Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengalaman

KISAH DI SABAH: TERPERANGKAP DI TANAH RUNTUH RANAU-KK

Hiasan/ Contoh: Mitsubishi Galant Sigma  Di antara tahun-tahun 1990-94, sewaktu saya menjadi Guru Penolong Kanan (GPK) 1 di SMK Agama Ranau (SEMEKAR), suatu petang Jumaat, kami dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu (KK) untuk urusan rasmi (hantar baucer ke Akauntan Negara (AG).  Kami, yakni Ustaz Yaakob Yusof, GPK Hal Ehwal Murid (HEM), isteri saya & saya sendiri. bertolak sebaik sahaja selesai solat Jumaat, masih dengan pakaian sut Baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.  Petang itu hujan baru sahaja berhenti.  Pada masa itu, saya berkenderaan Mitsubishi Galant Sigma 1.6 warna hitam, ala-ala Knight Rider spt video ni:  http://www.youtube.com/watch?v=0Qh0YlpmHXc  . Gambar hiasan tanah runtuh di jalan Ranau-KK Jalan Ranau-KK berselekoh, bengkang bengkok bagai ular dipalu. Maklumlah kawasan Gunung Kinabalu..Tiba di suatu selekoh, kami terlihat jalan raya/lebuhraya Ranau-KK berlaku tanah runtuh. Separuh drp jalan telah dipenuhi tan...

Aku dah jadi Tuk Wan...

Salam, Alhamdulillah, tanggal 8hb Mac 2010, jam 7 pagi lebih maka lahirlah seorang insan baru ke dunia, seorang putera, 3.60 kg ( > besar dari abahnya dulu, 3.36kg) ke dunia ini,di Hospital Teluk Intan, Perak. Bertambahlah tanggung jawab & amanah kepada abahnya. Abahnya, anak lelaki keduaku. Maka automatik aku dah jadi "tuk wan" (istilah orang Utara) dan isteriku "tuk" atau "mak tuk"(utk dengar lebih muda...he3). Petang itu juga kami bersama Along & isterinya yang juga sedang sarat (mungkin seminggu dua lagi...bertambahlah cucuku) bertolak ke Teluk Intan, selepas mohon pulang awal dari pejabat. Aku sedang sakit gout,namun terbayang-bayangkan cucu pertama ini, aku gagahi diri untuk pergi juga. Alhamdulillah Along dapat bersama jadi pemandu, dengan keretanya pula. Jika tidak agak sukar untuk aku memandu dengan jarak yang agak jauh dalam keadaanku yang tidak sihat. Semasa dalam perjalanan, kami mendapat maklumat, cucu kami dimasukkan ke ICU k...

Aku Alumni SMSPP atau SMSTSSS

Salam semua, Selepas aku tamat pengajian di Sekolah Rendah Hashim Awang, Kepala Batas, aku & ramai kawan2 aku mendaftar diri lah di sekolah yang serba baru...Januari 1973, Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (sekarang dah ditukar nama SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin, SMSTSSS) Bukit Mertajam. Rasanya nama dulu sedap & mudah disebut lagi (maaf, ini pandangan/rasa hati aku..) Masa tu sekolah ini belum siap lagi...kami pergi daftar di SMK Kampung Baru.  asrama kami di SRJK Tamil, Kampung Baru.  Sebab tu kami digelar masa tu "anak2 Hindu"...tak pa kami terima sbb mmg betul kami tumpang tinggal di asrama mereka.Aku dah pergi melawat ke sekolah ini tahun lepas, dan dah diduduki kembali oleh yg empunyanya kini. Kami belajar setahun di SMKKB, depa kata kami "anak tiri"..ye la. Mcm2 masalah & peristiwa berlaku kat situ. Aku rasa agak susah nak sesuaikan diri di situ masa itu, mKLUMLh dok besa di kampung, dgn mak ayah & adik beradik...tiba2 aku rasa ...

Majlis Walimatul-'urus anak-anak kami kali pertama

Alhamdulillah, tanggal yang berdebar-debar 13hb Jun 2009 - kenduri kami berjalan dgn baik. Mulai dari jam 11.30 pg orang dah mula mai...sampai jam 6 petang lebih masih ada org..tp sayang jam 6 ptg caterer dah kemaskan semua makanan. Tinggal laksa & tek tarik sahaja yg kami buat...2-3 org akhir tu, terpaksa makan apa yg ada. Ada 2 orang mai rumah mak-ayah aku di belakang dewan tu lepas jam 6.30ptg...sembang-sembang sampai Maghrib. Pastu kami kemas2 barang, bahagi2kan bunga telur kat adik beradik & jiran2 yg banyak bantu buat bunga telur (2,000 biji) & beg hadiah (1,300 buah) 1-2 hari sebelum ni., bahagi2kan makanan yg tak habis...buka hadiah2 & kami rehat > Ramai kawan2 datang dari KL, Kelantan , Perlis , Perak & Kedah..selain sekitar PP & SP. Aku amat terharu dgn kawan2 jauh2 yg datang susah payah,habis wang ringgit, masa & tenaga just for the sake of visiting a friend's childrens' wedding. Aku mungkin tak ingat dan sukar menyenaraikan semua...

PTK...oh PTK

Salam semua, Aduuhh..& alhamdulillah, saya baru habis kursus PTK Sabtu lepas - seminggu yo! Malam pertama, taklimat. Pastu 3 hari pertama, pagi-ptg - ceraaamah...je! Ngantuk? ..memang la...boring tak tau nak habaq. Dah le kena pakai blazer, tali leher...masa kerja kita tak pakai blazer hari2 pun. Ceramah tu, ada juga yg syok, tapi..2 tajuk saya rasa boring & cara ceramahnya pun mem"boring"kan. Petang2 & malam2, sibuk sediakan "public speaking" ...jenuh jg saya melayari net utk mencari bahan2nya. Pastu kena mesyuarat (2 kali) dan sedia persembahan kumpulan. Kemudian persembahan Powerpoint individu (B. Melayu...nasiiib,kalau tak jenuh syosyeh2 pulak). Siang hari ke-4, public speaking. Siang hari ke-5, persembahan powerpoint. Siang hari ke-6, persembahan kumpulan. Siang hari ke-7, Ujian Akhir Kursus (UAK) 2 setengah jam - 4 soalan esei.....huh, kematu jari menulis tak renti2. Tension, stress... Patutlah saya dengar ramai kawan2 lain yg jatuh pengsan,...