Layakkah Wanita Menjadi Pemimpin ?

By mrpolie - Monday, March 18, 2013

Assalamualaikum dan selamat petang, 
Petang ni aku nak kongsi pasal tajuk Layak tak kaum wanita/hawa menjadi pemimpin. Terlebih dahulu aku mohon maaf kalau tajuk ni membuatkan anda, anda dan anda semua rasa tak selesa. Tapi yang aku nak share di sini bukanlan pendapat peribadi aku, Tapi aku nak kongsikan beberapa hadis yang berkaitan dengan tajuk kat atas tu ?

Gambar Hiasan...
Nabi SAW sudah berpesan kepada kita. Yang perempuan ini tidak sesuai menjadi ketua kepada urusan yang berat-berat. Terkadang bila urusan dicemari emosi ia menyukarkan. Perempuan dibekalkan emosi. Jika ada masalah diluar, bimbang dibawa masuk ke tempat kerja. Orang lain jadi mangsa.

Bolehkan wanita menjadi ketua ?

Biarpun apa definasinya samaada; wanita, kaum hawa, perempuan atau gadis, ia tetap terkategori jantina yang sama. Persoalannya, adakah golongan hawa ini layak menjadi ketua?

Firman Allah s.w.t yang bermaksud

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” 
(Surah an-Nisa: Ayat 34)

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengatakan

“Sungguh Allah SWT telah memberiku manfaat, dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW – pada saat perang Jamal (Unta), setelah semula hampir saja aku mengikuti tentera Jamal (dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka”.

Kata beliau lagi: “Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW:

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita 
(mengangkat wanita sebagai pemimpin).” (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Begitu juga terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari daripada Abu Bakrah berkata:

“Tatkala ada berita sampai kepada Nabi SAW bahawa bangsa Parsi melantik puteri Kisro (gelaran raja Parsi dahulu) menjadi raja, beliau SAW lantas bersabda, “Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita”.” (HR. Bukhari no. 4425)


Bilakan wanita boleh menjadi pemimpin ?

Wanita boleh memegang tampuk pemerintahan hanya ketika mana memerintah sesama kaum mereka. Ini bukan diskriminasi Islam terhadap wanita, tetapi adalah keadilan. Keadilan yang diperuntukkan Islam berdasarkan kondisi penciptaan manusia sejak azali lagi. Dalam hal ini, misalnya para wanita disarankan mengambil tahu hal ehwal kewanitaan khususnya. Ini kerana di kalangan mereka lebih arif hal ehwal kewanitaan berbanding lelaki.
Sementelahan, skop tanggungjawab wanita lebih kecil berbanding lelaki. Wanita juga mempunyai halangan-halangan tertentu – seperti perlukan mahram ketika bermusafir, tidak boleh menjadi wali, datang haid, hamil, mengandung, menyusui dan nifas – yang telah Allah SWT ciptakan buat mereka.
Mengingkari perkara ini, bererti kalian mempertikaikan keadilan penciptaan Allah Ta’ala terhadap manusia seluruhnya !

Surah Al-Baqarah, Ayat 228 yang bermaksud
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” (Al-Baqarah: 228)
Bahkan, wanita juga dibolehkan menjadi pemimpin – di atas pengawasan suami – untuk mengatur kehidupan rumahtangga. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah SAW berbunyi:
“Dan wanita menjadi pemimpin di rumah suaminya, dia akan diminta mempertanggungjawabkan mengenai orang yang diurusnya.” (HR. Bukhari no. 2409)
Maaf kalau ada yang terasa, Tepuk Dada Tanya Iman
Kita dengar apa kata Ustaz Azhar Idrus Pulak...




  • Share:

You Might Also Like

24 Comments

  1. hihi, kakak sy suruh jd PM tapi mmg mustahil lah.
    Bila baca lagi entry ni, fikir bnyk2 kali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fikir.... jangan tak fikir... hehehehe

      Delete
  2. jwtn2 yg bsr dan tinggi lbh baik lelaki.elok lelaki.
    kalau stkt presiden kelab sekolah xde mslh rasanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Wanita mempunyai had yg sesuai utk bergelar pemimpin. Ada betulnya apa yg cuba disampaikan oleh bro...bukan utk mendiskriminasikan wanita. Cuma kekuatan seorang pemimpin itu terletak secara mutlaknya pada laki2 kerana pemimpin perlu kuat dr segi mental dan emosi slain yg lain2 perkara trutama dalam membuat kputusan. Tak salah wanita menjadi pemimpin tapi biarlah pemimpin bg kaum hawa krn mereka lebih memahami. x-)

    ReplyDelete
  4. Bos diana pun perempuan jugak, ada kalanya emosi mendahului penilaian..sudah fitrahnya perempuan memang dijadikan untuk dipimpin lelaki..Apapun. ada juga bos lelaki yang lebih emosi dari perempuan..camner nak buat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau kita ikut panduan yg diberikan oleh PENCIPTA kita.. InsyaAllah selamat...

      Delete
  5. Boleh prmpuan mnjadi pemimpin tapi pastikan mengikut syariat yang digariskan mcm entry ni. Besar tgungjawab pemimpin ni..

    ReplyDelete
  6. zizie rasa, betul la hadis2 tu.. tapi, tak kira la lelaki ke, perempuan ke yang jadi pemimpin, memang sekarang orang suka persoalkan kredibiliti seseorang tu sbg pemimpin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sebagai pemimpin, buktikan kredibiliti anda...

      Delete
  7. tanggungjawab menjadi pemimpin bukan mudah. apatah lagi jika seseorang itu terlalu mengikut emosi dalam menjalankan tanggungjawab. Tapi ada juga pemimpin wanita yang berjaya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin wanita yang berjaya ??? Macam mana kita ukur kejayaan itu..??

      Delete
  8. hihi mmg tugas sbg pemimpin patut diberikan pada lelaki...kebanyakan (bukan semua) kaum wanita muslim kita ni 2 perkara diorg susah nak terima...
    1. lelaki boleh kawin 4
    2. perempuan tak boleh jadi pemimpin kpd lelaki...
    (jgn marah ye kaum wanita muslim yg terbaca komen ni...)

    ReplyDelete
  9. pendapat hana la kan

    perempuan xsesuai jadi pemimpin sebab perempuan ni bermain dengan emosi. Entah lak kata cmna yang penting xsesuai la jadi pemimpin.hehe

    ReplyDelete
  10. perempuan memang tak sesuai jadi pemimpin. dekat office atau rumah especially. emosi banyak.

    ReplyDelete
  11. Walaupun saya perempuan tapi saya tak sokong perempuan jadi pemimpin. Yang memimpin mesti la LELAKI. Perempuan harus la jadi yang DIPIMPIN. :)

    ReplyDelete
  12. sy tidak setuju wanita jd pemimpin
    sbb wanita byk emosi..
    hahahahaha

    ReplyDelete
  13. mmg tak dinafikan perempuan mudah dikuasai emosi bila berdepan dgn situasi yg tak best..habis kureng sesuai la nk jf ketua cenggitu kan?emmm

    ReplyDelete
  14. rasanya elok lelaki ... kalau persatuan atau badan2 kelab tak salah perempuan jadi pemimpin.. untuk hal yang besar serahkan pada lelaki..

    ReplyDelete
  15. walaupun muja wanita,, and agak berkeyakinan diri,, muja tetap tak setuju kalau wanita jadi ketua part tinggi2,, kalau setakat bawah2 ni jadi ketua boleh je,, :)

    ReplyDelete