Home

NuffNang

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

HELLO KITTY GO AROUND - MALAYSIA


© 2015 Hasif Rahman - Hello Kitty | Viva Shopping Mall

" Keep calm and Hello Kitty ! "

- Hello Kitty -


Masa bersama family di pameran Hello Kitty di Viva Shopping Mall. Si ibu yang perasan pasal event ni. Berkali - kali dia sebut pasal ni, tandanya dia nak sangat pergi. Haha. Katanya sebab Audrey, tetapi rasanya yang terlebih excited si ibu dia. Haha. 
 
Mulanya rasa macam malas juga nak pergi sebab dulu pernah ke sini waktu pameran Doraemon. Memang agak sesak, tetapi waktu tu pergi time masih bertunang, naik LRT je. So pasal parking, takda masalah. Tetapi bila dah ada anak ni, nak around KL dgn LRT (langkah berjimat) sudah tidak sesuai. Tetapi alhamdulillah, parking agak banyak dan waktu kita datang, masih tidak ramai pengunjung. Kesempatan itu juga diambil untuk snap gambar banyak - banyak dengan all the decorations dan props yang disediakan. Huu hee...as per gambar above, boleh tengok, siapa yang terlebih happy sebenarnya. Haha.

Overall, pameran dia agak menarik. Those who loves cute things will love the place. 



More pics and stories will be update by my wife..haha



Friday, July 10, 2015

#MENGENANG MH17


© 2015 Hasif Rahman - #MENGENANGMH17 | We Never Forget


" The life of the dead is placed in the memory of the living "

- Marcus Tullius Cicero -


Dimaklumkan bahawa majlis ulang tahun pertama bagi memperingati mangsa tragedi MH17 akan diadakan pada 11 Julai 2015 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Tuesday, March 11, 2014

LIFE | #PRAYFORMH370


© 2014 Hasif Rahman - #prayforMH370

"Let us never forget to pray. God lives. He is near. He is real.
He is not only aware of us but cares for us. 
He is our father. He is accessible to all who will seek Him"

- Gordon B. Hinckley -

#prayforMH370.
Kehilangannya penuh dengan misteri. Hilang begitu sahaja tanpa sebarang petanda atau jejak yang ditinggalkan. Pelbagai spekulasi dibuat. Bagi yang membacanya, boleh saja terpengaruh dengan spekulasi tersebut kerana spekulasi tersebut diceritakan dengan penuh persoalan dan direka dengan jalan cerita yang kelihatan seakan - akan benar. Lain pihak, lain spekulasinya. Dikaitkan dengan pelbagai perkara selagi boleh. Ada yang kaitkan dengan politik, ada yang kaitkan dengan pencerobohan negara asing, ada yang kaitkan dengan alam ghaib, ada yang kaitkan dengan kelemahan negara dan macam - macam lagi. Tangan yang menaip seolah - olah begitu seronok tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Ada pula yang mengambil peluang, menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan populariti gambar di instagram contohnya, mengambil gambar selfie dan kemudian #prayforMH370. Seakan - akan tiada kaitan gambar yang dipostkan dengan keadaan semasa.

#prayforMH370
Secara jujurnya, diri ini melihat, bukan spekulasi yang keluarga ini mahukan. Mereka mahukan perkara yang benar. Mereka mahukan bukti. Mereka mahukan kepastian. Mereka tidak mahu spekulasi yang kadang kala memberikan harapan, dan kemudian spekulasi yang menghancurkan harapan. Seolah - olah kita menyeksa perasaan mereka. Dan kita sebagai rakyat, tidak perlu kita "share" di facebook atau blog tentang sesuatu perkara itu yang belum disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Tak perlu kita menunjukkan diri kita, kitalah yang pertama mengetahui perkara tersebut, kitalah yang menyelesaikan misteri ini, kitalah yang mengetahui segala - galanya, hanya dengan google di sana sini. Pihak yang bertanggungjawab berusaha dengan bersungguh - sungguh di luar sana, kita pula tanpa sebarang pengetahuan mengutuk mereka.

#prayforMH370
Kita tidak perlu menjadi wartawan kepada apa - apa tragedi yang menimpa di negara ini atau di negara lain. Apabila berlakunya tragedi, pasti timbul perkara - perkara sebegini :-

  • Aku punya kawan, kawan kepada ayah dia kerja TUDM kata...
  • Kawan aku punya kawan, kawan dengan mangsa kata..
  • Akak aku, kawan dia kerja MAS kata...
  • Kawan aku askar, dia kata, kawan dia beritahu..
  • Kawan aku kerja pelantar minyak, dia ada beritahu..
  • Kawan duduk vietnam, ada beritahu yang..
  • dan lain - lain
Sungguh banyak tersebar di whatsapp dan juga Facebook tentang kawan punya kawan beritahu. Tetapi tiada satu pun yang benar. Semuanya beritahu, tetapi tiada satu gambar pun sebagai bukti.

#prayforMH370
 Kesimpulannya, kita sebagai rakyat yang prihatin kepada tragedi ini, jika kita tidak tahu, lebih baik berdiam diri dan berdoa agar kesemua yang berada di dalam kapal terbang MH370 itu berada dalam keadaan selamat selagi tiada bukti menyatakan perkara yang sebaliknya. Kita juga berdoa agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan ditenangkan perasaan mereka olehNya. Kita juga berdoa agar, pihak berkuasa dipermudahkan urusannya dalam mencari kapal terbang MH370 tersebut. Semuanya dengan kehendakNya. InsyaAllah, akan ada petunjuk olehNya.

Selagi tiada bukti, saya berfikiran positif,
Mereka semua masih selamat !

#prayforMH370