"...When love is for sake of Allah, it never dies..."
Bab 1
‘DEAR Anna...’
Anak
mata melorot terus ke bawah. Hujung jari menekan tetikus. Kiriman itu dibaca
sepintas lalu. Sekadar mencari sesuatu yang lebih penting berbanding taipan ayat
berjela-jela dari seseorang yang hanya ingin dikenali sebagai Tasha.
‘Saya
ada simpan rahsia besar dari kekasih.’
Klise.
Bacaan
diteruskan.
‘Dibelakangnya,
saya ada hubungan dengan seorang lelaki lain.’
Keluhan
berat melepasi rengkungan. Pelipis dahi diurut perlahan. Bacaannya terhenti
serta merta. Dalam pada itu, dia sudah merangka ayat lazim yang bakal dibalas
kepada sang pergirim tersebut. Antaranya berbunyi- beritahu hal sebenar, jujur
kepada pasangan, dan buat pilihan terbaik. Kalau masih cinta, terus setia.
Sejurus
itu, dia bersandar lelah. Walhal hanya tulisan menjadi ganti diri, namun entah
kenapa, sejak dua menjak ini dia merasakan bahawa setiap seorang daripada
mereka memang wujud depan mata.
Seperti
permasalahan Tasha, seharusnya dia sendiri tahu menilai ke mana hubungan itu
harus belayar. Sedangkan diri tidak mampu untuk setia, bagaimana di penghujung
cerita nanti? Jika terpaksa membuat pilihan, pasti akan disuruh wanita itu
memilih si lelaki kedua, kerana andai benar cinta itu ada, yang kedua tidak
akan pernah wujud antara mereka.
Tangan
mendepa luas, lantas digerakkan bagi memutuskan segala sengal-sengal yang
mengigit tubuh. Hampir dua jam dia duduk melangut menghadap skrin komputer,
menyusun atur bahasa jari, memberi nasihat sewajarnya, dan akhir sekali membuat
penilaian terakhir sebelum memilih kiriman siapa yang bakal disiar dalam slot
‘Dear Anna’.
“HAI”
Nairah terperanjat besar. Nyaris melompat keluar jantung dari tubuh.
“Sorry.”
Lelaki itu tersenyum kecil.
“Tajul...”
Leret suara bagai mahu menyampaikan rasa geram.
Tajul
tertawa pula. Selajur menarik kerusi lalu labuh punggung dekat dengan Nairah. Gelagat Tajul mengundang rasa dangkal. Malah dia menyuruh lelaki itu
menjauhinya.
“Kenapa?”
Tajul kerut muka.
“Ini
tempat kerja, Encik Tajul,” gumam Nairah tanda kurang senang.
“Memanglah.
Kita bukan dekat shopping complex, sayangku Fara Nairah.” Barisan gigi itu
ditayang lebar.
Nairah mengeluh halus. “Orang tengok, seganlah.”
“Segan?”
Hujung bicara Nairah sengaja diulang dengan sebuah sengihan kecil meniti
hujung bibir. "Apa yang nak disegankan, Nairah?"
Bibir Nairah terkunci rapat. Malas melayani ulah nakal Tajul. Pandangan kembali
menyoroti skrin komputer. Beroleng-oleng penglihatan merayapi beberapa notifikasi mel elektronik yang diterima semalam, yang mana belum pun sempat untuk dilihat sepenuhnya.
“Tak
payah nak segan atau malu sangat, Fara. Semua orang tahu, you tu I yang punya.”
Lama
kelamaan, lentur otot muka mengunjur ke atas, muncul juga. Tajul tersenyum
senang. Biar sedikit, ia cukup membuatkan hari-harinya ceria dan bahagia.
“Jom...
kita keluar dinner,” pelawa Tajul.
Ekor
mata melirik jam tangan. Paras lelaki itu dicari, sebelum kepala
terangguk-angguk bersetuju.
“Nak
makan dekat mana?” Nairah mengemas meja yang kelihatan sedikit serabut.
“Windmills.”
Nairah meminta Tajul menunggu sebentar, sementara dia menyambut panggilan dari
mama. Mata mengerling ke pergelangan tangan. Belum pun mencecah jam lapan malam,
tetapi panggilan wanita itu sudah menembusi talian. Lambat-lambat jari meleret
ke permukaan skrin telefon pintar sebelum membawa objek berteknologi tinggi
keluaran Apple ke telinga.
“Baru
nak keluar, ma.”
“Mama
nak beritahu sesuatu ni.”
Berkerut dahi Nairah.
“Apa?”
“Adik
balik ni. Ada dekat rumah sekarang.”
Membulat
matanya menerima khabar tersebut. Lantas bibirnya terbuka luas. Satu gambaran
perasaan teruja. Lekas dia menghayun langkah serba laju menghampiri Tajul setia
menunggu di muka pintu.
Tajul
menggerakkan ulas bibirnya, lalu menyoal tanpa berbunyi suara. ‘Siapa?’
‘Mama.’ Nairah membalas dengan cara serupa.
PINTU terbuka dari luar, disusuli juluran kaki
berseluar jeans hitam dan berstokin jalur merah kelabu. Lelaki itu menarik pintu
lalu dikunci rapat sebelum berpusing ke hadapan menghadap ruang tamu. Nyaris
terlepas bungkusan makanan tatkala menyedari dia tidak berseorangan di ruang
tersebut.
“Hoi!” Irwan menyergah kasar.
Tajul
mengangkat mata. “Balik dah?”
Hayunan
kaki merentasi ruangan berkeluasan tiga belas kaki, terus menuju ke perut
dapur. “Kau kata makan luar, balik lambat.” Irwan meletak bungkusan makanan di
atas meja. Peti sejuk diselongkar. Dua tin minuman berperisa buah-buahan
diambil.
“Dah
kenapa tiba-tiba bertafakur dekat sini?” Salah satu daripada tin minuman itu
diunjuk kepada Tajul. Punggung berlabuh atas kerusi rotan beralas kusyen
lembut. Sesekali leret mata melibas tepat ke muka Tajul. Naik tinggi keningnya
mengamati bahasa tubuh lelaki berjambang halus tersebut.
“Frust.”
Berkerut
dahi Irwan. “Putus cinta ke apa?” selorohnya.
Serta
merta kelopak mata terangkat. Buntang.
“Shit.
Jangan cakap macam tu, Wan. Hancur hati aku nanti.”
Pecah
berderai tawa Irwan. “Dah tu? Gaya macam orang hilang jiwa aje.”
Tajul
sekadar meleret senyum. Cukup nipis.
‘Hilang
jiwa?’
Dia
ketawa sambil derap kaki membilang langkah menuju ke bilik. Sesampai sahaja di
ruang peribadi miliknya, dia terus menghumban tubuh atas katil. Tangan mendepa
luas. Mata pula ditutup rapat-rapat. Lelah seakan ghaib sebaik sahaja paras Nairah menyambar ingatan. Bahkan dia boleh mengukir senyum Nairah
mengenangkan perempuan kesayangannya.
“Fara
Nairah.” Bibirnya terkumat-kamit melantun nama itu lama-lama. Hati berbunga
bahagia.
Jujurnya,
dia sedikit kecewa tatkala Nairah terpaksa menolak pelawaannya atas urusan
keluarga yang tidak boleh ditangguh walau untuk sesaat. Khabar diterima, adik
perempuan gadis itu telah selamat mendarat di bumi Malaysia setelah beberapa
purnama memijak tanah di negara orang.
‘Tidak
mengapa. Esok... dan hari-hari mendatang masih ada.’ Suara kecil tiba-tiba
muncul, seolah-olah memujuk.
Akhirnya
Tajul tertawa lagi. Kali ini kedengaran lebih galak.
“TAK beritahu aku pun.” Kelingan menyimbah penuh
curiga.
Nairah menoleh. Mereka berpadu renungan.
“Beritahu...
apa?” soalnya.
Selajur
Sofea menitip renungan lebih tajam. Mematahkan setiap rangka penglihatan Nairah. Duduknya beralih kedudukan. Dia memaut lengan kakaknya, lalu
mengecilkan mata. Tangan kanan diangkat melepasi bahu, sejurus jari telunjuk
tegak berdiri mengacu ke arah Nairah. Betul-betul menghampiri hujung
hidung gadis itu.
Kepala
mendongak sedikit. “Siapa Tajul?”
“Bukan sesiapa.” Nairah tenang menjawab.
Sofea
menggigit bibir. Lengan yang dipaut tadi mulai merasa perit dimamah cubitan.
“Sakit!”
teriak Nairah.
“Baik
cakap.” Sofea mendesak. Jari-jarinya kekal memberikan sentuhan berbisa ke atas
kulit di sepanjang lengan Nairah sehingga akhirnya gadis berambut pendek
menyamai bahu itu, mengalah.
Sofea
menyeringai. Dia memperoleh kemenangan mutlak.
KEDUA-DUA
mereka menjulang pancaindera ke dada langit.
“Tu,
macam dah nak mati.” Sofea menuding jari. Lama dia memerhatikan bintang yang
seakan-akan sudah hilang upaya untuk menghasilkan sumber cahaya berbanding
kawanan yang lain.
“Yang
tu...” Giliran Nairah membawa penglihatan mereka bertebaran menyaksikan
keindahan ciptaan Tuhan. Antara bintang-bintang bergemerlapan, mengindahkan
dada langit nan suram, terdapat satu bintang yang sungguh menyerlah. Sejak dari
tadi, ekor mata melewati bintang tersebut. Kemudian, dia menoleh ke arah Sofea
lantas mengukir senyum. “Yang tu macam Sofea.” Dia tidak berhenti menuding.
Sebagaimana Nairah, Sofea turut memancutkan renungan pada bintang yang sama.
“Kenapa
aku?”
“Sebab
kau istimewa, Sofea.”
Nafas
dihela lambat-lambat.
“Kau
cantik... kau...” Jeda sejenak.
Mereka
berpandangan.
Otot
muka Nairah melentur lagi. “Semua tentang kau, sama macam bintang tu.”
Lama
mereka membungkam bicara. Sekadar melepas tanggapan di fikiran masing-masing. Nairah, mahupun Sofea, lebih selesa memenuhkan rongga-rongga dengan suara halus
yang sesekali muncul. Sedang lewat mata kedua-duanya kekal mengamati pandangan
di atas langit.
Sofea
memandang ke sisi. Dilihatnya Nairah kekal ralit dalam dunia sendiri. Mata
itu bergelintar buas. Bahkan sesekali muncul senyuman kecil menduduki ulas
bibir. Barangkali asyik membilang bintang-bintang yang bercahaya di atas sana,
lalu dibahagikan mengikut kadar biasan cahaya antara kesemuanya.
“Kak.”
“Emm...”
Tubuh
mengiring. Sebelah tangan memanggung kepala. “Siapa Tajul?”
Tawa Nairah memburai.
“Jangan
ingat kau boleh lari topik lain pula. Tu... cantik macam mana pun langit tu,
bintang tu... aku lebih berminat nak tahu tentang Tajul.” Sofea menggigit
bibir.
“Okay...” Nairah akhirnya benar-benar menyerah.
“Dia...
kawan kakak.”
“Kawan?”
Terangguk-angguk
kepala Nairah.
“Seriously?
Even mama mention as her future son in-law?”
Muka
dikerutkan. “Mmm...” Dia seolah berteka-teki.
“Kakak!”
Sofea menjerit geram.
Nairah sembunyi tawa. Terkidum-kidum dia berusaha agar lingkaran senyum pun
tiada membasahi roman.
“Ini...”
Dia menuding jari Nairah, lantas menyambung, “Tak ada apa-apa lagi, so
maksudnya kawan aje. Kan?”
“Seriuslah.”
“I
am serious, Sofea.”
“Tak
termaktub apa-apa lagi even hubungan yang ada lebih sikit dari sekadar kawan,”
lanjutnya pula.
Mata
Sofea juling ke atas.
“I’M serious, Nairah.”
Dia
menggumpal nafas dalam rengkungan. Terasa sungguh berat, seumpama ada batuan
besar sedang bergayut pada tali-tali organ penampung nyawa.
“Kita
kahwin?”
“Tajul...”
“Kenapa?”
Entah
bagaimana hendak disampaikan resah hati sendiri. Apatah lagi melihat paras Tajul.
Kerut-kerut pada wajah lelaki itu bagai cerucuk tajam membidik tepat ke dada.
“You
belum sedia?”
Lidah
membeku. ‘Ya... aku belum sedia.’
Andai
sahaja mampu diluah kata-kata tersebut. Dia menghela partikel-partikel udara
dalam sekali hembus. “Saya... mmm...”
Tiba-tiba
lelaki itu tersenyum Nairah, lalu berkata, “Tak mengapa. I sanggup tunggu
you. Berbilion tahun pun, I sanggup... Fara Nairah.”
“I
sanggup.”
Terngiang-ngiang
bicara Tajul, lantas memaksa dia kembali ke relung berbeza dimensi. Seolah-olah
sedang berdiri menyaksikan satu lakonan teater yang melibatkan diri sendiri dan
Tajul.
Lamaran
tersebut diusul ketika usia perkenalan mereka tidak sampai dua tahun, bahkan
hubungan istimewa yang terjalin juga belum melepasi enam bulan pertama. Bagaimana
dia hendak memberi reaksi? Mujur Tajul seorang lelaki yang jelas budiman,
segera mempertontonkan sikap memahami dan tolak ansur.
Tubuh
dibiar bersandar lelah ke kerusi. Hujung jari menolak kaca mata supaya lebih
selesa duduk bertenggek di batang hidung. Sejurus dia kembali melontar fokus
pada skrin paparan komputer riba. Bibirnya terjungkit sedikit. Mata galak
mengamati gambar yang menjadi latar belakang skrin berkenaan.
Momen
kaku tersebut merakam jasad dia bersama Sofea sewaktu masing-masing berusia
lingkungan tiga belas tahun dan dua belas tahun, bersama Norita, ibu mereka.
Oleh kerana jarak usia mereka berbeza setahun sahaja, ramai dalam kalangan
rakan-rakan, juga saudara-mara jauh hubungan menyangka mereka dilahirkan
kembar.
Namun
begitu, tatkala menginjak dewasa, paras yang sering disalah erti sebagai kembar
beransur-ansur pupus. Berbanding diri sendiri yang mempunyai ketinggian
sederhana, lebih kurang seratus lima puluh empat sahaja dan bertubuh kecil,
Sofea memiliki ketinggian dan tubuh yang membolehkan dirinya menceburi bidang
peragaan. Bahkan rupa paras dan wajah Sofea lebih menawan. Segala-gala tentang
Sofea seumpama indah terletak di tubuhnya.
Malah sewaktu masih menuntut
di universiti, Sofea telah pun melakukan pelbagai projek peragaan, sama ada
secara profesional atau sekadar memenuhi permintaan rakan-rakan dalam pengajian
fesyen.
“Mmmm....”
Desahan panjang itu mengejutkan Fara Nairah. Lekas dia berpaling ke belakang.
Dia tersenyum sendiri melihat Sofea begitu nyenyak tidur. Kedua-dua belah
tangannya mendepa luas. Mulutnya terbuka sedikit, manakala sebahagian rambutnya
yang panjang mengurai itu menutupi dahi dan bersepah tidak terurus, namun
begitu Sofea kekal tampak rupawan.
Terima kasih kerana membaca entri ini. Have a nice day :)
notahujungkaki: 'Bukan Yang Pertama.. perasaan yang bergelandangan kadang kala mencetuskan kekeliruan. Benar-benar cinta atau ianya berselindung disebalik simpati?' Sedang berusaha gigih menyalakan kembali lampu-lampu idea dalam kepala. Bertabahlah Salwa!
No comments:
Post a Comment