Selamat Datang


Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts
Salam Mahasiswa.

Tahniah diucapkan kepada YDP MPMUM Saudara Khairul Anuar di atas jemputan sebagai panel di dalam rancangan bual bicara Suara Siswa yang disiarkan secara langsung di saluran RTM1 sebentar tadi. Rancangan bual bicara yang kini telah memasuki musim ke-empat dan episod tadi merupakan permulaan bagi musim yang terbaru turut menampilkan Timbalan Naib Canselor(TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dato' Dr. Azarae Hj. Idris selaku panel khas. Rancangan yang dikendalikan oleh Dr. Fazley Yaakob ini juga tadi menampilkan panel-panel jemputan dari NYDP MPPUKM, Setiausaha MPP SEGI College dan YDP IPG Kampus Bahasa A/bangsa.

Dalam episod ini tadi telah membincangkan mengenai JEJAK KECEMERLANGAN PELAJAR dan antara kupasan menarik yang telah diberikan oleh Dato' TNC adalah mengenai Projek Prospek yang menjadi kebanggaan bagi Kolej Kediaman Keempat UM sebagai salah satu medium atau platform untuk mendedahkan pelajar sekolah terutamanya mengenai prospek kursus dan kerjaya semasa.

Apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada YDP MPMUM diatas jemputan terbabit dan terima kasih kepada Penerbit Suara Siswa di atas kesudian menjemput pihak Universiti Malaya.

Ahli panel dari kiri:
NYDP MPPUKM, S/U MPPSEGI, YDP IPG B A/bangsa, YDP MPMUM


'Memanifestasi Kecemerlangan, Memartabatkan Kegemilangan'
ASSLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...MPMUM SESI 2009/2010 AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UM PADA
TARIKH : 13 MAC 2010
HARI : SABTU
MASA : 8 PAGI.
TEMPAT : AUDITORIUM KPS.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

BORANG ADUAN DAN CADANGAN ONLINE MPMUM 09/10