tag line

tag line
Memaparkan catatan dengan label WiShInG.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WiShInG.... Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

1 Januari 2013

Impressive! kejap je masa berlalu, sekarang mencecah 1 Januari 2013. Pelbagai isu dan ekspektasi daripada insan yang bergelar manusia ini apabila ingin mencecah tahun 2013. Ada yang menjangkakan dunia akan berakhir pada 2012. Tapi tengok lah, 
I AM STILL ALIVE ON 1 JANUARI 2013!


Whatever it is, Selamat Tahun Baru 2013!

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadan 1433 H




Buat semua tak kira dari Blog reader, FB dan twitter sempena Ramadan Al - Mubarak ini, saya ingin mengucapkan SALAM RAMADAN.
Jom kita perbanyakkan amalan.
Jadikan Ramadan tahun 1433 H lebih baik daripada 1432 H!

Khamis, 1 September 2011

SeLaMaT hArI rAyA~~


Sempena hari yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mana yang terasa dengan perbuatan, mahupun perkataan yang dilontarkan daripada mulut insan yang lemah ini mohon diampunkan. Apa yang salah harap ditegur.

.::SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI::.

Sabtu, 16 Julai 2011

Ramadan 2011


Alhamdulillah, tahun ini kita masih mampu dan diberi peluang untuk menyambut satu bulan yang penuh dengan berkat. Bak kata salah seorang ustaz di salah satu surau satu ketika dahulu, Bulan Ramadan adalah kebun atau ladang yang dikatakan tumbuh dengan pelbagai jenis buah dari buah yang kecil sehingga buah sebesar nangka. Buahnya manis, sedap dan sangat segar. Segala buah yang wujud di dalam kebun itu sentiasa berbuah. Dikatakan setiap 1 Ramadan, pagar kebun itu terbuka luas, siap disediakan lori untuk mengangkut segala buah yang ada di kebun itu. Pada setiap 30 Ramadan, pagar kebun itu akan di tutup.

Begitu lah perumpamaan yang boleh dilambangkan dengan bulan Ramadan. Seharusnya kita tidak sabar-sabar untuk melangkah ke bulan yang di katakan bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan, bulan penuh berkat, bulan yang murah dengan pahala dan banyak lagi perlambangan yang diberikan pada bulan Ramadan ini. Pada bulan ramadan, kita hanya akan bertarung dengan nafsu sahaja, kerana pada bulan ini, segala syaitan dan iblis laknatullah telah dirantai daripada mengganggu manusia sejagat dalam mengabdikan diri pada Yang Maha Mentadbir. Pada ketika ini lah masanya kita untuk mendidik nafsu agar mendengar arahan kita.

Sehingga kini kita diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk mengecapi keindahan dan rahmat untuk menjejak Bulan Ramadan ini, kita harus bangga, bersiap sedia dan tidak sabar-sabar untuk melangkah Bulan Ramadan Al-Mubarak.

.:: SALAM RAMADAN AL-MUBARAK ::.

Selasa, 1 Februari 2011

Happy Chinese New Year

Wish to all my Chinese friends and lecturers with good fortune and prosperity in this New Year.

Sabtu, 22 Januari 2011

Happy 25th...

Is it January 23? OMG! i'm getting old. How it could be? Anyway, special thanks to Asma', Nurul Farah and Arif for the wish! Readers, pray for me, let Allah bless me, give me great and perfect opportunities along i'm live in this world even to the next world!

Isnin, 10 Januari 2011

Januari

Setiap kali masuk tahun baru, usia setiap insan akan bertambah. Same goes to me, i have to facing the reality, i'm became old. OMG! But the problem is my attitude does not change yet. Apa pun aku berharap tahun ini aku akan menjadik semakin matang dan berani untuk menghadapi masa yang sukar.

Januari? Kenapa aku menjadikan isu? Kerana bulan ini, 3 sejarah telah terlakar setakat ini. Ketiga-tiga adalah berkenaan kelahiran.

8 JANUARI - Hari lahir the only one anak sedara aku. HEPI BIRTHDAY ALYA!
23 Januari - That day is my birthday, (i'm getting old!)
24 Januari - Birthday adik aku yang bongsu. Selamat Hari Lahir (walaupun awal, x kira nak wish jugak)

Apa pun aku doakan kepada mana-mana insan yang menyambut hari lahir sama bulan dengan aku, moga Tuhan panjangkan umur korunk, Tuhan murahkan rezeki korunk! dan yang paling penting, korunk berubah menjadik makin baik daripada umur sebelum harik jadik koruk okey!

Ahad, 2 Januari 2011

2011..


Dek kesibukan yang terlampau, x sempat aku nak wish tahun baru. Rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011. Sempena tahun baru ini, samada tambah azam baru atau pun kekalkan azam lama dek kerana ketidak sempatan dan ketidak mampuan atau kemalasan untuk memenuhi azam 2010. Apa pun moga-moga azam, cita-cita dan impian tahun sudah berjaya dilaksanakan!


Selasa, 7 Disember 2010

Final Presentation Internship Programme..

Hampir setahun rasanya aku terlibat dengan Internship Programme. Buat panggilan, susun masa, hubungi company dan sebagainya. Memang penat menguruskan budak-budak ni. Akhirnya 6 Disember 2010, semuanya telah berakhir. Bertempat di Dewan Mesyuarat Perdana, UMK satu pembentangan telah dijalankan dengan melibatkan 5 kumpulan bagi Internship Programme. Programme ini dibiayai sepenuhnya oleh SME Corp. yang dulunya SMIDEC dimana pelajar yang terlibat memperoleh RM1800 sebagai elaun kepada mereka yang menjayakan program ini.

Kepada SME Corp. terima kasih terutama kepada En. Aminuddin, En. Roslan, En. Rozlan, Kak Su dan semua yang terlibat kerana menerima pelbagai alasan dan sebagainya. Biasalah menjadik orang tengah kepada SME Corp. dan pelajar ni, kena banyak sikit idea menipu ni. Maaf lah yer! Terima kasih atas hadiah yang terakhir En. Rozlan!
Terima kasih En. Rozlan atas hadiah nie...

Kepada pelajar Internship, I will miss you all. Remember, jangan jadik macam ni lagi kerana masa depan yang jauh lagi sukar daripada sekarang. Satu lagi jangan menyusahkan orang! (gurau jelah..hahaha).

Satu lagi, sebelum terlupa kepada ISME, UMK. Terima kasih kerana mempercayai insan ini bagi menguruskan internship dan juga memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

TERIMA KASIH SEMUA!

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA 2010

Di kesempatan yang penuh berkat ini, saya Tuan Mohd Nizam Bin Tuan Mustapa ingin memohon ampun dan maaf kiranya blog ini menyebabkan mana-mana pihak terasa hati atau terguris dengan kata-kata berbentuk tulisan ini. Segala yang tertulis ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kita jauh. Kalau ada pun mungkin untuk dijadikan tatapan dan peringatan kepada diri ini juga kepada pembaca blog ini sekalian.

Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada para pembaca blog ini yang sangat setia. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang sentiasa dalam ingatan ini, Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Cik Khadizah, Puan Darmesah, Puan Suzielawati, Prof. Dr. Amran Ahmed, Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, Prof. Madya Dr. Jumat Sulaiman dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik Universiti Malaysia Sabah. Kepada rakan-rakan: Hilal Azmi, Mohd Arif Lokman Bin Azman, Faizal Rizmin, Faizal Suksis, Diana Desa, Ana, Izzi Khairani, Ida, Asma' Fathonah, Faqimi sepia, Hafiz Rashid sekeluarga dan semua rakan-rakan yang mengenali insan ini. Tidak dilupakan rakan pejabat sekalian, Puan Suhaila, Noriman Jaafar, Ahmad Saufi Mohd Nawi, Hasifah, Jibah, Linda, Hafizi, Baihaqi dan semua kakitangan ISME, FKP dan semua warga Universiti Malaysia Kelantan termasuk Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Prof. Abdul Hamid Mohamed dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman.

Diharap kita dapat lagi bertemu dan masuk ke ladang buah yang sangat lebat ini (bulan Ramadan) tahun depan 2011 atau bersamaan 1432H. InsyaAllah tahun depan usaha akan ditingkatkan untuk mengutip buah-buahan yang sangat lebat dipohon dalam ladang yang Allah sediakan kepada kita semua ini. INSYAALLAH....AMeEn....

Khamis, 26 Ogos 2010

Alhamdulillah...


Aku rasa dah berbulan-bulan dah aku tunggu, akhirnya tarikh untuk konvo telah pun keluar. Alhamdulillah seperti yang dijangka HS08 (Matematik dengan Ekonomi), SST akan jatuh pada 10-10-10 iaitu sidang 4 pada sebelah petang. Tapi aku masih bingung dan sangat terkial-kial mengenai kenderaan dan penginapan aku di sana nanti. Orang kata serba tidak kena je. Banyak lagi nak kena fikirkan. Kerja dan keperluan konvo. Dah ler sekarang bulan puasa, jap lagi dah nak raya. Baju raya kompem aku tak sempat beli. Tahun lepas lah jawapannya.

Tapi apa pun aku tidak sabar menantikan hari yang dijangkan itu. Aku mohon semuanya berjalan dengan lancar walaupun perancangan yang aku buat adalah tidak ler seperfect yang diinginkan. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat aku yang bakal menerima segulung ijazah di Konvo ke-12 nanti,TAHNIAH. Manakala kepada rakan-rakan yang masih belum konvo dan akan dijangkan konvo ke-13, tak pe mungkin rezeki korang lambat sikit sekarang, mana tau someday rezeki korang lagi melimpah daripada kami. Pepe pun teruskan usaha yang anda lakukan selagi semuanya dibawah restu ibu dan ayah.

Isnin, 5 Julai 2010

<<<--Welcome-->>>

Sebenarnya blog ni telah berwajah baru beberapa hari yang lepas. Sekarang baru
sempat untuk mengwar-warkan kepada pembaca sekalian untuk melihat blog yang sangat simple ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog yang sangat ringkas ini kerana mengikuti dan memberi pendapat mengenai blog ini. Diharap komen-komen dapat pembaca berikan agar blog ini menjadi semakin berisi, cantik dan ingin dibaca.

Sabtu, 13 Februari 2010

GONG XI FA CAI

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun, See Jing Kai, Vivian dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini dengan ucapan:

~~IS SIN NIAN KUAI LE. HONG BAO NA LAI~~

Sabtu, 9 Januari 2010

Yahooo!!!

Alhamdulillah....

Aku berjaya menamatkan ijazah ku. Setelah tesis ku bertajuk Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketahanan Tablet dengan menggunakan Kaedah Regresi Berganda berjaya aku selesaikan. Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah, Miss Khunes, Miss Khadizah, P.M Dr. Ho Chong Mun, P. M. Dr. Jumat Sulaiman, Puan Suzielawati Zenin, Puan Asdalifah, Dr. Aini Janteng, Cik Suriani dan semua pensyarah Matematik dengan Ekonomi dan Matematik dengan Komputer Grafik yang banyak membantu dalam menyiapkan tesis dan memberi dorongan dan sokongan sepanjang diri ini berusaha untuk mendapat segulung ijazah. Terima tak terhingga diucapkan. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tahniah...

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, hari ini hari jumaat dengan tarikh 8 Januari 2010 bersamaan dengan 22 Muharam 1431 H. Kak long iaitu akak aku Tuan Norfadhlina telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.25 kg di Hospital An-Nur, Bangi. Tahniah buat kak long dan abg yus.

Mulai hari kak long dan abg yus sudah bergelar ayah dan ibu. Maka, makin berat lah tanggungjawab mereka. Apa yang best, aku diberitahu Datuk Dr. Mohd Fadzlilah Kamsah yang belah mulut (bagi makan kurma dan air zamzam) anak saudara pertama ku ini di hospital. Ada yang lagi gembira moyang ku isyaAllah akan menatap ciat nya nanti. Nenek ku pula akan melihat cicitnya nanti. Aku ucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh yang Maha Esa dan tahniah buat Tuan Norfadhlina Tuan Mustapa dan suaminya, Nik Yusri Nik Yusof.

Selasa, 5 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010...


Assalamualaikum.....

Sudah lama aku tidak gerak kan jari jemari dia atas papan kekunci laptop ku ini. Hari ini aku berpeluang sementar untuk memberikan jari ini pantas bergerak ke kanan, ke kiri, ke atas dan kebawah. Aku sudah lama menunggu masa dan ketika ini untuk menggerakkan jari-jemari yang tengah gatal-gatal untuk menari.

Rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada umi dan abah ku, keluarga ku sekalian juga tak ketinggalan kepada pensyarah ku yang tidak penat memberikan tunjuk ajar dan nasihat terutama Prof. Dr. Zainodin Hj. Jubok, Puan Noraini Abdullah dan seluruh pensyarah Matematik dengan Ekonomi. Semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. Juga kepada pembaca blog yang kerdil ini. Moga tahun baru ini (2010) menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelum ini iaitu 2009. Ameen....

Sabtu, 19 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431 H...


Selamat menyambut tahun 1431 H. Sempena tahun baru ini, maka bermula lah lembaran yang baru. Sebagai umat islam, kita jadikan tahun 1431 H adalah lebih baik daripada 1430 H yang lalu. Moga tahun 1431 H ini kita mendapat limpah rahmat dari yang Maha Esa dan Maha Kuasa. InsyaAllah....Ameen..

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAPPY DEEPAVALI....

Wishing all of my friends, Mon, Shamala, Gopal, Gana and all indians friends and also my tutor miss khunes HAPPY DEEPAVALI....

Ahad, 27 September 2009

SELAMAT HARI RAYA...

Assalamualaikum....

Mula-mula nak wish SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan dan sahabat taulan semua terutama yang membaca blog ini. Sekiranya saya ada melakukan salah dan silap, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Harap permohonan maaf ini dapat diterima. (Maaf kerana lambat wish dek kerana kena jaga datuk kat hospital from 1st day raya hingga 26hb).

Terima kasih......

Jumaat, 28 Ogos 2009

Jom naik Flight....


Attention to all passangers RAMADHAN AIR FLIGHT 1430 H.

The flight schedule to take off immediately from the start of Azan Maghrib 22 August 2009. On behalf of Al-Malik Jallajalah, Syaidina RasulAllah welcoming us on board with his very special salam.

Please remain seated in your ibadah and fasten your belly belt. A lean and mean food will serve at choice when ever is permitted. You are advice to remain seated in ibadah at all time during this flight. Time to destination will take approximately 30 days. Have a nice flight. Salam Ramadhan...