Showing posts with label Pengkalan Kubur. Show all posts
Showing posts with label Pengkalan Kubur. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Kemelut MB Selangor ganggu PKR di Pengkalan Kubur

PENGKALAN KUBUR 4                                                                

Walaupun masih belum dimuktamadkan, tetapi Pas semacam sudah pasti akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Kempunan Pas untuk mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur daripada PKR nampaknya akan menjadi kenyataan kali ini. Pas berhajat untuk mengambil kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 lalu. Penyelia DUN Kuala Balah yang sebelum ini diberikan kepada PKR sudah pun disambar apabila ianya ditekan oleh Yang Dipertua Pas Jeli.

Kamaruddin Jaafar
Usaha untuk menafikan PKR di Pengkalan Kubur telah dilakukan, dan PKR menerusi calonnya Shahrun Ibrahim hampir-hampir tidak tercapai. Kegagalan untuk "mengehel" PKR itu menyebabkan Pas Tumpat kecewa. Gara-gara itu juga calon PKR yang sudah "miskin" dan kurang berpengaruh di Pengkalan Kubur disabotaj dan akhirnya kalah teruk.

Shahrun gagal mengekalkan majoriti diperolehi calon BN Noor Zahidi Omar dalam pilihan raya tahun 2008 yang hanya sebanyak 150, apabila Noor Zahidi menambah majoriti sebanyak 1,736 undi.

Sunday, August 31, 2014

Enam isu penting di Pengkalan Kubur

PENGKALAN KUBUR 3                                                                   

25 September nanti rakyat Pengkalan Kubur akan mendapat wakil rakyat baru sebagai pengganti Allahyarham Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia di Zuanghuao, China 21 Ogos lepas. SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 13 September dan jika ada calon lebih daripada satu, pengundian akan dilakukan pada 25 September. Tempoh kempen selama 12 hari.

Ahmad dan Mustapa membawa imej politik baru.
Untuk sebuah pilihan raya kecil rasanya tidak perlu tempoh kempen selama itu kerana ia merugikan banyak perkara.

Mungkin untuk di masa hadapan SPR perlu mengkaji akan tempoh masa bersesuaian untuk menghadapi sesuatu pilihan raya kecil seperti Pengkalan Kubur. Dengan tempoh kempen lebih 12 hari itu ia banyak merugikan masa, tenaga dan juga kewangan. Sudah sampai masanya SPR mencerdikan pengundi dan merengkaskan kerja mereka sendiri.

Thursday, August 28, 2014

PRK Pengkalan Kubur: Pas perlu hormati PKR

PENGKALAN KUBUR 2                                                                      

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang Pas berhasrat untuk meletakkan calon di PRK Pengkalan Kubur dilihat sebagai terlalu awal dan langsung tidak menghormati rakan mereka dalam Pakatan, yakini PKR.

Mohd Amar Nik Abdullah
Nik Amar memberi alasan kerusi berkenaan hanya diberi pinjam kepada PKR dimana asalnya ia adalah hak Pas. Kalau pun Pas berhasrat untuk meletakkan calon kerana lebih yakin mereka akan menang, tidak menjadi masalah. Tetapi apa yang lebih baik Pas atau Nik Amar harus berunding dahulu dengan PKR.

Nik Amar tidak boleh menafikan kewujudan PKR di Pengkalan Kubur. Kalau pun PKR tidak mempunyai pengaruh dan pengundi yang ramai, tetapi PKR boleh menggunakan kuasa "bilis" mereka untuk menyukarkan Pas. Macam mana kalau penyokong dan ahli PKR di Pengalan Kubur mengambil sikap memulau pilihan raya atau berpaling tadah memberi undi kepada Umno?

Sunday, August 24, 2014

BN masih boleh menang di Pengkalan Kubur?

PENGKALAN KUBUR 1                                                                       

Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati.

Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan.

Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila Adun Pengkalan Kubur Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang.