Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Thursday, September 28, 2017

Saman tidak tutup aurat - hormati hak Kelantan

ISI HATI

Notis (saman) yang dikemukakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) terhadap beberapa orang Islam yang tidak berpakaian sopan termasuk berseluar pendek di tempat tidak sepatutnya telah menjadi isu dan perbualan hangat.

Tindakan itu cepat pula diambil sebagai isu politik di kalangan orang politik. Inilah kecekapan orang kita dalam berpolitik. Ia jadi macam ikan lapam bawah jamban, pantang nampak najis jatuh terus disambar. (Dulu jamban atau tandas dibuat di atas atau tepi sungai, bila berak saja tahi akan mengalir ke dalam sungai, dan ikan lapam yang sudah bergeliwatan terus menyambarnya).

Sepatutnya sebagai orang Islam kita semua berhati-hati dengan isu-isu berkaitan dengan Islam yang menyentuh maruah agama kita. Kita wajar membuat seleksi isu untuk dijadikan modal politik. Menjadi tanggungjawab semua umat Islam menjaga kesucian Islam, mengenai peraturan-peraturan yang ditetapkan demi menunjukkan syumulnya agama Islam. Ia juga perlu berwaspada menyentuh mengenainya untuk tidak menjatuhkan maruahnya. Jika pun tidak sedia untuk melaksanakannya jangan mengejek.

Wednesday, July 22, 2015

Projek untuk dana pertahankan Kelantan?

EKSKLUSIF
 
Seorang ahli perniagaan asal Kelantan dikata diberi kontrak memajukan sebidang tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan syarat kontrektor berkenaan akan menyediakan dana kepada Pas Kelantan untuk mengekalkan kerajaan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Tanah yang diperuntukan itu merupakan bekas tapak kilang sebuah syarikat luar negara yang sudah tamat tempoh pajakannya. Nilai tanah yang terletak di Bangsar itu mencecah ratusan juta ringgit.

Penganugerahan tanah berkenaan kepada kontrektor asal Kelantan itu masih belum terdedah kepada umum. Bagaimana pun cerita mengenainya sudah menjadi cakap-cakap dalaman.

Kontra pemberian itu jelas menunjukkan sudah ada persefahaman awal di antara Umno dengan Pas untuk sama-sama menerajui Kelantan.

Dalam pada itu ada maklumat mengatakan perundingan awal untuk memberikan tanah itu kepada ahli perniagaan berkenaan melibatkan salah seorang ahli parlimen dari Kelantan? [wm.kl.9:05 pm 22/07/15]

Tuesday, January 13, 2015

Rahmat banjir Kelantan selamat daripada bayar RM800 juta

KENYATAAN                                                                                                   

Takiyuddin Hassan
Kerajaan negeri Kelantan hari ini tentu merasa lega apabila Mahkamah Persekutuan tidak memberi kebenaran kepada sebuah syarikat pembalakan, Timber Mine untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarah kerajaan negeri membayar ganti rugi saman bernilai RM800 juta kepada syarikat berkenaan.

Syarikat Timber Mine sebuah syarikat dari Singapura telah menyaman kerajaan negeri Kelantan berhubung pertikaian mengusahakan pengeluaran balak membabitkan kawasan seluas ratusan ekar di Hulu Kelantan di antara kerajaan negeri dengan syarikat berkenaan semasa kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pas bersama Umno (BN).

Monday, March 3, 2014

Berapa billion nilai MoU di Kelantan semalam?

TANYA MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan semalam menanda-tangani (MoU) dengan kerajaan Selangor untuk membangun tujuh projek pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan, antaranya membina pusat halal hub bertaraf antarabangsa, sekolah Tahfiz Sains, rawatan air dan sistem horas.

Khalid dan Ahmad wujudkan kerjasama.
Projek ini akan dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan PKINK.

Manakala tiga lagi projek ialah, mengembangkan sistem pajak gadai Islam, Ar Rahn, pembangunan wifi dan jalur lebar di Selangor dan mewujudkan pusat pengumpulan pemasaran bagi produk makanan halal keluaran usahawan Kelantan dan Selangor.

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor.