Showing posts with label Pirane Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pirane Sabah. Show all posts

Tuesday, September 22, 2020

Pirane Sabah setelah separuh masa, Warisan-Plus di hadapan

ULASAN

Shafie pemimpin Sabah ada misi & visi.
KEMPEN pilihan raya negeri (Pirane) Sabah ke 16 sudah melewati lebih separuh jalan. Hanya tinggal empat hari lagi sebelum tiba hari mengundi 26 September. Penamaan calon berlangsung 12 September lalu. 

Hari ini berlangsung pengundian awal membabitkan 16,877 pemilih di 55 pusat pengundi kebanyakan mereka dalam kalangan beruniform dan petugas pilihan raya. 

Setelah 10 hari berkempen, dianggarkan sudah melebihi 65% isu-isu utama telah diketengahkan oleh parti-parti bertanding untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Tersisa 35% isu sahaja lagi adalah isu-isu sampingan atau pun isu yang sengaja dilewatkan kerana strategi. Semuanya akan beres dalam tempoh empat hari tersisa itu.

Friday, September 11, 2020

Pirane ke 16 Sabah paling meriah dan mencabar

ULASAN AWAL

Shafei dan pemimpin Warisan - Plus
semasa pengumuman calon.
ESOK hari penamaan calon pilihan raya negeri (Pirane) Sabah ke 16. Semalam parti komponen utama yang akan turut "beragung" untuk menguasai negeri Bawah Bayu itu sudah mengumumkan calon masing-masing. 

Dua gabungan utama mulanya dilihat akan bertarung bermati-matian, Warisan - Plus dengan BN - PN, secara satu lawan satu tetapi seperti ada sedikit gangguan apabila kedua gabungan itu tidak begitu bersepadu gagal menggapai kata sepakat.