Saturday, May 22, 2010

Kisah cinta Cik Syuhada

Share

Cik Syuhada memang amat digeruni staff Tekad Bahagia Sdn. Bhd.Beliau yang berjawatan Pengurus Pemasaran sering memarahi staffnya yang didapati cuai dan lalai dalam menjalankan tugas.Walaupun tegas dalam menjalankan tugas,beliau sebenarnya seorang yang lembut dan mempunyai keayuan gadis melayu terakhir.

Disuatu tengahari yang hening,suasana biasa dalam pejabat dengan sesetengah staff curi-curi buka Facebook dan blog Jam itu telah berbunyi lagi...

"Awak nie otak letak dekat lutut ker?Berapa kali saya nak cakap?Invois nie kena dihantar semalam.Hari nie dah berapa haribulan?Bos marah saya.Bukan awak!" tengking Cik Syuhada kepada Hasnol.

Hasnol salah seorang staff dalam bahagian pemasaran.Beliau seorang yang lurus dan jujur cuma dari segi kerja beliau agak lambat pick-up sikit.Wajahnya juga bersih dan lembut dipandang mata.Tubuhnya agak sasa.Beliau berasal dari Kelantan tapi dah lebih 20 tahun tinggal di KL menyebabkan loghatnya kurang kedengaran melainkan berjumpa sesama orang Kelantan.

"Sekarang nie saya nak awak siapkan hari ini juga! Selagi tak siap awak jangan balik.Faham?!" tegas Cik Syuhada.

Hasnol sedikit pun tidak mencebik malah beliau hanya tersenyum.Senyumannya cukup manis menyebabkan hati Cik Syuhada sedikit bergetar.Hatinya berdebar-debar memandang senyuman Hasnol.
.......................................................................................................

Malam itu selepas makan Cik Syuhada hanya berbaring dalam biliknya sambil membelek katalog Avon.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk...

"Salam.Cik Syuhada marah saya lagi?"

Cik Syuhada tergamam sebentar lalu direplynya mesej itu "Siapa nie?"

"Oh maafkan saya sebab tak memperkenalkan diri.Saya Hasnol.Invois dah siap.Esok pagi-pagi saya hantar sendiri by-hand" balasan SMS yang diterima.

Cik Syuhada tak membalas mesej itu.Hatinya keliru.Badannya panas.Jantungnya berdegup kencang.Darahnya berderau.

Inilah pertama kali staff lelakinya berani menghantar mesej sedemikian.Sebelum ini jika tidak pasal kerja,memang telefon bimbitnya sunyi sepi.

......................................................................................................

Esoknya waktu lunch tiba-tiba Hasnol datang ke mejanya.

"Jom lunch sama-sama" ajak Hasnol.

Berderau darah Cik Syuhada.Dikawal rasa berdebarnya lalu diatur katanya.

"Takpelah,awak pergilah makan.Saya tak lapar" bohong Cik Syuhada padahal sejak dari pagi dia tak menjamah sebutir makanan pun.

"Ok.Takpelah begitu" balas Hasnol.

Menyesal juga Cik Syuhada menolak ajakan Hasnol.Perutnya berbunyi-bunyi meminta dimasukkan makanan tapi dek kerana ego dia rela berlapar.

Sebenarnya Cik Syuhada memang jarang makan dengan staffnya.Mungkin kerana sikapnya,beliau sering tapau lalu makan seorang diri di pantri.

Pulang dari makan itu Hasnol membawakan Cik Syuhada sebungkus roti dan air milo kotak.

"Makanlah.Buat alas perut" ucap Hasnol.

"Terima kasih" balas Cik Syuhada tanpa memandang.

Sejak hari itu,hampir setiap hari Hasnol mengajak Cik Syuhada makan bersama kecuali Sabtu dan Ahad sebab tak kerja.Dan setiap kali itu juga ajakan Hasnol ditolak.
......................................................................................................

Hari itu kerja memang banyak.Boleh kata setiap staff tak dapat bukak Facebook dan baca blog Jam itu telah berbunyi lagi dek kesibukan tugas.

Kerja yang menimbun memaksa Cik Syuhada untuk pulang lewat.Akhirnya hampir pukul 2 pagi barulah kerjanya selesai.Beliau melangkah ke parkir kereta dengan longlai.

Tiba-tiba datang seorang lelaki bertopi keledar merentap beg tangan Cik Syuhada lalu segera membonceng satu motosikal.Malangnya Cik Syuhada,akibat daya inertia yang kuat hasil rentapan peragut itu menyebabkan Cik Syuhada jatuh tersungkur.

Dalam keadaan itu hanya satu nama saja yang terfikir olehnya untuk dihubungi.Hasnol!

"Tolong!! Sye di parkir pejabat" hanya itu mesej yang sempat dihantar oleh Cik Syuhada sebelum jatuh pengsan.

.......................................................................................................

Matanya dibuka perlahan.Kepalanya terasa sakit.Cik Syuhada lama juga dapat memastikan yang dia berada di hospital.Dipandang kirinya terlihat akan Hasnol baru tiba bersama ibubapanya.

"Alhamdulillah,dah sedar" ucap Hasnol sebaik terlihat Cik Syuhada berusaha untuk duduk.

Doktor yang memberitahu Cik Syuhada pengsan hampir 2 hari.Dalam tempoh itu Hasnol yang menjaganya,memberitahu kedua ibubapanya dan juga membawa pakaian gantinya.

Mendengar itu,terharu juga Cik Syuhada pada kebaikan Hasnol.
......................................................................................................

Sejak peristiwa itu,layanan Cik Syuhada pada Hasnol mulai berlainan.Jika sebelum ini ajakannya ditolak,kali ini Cik Syuhada pula yang mengajak Hasnol makan bersama.

Hujung minggu pula kadang-kadang dihabiskan oleh Cik Syuhada dengan keluar bersama Hasnol.

Cik Syuhada merasa bahagia sangat.Mandinya tak basah,makannya tak kenyang,tidurnya tak lena.Rasa macam orang gila pun ada.Kadang-kadang senyum sorang-sorang sambil belek gambar department sebab nak tengok Hasnol.
......................................................................................................

Hari itu biasa saja macam hari-hari lain.Cik Syuhada tiba awal ke pejabat sebab nak jumpa Hasnol.Di tangannya ada bekal makanan yang dimasaknya pagi tadi.Cadangnya nak makan sama-sama Hasnol masa rehat nanti.

Jam teruk berganjak dari jarum saat ke jarum minit.Dari pukul 8 sampai ke pukul 11,Hasnol tak tiba dipejabat lagi.Cik Syuhada mulai bimbang.Berkali-kali cuba dihubunginya tapi off.Berpuluh-puluh mesej dihantarnya tapi satu pun tak reply buat Cik Syuhada tambah resah.

Tiba-tiba datang seorang staffnya muka bongok macam Apek sambil bawak suratkhabar Metro.

'Cik Syuhada! Cik Syuhada! Tengok nie!" sambil mengunjukkan suratkhabar Metro itu.

Dilihatnya segera dicam itu salah seorang dalam gambar itu adalah Hasnol berdasarkan bentuk muka dan baju yang pernah dipakainya.Lantas beliau terus pengsan.









Friday, May 21, 2010

6 pemain Selangor didenda FAM?

Share

Semalam Puyat baru balik dari bercuti maka haruslah ajak breakfast hari ini sebab rindu tak jumpa kawan-kawan selama 4 hari.Bunyi macam gay tapi akhir zaman memang takde apa yang nak dihairankan melainkan dengar Apek baca khutbah dan jadi imam solat Jumaat.

Bosan mengadap master yang tak habis-habis nie padahal baru first sem budget dah 2 tahun sambung belajar.

Kecewa bila dengar 6 pemain Selangor kena gantung gara-gara membantah tindakan pengadil yang bagi Shukor Adan (kapten N9) main pakai tangan.Susah juga kalau ada campur tangan politik dalam sukan.Macam tahi cicak dengan air milo.Tak serasi bersama.

Dah la.Ingat ini Diari Akademi Fantasia ker nak update style nie?

p/s:Bosan sambung master jom cari kerja.Jenama apa nak pakai model boleh contact PA aku.Harga boleh runding.

Wednesday, May 19, 2010

Hidup kena rilek! Kalau gelabah tak jadi mende...

Share

Bayangkan minggu lepas doktor check kau punya penyakit dia cakap "Eh awak nie dah nak mampus! Ada lagi 2 minggu jer boleh hidup nie.Kanser awak dah peringkat terakhir nie."

Pastu next week doktor yang sama check balik dia cakap "Eh apsal awak dah sihat nie?Tak jadi nak mampus.Jom saya belanja teh tarik!".

Begitulah perasaannya 'mati hidup semula'.

Dan benda itulah juga yang aku rasa sekarang ini dengan bebanan kerja,sambungan master,dateline itu ini tambah projek-projek bilion-bilion ringgit (sembang nak lebat)...buatkan aku rasa cukup tertekan rasa macam nak mati la dah penat hidup tapi amalan tak cukup.

Dan bila mana datang perkhabaran bahawa 24hb ini masa Defense Proposal dia cuma nak tengok slide show jer taknak tengok proposal buatkan aku rasa macam sudah mati hidup semula.

Sembang lebat tarak guna jom sambung tido balik lambat lagi nak submit proposal.Hahaha.

p/s:Kerja jangan bertangguh tapi hidup jangan gelabah.Rilek-rilek sudey!

Tuesday, May 18, 2010

Baru aku tahu kenapa dia gagal ujian jalanraya!

Share

Hari Jumaat pagi biasanya memang jarang ada kelas bagi kami pelajar Mechi.Kalau ada pun ramai yang tak pergi.Apa barang pergi kelas kalau esok dah cuti.

Entah kenapa minggu itu aku terlebih rajin nak pergi kelas cuma niat tak ikhlas.Pergi kelas sebab nak tengok awek-awek pakai baju kurung.

Balik dari kelas terserempak dengan housemate yang dibenci sebab cuba membangkitkan pentadbiran ala tentera dalam rumah atas alasan dia anggota Palapes.Logik ker kalau rumah bujang nak susun kasut hari-hari?

"Eh Razi,kau ada lesen kereta tak?" tiba-tiba sidia bertanya.

"Ada! Nape?" jawab aku jujur.

"Kau boleh tolong hantar aku pegi Jejawi tak?Aku sewa kereta,kau drive" tanya beliau lagi mengharap.

"Ok boleh" jawab aku agak excited sebab masa benda nie berlaku aku baru 1st year maka tak bawak kereta lagi itu yang excited dia lain macam.

Segala perbelanjaan ditanggung.Tugas aku cuma drive kereta,bawak dia ke Jejawi.Dalam kereta itu kami cuba mengenal hati budi mana tahu boleh luntur perasaan benci.

Housemate yang dibenci itupun bagitahu yang dia dah join kelas memandu tapi gagal masa ujian jalanraya.Sebab gagal tidak dinyatakan.

Tiba di Jejawi,aku pun membiarkan dia habis menguruskan segala urusannya sambil aku tunggu dalam kereta.

Settle semua,dia pun masuk dalam kereta.

"Eh aku nak drive boleh tak?" tiba-tiba beliau tanya.

Aku pun terus la bagi sebab dalam otak fikir kalau dah sampai ujian jalanraya mesti boleh memandu cuma mungkin pembahagian minyak dan clutch kurang tepat.

Jangkaan aku meleset.

Housemate yang dibenci memang takleh drive sama sekali.Bayangkan ditengah kesibukan bandar Kangar itu, pada jarak 100 meter nak berenti pada traffic light, dia boleh tanya aku "Eh Razi,brek yang mana?"

Bila masuk gear,dia pergi tengok gearnya sebab tak hafal nak masuk gear berapa jadinya kereta pun melelong la ke tepi.Nasib baik tak langgar divider.

Sekarang baru aku tahu kenapa dia gagal ujian jalanraya!

Saturday, May 15, 2010

Pengalaman cemas Suria berhadapan perogol

Share

Suria berjalan longlai menuju ke stesen komuter.Badannya terasa lesu dengan pelbagai kerenah di pejabat tadi.Entah apa silapnya hari itu,semua benda dirasakan tak kena.

Memang malang baginya apabila koc merah jambu sarat dengan penumpang.Nak tak nak terpaksalah beliau naik koc biasa.Kena raba pun kena rabalah fikirnya.Janji dia dapat pulang dan merehatkan badan.

Dalam komuter,beliau mengeluarkan buku 'Diary of Wimpy Kids' yang baru dibelinya minggu lepas semasa menghadiri perjumpaan semula rakan-rakan waktu di kolej dulu.

Ramai rakan-rakannya yang dah berumahtangga.Jauh disudut hatinya merasa cemburu juga dengan kebahagiaan mereka.Padahal dia lagi cun,lagi ramai peminat masa di kolej dulu."Belum jodoh" bisiknya menenangkan hati.

Sedang Suria bermonolog sendiri,beliau tidak sedar ada sepasang mata yang memerhatikannya sejak beliau naik komuter tadi.Mata itu memandang Suria penuh berahi.Habis dari atas ke bawah dipandangnya Suria.

Naluri manusia memang pelik.Suria akhirnya perasan ada seseorang sedang memerhatikannya.Melalui ekor matanya beliau dapat melihat dengan jelas seorang lelaki bertubuh sasa berkulit gelap sedang duduk di penjuru gerabak sambil memerhatikannya.Pandangannya penuh bengis.Suria ketakutan.

Suria cuba menenangkan diri dengan membelek buku namun perasaan takutnya membuak-buak.Sekali lagi dia mengerling dan mendapati lelaki tadi masih memerhatikannya.

Akhirnya Suria tiba di stesen komuter Klang tempat perhentiannya.Beliau terus mencari-cari kelibat ayahnya.Biasa ayahnya yang akan mengambilnya pulang dari kerja.Namun hampa.Suria merehatkan dirinya disatu sudut sementara menunggu ayahnya tiba.

Tiba-tiba darah Suria berderau.Lelaki tadi juga turun di stesen yang sama.Langkahnya kemas diacukan menuju ke arah Suria.

Suria semakin kaget.Dibetulkan kasut tumit tingginya agar mudah lari kalau apa-apa berlaku.

Lelaki tadi berhenti dihadapan Suria sambil memandangnya.Nafas Suria selolah-olah terhenti.

"Bulu hidung awak terkeluar" ucap lelaki itu lantas berlalu pergi meninggalkan Suria dalam keadaan penuh misteri dan tanda-tanya.

Friday, May 14, 2010

Misteri brader kedai makan dekat Terengganu

Share

Selesai mandi aku siap-siap mengenakan t-shirt dengan kain pelikat bercorak papan chess.Sarung capal lalu terus naik bas untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

Inilah pertama kali aku bersolat Jumaat di Terengganu.Itu pun sebab ada aktiviti BTN yang merupakan salah satu syarat wajib kalau nak bergelar graduan.

Sampai di masjid,orang belum ramai lagi.Tok Siak pun baru nak testing mic.Apatah lagi mereka-mereka yang kufur,tentulah baru nak sarung tuala untuk mandi ataupun bangun untuk makan tengahari.

Disebabkan masih awal,aku dan beberapa rakan yang lain pergi ke kedai depan masjid dulu pekena keropok lekor dengan air kelapa.Ramai gila orang dalam kedai tue lagi ramai dari orang dekat masjid.Maka terpaksalah duduk dengan sorang brader nie sebab dia pun duduk sorang jer.

"Dari mana nie?" tanya brader tue bila kami semua melabuhkan punggung.

"Dari UniMAP" jawab sorang member aku.

Brader tue pun tanyalah kami macam-macam dari soalan pasal hala tuju pendidikan negara sampailah kau orang pernah romen ker tak.

Tak lama lepas tue,dengarlah azan berkumandang pastu khutbah bagai tapi brader nie rilek lagi.Takde tanda-tanda nak masuk pun.Aku pandang member aku,member aku pandang aku.Pastu kami mintak izin nak pergi masjid tapi brader tue jawab camnie...

"Rilek dulu...awal lagi nie..."

Brader tue punya penampilan memang nampak ciri-ciri mukmin sejati.Baju melayu siap kain pelikat tak lupa juga kopiah di kepala.Kami pun duduk balik dan order keropok lekor lagi sepinggan.Dalam hati "Dia orang sini,msti dia lagi tahu bila start sembahyang".

Tengah borak sakan tetiba dengar orang dah angkat takbir."Eh! Eh! Dah nak sembahyang nie" ucap member aku.Terus kitaorang bayar dan lari pergi ambik wudhuk.

Masa lari tue aku sempat nampak brader tue pegi bayar pastu start enjin motor dia.Motif brader tue buat begitu sampai sekarang jadi misteri pada aku dan member.Siapa brader tue?

Muka aku iras-iras hero Iron Man?

Share

Tadi ada J-Card Day dekat Jusco Bukit Tinggi.Memang diskaun habis-habisan sampai 80%.Macam biasa,perempuan lah antara yang paling suka kalau ada diskaun-diskaun begini.Ada makcik tue beli bra sampai 8.Aku terdengarlah sedikit perbualan makcik itu dengan suami dia.

Suami:Apsal beli banyak sangat nie?Sampai 8.
Makcik:Ala,yang dekat rumah tue banyak yang dah koyak.Ada yang getah dah longgar.Alang-alang ada diskaun nie beli la banyak sikit.

Mesti korang tertanya-tanya apa aku buat dekat bahagian bra kan?.Hahaha.Bodoh! aku temankan si kekasih hati beli baju la.

Sebab dah temankan kekasih hati beli baju maka dapatlah upah belanja makan.Terasa macam bohsia pulak lepas main dapat upah topup RM10.

Kekasih hati pun tanya "Nak makan dekat mana nie?"

"Kenny Roger's" pantas aku menjawab.Apa barang makan McD kalau orang nak belanja,kan?

Sampai depan Kenny Roger's buat peace depan pelayan tue terus dia bawak ke meja untuk dua orang.Agaknya kalau nak makan sorang kena tunjuk jari tengah kot baru style.

Part seterusnya malas nak type jadi kita terus ke klimaks.Ini bukan ejakulasi pramatang tau tapi ini namanya penulis pemalas.

Sedang aku makan tue...si kekasih hati asyik tengok aku jer sambil sesekali tunjuk ke arah dinding pastu curik ayam aku masa aku tengok dinding tue.Tak senonoh betul kekasih hati nie.

Tiba-tiba kekasih hati bersuara "Muka sayang nie macam hero Iron Man la"

Terus ingatan aku ter-flash back peristiwa dalam kereta dimana Habib cakap perkara yang sama.

Balik tue terus bukak internet dan search 'Robert Downey Jr.".

Ini hasilnya!


Dah! Dah! Jangan panggil aku Iron Man...Keh! Keh!

Wednesday, May 12, 2010

Bos aku seorang yang kelakar!

Share

Jam pukul 12.35 malam...

Aku tengah baca thesis budak degree yang aku supervise nie sambil fikir camne nak copy-paste thesis diorang masuk ke dalam proposal aku.Cuma masalahnya sekarang aku kena convert 14 pages chapter methodology diorang ke dalam 2 pages methodology aku.Itu yang buat aku malas nak fikir panjang terus kecikkan font sampai muat masuk 2 pages jer.Bijak tak aku?Terima kasih Suria!

Tiba-tiba handphone aku berbunyi...

"Dear all,change of work schedule for 12/5/10,Wednesday.Pls come accordingly:

4 p.m:Reen,Perry,Thulasi
6 p.m:Priya,Rhupbiny,Marvin,Razi,Izzat

This is temporary daily schedule.Any further info,call/sms me"

Mesej dari bos tempat aku mengajar tuisyen.Dan sebagai pekerja yang baik,aku reply la "Ok Tq!"

Pastu bos aku reply balik "Oi tido la...".

Best kan bos aku?

Sunday, May 9, 2010

Lafazkan maafmu sebelum terlambat : Remake

Share


Ini kisah seorang kawan.Seorang kawan terhadap kawannya di hari terakhir pemergiannya.Bukanlah niat untuk mengaibkan diri sendiri sekadar renungan bagi pembaca yang masih hidup.Kalau yang dah mati jangan mengada nak komen nanti aku terus tanam blog ini tujuh kaki dalam,tujuh kaki lebar.
.......................................................................................................

Tahun 1995.Senang bergaul dan mudah mesra menjadikan aku seorang yang disenangi.Tentulah ramai kawan jika bersikap begitu.

Namun dalam seribu pastinya ada satu yang benar-benar dianggap terbaik.Ada seorang yang aku betul-betul rapat.Rapat dalam erti kata sanggup beri 50 sen dari satu ringgit duit belanja yang diterima gara-gara kawannya terlupa bawa duit.

Arwah seorang yang baik.Jarang bergaduh dan sangat menghormati rakan.Aku masih ingat waktu lepas kokurikulum aku datang rumah dia pastu dia buatkan air sirap.Tapi paling aku ingat bilik dia macam kedai bundle satu ringgit dekat Alor Setar.Baju penuh membukit.

Sedangkan lidah lagikan tergigit.Inikan pula kawan-kawan.Memang kami rapat tapi takdir menyuratkan kami akan bergaduh.Bergaduh di hari-hari terakhir pemergiannya.Ceritanya bermula pada hari Jumaat...

Waktu itu Jalil Hamid masih muda dan popular dengan lagu hits tajuk 'Ayam'.Irama dan lirik yang kelakar menjadikan lagu itu siulan kanak-kanak diwaktu itu.Termasuk aku.Dalam kelas,bila cikgu takde akulah raja.Bergendang meja dan melalak macam nak rak.Padanlah anak murid aku degil nak mampus.Balasan Tuhan dia beri cash jer.

Entah kenapa,arwah sedikit terasa bila aku menyanyikan lagu itu.Dia marah-marah.Nak kata datang bulan baru 9 tahun.Lelaki pula tue.Darah apakah?

Rupanya arwah terasa sebab aku nyanyi lagu Jalil Hamid itu.Nama bapak dia Jalil.Waktu itu ejek-ejek nama bapak memang trend dalam pergaduhan.Trend pijak kepala bapak dah lapuk waktu itu.

Budak-budak lagi.Mana faham konsep tolak-ansur dan perkauman.Aku tak salah maka aku marah arwah balik.Makin kuat aku nyanyi.Arwah pula guna taktik 'tuduh-dan-tolak'.Dia tuduh aku sengaja.Dia tolak aku ke belakang.Kami pun bergaduh.Syaitan pun bertepuk.

Cikgu dah macam polis cite hindustan.Dah habis hero settle baru nak datang leraikan.Hari itu berlalu tanpa ada sesi bermaaf-maafan.

Hujung minggu berlalu dengan tenang melayan Ultraman...

Sesi persekolahan seterusnya bermula dengan hari Isnin sebab aku duduk Selangor bukan Kelantan mahupun Kedah.Waktu itu masih tidak tahu apa itu 'Monday Blues' tapi memang malas semacam jer tambah-tambah ada perhimpunan.

Sewaktu mendaki anak tangga,datang seorang kawan sekelas menyapa

"Susahlah kita nak main bola lepas nie.Arwah (ganti nama diri simati) dah takde"

"Ala tak apa.Kita import la Drogba" balas aku bergurau.

Dalam kelas aku malas nak campur takut rosak akhlak kalau bergaul dengan budak-budak nie sambil tunggu Nadia,budak pompuan yang aku minat dulu (tapi sekarang dah tak minat pasal dia suka cakap keling...hahahaha...gurau jer Nadia...).

Sok sek sok sek...datang sorang kawan aku muka macam rumah tak siap tegur "Eh kau tahu tak arwah dah mati...eh tak elok cakap mati...cakap meninggal"

"Kau nie gurau kasar..." jawab aku acuh tak acuh.

Kring! (Semua orang kena berhenti macam patung) Kring! (Baru boleh gerak) Kring! (Berlari ke tapak perhimpunan)

Macam biasa,kena nyanyi lagu Negaraku,lagu negeri Selangor pastu ikrar.

Tiba waktu pengumuman,guru kelas aku naik pentas.

"Assalamualaikum semua murid-murid...saya ada satu pengumuman.Salah seorang rakan kita iaitu Mohd Khasnan bin Jalil telah ditimpa kemalangan pada hari sabtu minggu lepas.Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah"





~Suasana Sunyi Sepi Seketika~





Aku masih keliru.Benarkah berita yang baru aku dengar tadi?Terus aku toleh ke depan mana tahu arwah ada beratur tapi hampa.Untuk kepastian,aku tanya member aku muka macam rumah tak siap tadi, "Eh betul ker arwah dah takde?"

"Tue la kau.Tadi aku bagitahu kau taknak percaya" balas member aku yang muka macam rumah tak siap.

Aku terdiam.Ya Allah aku tak minta maaf lagi dekat arwah!

Hari itu kosong bagi aku...yang menyedarkan aku di alam nyata hanyalah titisan air mata yang gugur tanpa aku sedari.

Petang itu lepas pulang dari sekolah agama,aku maklumkan kepada Mama.Berita itu cukup mengejutkan Mama.Beliau kenal arwah sebagai kawan aku.

Malam itu kami pergi ke rumah arwah.Ada kenduri arwah.Kami dijemput masuk ibu arwah sebab dia kenal dengan aku.

[Arwah meninggal pada hari sabtu.Beliau meninggal semasa dalam perjalanan ke kedai.Sebuah bas melanggar beliau semasa hendak melintas jalan.Melalui cerita,arwah telah diseret hampir semeter sebelum bas itu berhenti.Beliau meninggal semasa dikejarkan ke hospital.]

Antara kata-kata terakhir arwah sebelum meningal...

"Razi pandai...dia selalu tolong Angah buat matematik.Kalo dalam kelas,cikgu slalu puji Razi.Tapi cikgu selalu marah Angah sebab tak dapat jawab.Angah nak jadi macam Razi la.Tapi Angah dah nak pergi...dah tak sempat..."

Sejak hari itu,aku sangat menghargai kawan-kawan aku.Bagi aku,andai ada diantara mereka yang pergi dulu sebelumku...aku harap aku takde apa-apa yang terkilan semasa pemergian mereka.Aku rasa sangat menyesal dan terkilan sebab aku tak sempat mintak maaf dekat arwah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah!...





Untuk baca post asal,klik sini

Saturday, May 8, 2010

Oh Ibuku!

Share

"Eh orang tua nie,kau tak faham bahasa ker?Aku cakap minggu nie aku tak balik...tak balik la.Takyah la tanya dua tiga kali" bentak Samad.Terus dimatikan telefon bimbitnya.

Sejak dua hari lepas,ibunya sering menghubunginya bertanya samada dia pulang atau tidak.Berulang-ulang kali juga dia memarahi ibunya atau tidak menjawab langsung panggilan ibunya.Derhaka sungguh beliau tapi dipersetankan saja semua itu.

Ibunya hanya tinggal seorang diri sejak kematian ayah Samad.Mungkin kerana sunyi,tambahan pula Samad jarang pulang ke kampung menyebabkan ibunya sering menanyakan beliau bila hendak pulang.

Sejak berkahwin dengan Linda,Samad jarang sekali pulang ke kampung.Beliau malu dengan Linda kerana Linda anak orang kaya.Anak Tan Sri Haji Husyim.Sedangkan beliau hanya anak nelayan.Rumah pun macam nak roboh.

......................................................................................................

Malam itu dibuka kembali telefon bimbitnya.Ada lebih kurang 20 misscall dari nombor yang sama,nombor rumah ibunya.

"Kenapa nie bang?" sapa bininya,Linda apabila melihat muka Samad berkerut macam nak rak.

"Takde apa.Mak nie asyik call jer tanya bila nak balik" balas Samad.

"Takpela bang.Kita cancelkan jerla holiday kita ke Paris tue.Mungkin mak ada sesuatu sebab nak suruh kita balik tue" pujuk Linda.

Samad hanya mengangguk lemah.Hatinya memujuk,'Mungkin ada sesuatu'.

......................................................................................................

Esoknya Samad dan Linda bersiap-siap pulang ke kampung.Sengaja tidak dimaklumkan kepada ibunya kengkonon nak kasi suprise.

Sampai saja di pekan,Linda meminta Samad berhenti di tepi jalan untuk membelikan buah tangan.Linda seorang yang baik walaupun dia anak orang kaya.Samad jer lupa daratan sikit-sikit sejak dah kaya nie.

Tiba di perkarangan rumahnya,Samad dan Linda lihat orang kampung memenuhi halaman rumahnya.Yang lelaki berkopiah,yang wanita bertudung.Hati Samad mulai tidak senang.

Semua melihat Samad dengan wajah yang sugul.Ada antara mereka yang berbisik antara satu sama lain sambil menunjuk-nunjuk ke arah Samad.Hati Samad mulai gundah-gulana.

Tanpa berlengah,Samad terus berlari naik ke rumah.Dalamnya kedengaran bunyi orang mengaji.

"Mak...Mak...Samad dah pulang nie.Mana mak?" jerit Samad.

Orang ramai yang berada dalam rumah memandang Samad dengan muka kehairanan.Bacaan ayat suci Al-Quran terhenti seketika.

"Mak Bedah...mana mak?" tanya Samad kepada Mak Bedah,jirannya.

Tiba-tiba mak nya keluar dari pintu bilik.

"Ha kau! baru nak balik.Nasib baik aku tak mampos lagi" jerkah mak nya.

"Eh mak! Tapi kenapa ramai orang dekat rumah nie..."Samad semakin bingung.

"Oh,nie Pak Kassim kampung seberang tue masuk minang mak.Itu yang mak tanya kau bila nak balik.Tapi kau marah-marah mak,malas la mak nak kacau.Hari nie la kitaorang nikah" jelas mak nya.

"Cis! buat rugi air mata jer" bentak Samad dalam hati sambil kesat-kesat airmata pakai lengan baju.





p/s:Amboi...takkan nak cerita sedih jer untuk Hari Ibu.Sekali-sekala cerita gembira pula la.Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu di dunia terutamanya Ibu saya,Hajah Haznah Binti Hamzah.I love u,Mama.

Mama saya.


Wednesday, May 5, 2010

Jangan la kasi saspen Uncle!

Share

Dekat pusat tuisyen tadi aku asyik batuk-batuk jer.Menyebabkan aku sukar untuk mengajar dan memaki.

Tiba-tiba Uncle datang dekat aku...

Uncle nie bapak kepada tokey pusat tuisyen tempat aku keje nie.Aku agak umur Uncle nie mesti dah dalam 60 lebih pasal anak dia pun dah 30 lebih.Tapi Uncle nie steady lagi.Rilek jer mengajar budak-budak Math dan BI.

Orang cina kalau kau orang perasan,memang takde kompromi dengan kesihatan.Sebab tue diorang sanggup habiskan ribu-ribu dekat ginseng.Itu belum campur lagi sarang burung,kerandut harimau dan ntah hape-hape lagi la.

Berbalik kepada cerita tadi,Uncle itu datang lalu menghulurkan satu bekas penuh dengan pil kaler coklat cair.Dia suruh aku makan benda tue bagi kurangkan batuk.

Dalam otak aku dah mula terbayang ini mesti pil herba purba masyarakat Cina.Mesti ada gabungan akar kayu,ginseng dan tulang-temulang binatang.

Aku mula ragu-ragu untuk ambil.Takut ada campur dengan benda haram macam taring babi ker,tapak kaki kura-kura ker.

Dalam keraguan itu,aku tanya pada Uncle...

"Apa nie?"

Selamba jer Uncle jawab..."Fisherman Friend"

Monday, May 3, 2010

Iron Man 2 : Review

Share

Bodo apa 7 Mei baru tayang?

Pertama sekali aku nak mintak maaf pada Khai jika kau rasa tertipu bilamana aku tengok Iron Man 2 tak ajak kau.Kepada kekasih hati pula, saya sanggup tengok lagi sekali dengan awak walaupun mungkin saya akan tidur di pertengahan cerita demi membuktikan cinta saya pada awak.Hok Hok.

Macam biasa,aku nak review sikit kasi kau orang teruja dan ghairah.Jangan buang bayi sudah!


Sinopsis:


Tony Stark telah mendedahkan identiti beliau sebagai Iron Man dan Keluang Man (yang ini sebelum dia jadi Iron Man) seperti yang kau orang lihat masa babak terakhir Iron Man 1 dulu.

Disebabkan itu,Kerajaan Amerika meminta beliau menyerahkan sut Iron Man kerana didapati mengancam keselamatan negara.Sut Keluang Man takpe boleh simpan.Tapi Tony Stark kata, "Lu orang apahal nak mintak sut gua? Sut itu gua,Gua itu sut.Kami bersatu.Ini boleh gua panggil perhambaan atau pelacuran disesetengah negara".Begitu la lebih kurang ayatnya setelah diterjemah kedalam bahasa Mat Rempit.

Dalam masa yang sama,Ivan Danko,anak kepada rakan kongsi bapak Tony Stark yang ada blueprint arka reaktor dan koleksi cite blue Maria Ozawa telah mereka satu lagi teknologi yang sama seperti terdapat pada Iron Man.Dia nak balas dendam dekat Tony Stark sebab dia kata family Stark telah menghancurkan hidup beliau sekeluarga padahal itukan qada' dan qadar Tuhan.

Teknologi Arka Reaktor yang menyelamatkan nyawanya juga didapati meracuni badannya secara perlahan dan Tony Stark perlu mencari unsur lain untuk palladium arka reaktornya.

Salah satu pesaing kepada Stark Industries,Hammer Industries yang diterajui Justin Hammer bukan Justin Bieber (jadahnya mamat jambu suara tak pecah belum akil baligh lagi) telah bekerjasama dengan Ivan Danko dalam memusnahkan Iron Man sekaligus memperolehi teknologi yang jauh lebih moden.

Persoalannya,dapatkah Iron Man mengembalikan kepercayaan rakyat Amerika?Dapatkah beliau menyelesaikan masalah keracunan palladium arka reaktornya?Mungkinkah juga beliau akan terbunuh hasil pertembungan dengan Ivan Danko?

Saksikan sendiri di pawagam berdekatan anda!


Review:


Biasanya orang kata kalau siri sequel ini mesti tak best berbanding yang asal tapi untuk Iron Man 2 ini kau orang silap!

Jalan ceritanya dikembangkan dengan baik.Konflik diambang kematian,krisis umur pertengahan,dendam keluarga,persaingan syarikat dan korupsi kuasa besar semuanya diterjemahkan dengan baik dalam sebuah filem superhero sepanjang dua jam ini.

Watak-watak juga dilakonkan dengan baik cuma untuk watak Ivan Danko lakonan Mickey Rourke agak longgar kerana beliau digambarkan seolah-olah ada kuasa lain selain arka reaktor ciptaannya sendiri.

Pemilihan muzik juga bagus.Muzik permulaan menggunakan lagu dari kumpulan ACDC.

Dalam masa dua jam itu juga kau orang mungkin akan berkhayal bagaimana teknologi komputer masa depan yang digambarkan melalui rumah Tony Stark.

Unsur lawak disampaikan secara sinis jadi mungkin kau orang tak faham kalau tak mengikuti perkembangan semasa.

Tapi benda paling best aku rasa dalam cerita ini ialah watak Tony Stark yang bersahaja.Selamba jer pecahkan rumah dia sebab nak masukkan pemecut partikel nak buat arka reaktor baru.Opss!

So secara keseluruhannya cerita ini memang menarik dan wajib ditonton bagi pengemar filem.Kalau yang tak gemar filem pun boleh tonton apa salahnya tapi bawak la awek boleh buat 'filem' sendiri.


Macam sedutan cite Jidin la pulak.


Mentang-mentang kaya selamba jer pecahkan rumah.


Ini kalau rendahkan lagi zip baju dia cara jugak!


Khai mesti suka tengok nie badan tough-tough.Hok Hok.


Sunday, May 2, 2010

Benda nie sumpah bosan kalau takde orang tanya soalan bodoh-bodoh

Share

Bak kata orang macam sudah jatuh ditimpa tangga.Hidung asyik srett...sreett...

Kepala pening.Belakang sakit.Memang takde mood nak update blog (tapi mood nak berjalan tue ada).

Disebabkan takde mood maka aku bagi link Formspring aku.Bolehlah kalau korang nak tanya apa-apa soalan.

Jangan tanya saiz bra aku sudah!

http://www.formspring.me/mohdfakhrurazi

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP