Showing posts with label Stesen Komuter Klang. Show all posts
Showing posts with label Stesen Komuter Klang. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

Pengalaman cemas Suria berhadapan perogol

Share

Suria berjalan longlai menuju ke stesen komuter.Badannya terasa lesu dengan pelbagai kerenah di pejabat tadi.Entah apa silapnya hari itu,semua benda dirasakan tak kena.

Memang malang baginya apabila koc merah jambu sarat dengan penumpang.Nak tak nak terpaksalah beliau naik koc biasa.Kena raba pun kena rabalah fikirnya.Janji dia dapat pulang dan merehatkan badan.

Dalam komuter,beliau mengeluarkan buku 'Diary of Wimpy Kids' yang baru dibelinya minggu lepas semasa menghadiri perjumpaan semula rakan-rakan waktu di kolej dulu.

Ramai rakan-rakannya yang dah berumahtangga.Jauh disudut hatinya merasa cemburu juga dengan kebahagiaan mereka.Padahal dia lagi cun,lagi ramai peminat masa di kolej dulu."Belum jodoh" bisiknya menenangkan hati.

Sedang Suria bermonolog sendiri,beliau tidak sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya sejak beliau naik komuter tadi.Mata itu memandang Suria penuh berahi.Habis dari atas ke bawah dipandangnya Suria.

Naluri manusia memang pelik.Suria akhirnya perasan ada seseorang sedang memerhatikannya.Melalui ekor matanya beliau dapat melihat dengan jelas seorang lelaki bertubuh sasa berkulit gelap sedang duduk di penjuru gerabak sambil memerhatikannya.Pandangannya penuh bengis.Suria ketakutan.

Suria cuba menenangkan diri dengan membelek buku namun perasaan takutnya membuak-buak.Sekali lagi dia mengerling dan mendapati lelaki tadi masih memerhatikannya.

Akhirnya Suria tiba di stesen komuter Klang tempat perhentiannya.Beliau terus mencari-cari kelibat ayahnya.Biasa ayahnya yang akan mengambilnya pulang dari kerja.Namun hampa.Suria merehatkan dirinya disatu sudut sementara menunggu ayahnya tiba.

Tiba-tiba darah Suria berderau.Lelaki tadi juga turun di stesen yang sama.Langkahnya kemas diacukan menuju ke arah Suria.

Suria semakin kaget.Dibetulkan kasut tumit tingginya agar mudah lari kalau apa-apa berlaku.

Lelaki tadi berhenti dihadapan Suria sambil memandangnya.Nafas Suria selolah-olah terhenti.

"Bulu hidung awak terkeluar" ucap lelaki itu lantas berlalu pergi meninggalkan Suria dalam keadaan penuh misteri dan tanda-tanya.

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP