4 Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Di Malam Lailatul Qadr
Hari ni kelas habis lewat, jadi macam biasa lah terpaksa naik bus balik ke rumah. Sambil duduk termenung dalam bus tu, sempat la dengar tazkirah di Sinar fm dari Ustazah Siti Nur Bahyah mengenai peristiwa malam lailatul qadar. Tapi topik untuk hari ini adalah mengenai 4 golongan yang amal ibadahnya tidak akan pandang oleh Allah pada malam lailatul qadar. .............................................................. Golongan pertama ialah golongan orang yang minum arak dan tidak ada sedikit rasa untuk bertaubat kepada Allah. Kenapa orang yang minum arak tergolong dalam kalangan ini adalah kerana meminum arak itu adalah kunci segala perbuatan jahat, memang mudah melakukan perkara mungkar. Orang yang minum arak akan rugi kerana pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari. Jadi bayangkan la itu untuk hari-hari biasa. Inikan pula malam lailatul qadar. ......................................................