SEMANGAT dan desakan orang ramai yang mahukan Mahiaddin Md Yassin meletak jawatan meluas dan jadi hangat selepas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan seakan tidak mempertahankannya lagi.
Namun bukan perkara senang untuk melihat Mahiaddin sebagai seorang yang tidak ada malu aib dan maruah diri untuk berbuat demikian. Ini kerana kuasa yang ada kepadanya untuk terus memegang jawatan itu tergenggam dalam tangannya.