Showing posts with label Najib dan Anwar. Show all posts
Showing posts with label Najib dan Anwar. Show all posts

Thursday, August 18, 2022

Perbezaan Najib dengan Anwar Ibrahim

SESUDAH SUBUH


Anwar dikeliling penyokong
di mahkamah.
MALAM tadi saya dengar seorang pengulas politik yang juga pendokong Umno membebel dan menzahirkan rasa kesal dengan sikap orang Umno khasnya peringkat pemimpin bertaraf menteri kabinet dan juga ketua-ketua bahagian yang bersikap pasif dan tidak menumpahkan simpati kepada Najib Razak yang sedang menghadapi dugaan kini.

Pengulas berkenaan kesal dengan sikap dan perangai orang Umno yang bersikap seperti kacang lupakan kulit. Yang memuja dan mencium tangan ketika seseorang itu berkuasa dan berkedudukan dan akan menjauhi bila kuasa dan kedudukannya lenyap.

Monday, December 30, 2013

Himpunan TURUN boleh dielak jika Najib...

RENUNGAN                                                                  

Kita akan mengakhiri tahun 2013 Masihi yang boleh dianggap tahun tiada kemenangan untuk BN dan PR. Tahun seri. Tahun ini telah berlangsung pilihan raya umum ke-13, Mei lalu dengan kesudahan memberi kemenangan kepada BN (dengan kiraan kerusi), bagi terus memerintah Malaysia selama lima tahun lagi.

Manakala dari sudut undi popular, PR boleh merasa mereka menang kerana mempunyai kelebihan undi sekitar 2%, dengan kedudukan 52% PR berbanding 47% BN.

Beberapa jam lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita dengan membawa seribu kenangan pahit manis terutamanya dalam arena politik. Sepanjang 363 hari lalu bermacam-macam aksi politik yang berlaku, dan telah dirakam oleh sejarah. Dalam pelbagai aksi itu berbagai tunjuk perasaan, himpunan, perarakan, protes telah diadakan. Semua aksi dan keramaian itu meletakkan BN dalam keadaan cemas dan bimbang.

Thursday, October 3, 2013

Apakah New York mempertemukan Najib dengan Anwar?

SPEKULASI                                                                                          

Sepanjang mengikuti perbahasan rang undang-undang Pencegahan Jenayah (pindaan dan perluasan) PCA 2013 timbul pertanyaan di dalam kepala saya kenapa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak ada dalam dewan? Bukankah rang undang-undang berkenaan penting dan patut diberikan perhatian wajar untuk memastikan rang undang-undang berkenaan yang kini sudah menjadi akta dibahas secara serius dan memuaskan?

Najib dan Anwar, ini bukan di New York.
Sebagai ketua pembangkang pandangan dan kupasan Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan sangat penting. Walaupun ahli dewan lain dapat memberi bahasan yang baik tetapi ia tidak sama dengan suara yang dilontar oleh Anwar. Tetapi kenapa Anwar tidak ada?

Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan. Mengikut amalan biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian.