Bumi mana yang tidak ditimpa hujan...begitu juga manusia, yang tidak lepas dari melakukan kesalahan...tetapi adakah kita hendak biarkan mereka terus melakukan kesalahan terutamanya keluarga dan sahabat kita. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita memberi nasihat atau mengutuk atas kesalahan yang mereka dilakukan? Sekarang ini kita nampak lebih ramai yang mengutuk daripada yang memberi nasihat. Tidak hairanlah di laman-laman sosial dipenuhi dengan kutukan dan penghinaan. Lebih parah lagi apabila reaksi orang lain pula menambah kutukan dan penghinaan itu.
Dalam entri kali ini Pak Teh hendak memberi beberapa tips semasa kita memberi nasihat atau teguran sebagai panduan kepada kekawan dan juga diri Pak Teh sendiri:
1. Pilih perkataan yang sesuai yang menjurus kepada nasihat, bukan perkataan yang mengutuk, mengeji dan menghina
2. Nasihatlah apabila emosi kita masih terkawal bukannya semasa kita dalam keadaan marah. Jika perlu tangguhkan dulu sehingga kita berada dalam keadaan tenang.
3. Jika kita rasa yang kita berhak memberi nasihat kepada mereka yang melakukan kesalahan, kita juga sepatutnya menghargai apa yang baik pada orang itu.
4. Jika kita hendak menasihati orang, kita juga sepatutnya bersedia menerima nasihat orang lain
5. Walaupun kita tahu kesalahan orang lain, kita haruslah sentiasa merendah diri. Jangan anggap diri kita semuanya betul dan sentiasa betul.
6. Betulkan niat kita semasa memberi nasihat atau teguran
7. Elakkan teguran itu dilakukan di khalayak ramai
8. Elakkan daripada sentiasa mencari kesalahan orang
9. Pastikan nasihat atau teguran kita itu menggambarkan perangai atau tingkahlaku kita
10. Dapat membezakan dengan baik antara naseehah (memberi nasihat) dengan fadeehah (memberi aib atau menghina).
Wallahhualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH