Thursday, April 29, 2010

Welcome to Room 401!

Share

Bayangkan anda berada di landasan kapal terbang menunggu untuk menaiki pesawat...

Disebabkan jakun tak pernah tengok kapal terbang,anda keluarkan kamera dan mula posing muncung-muncung macam Halimah Jongang berlatarbelakangkan kapal terbang...

Datang seseorang lagak macam juruteknik kapala terbang menegur anda supaya tidak mengambil gambar.Kalau nak ambik jugak kena ajak dia sekali.Anda akur...

Juruteknik tadi meneruskan kerjanya membaiki kipas kapal terbang...

Tiba-tiba anda terdengar bunyi enjin kapal terbang di start...serentak dengan itu juga anda melihat juruteknik tadi disedut masuk ke dalam kipas kapal terbang lalu berkecai...

Keadaan panik.Kipas kapal terbang itu terbakar.

Sedang anda masih tergamam,juruteknik tadi datang menegur anda seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku padahal kau baru lepas kena sedut kot.

Anda jadi bingung.

Keadaan yang tadinya panik juga tiba-tiba tenang.Anda makin bingung.Apa sebenarnya yang berlaku?

Bagaimana?Menarik?

Tontoninya secara online disini.Jangan risau,loading laju! Klik sini Room 401





Wednesday, April 28, 2010

Iron Man 2 di Malaysia?

Share

Tumpukan perhatian pada kereta kaler putih tersebut.Oh! kereta kaler hitam itu kereta saya.


Zoom kan lagi...


Ok kamera dah habis zoom...see?





Apa tandanya?





Itu tandanya Ironman 2 akan ditayangkan tidak lama lagi...





Kereta yang akan digunakan untuk Ironman 2 ini ialah Audi R8 v10 Spyder...dalam gambar ini masa Ironman 1 dulu...









p/s:Yang aku ambik gambar itu bukan Audi R8.Kalau terer cuba teka kereta apa?


Tuesday, April 27, 2010

Luahan hati lelaki kepada lelaki

Share

Dua hari ini aku tak sihat maka segala aktiviti terbantut.Sampai nak keluar beli topup pun tak mampu.Kepala rasa macam pusing-pusing.

Semalam disebabkan terlalu bosan asyik baring jer atas katil maka baring pula atas kerusi depan tv.Kebetulan pula sedang ditayangkan siri Adamaya.Layan jer la.

Tengok dalam 2,3 minit...tiba-tiba terasa persamaan diri dengan Adam.Kekasih hati dalam konteks aku tapi bini dalam cerita itu,kedua-duanya telah diganggu oleh lelaki yang sudah berkahwin.

Baru-baru ini kekasih hati aku diganggu oleh rakan sekerjanya yang sudah berkahwin.Mulanya aku ilek ilek jer.Bak kata pepatah, tak hot tak ngorat.Kan? Tapi makin lama tindak-tanduknya semakin menakutkan aku dan juga kekasih hati.

Kalau setakat panggilan itu boleh di ignore kan,tapi ini dah sampai tahap follow kereta memang sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng.Itu yang nak ajar kekasih hati drift tapi kekasih hati bawak Kenari atau Kancil.Binatang mana boleh drift.

Jadi aku ingat nak berkonfrontasi dengan lelaki itu.Bukan apa,kalau sama-sama bujang boleh guna kaedah best man win tapi ini kalau dah ada anak bini takkan nak guna kaedah yang sama.

Kepada lelaki berkenaan,pandanglah muka anak anda.Apa silapnya mereka dilahirkan berbapakan anda?Pandang pula isteri anda,salahkah dia memilih anda sebagai tempat bergantung?

Pendek cite,kau jangan gatal boleh tak?

Saturday, April 24, 2010

Aku bukan sombong tapi...

Share

Aku selalu dituduh sombong sebab kalau terserempak dekat mana-mana, shopping kompleks contohnya, mesti aku buat bodo jer taknak tegur.Sebab dah banyak sangat yang cakap jadi aku terpaksa buat kenyataan blog bagi mengeruhkan keadaan.Eh apsal aku taip mengeruhkan keadaan?

Sebenarnya aku bukan sombong, apatah lagi berlagak ker apa tapi aku memang takkan tegur orang dulu kalau terserempak dijalanan.Tapi kalau kau orang tegur dulu mesti aku akan layan sehabis baik siap belanja minum teh tarik kalau ada sen lebih.

Ada kisahnya kenapa aku takkan tegur dulu...

.......................................................................................................

Kalau tak silap aku waktu itu baru lepas habis matrikulasi.Disebabkan masa menunggu panggilan ke menara gading ada dalam 3 bulan,pulak tue duit biasiswa matrikulasi banyak lebih sebab masa itu takde komitmen jadi memang tiap-tiap hari keja berjalan dari satu shopping kompleks ke shopping kompleks yang lain.

Waktu itu masing-masing masih single jadi semua nak mengaku gay kengkonon siapa ada awek masa itu tak macho ah,jiwang karat ah dan apa-apa lagi.Jadi bila dah mengaku gay dan waktu itu memang hormon membesar pun tengah berkembang maka banyak benda-benda pelik yang kitaorang buat.Salah satunya meraba di khalayak ramai (Oh! malunya bila fikir balik...hok hok)

Lokasi tak ingat tapi kejadian itu masih ingat dan segar dalam ingatan.

Aku dan kawan-kawan sedang beratur nak beli tiket wayang.Sambil beratur rapat-rapat,member aku pegi gesel bahagian depan dia dekat bontot aku.Aku kegelian.Pastu nak balas dendam tangan aku terus tepuk kemaluan dia tanpa melihat ke belakang.


Siapa punya gambar entah aku rembat.


Dua tiga kali dia gesel,dua tiga kali jugak la aku tepuk.Kali keempat tiba-tiba ada bunyi "Aduh!".Aku terus toleh belakang...

Sekali orang lain daa...muka mamat tue tengah tahan senak...

Terus aku mintak maaf dan beratur elok-elok.Dari jauh dengar ada orang gelak macam nak mati.Cilaka!

Friday, April 23, 2010

Pengalaman Razi bertembung dengan pembuli jalanraya ataupun dikenali sebagai 'road bully'

Share

Aku macam dah malas nak bukak blog nie.Dah takde mood.Apatah lagi nak bukak blog korang dan tinggalkan komen.Memang kadang-kadang apa yang kau orang tulis itu menarik perhatian aku tapi itu la.Kang kalau salah gurau ada orang marah,ada yang emo.Kecoh ar.Takleh gurau pegi surau la wei.Yang tiba-tiba carik pasal pun ada gak suka nak tarik perhatian sebab sedar diri tak cun.Siapa terasa better tanya dekat aku sendiri takut nanti miss target pulak.

Ok.Tutup cite tak best.

Nie nak cite pasal pembuli jalanan.Pembuli jalanan ialah mereka yang membuli di jalanraya.Biasanya lelaki keturunan India,Cina dan juga Melayu lingkungan umur 20-30an dan biasanya memandu Wira.Jarang sekali aku tengok road bully pakai Viva.Keh...Keh...

Ceritanya bermula begini...

Diketerikan mentari tengahari,aku memandu pulang dari UiTM ke rumah untuk makan tengahari sebab kawan rapat tak dapat temankan gara-gara gadis.Oh ini memang biasa,lupa kawan sebab gadis.Nanti dah kecewa baru cari kawan.Hohoho.(Puyat,sila terasa!)

Taraf pemodenan bandar Klang semakin meningkat.Salah satu ciri bandar moden ialah trafik sesak jadi kata mudahnya ialah jalan jem.

Masa itu line belah kiri agak jem berbanding kanan dan aku berada di line kanan.Tiba-tiba ada sibodoh keluar mengejut ke line aku.Maka haruslah aku mengelak ke line lebih kanan takkan aku nak langkah kereta dia pulak kan?

Oh sebelum aku tukar lorong mengejut itu aku dah tengok side mirror yang memang ada kereta sedang menuju ke line lebih kanan itu tapi berdasarkan kiraan kalkulus dan sudut teorem pitagoras memang takkan eksiden cuma pemandu mungkin mengalami kejutan.

Aku pun tukar demi menyelamatkan diri.Dan sama macam kiraan aku,bunyi hon pun berkumandang.Takpela,aku yang salah maka merelakan diri kena hon.

Tak lama lepas itu,kereta tadi tiba-tiba memecut lalu masuk betul-betul depan aku.Nasib baik tak berlanggar.Ok fine kau nak balas dendam so sabar jerla.

Lepas itu aku perasan dia asyik main brek mengejut.Eh apakebabi kau nie bawak kereta ker bawak babi?Aku dah mula rasa tak syok dan sabar mulai hilang tinggal Sabariah.

Lepas tue bila naik jambatan,ada dua line,aku line kanan dan dia line kiri.Macam biasa,line kanan kan laju sikit maka aku pun laju la.Waktu itu dia dah terkehadapan berbanding aku.Pastu bila aku lalu sebelah dia,dia himpit kereta aku.Eh,cilaka sungguh pemandu Wira ini.Nasib baik aku bawak Neo kalau aku bawak Storm memang aku himpit balik sampai kau masuk Sungai Klang.

Drop gear terus tekan pedal minyak.Malas nak layan pembuli jalanan.





Moral:Kalau bertembung dengan orang begini,jangan layan sebab ada kes bunuh hanya gara-gara kereta gesel-gesel.Kalau diekori,segera kunjungi Balai Polis berdekatan.Kalau tak jumpa Balai Polis,boleh berhenti dekat mana-mana yang ada ramai orang.


Ok ini bukan gambar pembuli jalanan walaupun pakai Wira


Wednesday, April 21, 2010

Breakfast bukan untuk orang kerja kerajaan sahaja!

Share



Sebab terbangun awal hari ini maka wajib ajak Habib pegi breakfast sama-sama.Masa breakfast boleh berlanjutan sehingga ke waktu lunch tapi takpe,keje kerajaan memang begitu.Apatah lagi kalau masih menganggur atau masuk kerja pukul 4.

Ramai pelajar yang tak ambik breakfast aku yakin sebab bangun pukul 7.59 kelas pukul 8 itu memang rutin.Alasan mengantuk juga dijadikan penyebab utama taknak ambik breakfast padahal kau tido pukul 4 pagi sebab main DoTA memanglah mengantukkan?

Dulu aku waktu belajar,walau selambat manapun pasti aku akan breakfast walaupun hanya dengan sebatang rokok.Oh rokok kira breakfast juga ya cuma kurang dari segi kesihatan dan zat besi.

Aku tak faham dari segi saintifiknya tapi melalui pengalaman,jika kau ambik breakfast (pukul 12 ke atas itu bukan breakfast yer) otak akan kurang merancang untuk makan apa tengahari karang,nak makan dimana dan nak makan dengan siapa sekaligus akan memberikan fokus kepada kerja ataupun pelajaran.

Tapi kalau dah makan breakfast macam makan kenduri memang haram jadahnya nak fokus.Lagi mengantuk ada la.

Kesimpulannya,Breakfast Show bukan sejenis breakfast yer tetapi lebih kepada rancangan tv.

p/s:Serius aku nak tulis pasal benda lain tapi sebab lapar aku jadi tak fokus terus tertulis pasal benda nie.

Monday, April 19, 2010

Aku suka kerja aku sekarang.

Share

Walaupun ibubapa aku seorang pendidik,tapi aku tak pernah bermimpi untuk mengekalkan title yang sama.Aku lebih minat kerja yang berinteraksi dengan mesin atau komputer sebab tak banyak sangat pembolehubah.

Tapi kita hanya merancang,Tuhan dah plan awal-awal.

Entah mengapa,aku dah bosan sambung master tapi kena teruskan juga,maka aku carilah kerja-kerja part-time.Alhamdullilah,dapat.

Sekarang nie,waktu siang pegi lab,waktu petang pegi mengajar dekat pusat tuisyen.Kira sekarang nie aku keja siang malam la.Nasib baik takde bini lagi,kalau tak tengah malam pun kena 'kerja'.Ohok Ohok.

Aku ajar matematik dekat situ.Budak yang aku ajar seawal darjah satu sampai la tingkatan tiga.Memang banyak kerenah.

Ada masa bila tue,aku mengajar sorang budak nie.Lepas tue waktu BI dia kena pindah tempat.Tapi dia taknak.Bila cikgu BI dia tanya,"Suka ker cikgu nie?" (merujuk kepada aku).Lepas tue dia angguk.Terus nangis sebab taknak pindah tempat.Hahaha.Comel jer.Budak perempuan darjah tiga.

Yang nakal pun satu hal gak.Sedang aku marking latihan yang diorang buat,tetiba senior sensei dekat situ tanya aku.

"Razi...U boleh garang tak?U jaga ini budak.Jangan bagi dia kacau budak lain buat kerja".

Lepas tue budak tue pulak yang kacau aku.Aku tengah marking dia boleh pegi conteng.Pastu curik pensil mekanikal aku.Tapi paling tak tahan,masa aku sibuk marking tetiba dia rapatkan mulut sambil buat muncung macam nak cium...terkejut aku! Ok yang ini pun budak perempuan juga umur lingkungan darjah tiga atau dua (budak sekarang kecik kecik lagi dah gatal ek?)

Tapi apa pun aku suka sangat kerja nie sebab bebudak dekat situ comel comel.Tak sabar nak ada anak! Mesti comel macam bapak dia.

Sunday, April 18, 2010

Permulaan lembaran baru dunia blog aku

Share

Secara tiba-tiba aku rasa seperti ingin mulakan hidup baru di dunia blog ini.Jadi aku ambil langkah drastik dan stupid untuk masukkan dalam draf semua post aku yang lepas.Nak delete sayang.

Kalau ada sesiapa yang jadikan aku idola,tampal poster gambar aku dekat bilik atau simpan gambar aku dalam dompet,mesti perasan yang aku dah lama tak update blog.

Aku gunakan alasan biasa penulis blog yang dah lama tak update.Sibuk.

Sekarang ini aku sibuk buat part-time jadi tenaga pengajar kurang ajar dekat sebuah pusat tuisyen terkemuka Jepun.

Jadi mungkin lepas ini cerita aku akan berkisar tentang formula matematik,teori Gauss, dan janjang arimetik sebab aku mengajar matematik.

Sehubungan dengan itu juga,segala tag dan sambungan cerita kira burn sebab aku dah masukkan dalam draft.Jadi jangan tuduh aku tak buat (padahal memang tak buat pun).

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan mengikuti perkembangannya.

Saturday, April 10, 2010

Bagaimana menulis blog mewujudkan keGEMBIRAan?

Share

Meh aku nak tanya kau orang...apa tujuan korang tulis blog ini sebenarnya? Untuk populariti? Kepuasan nafsu serakah? Atau sekadar menguji kemahiran mengarang?

Tujuan aku menulis blog ini sebenarnya adalah untuk menyampaikan sesuatu melalui medium penulisan.Cuba kalau aku sampaikan sesuatu melalui medium lakonan dewasa,agak-agak ada orang nak tonton tak?Bayangkan aku tidak berbaju,berseluar askar sedang berlari di gigi-gigi air....hahaha...cite lucah apa nie...

Ok! aku yakin korang mesti taknak tengok sebab aku tak cukup hensem untuk tandingi Farid Kamil tapi setakat Robert Pattinson tue aku tapau jer...

Jadi tak semua orang boleh berlakon walaupun berbakat (merujuk kepada diri sendiri).

Seterusnya,apakah keseronokan menulis blog?

Bagi aku,keseronokan menulis blog bilamana kau siap satu entri,pastu kau baca balik,kau tergelak sendiri dan tunggu orang komen cakap apa yang kau tulis itu menarik.

Buat orang tersenyum sebenarnya adalah satu tugas yang mulia.Cuba bayangkan kau baru saja dimarah bos sebab pakai seluar tido pegi kerja akibat bangun lewat tadi,lepas itu kau bukak blog aku dan kau baca aku juga terpakai boxer yang butang dah tanggal jer pergi kerja.

Contoh:Hari ini aku pergi kerja pakai boxer jer.Dah la butang dia tercabut.Nasib baik 'Naga' belum bangun tidur.Kalau tak mesti bos gantung diri akibat perasaan rendah diri.

Bagaimana?

Bila kau ada blog maka secara tidak langsung juga kau akan ada kawan blog.Kawan-kawan blog ini juga sebenarnya adalah sumber kekuatan aku dalam penulisan.Komen-komen mereka.Nama aku yang disebut dalam entri mereka.Wajah aku yang disuper-imposekan oleh mereka...ok fine! yang ini aku buat sendiri....semuanya adalah sumber kekuatan dalam penulisan blog aku.

Macam biasa,tak semua orang setuju dengan apa yang kau tulis.Contoh bila aku kutuk Myvi gemuk,confirm-confirm la Suria tak setuju sebab dia pakai Myvi dan dia juga gemuk! Wakakaka...

Maka kesimpulan yang aku boleh berikan di akhir entri ini ialah menulis blog bukan sekadar meluahkan perasaan,tapi memberikan KEGEMBIRAAN kepada yang membaca.


Ok sekarang aku dah hancurkan imaginasi pontianak kacak korang...keh...keh...


  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP