SUSUPAN PETANG
SAYA telah memberi pandangan dan pendapat lebih dua kali mengenai usaha pembangkang (PH) untuk mengambil alih kerajaannya yang hilang dengan cuba mencari angka-angka sokongan daripada ahli parlimen di parlimen. Sejak awal usaha ini saya terimanya secara negatif.Selalunya saya bercakap mengenai sesuatu perkara itu (berupa nasihat) hanya setakat dua kali sahaja, tidak mengulangi kali ketiga. Saya tidak suka mengulangi perkara yang sama kerana ia membazir dan membuang masa. Pantang bagi saya.