ULASAN PETANG
|
Tempat penamaan calon. Foto: Bernama. |
TUMPUAN umum kini kepada pilihan raya negeri (Pirane) Melaka. Pirane Melaka kali ini adalah yang ke-15 sejak Merdeka. Ia berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, yang selalunya diadakan serentak bersama pilihan raya umum kebangsaan. Jadi pilihan raya kali ini hanya membabitkan pemilihan wakil rakyat di 28 kerusi Dun sahaja, tidak termasuk kerusi parlimen.
Hari ini adalah hari penamaan calon dan hari pengundian 20 November. Proses penamaan calon sudah pun selesai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 112 calon yang bertanding dalam pilihan raya itu, di mana sebahagian besar kerusi berlaku pertandingan tiga penjuru antara komponen BN, PH dan PN. Walaupun ada penyertaan beberapa calon bebas dan parti lain, ia seperti tidak penting.