Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia ingin memaklumkan bahawa YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju agar Jabatan menarik balik larangan sementara menangkap burung-burung liar yang dikuatkuasakan sejak 18 Februari 2004 berkuatkuasa serta merta. Perintah ini dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan perintah.
Lesen-lesen yang terlibat adalah seperti berikut:
a. KPM 17A – Lesen burung buruan
b. KPM 18A- Lesen burung liar lain yang diperlindungi
c. KPM 22A- Lesen tangkap Murai Batu dan Mata Putih
d. KPM 24A- Lesen Untuk Menempatkan atau Mengurung Binatang-binatang Yang Diperlindungi atau Burung-burung liar Yang Diperlindungi
Orang awam yang berminat untuk memohon lesen di atas bolehlah menghubungi pejabat PERHILITAN yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekian. Wassalam.