Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Dr Mahathir. Show all posts

Saturday, February 1, 2020

Pelaksanaan semula PPSMI, apakah Dr Mahathir lupa atau sengaja?

SUSUPAN PETANG

Saifuddin dan Khalid antara menteri
awal beri komen.
JELAS pengumuman oleh Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan semula Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sebelum ini ditentang pelaksanaannya sehingga dibatalkan pada tahun 2012, menimbulkan pelbagai persoalan bukan sahaja dari kalangan rakyat banyak tetapi kalangan pemimpin PH sendiri.

Tindakan Mahathir itu satu langkah yang boleh menambahkan "kecaca-merbaan" dalam kerajaan PH di samping jadi isu kontroversi dan jadi polemik. Saat masih ada beberapa janji yang belum ditunai serta beberapa polisi baru diperkenalkan masih dipertikaikan, tiba-tiba beliau mahu laksanakan semula PPSMI.

Friday, January 31, 2020

PPSMI Dr Mahathir walasal balik asal...

SUSUPAN SORE

Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula.

Pengumuman ini secara tidak langsung mendedahkan sebab musabab sebenar kenapa beliau meminta Maszlee berundur awal bulan lalu, rupa-rupanya beliau ingin meneruskan dasar pendidikan yang diyakininya.

Program pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPMSI) apabila ia dilaksanakan telah dibantah oleh "para pejuang bahasa Melayu" sebelum ini dengan alasan ia sebagai tidak bersemangat Melayu dan mengagungkan bahasa asing di samping pelaksanaan dasar itu tidak menghormati apa yang telah dilakukan. 

Thursday, November 28, 2019

Tiada rombakan kabinet?

SERABUT MALAM

SELAIN daripada abu Chin Peng, bintang lima bucu bukan 14 bucu yang tersendak dalam kepala umum kini, persoalan lain yang sedang menari-nari dan mengigit kepala ialah rombakan kabinet.

Perkara merombak kabinet oleh Dr Mahathir ini dinanti-nanti macam menunggu hujan setelah guruh berbunyi sahaja. Tidak jadi-jadi dan tidak menjelma, macam setengah ahli kerohanian (tarikat) menunggu lama ketibaan Imam Mahdi.

Saya sendiri dah naik mual memikirkan perkara ini. Bagaimana pun saya konsisten, menunggu genap dua tahun Dr Mahathir memegang jawatan PM. Selepas dua tahun saya jamin ada perubahan besar akan berlaku. Dr Mahathir akan mengotakan apa dikatakan.

Tuesday, June 18, 2019

Video lucah Haziq: Yang terjempit kini Mahathir?

ULASAN RINGKAS

Kenyataan kedua mengenai video Haziq daripada
Mahathir sedang ditunggu.
MACAM-MACAM spekulasi, analisa dan agakan diperkatakan umum berhubung dengan penyebaran video lucah Haziq Aziz. Berbagai-bagai teori pula dikemukakan dalam mencari tujuan dan kesan penyebaran video berkenaan.

Antaranya ada berpendapat ia adalah strategi untuk memecahkan Keadilan dan juga kerajaan Pakatan Harapan.

Monday, September 18, 2017

Tuan Ibrahim dan Pas kena jawab 8 soalan Dr Mahathir

NADA SENJA

Kerana geram dengan kritikan dan sindiran Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyuruhnya mencerminkan diri, Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan lapan soalan "cepumas" untuk dijawab oleh timbalan presiden Pas itu. Lapan soalan itu ialah;

1. Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam?
2. Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS?
3. Apakah ibu bapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS?
4. Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP?
5. Mengikut PAS, Umno kafir. Jika PAS bekerjasama dengan Umno apakah PAS menjadi kafir?
6. Amanat Hadi dakwa pemerintah Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad, dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
7. Jika pemerintahan yang didirikan oleh Umno dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir?
8. Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah empat orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan kerajaan kafir?

Thursday, December 8, 2016

Batal jemput Dr Mahathir tindakan dukacita

SESUDAH SUBUH

Tindakan mengaibkan Dr Mahathir.
Jika diambil kira dari segi jenis manusia serta latar belakang yang menguruskannya, saya kira pemimpin Umno jauh lebih baik daripada sikap para pemimpin parti agama (Pas).

Pemimpin Pas kebanyakan mereka yang agak terkunci dalam dunianya sendiri dan dipengaruhi dek latar belakang pendidikan yang suka menghukum kononnya bersandarkan sunah dan Quran, menjadikan ia dikira berbeza dengan pemimpin Umno, yang lebih sosial dan terbuka.