Showing posts with label The Star. Show all posts
Showing posts with label The Star. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Selingan Malam

Haramkan The Star, Mana Pergi Ngo Beras Kampit

Ekoran mendedahkan gambar artis Amerika, Erykah Badu yang bertatu nama Allah para pengarang kanan akhbar The Star telah dipanggil oleh pihak KDN yang bertanggungjawab mengeluarkan permit. Saya yakin dan percaya tindakan paling kuat dikenakan kepada akhbar yang biadap itu hanya memberi amaran keras bertulis.

KDN tentu tidak berani untuk bertindak ke atas akhbar kroni Umno itu. Tindakan-tindakan yang lebih bersifat untuk mengambil hati begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam. Cara akhbar itu menyiarkan artis bertatu Allah itu untuk memalu dan satu penghinaan kepada Islam.

Kepada saya tindakan paling sesuai ialah bukan amaran keras atau mengggantungkan permitnya, tetapi haram terus biar akhbar itu lenyap dari atas muka bumi ini. Akhbar itu dan sesiapa juga yang tidak peka kepada kepentingan dan agama lain harus dikenakan tindakan tegas jangan berlemah lembut lagi. Dengan mengharamkan terus saja perkara itu tidak akan berulang dan akan menjadi pedoman oleh akhbar lain.

Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan.

Menghairankan macam mana berlaku tersalah pandangan dalam penerbitan yang sebegitu besar dan profesional. The Star adalah akhbar nombor satu dari segi edarannya. Bukan soal tersalah faham saja sepatutnya semua karyawan di akhbar itu diberi didikan dan pengetahuan mengenai tatacara bersurat khabar. Saya nak tanya apa yang orang Islam yang ada dalam pejabat surat khabar itu buat? Tidur kah atau semua mereka hanya jadi operator mesin saja.

Umat Islam wajib terus desak dan berikan tekanan. Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah Ngo berjenama beras kampit itu. Kenapa Ngo itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai startegi The Star dalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan.

Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain. Dengan diam membisunya ketua Ngo berjenama sama dengan sejenis beras itu maka jelas perjuangannya tidak lebih mengambil upah sesen dua untuk dijadikan bekalan di musim banjir. [wm.kl.9:36 pm 28/02/12]

Monday, February 27, 2012

Susupan Petang

The Star Terus Hina Islam?

Apa jadi dengan harian berbahasa Inggeris yang tertinggi edarnnya di negara ini iaitu The Star? Dalam tempoh tidak begitu lama sudah dua kali akhbar itu menyiarkan sesuatu yang boleh menyinggung hati umat Islam.

Apakah akhbar berkenaan sengaja melakukan begitu untuk menguji sensitiviti umat Islam atau pun memang ia berlaku secara tidak sengaja.

Terbaru akhbar berkenaan telah menyiarkan gambar artis Amarika Eryah Badu yang menebengkan pangkal buah dadanya yang ada tatu menggambarkan kalimah Allah. Akhbar berkenaan telah memohon maaf atas apa yang berlaku itu.

Seelum ini akhbar berkenan telah menyiarkan gambar daging babi di dalam akhbar berkenaan di dalam rencana mengenai juadah berbuka puasa tahun lepas. Akhbar berkenaan memohon maaf atas penyiaran gambar berkenaan. Alasannya ia tidak sengaja dan tidak fikir gambar itu menyinggung sensitiviti umat Islam?

Yang peliknya sudah dua kali akhbar berkenaan melalukan perkara sama. Apakah tidak ada orang Islam yang bekerja di akhbar berkenaan. Atau orang Islam yang bekerja di The Star terutamanya yang berkerja di Jabatan Pengarang juga tidak begitu peka mengenai perkara-perkara berkenaan?

Bagi saya bila dua kali perkara seperti itu berlaku dalam masa tidak senggang lama, akhbar berkenaan mungkin ada agenda tersendiri mengenainya. Ia bukan sesutau yang tidak disengajakan. Sewajarnya pihak KDN mengambil tindakan keras atas apa yang berlaku dan bukan sekadar memberi peringatan dan amaran sahaja.

Saya bimbang ia akan menjadi kesalahan-kesalahan seperti perkara biasa, seperti kesalahan ajaan atau fakta dalam penyiaran kemudian diralatkan. Harus disedari walaupun kecil apa yang berlaku itu satu penghinaan kepada umat Islam. Melihat atau mengetahuinya tanpa ada sebarang protes satu sikap kurang prihatin kepada kesucian agama Islam.

Tidak timbul minta maaf atau ralat. Yang pentingnya berita atau perkara itu sudah disiarkan dan ia dibaca oleh ribuan pembaca. Tidak semua pembaca yang baca mengetahui permohonan maaf atau ralyat oleh akhbar berkenaan.

Kalau itu berlaku ia bleh menyebabkan pembaca itu menganggap penyiaran berita-berita itu sebagai wajar dan tidak menjadi apa-apa masalah kepada umat Islam. Rasanya dengan dua kali dan berapa kali melakukan kesalahan itu sudah cukup kalau KDN perlu mengenakan tindakan keras ke atas akhar berkenaan. [wm kl 6:28 pm 27/02/12]