Translator

Wednesday, November 23, 2011

penuh pengharapan

lovebird dalam nestbox
fisher hijau merah tu jantan, si kuning tu betina. inilah kali pertama si kuning ni bertelur sejak aku beli bulan 6 dulu. asalnya, pasangan dia ni kuning jugak. saling tak tumpah rupanya. tapi bila aku campurkan dengan fisher hijau ni, berubah pulak hati dia. skandal punya skandal, bertelur la dia. =)

kalau ikutkan, jumaat ni genaplah 3 minggu semenjak telur lovebird yang pertama keluar. sekarang dah ada 4 biji. menurut kata otai-otai, tempoh mengeram si lovebird ni adalah 21 hari.. harap-harapnya semua menetaslah.

sekian. wassalam.

Tuesday, November 22, 2011

telur dadar

ya, anda tak salah lihat. memang nak kongsi pasal cara nak buat telur dadar. haha.. ade ke nak kongsi resepi nak buat telur dadar kan? benda yang paling senang nak buat..

oleh sebab semua tahu nak buat telur dadar 'conventional', aku kena la upgrade sikit. orait~

bahan-bahan asas:
  1. telur
  2. bawang
  3. kentang
  4. garam
*kalau nak telur yang digoreng tu kembang (fluffy), telur tu leh la dicampur dengan mayonis.

cara nak buat, sediakan bahan-bahan seperti berikut :

ini kentang



kemudian, goreng dulu kentang. agak-agak sampai kuning sikit. (tapi kentang memang dah kuning kan?hehe..) pepandailah bajet, agak-agak kentang tu masak.


pastu baru masukkan bawang plak. kenapa bawang lepas kentang? sebab bawang lagi cepat masak.


bila dah masak, toskan minyak berlebihan. minyak banyak-banyak kan tak elok. =)


agak-agak dah yakin, bancuh lah dengan telur ayam. gaul sampai sekata.


agak-agak dah sedia, bolehlah masukkan dalam kuali, dan mula menggoreng.



dah siap!



sekian saje resepi telur dadar kita. renung-renungkan dan selamat beramal! =D

sekian. wassalam.

owh sayang..

telur ayam belanda + ayam kampung + ayam api-api
gambar ni adalah gambar telur-telur yang dikutip dalam seminggu lepas. apa yang tinggal la.. banyak dah wat telur dadar.. hehe..

satu perkara yang biasa akan terjadi apabila musim hujan ialah telur-telur habis basah dek air hujan. aku pelik gak, apsal la ayam api-api ngan ayam belanda aku mula bertelur time hujan ni. pilih la time kering sket. =P

ape-ape pun, perkara yang terjadi kena lah terima dengan redha.. =)

btw, sebut pasal redha. teringat post sorang kawan ni kat fesbuk kot.. kalau tak silap. katanya (lebih kurang), apabila kita menerima sesuatu kejadian itu dengan ikhlas, baru dipanggil redha. kalau kita terima, tapi tak ikhlas, dengan terpaksa dan sebagainya. itu dipanggil pasrah.

jadi.. bila berdepan dengan musibah, kita hendaklah redha. bukan dengan kepasrahan. kena ikhlas, bukan terpaksa. baru hati jadi lagi tenang. =)

* melencong sikit dari cerita telur ayam. heheh..

sekian. wassalam.

Monday, November 21, 2011

berpindah sudah ke tempat baru

si kacukan ND aku dah berpindah sabtu lepas. sekarang depa dijaga oleh pak long aku. maknanya, la ni dah takde dah arnab kat rumah aku.. sedih..

alkisah diorang ni berpindah kerana kat rumah aku takde yang boleh menjaga bila arnab ni beranak. tuk pengetahuan, arnab betina ni dah tiga kali beranak. total anak dah 15 ekor. 15 ekor tu brader.. banyak tu.

masalah dia, arnab ni tak mau menyusukan anak. waktu aku ada kat rumah, memang boleh aku pegang mak die, tapi bile aku balik umah sewa, aku terpaksa bertaruh yang si arnab ni akan menyusukan anak dia. oleh kerana dah 3 generasi yang gagal. terpaksa lah mereka berpindah ke orang yang ada kelapangan untuk menjaga.

usha gambar :


si betina : aku suspect die ni bunting seminggu.

si jantan yang macho.

untuk proses permindahan, aku gunakan kotak je. masuk sekali dua ekor dalam kotak.


kotak yang digunakan sebagai medium pengangkutan diorang.
sangat-sangat-sangat berharap mereka dapat membiak dengan baik dan melahirkan anak-anak yang comel dan sihat. =)

#dah buat perjanjian dengan pak long, anak dia nanti bahagi dua.. hehe..

sekian. wassalam.

usha reban



ni permandangan biasa. siapa-siapa yang bela ayam, memang inilah rutin die. tabur je jagung, berpusu-pusu la depa datang mai. hehe.. saje-saje nak share gambar. =)

sekian. wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

makan makan makan!

dah lama tak cerita pasal makanan. hehe.. aku baru balik lepas sebulan "outstation" kat kemaman. oleh kerana kemaman ni terletak di pantai timur malaysia, maka secara logiknya makanan die pon akan berbeza dari ape yang ada di pantai barat.

kalau kat kawasan kemaman ni aku perasan banyak jual satar dan otak-otak. keropok lekor? takyah cerita la. name pon terengganu. bersepah-sepah =D pernah sekali aku pergi pasar malam kat kemaman ni, aku perhatikan, selain dari makanan yang aku sebutkan tu, diorang banyak jual sate. mungkin orang sini suke makan sate kot. hehe..

restoran aziz satar adalah antara kedai yang aku pergi time kat kemaman haritu. salah satu dari masakan istimewa kedai ni adalah nasi goreng aziz satar. cube usha :

nasi goreng aziz satar

mewah sungguh kan? harga pon mewah. hehe..

dan kalau mintak teh tarik ke, teh ais ke.. senang cerita ape-ape yang bersusu. die akan hidang siap berbuih-buih. kreatif.

kopi tarik
makan oh makan.. syok woo makan. tapi nak kena beringat kolestrol, gula, garam bla bla bla.. kena jaga. lau badan tak sihat, sakit macam-macam. sedap mana makanan terhidang pon tak lalu nanti.

sekian. wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

scandal berhasil

dulu aku ade cite pasal hubungan sulit burung cinta (lovebird) aku (rujuk SINI).. aku jangka cepat lah dapat hasil die. lama da ku tunggu hasil affair diorang ni, tapi asyik kehampaan je. tapi kan.. kalau kan.. dah rezeki kan.. tak ke mana, balik-balik je dari kemaman sabtu lepas. saje je la intai dalam nestbox.. tup-tup, da ade sebijik.. hehe.. alhamdulillah.

sekarang dah ada dua biji. XD

alhamdulillah.. hasil bersekedudukan yang halal.. =P

dan ini pasangan die. bingo / bongo. mane satu aku pon tak tahu.

skandal hot

semoga bertambah lagi telur die ni, dan menetas semuanya. =D

p/s : ade berita sedih sebenarnya.. bingo / bongo mati.. punca kematian tak diketahui. aku dapat berita ni pun masa aku ada kat kemaman.. sedih.

sekian. wassalam.

jenis-jenis telur

telur ayam belanda, ayam api-api / mutiara dan ayam kampung

sekarang musim hujan. jadi kutipan telur hanya dapat dibuat telur dadar je. kadang - kadang je dapat kutip untuk eramkan. sayang sungguh..

kalau tengok gambar kat atas ni, ade 3 jenis telur. telur ayam belanda, telur ayam mutiara dan telur ayam kampung. pembahagian die seperti berikut :
  • atas sekali - telur ayam belanda.
  • bawah kanan - telur ayam kampung.
  • bawah kiri - telur ayam mutiara / api-api.
saje-saje nak kongsi. pasni kalau pergi kedai, tengok je da tau nak bezakan mana telur ayam belanda, mutiara ataupun ayam kampung. =D

sekian. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...