Showing posts with label ku-aku. Show all posts
Showing posts with label ku-aku. Show all posts

Si Penyampai

Salam semua!! Di pagi hari Selasa, apakah mood anda?

Mood saya, masih gembira. Gembira la sebab its pay day sudaaaahhh hehe.. Lepas ni siap-siap nak agih-agih kt pihak terlibat. Sapa lagi nak, angkat tangan!!! Acah aje, pihak terlibat tu of kos la pihak-pihak yg wajib jer. Hehe..Owhhh sekejapan ajelah amaun dalam tu berkurang nnt.

OK back to tajuk. Apa reaksi anda berdepan dengan si 'penyampai'?

Saya sehabis baik cuba STAY COOL bila berjumpa dengan si 'penyampai'. Kadangkala meter 'hangin' naik juga, tp bila analisa semula cerita si penyampai,mungkin adalah tu silap dan salah saya dimana-mana, yang saya tak perasan. Mula-mula memang susah nk terima sebab EGO, tp bila EGO besar jadi ego kecik, maka berlapang dada dan mula menerima kritikan dan anggp ia adalah kritikan membina.

Alhamdulillah, saya rasa selesai satu kisah pagi ni. Terima Kasih wahai 'penyampai' :)

Pssstt : harap tak berjumpa dgn cerita 'penyampai' setiap hari.

Durian runtuh FELDA hari ini

Baca kt sini : Durian Runtuh Felda

Semalam dh gosip-gosip pasal ni dgn kakak saya via GTalk. Dia  yang sampaikan kt saya yang tak tahu menahu ni. Saya memang tak amek pot sangat hal ehwal dunia luar, tenggelam dalam dunia sendiri jek. Hehe.

Malam tadi, masa call mak..mak bgtau lagi sekali. "Ada bahagian untuk anak-anak juga ni.." Abah menyampuk dari belakang "Abah ada durian runtuh ni. Nak ke taknak? " Saya "Mesti lah nakkkk!!"

Ada yang kata gula-gula politik. Hmm apepon orang kata, kalau orang nk bagi saya amek je. Muawahahahah!

RM5000 untuk Peneroka, RM5000 untuk isteri, dan RM5000 untuk anak-anak. Kami ada 6beradik.
Jadi bahagi-bahagikanlah seadilnya. Walaupon tak pasti bila dapat duitnya, saya plan nak jadikannya suntikan modal utk K3S saya.


Promosi May : : GLA Complex : : sedang berlangsung di K3S

Tak terpikir pon nk buat shopping or apa-apa selain itu :) Hehe sbb bukan lah dapat amaun sebulan gaji kan. Jadi lah, untuk memajukan lagi K3S saya tu.

Sesapa lagi generasi kedua Felda, meh tinggalkan komen share dgn saya apa plan anda dgn 'durian runtuh' anda :)

Berat

Mood ada, tp idea kelaut.

Semalam waktu tgh berseminar, ada someone sms tanya pasal set slimming yg saya jual. Konsultasi dgn silent mode pon on. Kebetulan mmg dh almost waktu tea break. Saya pegi makan sekejap dan terus ke surau utk.mengepam. My potential customer td mintak izin nak call sbb lg senang bila berbicara dgn suara berbanding bicara sms.

Satu soalan dia terkujat mak nk jawab, dia nak tau berapa berat saya. Hehe walaupon segan, saya jawab jugak la. Dan dia surprise sbb dia ingat saya lebih ringan dari itu. Nampak dlm gambar mcm kurus ringan je katanya. Walaupon terkejut, Alhamdulillah dia close deal dan buat 1order set vitamin utk tujuan penurunan berat badan. THANKS DEAR.


Alamak berat sgt ke saya? Patutla ada someone kt opis saya pon terkejut juga bila saya bgtau berat saya.
Pada saya ok je. Sebab saya taknak berdiet sangat. Bila.masih lagi dalam range ideal saya selesa. Berat saya skg, just kurang lagi 1kg je macam sebelum pregnantkan Hannah.

Memang tak dinafikanlah, waktu nk jd pengantin tahun 2007 dulu, badan saya bergegas naik ke range 50an, dan penuh isi compare dgn zaman belajar dulu. Yelah kan, dh kerja ada duit nak makan apa pon boleh je. Dulu masa belajar kena catu gak la belanja nk pi makan fastfood.

Kembang kuncup kembang kuncup kan mmg adat fisiologi seorang wanita. Hehe. Biarkanlah saya dgn berat sekarang ni ye. Habis tempoh penyusuan Hilda nnt baru saya plan nk set target utk kurangkan smpai macam zaman anak dara dulu. Barulah saya nk disiplin dengan Lecithin dan HerbLax tu.




Published with Blogger-droid v1.7.4

Virus Blur

Saya rasa memang minggu ni saya agak blur bila menatap Dashboard ni. Asal hadap terus blur, asal blur hadap Dashboard. Apo kono eh jangg!! Huhu!

Padahal sepatutnya memang ada benda saya nk coretkan kt sini utk tatapan dan kenangan.

1- Cerita jumpa Nutritionist sabtu lepas.
2- Cerita makan steamboat kt Kelip-kelip.
3- Cerita Hilda dh goodgirl tak nangis meraung melalak time mama buat kerja.
4- Cerita pening kepala carik baju diner company.

Hehehe!



Breastfeeding : "DIA" datang!!!

Bila dia datang, terbantutla kisah saya nk perabis ganti puasa hari ni.

Nasib baik, Ramadhan 1 months to go lagi. Tolak lebihkurang 7 hari berkepit dengan 'dia' boleh la start puasa semula.  Hehe lain kali jgn last minit..Ini nasib baik la sehari lagi, kalau patlimabelas hari lagi, camno nk jawab tu?? Ingatan utk diri sendiri dan kawan-kawan lain jugeeee hehe!

Actually 'dia' datang with early sign. Tapi saya tak dapat langsung detect itu adalah tanda kedatangan 'dia'

Patutla time saya pump dekat opis, hasil kutipan adalah mengecewakan saya.  Bila 3rd session tu lagi lah, saya dapat 2oz saje!!

Tp saya tak putus asa, everything goes on macam biasa..Pumping ikut schedule, minum byk air, makan secukup rasa..makan vitamin juga secara konsisten. Tercuit jugak hati ni dengan rasa kecewa, tp bila balik rumah saya motivasi semula tengok stok-stok sedia ada dalam peti ais tu. Saya sematkan dalam hati, INSYA ALLAH production saya akan kembali mcm sebelum ini!!

Kemuncaknya malam tadi. Saya nk solat Isya..baru perasan si 'DIA' dah ada.

Perasaan saya bercampur-gaul. Gembira sebab inilah puncanya susu saya menyusut. Risau ~ apsal period cepat sangat datang semula! Dah la badan jenis subur..adoiiii!!

Harap-harap lepas ni, kilang saya beroperasi mcm biasa. Boleh hasilkan stok macam sebelum ni. hihi

Saya ada berita nk kongsi bersama. Jom pegi kedai Triple-S saya tengok benda yang saya nk kongsikan tu. Ada tips yang penting dan berguna tau.

Aku Rindu Setengah Mati Kepadamu




Suka sangat lagu ni. This is my real feeling now..

rindu serindu rindunya..

Our 4th Anniversary, 10.03.2011




Frust dan mengantuk

Frust sebab dari tadi cuba nk upload gambar, tapi asek tak lepas..lama betul!
Network problem kot.. Kalau tak, kompom korang semua dh terliur je tengok hidangan dalam gambar-gambar tu..

Hikhik niat tak baik, sebab tu la tak berjaya kot ..

Mengantuk sebab dah 2 malam terpaksa bangun jam 2-3pagi temankan Hadif bersembang-sembang. Dia tengah demam. Lepas bagi ubat demam dipagi buta tu, dia terjaga. Lepas tu mula la dia susah nk tidur semula dan menyebabkan mama pon tak boleh nak tidur jugak. 

Hmm Hadif tgh train mama utk bangun malam-malam eh, sempena nk menyambut kedatangan baby HM..

Uwaaaaaaaaaaarhhh ngantuk!!


MC lagi

Banyak sungguh siri MC makyong Lydzar dibulan Februari ni..

Papepon, akan diceritakan kemudian, esokla tu..sbb sat lagi nak pegi keluar.. cheers u all!!

Datang sini lagi esok yer...


Pakaian oh pakaian

Ini bukan entry shopping yer korang :)

I dont mind living in a small house. 

Kadang-kadang sebenarnya suka, sbb ruangan yg kecil sungguh senang utk dijaga. Ruangan yg kecil utk di sapu, di mop dan di vacuum. Jimat duit juga sebab tak payah nk berangan nak isi rumah dengan perabot. Ahaks! Kedekut..!

Tapi aku rimas sebab rumah kecilku tiada ruangan utk menjemur pakaian. Tiada ruangan yg proper. Rumah tanpa beranda a.k.a balkoni menyebabkan aku terpaksa mengorbankan salah satu bilik utk dijadikan bilik sidai baju. 

Alangkah indah kalau aku memiliki 2 benda ini :

Mesin pengering pakaian

dan MESIN MELIPAT BAJU - maaf tiada gambar, tak tau nk imagine macammana rupa bentuk dia

Hehe sebenarnya entry ni terhasil sebab aku dh mula rimas tengok timbunan baju yg tak berlipat dalam bilik. Tapi tiap kali balik kerja, aku rasa aku tak bertenaga nk uruskan mereka-mereka itu. Sudahnya, mesti korang dpt imagine apa yg berlaku pada pakaian itu. 

Of course la berlonggok saje. Bila nk pakai, sila gali-gali dan cari-cari mana yg diperlukan. Selekeh!!

Bila aku komplen pasal takdek tempat nk sidai baju kt Abg, dia respon "Takpa lah, nnt kita beli rumah bawah jer"

Rumah bawah ~teres~ setel bab tempat sidai baju, tp problem lipat baju tak setel gak kan??
Ada cadangan lain nk setel problem lipat baju tak? Hehehe

Spesis terancam!


Inilah dia yg dikatakan spesis terancam. 

Terpaksa memakai face protector demi mengelakkan diri dari terus tersungkur dengan penyakit selsema dan batuk akibat daripada habuk yg sedang berleluasa di sini. Dan juga bau-bauan cat @ gam yg turut berleluasa memeningkan kepala.. 

Ada kerja-kerja renovation opis sedang berlangsung sekarang.

Dah la semalam terpaksa bertahan dengan pemanasan global. 
Aircond tak berfungsi dan kipas yg selalu standby kt tepi meja ni pulak telah di kidnap pergi. Korang boleh bayangkan la, badan org peknen yg selalu rasa panas ni kan??

Uwaaaaaaaaa! Serius rasa nk nangis. Semalam boleh lagi tumpang bilik bos yg tengah EL. Tapi hari ni dia dah back to work. Sogan la den nk menumpang lagi.. 

Bilakah ini semua akan berakhir!!!


Family visit

Selamat hari Jumaat!!

Semalam aku hilang sehari tak update blog sebab aku on leave. Jumaat lepas kan tetiba je ditabalkan as public holiday ~sempena kemenangan Malaysia Piala AFF Suzuki~ so cuti Jumaat lepas aku transfer kan ke hari semalam. 

Merangkap sekali utk melayan tetamu yg datang ke rumah. My parents, abang dan adik bongsuku datang bertandang. Kalau ikutkan, hari ni pon nk cuti lagi, tp ada sesi appraisal la pulak. Terpaksa la meninggalkan mereka kt rumah saje. 

Berkesempatan bawak dorang makan dekat D'Arab Cafe dan meronda-ronda i-City. Hannah yg terover excited. Nenek dengan mama tak larat nk pusing-pusing dah. Duduk je dekat bench yg disediakan kt sana. Nenek sakit kaki, mama pulak sakit pinggang..Nasib baik la papa ada melayan kerenah anak dara excited tu, dan adik-adikku pon ada sekali jadi tukang dukung Hadif secara bergilir-gilir.

Gambar?? Takdek..sebab memori card tertinggal dalam SD/MMC card slot kt laptop. Haih! Asal ke iCity je, mesti kamera buat hal..hihi tuan dia actually..1st time dulu, bateri kong. This time, memory card plak tertinggal.

Oklah, lapar dan mengantuk bergabung menjadi satu ni. Idea pon dh abes...daaaaaaaaaaaaa

20.12.10

Happy Monday semua!

Tajuk takdek kaitan pon. Cuma takdek idea nk letak tajuk apa. Wiken kami berlalu tanpa apa-apa xtvt best. Takpalah, sila pahami poketku yg kosong ini :D 
Walaupon poket kosong, tp dalam kepala otak ni ada je lagi benda yg nk ku beli. Especially menjelang dinner opis Jumaat ni. Pemburuan tudung pulak bermula. 

Hari Khamis lepas dah beli baju seadanya walaupon tak lah bertepatan sgt dgn tema Glam n Glitz. Nak GLAM n GLITZ cemananya kalau tgh buyung ni kan. Belasah saje la apa yg sesuai. Sad but true, cik Abg ku tak dapat join aku ke dinner sebab dia kena terbang naik belon ke KK lagi utk next project phase. So akan ku angkut anakanda berdua tu menemani mama dorang jalan atas Red Carpet ahaks!

Ntah macammana la gamaknya situasi aku nnt nak handle mereka berdua. Yang pasti akan ku cuba utk tunggu sampai majlis habis sebab hadiah cabutan bertuah yg disediakan agak lumayan :D 
Mana tau ada rezeki, kan?

Oh ye, sape ada idea mana aku nak carik tudung a.k.a shawl yg sebegini rupanya ?? Kalau tau, tolong tinggalkan komen kt entry ni ok. Dan dekat shopping spot area Shah Alam..Online aku rasa byk dh sold out je..Terima kasih!!!

Pic credit to : MelHijab






New Me

Salam Jumaat all..YEAY!!

Hari ni aku bangun as a new person.Tengok tajuk la, New Me :)

Chewah, New Me tapi bukannya dengan azam baru pon. New Me sebab ada sedikit perubahan pada fizikal aku. Semakin gemorks tu sudah tentu ahaks! 

Sebenarnya malam tadi, kami berkunjung ke salah sebuah saloon rambut dekat Subang Perdana. Tujuan adalah utk buat hair cut pada rambut aku yg semakin memanjang ni. Last sekali aku potong rambut masa umur Hadif 3bulan. So selepas setahun lebih, of kos la rerambut itu membesar bagai johan.

Kerimasan mula melanda dan atas satu sebab utama, aku nekad nk mengorbankan mereka ~refer to rambutku~ Aku inform Abg, nk potong pendek terus, then dia ok saja. 

So selepas beberapa minit, zup zap zup zap the chinese lady mengerjakan rambut aku sambil borak-borak pasal pregnancy, transformlah aku menjadi New Me. Aku tak penah potong rambut pendek cenggitu.

Haha! Puas hati aku. Lepas bayar RM38, kami pun ke KFC utk bawak HMs main-main sekejap dan tapaukan Snack Plate utk dorang. Mama dgn Papa beli nasik kukus je kt luar apartment kami tu.

Nak tengok example hair cut style aku tak? Ala-ala gini la, macam pempuan seksi dibawah ini..Hitam menawan dan lurus ke bawah saje :P

Aku suruh tengok style rambut je, bukan tengok yang lain tau!! Haha!!

Tapi yg paling kelakarnya, bila aku bangun tidur pagi tadi, tengok cermin kt toilet..

MAK AIIII!! Rambut aku ala-ala tengah berdiri hahaha..Kejung! 
Malam tadi before tidur tu aku mandi dan shampu tanpa mengenakan minyak rambut. So mereka menjadi begitu ringan sampai boleh berdiri sendiri bak belon helium..Hahahaha! 

Dan sebab utama aku nekad potong rambut adalah Hannah dh transfer kutu yg dia dapat dari taska kt kepala mama dia plak. Alhamdulillah, berkat kesabaran Papa dia letak ubat segala kt rambut, Hannah sekarang dh bebas. Mama pulak jadi mangsa. Uwaaaaaaaaa!!

Harap-harap dengan tercantasnya tempat mereka baru nk mulakan kubu ni, mereka boleh dinyahkan 100% daripada kehidupan kami.

Dan serius sungguh, kepala ku rasa ringan...

Kosong

Di pagi Selasa..aku rasa jiwaku kosong...










Ok itu je update pagi ni. Petang kang aku update hadiah GA aku ok :P




Countdown

Anak dara aku makin hari makin besar. Mak dia je yg tak rasa semakin tua..Ahaks!!

12.12.10 ni Hannah will turn 3 years old. Sempat la rasa beberapa hari bebetul umur 3 tahun, lepas tu 1 Jan 2011..dah jadi 4 tahun dah. Nasib la anak-anak ujung tahun kan?

Soalan selingan, korang hantar anak ke tadika time dia umur berapa eh? 4 tahun ke 5 tahun?

Birthday celebration?? Sambut kecik-kecik dgn sepupu sepapat dia je kt rumah MIL nnt. Seb baik ada maklong dia nk sponsor something hehe! TQ in advance maklong :)

So aku nk mula countdown..tak berdebar apepon sebenarnya cuma saje-saje nk countdown.

psssttt : ni entry orang takdak idea tp nak gak update blog ok..hahahaha!!

New Pizza Hut @Seksyen U5

At last ada new Pizza Hut outlet kt area rumah aku tu. Tak perasan bila pulak construction and renovation process dia. Tiba-tiba tersergam je logo KFC berdiri tegak kt tepi tu. Biasalah KFC dan Pizza Hut duduk sebelah menyebelah kan. Dorang kan bawah satu management.

Lokasi adalah berdekatan dengan entrance Subang 2, Jalan Shah Alam-Sungai Buloh. Kalau dari jalan besar tu, mmg boleh nampak dah restoran ni tersergam.

Meaning lepas ni dah adalah delivery to our door step :) Teringat pulak kt entry lapar dan bengang aku aritu

Malam tadi pasang niat nk dinner kt sana, tp tak sempat. Takpa lah, tunggu Abg balik dari Sabah nnt je lah.

Hehe tu je update lewat pagi ni..Kang aku mengarang cerita lagi.


Provokasi

Korang ada tak berkawan dgn orang-orang yg suka memprovoke korang? Bak kata pepatah suka simbah minyak ke atas api. Kasik lagi terbakar gitu haaa..

Walaupon bukan pada masa korang tengah terbakar, tengah tenang setenang air dalam cawan..tengah mood baik pon dia nk kasik bakar gak.  Ada tak? Ada tak???

Aku?? Aku rasa kawan-kawan aku ni tak la sampai tahap patut dapat title SUKA BAKAR punya orang. Dia buat sekali dalam setahun dalam nada yg bergurau tapi mengguris. Yang buatnya pon berlainan orang, berlainan jantina.  Huhu! 

Dan topik paling selalu terkena adalah bila aku bgtau kt Facebook or chat or bersembang secara real, bila laki aku tu nak pegi outstation. Dah memang nature kerja dia mcm tu..nk kena site visit. So memang adalah ketikanya aku bersembang topik kena tinggal sebab dia outstation.

Aku penah dapat komen mcm ni;

Dari seorang perempuan : "Dia ada bini no 2 kat sana kot"

Dari seorang lelaki:  "Awek kt Sabah cun cun belaka. Din tu kesukaan ramai"

Yang dari seorang perempuan tu aku agak sentap. Memang terguris dengan provokasi dia. Padahal dia memang rapat dengan aku. 

Yang dari seorang lelaki tu, aku bantai dia cukup-cukup dengan hujah panjang lebar. Hahahah! 

Dan aku pasti lepas ni kalau kena provoke lagi dengan ayat-ayat mcm ni, aku malas nk sentap. Baik aku bagi hujah je kat orang yg berkata tu. 

Aku tau, laki aku sayangkan aku..Kalau nk jadi apa-apa pon, Insyaallah aku yakin, Allah akan tunjukkan jalan yg terang benderang utk aku lalui.

Ntah apa-apalah korang ni kan.

pssstt : yer, esok Abg akan outstation lagi ke negeri bawah bayu..

How do you do that?

Lokasi : Toilet Level 2

Sedang aku bersedia nak mencuci muka, masuk seorang opismate. Aku pon bagi la senyuman manis satu das.

Opismate : Eh nak tengok kejap perut u.

Aku : (Pusingkan badan mengadap dia)


Opismate : Wahh dh nampak besar la perut u. Last week I tak nampak lagi.

Aku : Mayb depends pada baju yg I pakai kot. 

Opismate : This is your 3rd one kan..

Aku : Haah , 3rd (Senyum lagi)

Opismate : Wahh (tak tau la nada sinis ke nada kagum ke..). Every year la you beranak kan? How do you do it eh?

Aku : (Gelak) Tak lah, selang 2 tahun laaa..

Opismate : (Masih dengan ekspresi muka yg aku tak tau la sinis or kagum tu pon masuk ke toilet kecik)


HOW DO I DO IT?????

Do S** lah..wakakakakaka!!!

Pastu pregnant, pastu beranak, pastu jaga je lah anak tu sebaik-baiknya.. Tak kesah la selang setahun ke dua tahun ke, 5 tahun ke..

It is not a MISSION IMPOSSIBLE.


Salam AidilAdha..

Morning semua!!

Aci tak? Baru nk wish Salam AidilAdha kt blog. Semalam memang online tp takdak mood nk update blog..
Esok aku  update cerita raya kami, sbb laptop kt umah ni, takdak bluetooth features aku nk transfer gambar-gambar dari C3-Lydzar.

Laa ni, aku kt rumah..terpaksa la cuti walaupon tak balik kampung, sebab taska buat announcement dorang tutup hari tu..So lepas gosok baju kerja Abg, terus aku bukak tv, on laptop..anak-anak masih tidur la katakan :D 

ME-TIME!

Aktiviti hari ni adalah, petang nanti nak pegi monthly check-up kt Klinik Soraya. Hopefully, klinik tak sambung cuti.. Dan extra xtvt kt klinik, adalah nk cucuk imunisasi utk Hadif..

Ok daaaa..nk buat breakfast. Lapar sudah..

Cheers ye pada yg berada diopis :)


 

MommaLydzar Logo

MommaLydzar Logo

Nuffnang Logo

Nuffnang Logo

Alkesah Kehidupanku ®