Permulaan lembaran baru dunia blog aku
Share
Secara tiba-tiba aku rasa seperti ingin mulakan hidup baru di dunia blog ini.Jadi aku ambil langkah drastik dan stupid untuk masukkan dalam draf semua post aku yang lepas.Nak delete sayang.
Kalau ada sesiapa yang jadikan aku idola,tampal poster gambar aku dekat bilik atau simpan gambar aku dalam dompet,mesti perasan yang aku dah lama tak update blog.
Aku gunakan alasan biasa penulis blog yang dah lama tak update.Sibuk.
Sekarang ini aku sibuk buat part-time jadi tenaga pengajar kurang ajar dekat sebuah pusat tuisyen terkemuka Jepun.
Jadi mungkin lepas ini cerita aku akan berkisar tentang formula matematik,teori Gauss, dan janjang arimetik sebab aku mengajar matematik.
Sehubungan dengan itu juga,segala tag dan sambungan cerita kira burn sebab aku dah masukkan dalam draft.Jadi jangan tuduh aku tak buat (padahal memang tak buat pun).
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan mengikuti perkembangannya.