Senarai Blog Saya

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

RENDANG UDANG HARIMAU AIDIL ADHA

Assalammualaikum dan salam Aidil Adha...

Lama saya tidak mencoretkan apa - apa dalam blog ini untuk perkongsian kita bersama. Kekangan masa membuatkan saya rindu untuk mencoret di sini.

Rasanya baru sahaja usai kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa bulan yang lepas. Kini kita menyambut ketibaan Aidil Adha pula. Sama seperti Raya puasa, bila tiba Aidil Adha kita semua sibuk memasak juadah untuk di makan selepas bersembahyang raya esok. Bagi kita yang sudah dewasa raya Aidil Adha tidak lah semeriah Hari Raya Puasa. Berlainan pula dengan kanak -  kanak yang sememangya teruja untuk beraya di rumah sanak saudara dan rakan- rakan sepermainan.

Bila bergema takbir jauh disudut hati berbagai perasaan yang menjengah. Namun tetap syukur dipanjatkan pada illahi kerana diberi peluang lagi menikmati kemunculan Aidil Adha. Wajah ayah dan bonda berlegar legar diruang mata...Ya Allah...Rindunya menatap wajah kalian... Namun saya redha dengan ketentuan illahi.Moga - moga kalian bersama mereka - mereka yang beriman... (al- Fatihah)...

Kepada semua pembaca blog serta teman - teman Selamat Hari Raya Aidul Adha...Sentiasa berwaspada dan berhati - hati tidak kira dimana sahaja destinasi yang kalian tujui. Berbelanjalah secara berhemah kerana di sekeliling kita masih ada yang kurang berkemampuan.

Salam Aidil Adha , terima kasih. dan saya sudahi dengan resepi rendang udang harimau kegemaran saya. Sekali sekala kita ubah la selera....









BAHAN-BAHAN

* 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan
* 1 senduk cili kisar
* 1 biji bawang besar *
* 4 ulas bawang putih *
* 2 hiris halia *
* 4 sb serbuk rempah kari
* 2 batang serai - dititik
* 2 lembar daun kari - dipetik2
* 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
* 3 sb penuh kerisik
* garam dan gula secukup rasa
* 1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
* minyak utk menumis

PENYEDIAANNYA

1. Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar,serai dan daun kari hingga wangi.
3. Masukkan santan,garam,gula,asam dan kerisik,gaul rata,tambah sedikit air dan masak mendidih.Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.Matikan api dan siap utk disajikan.

Selamat mencuba....

Rabu, 9 Oktober 2013

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG HARIMAU ORI N9



Assalam ..Ada ke peminat udang harimau disini? Atau peminat tegar ' masak lomak cili api vs gulai ' bak kata orang Negeri Sembilan?  Dah lama saya menyimpan hajat untuk berkongsi resepi ini , namun hari ini tercapai juga. Jom kita kedapur....

Masak Lemak Cili Padi Original dari Negeri Sembilan... Check it out...cewah...

Bahan - bahanya...

1. Cili api... nak pedas bubuh cili lebeh la...
2. Serai 3 batang ( dititik)
3. Kunyit... hidup ( serbuk pun bley)
4. Santan kelapa
5. Garam
6. Asam keping.

Cili api dan kunyit hidup ditumbuk sampai hancur dan halus, masuk kan cili api dan kunyit yang ditumbuk serta serai dan santan kelapa kedalam periuk, (kuali pun bley) ,masak atas api sederhana , kacau sehingga kuah masak , masukan udang, kacang buncis, garam dan kacau sehingga udang dan kacang masak...last masukan asam keping dan rasa lah garamnya ok ko tidak... siap...mudahkan



Photo: Masak lemak cili api udang harimau bersama kacang buncis...best wooo...sape nk try bley la ekk... resepi omak den dulu2...den lah warigh eh...ha...ha...

1. Cili api... nak pedas bubuh cili lebey la...
2. Serai 3 batang ( dititik)
3. Kunyit hidup ( serbuk pun bley)
4. Santan kelapa
5. Garam
6. Asam keping.

Cili api dan kunyit hidup ditumbuk sampai hancur dan halus, masuk kan cili api dan kunyit yang ditumbuk serta serai dan santan kelapa kedalam periuk, (kuali pun bley) ,masak atas api sederhana , kacau sehingga kuah masak , masukan udang, kacang buncis, garam dan kacau sehingga udang dan kacang masak...last masukan asam keping dan rasa lah garamnya ok ko tidak... siap...mudahkan....

P/s: orang n9 masak lemak cili api x guna bawang tau...nanti santan pecah lemak n x sodapppp..

Ada sesapa org n9 nk komen x...ha..ha,, 
Selamat menjamu selera kawan - kawan....
 
P/S: orang negeri Sembilan masak lemak cili padi x bubuh bawang tau.. kalau bubuh bawang memang x berapa ori lah masakan tu...sebab kalau bubuh bawang santan akan pecah minyak dan gulai jadi x cantik...
 
Selamat memasak dan cubalah tau... serius SODAPPPP...