SALAM MAAL HIJRAH 1438H

RUMAH DAH SIAP TETAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...BUDGET 2015

Pak Teh | Sabtu, Oktober 11, 2014 |
Assalammu'alaikum w.b.t.



Bak kata perumpamaan Melayu, "Rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi" (mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap disediakan). Begitulah yang telah berlaku selepas pembentangan belanjawan negara 2015 pada hari Jumaat yang lepas.

Secara warasnya, bukan mudah untuk menyediakan satu belanjawan yang dapat memuaskan hati setiap rakyat Malaysia kerana setiap orang mempunyai latar belakang dan keperluan yang berlainan. Dalam satu keluarga pun, sebagai ibubapa amat sukar untuk memenuhi kehendak dan keperluan setiap orang anak, inikan pula kehendak seramai kira-kira 28 juta penduduk Malaysia.
Dalam menerima kenyataan bahawa belanjawan negara tetap ada kekurangannya, kita seharusnya BERSYUKUR...bersyukur bukan bermakna kita terima sahaja...bersyukur terhadap penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan, walaupun kita tidak dapat kelebihan itu secara langsung. Kita bersyukur kerana ada rakyat yang sebelum ini di dalam kesusahan telah mendapat rahmat daripada belanjawan tersebut.


لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ"Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."(QS. Fathir:30)."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.Ibrahim [14]:)


Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :
1. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan menyakini bahwa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.
2. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.
3. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurnia itu untuk kebaikan.

Wallahhu'alam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home