba tunjukkan kita masih seperti dulu dan menerimanya seperti tidak ada apa-apa. Itulah cara untuk menghubungi semula ukhwah agama.

Saturday, December 1, 2012

Seorang Lagi Ketua Bahagian Umno Buntingkan Anak Dara

BERITA MALAM                                                                                                            

Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.

Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.

Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut.

Kerana desakan itu ketua bahagian berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya.

Menurut kawan yang membisikan berita itu, kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada seseorang dan terlatas ke telinganya. 

Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran kejadian ini sudah dua orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.

Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang sekiranya Umno mahu menang.

Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur. [wm.kl.8:41 pm 01/12/12]

Tuesday, May 1, 2012

Susupan Tengahari

Bersih 3.0 Kelam Kabutkan Ibu Pejabat Umno

Himpunan raksasa Berish 3.0 memberi pukulan maut kepada penguasa dan petugas parti di Ibu Pejabat Umno Jalan Sutltan Ismail. Khabarnya semua orang di Ibu Pejabat Umno seakan hilang akal dan bersih membuat mereka kelam kabut macam kekaraman kapal di tengah samudra. Para penasihat politik Umno dan juga Perdana Menteri kehilangan punca dan menjadi 'selak' beberapa ketika untuk memikir bagaimana hendak counter Bersih 3.0.


Teaku Adnan Mansor
Orang paling sibuk dan 'bergelacar' katanya Teuku Adnan Mansor. Banjiran manusia berpakaian kuning dan hijau di ibu kota kelmarin dulu menyebabkan Adnan tidak lena tidur. Bagun tidak kena, tidur apa lagi. Berjalan pun tidak kena kesasan tubuh juga sirna. Kopi terasa amat pahit, milo dirasakan masam, nascafe pula menjadi terlalu lemai. Pendeknya deria rasa hilang apabila Bersih berjaya mengeruhkan air nsungai Klang dan sungai Gombak.
 Begitu juga pemimpin Umno lain juga jadi 'terkaba-kaba' dalam tidur. Hanya Udin anak Yassin sahaja tersenyum lebar melihat gelagat mereka dan juga kesan Bersih. Kenapa? Mudah sahaja untuk difahami matemetika politik ini, Udin anak Yassin suka kalau Najib tertekan dengan Bersih sebab dia boleh mengayung kaki ke kerusi presiden Umno?


Kini Ibu Pejabat Umno sedang memikirkan sesuatu untuk membendung impak dan aura himpunan berkenaan. Kesan himpunan itu kini sudah mulai merebak dan menyelinap ke dalam sudut hati banyak orang. Ia bukan saja meruap di Kuala lumpur di kalangan pegawai kerajaan, mahasiswa, pekerja, boroh atau pemandu teksi dan bas Rapid KL tetap jauh ke seantero dunia, termasuk ke pelusuk desa dan kampung, di kalangan petani, nelayan dan juga mat rempit.

Laksana apa yang berlaku kepada isu projek lembu gemuk (NFC) laki Sharizat, isu Bersih sudah diperkatakan di merata tempat. Ia menjadi butiran zikir dan juadah endak di keda-kedai kopi, kedai gunting rambut dan juga market. Semua memperkatakannya; mengenai kejayaan Bersih dan kekejaman polis kepada para himpunan. Membimbangkan juga mereka menanti pilihan raya untuk menterjemahkan kemarahan dan kegeraman mereka itu.


Rakyat mempertikikan himpunan itu dan juga perilaku pihak berkuasa ke atas peserta himpunan itu yang dianggap kasar dan keterlaluan. Apapun alasan rakyat tidak boleh menerima melihat aksi-aksi ganas polis yang dipaparkan dalam you-tube. Makcik dan pakcik di kampung juga melengung panjang bila anak-anak mereka menunjukkan you tube itu kepada mereka. Mereka mungkin tidak tahu menggunakan internet, tetapi mereka memiliki anak-anak yang mahir dalam bidang IT.

Mereka tidak peduli apakah video yang dipertontonkan kepada mereka itu benar atau tidak, yang penting mereka dapat tenguk sendiri bagaimana lebih 20 orang polis trafik memukul dan membelasah seorang peserta. Gelagak sadis semacam burung hereng hendak menelan bangkai itu sudah melekat di kepala mereka dan ia tidak mudah untuk ditanggalkan kandati dibayar RM500.

Saya percaya mereka juga menonton dan tengok video dirakam oleh Polis. Tetapi mereka akan jadi pesimis dan meraguinya kerana mereka sudah tahu yang kerja dan tugas polis kepada Umno. Polis akan membuat seuatu yang baik kepada Umno dan akan melakukan atau memberi gambaran jahat kepada pembangkang. Bukan tidak ada polis yang ikut dibelasah, tetapi mereka merasakan hukuman itu adil bagi polis kerana mereka (polis) dalam keadaan sedia dengan peralatan perang yang lengkap sedangkan peserta Bersih hanya ada sebotol air mineral.


Dalam konteks perjuangan yang diheret dan dibawa Anwar Ibrahim, selamanya para penyokongnya dan para simpati dengan perjuangannya tidak dapat menerima kebaikan polis. Bagi mereka polis selamanya jahat dan berniat huduh dengan Anwar. Mereka tetap mengingati peristiwa kejam bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar sehingga mata kawan itu lebam. Kejadian itu sehingga memaksa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tidak akan terlupa sampai ke liang lahad.


Kejadian dan insiden itu telah terpahat dalam ingatan dan mereka menganggap polis-polis yang ada hari ini adalah peninggalan Rahim Noor. Budaya yang diterima pakai ini adalah budaya Rahim Noor. Ismail Omar gagal untuk mengikis budaya brutal polis itu. Mereka sudah termakan najis atau kencing Rahim Noor. Dengan apa yang berlaku di himpunan Bersih rakyat menganggap tranfosrmasi terhadap polis yang diharapkan masih belum berlaku.


Persepsi dan realiti itu semualah yang merisaukan orang ibu pejabat Umno. Dari sumber dalaman memberi tahu, petugas ibu pejabat dan Adnan Mansor sedang memikirkan sesuatu untuk bertindak. Mereka perlu menjawab dan menjelas segera apa yang berlaku kepada rakyat. Sekiranya lambat menyebabkan persepsi buruk kepada UBN makin menebal dan akhirnya mereka akan 'menjuah' dan  menolak Umno.

Bersih 3.0 didomonasi orang Cina?
Untuk tujuan itu, ibu pejabat Umno mahu memastikan perayaan hari ulang tahun Umno ke 66 pada 11 hingga 13 Mei ini perlu diadakan sebesar-besarnya. Perayaan dicadangkan di Bukit Jalil itu yang mula menganggarkan kehadiran 100,000 tetapi kini Umno meletakkan sasaran 500,000. Iya angka itu barulah sepadan dengan jumlah yang berhimpun di Bersih: Duduk dan Bantah itu yang mencapai jumlah 250,000.


Lantaran itu katanya semua petugas parti bermula di ibu pejabat sampai ke peringkat bahagian kena memastikan perayaan itu dihadiri 500,000. Untuk tujuan itu segala keperluan terutamanya wang ringgit di tambah. Mungkin kalau peserta Bersih dilaporkan oleh media Penjilat Bntut diupah RM150 seorang, maka mereka yang bakal hadir pada perayaan Umno akan mendapat durian runtuh sampai RM500.00 setiap orang.


Umno akan melakukan apa saja demi untuk membunuh semangat Bersih. Kalau angka itu tidak tercapai, ini bererti Umno akan malu besar. Umno sangat memerlukan khalayak seramai itu bagi membolehkan parti itu memendekkan penantian bagi mengadakan pilihan raya umum. Umno tidak sanggup untuk menanti lebih lama lagi, kerana lagi lama lagi buruk keadaannya. Ibarat penghidap barah, lagi lama menanti untuk pembedahan keadaan lagi parah. Umno kini berada dalam stage four.


"Tidak ada jalan lain untuk mengatasi Bersih dengan kita mengumpulkan orang seramai mungkin. Berapa banyak wang perlu dibelanjakan, belanjalah. Kita ini umpama pesalah yang sedang menanti hukuman gantung mandoteri. Sebelum dihukum kita dibenarkan meminta apa saja makanan yang kita mahu, nah kita belanjalah sebanyak mungkin kerana untuk menyelamatkan kita," begitulah ucap seorang pemikiran Umno yang sangat risau dengan nasib Umno kini.

Jadi bersiap sedialah seluruh ahli Umno yang didakwa ada lebih 3 juta nyawa itu untuk memenuhi stadium Bukit Jalil. Tunjukkan kekuatan anda sekalian kerana parti anda kini memerlukan life support yang terakhir untuk anda terus bernafas. Kalau perlu hunuskan keris, hunuslah. Mat ... Mat Maslan apa macam sekarang, sihat ke? [wm.kl.12:34 t/hari 01/05/12]

Sunday, January 22, 2012

Rileks Malam

Noh Omar Tidak Yakin Selangor Akan Tumbang

Semalam sewaktu makan nasi Arab di Senawang Negeri Sembilan seorang pegawai tinggi kerajaan memberi tahu maklumat yang saya kira ikhlas diberikan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar mengenai kedudukan dan peluang UBN di Selangor.

Pegawai itu memberi tahu ketika dia makan bersama Noh Omar bertanya dari hati ke hati macam mana kedudukan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya Noh menjawab dia sendiri tidak tahu macam mana nasib Umno.

"Susah untuk saya jawab, di tempat saya (Tanjung Karang) insyaAllah boleh memang, di tempat lain sukar diramalkan," jawab Noh Omar. Kata pegawai itu untuk memastikan kemenangan Noh telah menggunakan apa saja peruntukan di bawah kementeriannya.

Menurutnya Noh telah memberi bantuan kepada semua rakyat tidak kira parti. Tetapi katanya bantuan itu diberi separuh saja. Misalnya kalau ada orang miskin minta bantuan nak beli mesin parut kelapa berharga RM700 beliau hanya akan beri separuh sahaja, separuh lagi hendaklah dicari sendiri.

Pegawai itu juga memberi tahu Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu banyak menggunakan wang untuk mendapat pengaruh politik di kawasannya. Beliau sendiri hairan dari mana wang itu diperolehi.

Kedudukan Umno di kawasan di Selangor sukar diramalkan kerana berlaku perebutan untuk menjadi calon. Perebutan itu boleh menyebabkan Umno berpecah belah.

Apa yang boleh ditafsirkan dengan kata-kata Noh itu bahawa UBN sendiri tidak yakin mereka akan dapat menumbangkan kerajaan PR di selangor. Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin UBN di Selangor sedang giat menjaga kawasan masing-masing.

Senario disebut Noh Omar itu menjelaskan UBN khasnya Umno masih belum merasa mereka selesa di Selangor. Berbagai usaha termasuk menggunakan bekas-bekas pengikut dan penganut Pakatan Rakyat yang berpaling tadah meninggalkan PR.

Dalam pada itu UBN Selangor juga berhadapan dengan masalah siapakah tokoh yang hendak dilangkat menjadi MB. Noh sendiri katanya kurang berminat untuk bertanding di Dun bagi dilantik menjadi MB.

Bekas MB Khir Toyo besar kemungkinan tidak akan dicalonkan semula. Masa depan Khir Toyo dikira gelap zulmat bila mana beliau didapati bersalah melakukan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara setahun.

Sementara itu ada usaha segelintir Umno Selangor untuk mengangkat bekas anak buah Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor sebagai bakal MB tetapi awal-awal lagi bekas ketua Angkatan Muda PKR itu ditolak. Rancangan sulit digerakan Ezam bersama gengnya telah dihidup oleh beberapa pemimpin Umno Selangor. [wm.kl.8:22 pm 22/01/12]

Saturday, October 23, 2010

Ulasan Penggulungan Umno

Si Abu Nawas Dalam Umno

[kemaskini] PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno kali ini tidak banyak berbeza dengan penggulungan di perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Sikap Melayu suka membodek sepanjang masa ini masih kental pada ahli Umno. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya akan datang tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Mohd Shafei Afdal, (foto) Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki. Tahniah untuk Shafei.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau meluahkan apa yang bergelora dalam relung hatinya. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa kompromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda menjadi pengundi. Baginya ini satu musibah bakal menimpa Umno.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP dalam mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan keseluruhan Melayu. Beliau memberi contoh Umno bersama MCA dan Gerakan hanya mampu mendaftar pengundi sebanyak 6,266 berbanding dengan DAP 20,274.

Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberikan tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi. Dengan jawatan itu Shafei tahu sejauh mana komitmen orang Melayu dalam soal pengudian ini.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar sebagai pengundi terutamanya di kalangan ahli Umno. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti? Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Kalau ini dijalankan bermakna orang Melayu benar-benar terdesak untuk mendapat undi.

Hishamuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Ucapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripada ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik tanpa cuma mengemukakan idea untuk menambahbaikkan Umno dan menjadi ia parti yang menarik perhatian orang ramai. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu. Sebenarnya tidak cukup bagi Hishamuddin menjual Umno yang orang sudah tahu bila tarikh luputnya ataupun apa ramuan yang ada dalam parti berkenaan.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan bergemuruh untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolah-olah nyawa politiknya dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib dan Rosmah. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat, Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Kisah lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid larut dengan kisah-kisah tafsir ibarat dan suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak-watak berkenaan untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufian, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa. [wm.kl.6:00 pm 23/10/10]