Translator

Showing posts with label silver sebright bantam. Show all posts
Showing posts with label silver sebright bantam. Show all posts

Thursday, June 4, 2015

Hahaha

Sedar tak sedar, bertahun jugak blog ni terabai. Sangat terkesan bila mula-mula latihan industri (internship) dulu. Bila dah kerja sepenuh masa. Terus leburrr.

Nak kena bertapak semula. Dah masuk 2tahun bekerja, masih tak stabil lagi. Hidup nomad. Pindah sana sini. Masa bekerja dan masa untuk diri sendiri sangat tak seimbang. Bayangkan dalam dua tahun ni, 4 kali tukar kerja. Haha. Kerja pertama, sebulan setengah. Kerja kedua, tiga bulan. Kerja ketiga lama sikit, setahun tujuh bulan dan yang terbaru, bakal mulakan kerja keempat minggu depan.

InsyaAllah semakin menuju kehidupan yang lebih stabil. Perancangan hidup dah disusun. Kalau takde aral melintang, akan duduk rumah sendiri dalam hujung tahun ni. Dah ada rumah, takkan nak duduk sorang kan? Kena la ada teman. Haha.

Nak mula balik. Nak silver sebright. Dapat trio cantik sangat dah. Bela je satu ni sampai melimpah ruah jatuh ke ladang gandum. Hehe.

Sangat banyak nak buat. Geram je tengok orang lain menjadi jadi ternakan dia. Ikutkan hati, nak tukar je profession jadi penternak. Hahaha. Kan banyak skim bantuan petani, skim latihan penternak dari kerajaan. Cuma hati tak cukup kering nak memperjudikan nasib bila bertukar bidang. Kerja je la lagi makan gaji.

Ilmu ayam ada sikit, ilmu arnab ada sikit, ilmu burung ada sikit. Bila pandang balik ke masa dulu, tak sangka jugak banyak selok belok peliharaan ni yang tak tahu lagi. Cerita bab ayam misalnya, dari tak pernah bela ayam, sampai ke menjual ayam. Sama jugak arnab. Banyak cuba jaya.

Ada untung, ada rugi. Tapi hati puas.

Takpelah. Tunggu je la nanti.

Wassalam.

Thursday, October 11, 2012

bila bosan tahap tertinggi

alkisah housemate semua takde, hilang entah ke mana. bagusnya diorang ni hilang camtu je. tau-tau aku dah tinggal sorang. bosan tahap gaban membuatkan aku tiba-tiba terasa nak handfeed burung.

lovebird? payah nak dapat. mahal pun boleh tahan. jadi solusi yang termudah, aku cari budgie. murah dan mudah didapati. hehehe.

layan gambar sepam:

budgie

burung budgie

burung budgie - selepas handfeed
sengaja je melayan kebosanan diri. tapi, bila dah ambil budgie ni, terasa nak handfeed lovebird balik.. haih.. nafsu.. hahaha

p/s : kat rumah tuan budgie ni, ada jual silver bantam.. cantiknya. memang teringin lama dah kat silver bantam  ni. tak dapat-dapat lagi.

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...