Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 2

SALAM SEMUA

*SAMBUNGAN DARI ENTRI PART 1*

Dalam 10 min dekat ward, tetiba datang doctor round ward kot masa tu. dia tanya aku kenapa warded semua. aku nak cakap tersekat sekat sebab tahan contraction. Doctor cakap eh macam cepat je awk sakit ni. Saya nak check bukaan. Again. Ya Allah sabar je la bila dengar check bukaan ni. Before ke bilik lain untuk check bukaan, abam afif bagi minum air zam zam. Dia cakap dia ada baca baca la sikit. Selawat then minum. Pastu ada nurse bawak aku ke bilik lain untuk check bukaan. Doctor ni cakap alat untuk check bukaan ni mahal. RM7 satu. Kita guna glove dengan gel. Rasa macam nak tumbuk je doctor tu. Kemain kerajaan sediakan kemudahan kau taknak guna plak. Bila dia guna tangan sakit gilaaaaaaa kot. *Gila tu tarik panjang sikit* Geram betol la dekat doctor tu.


anak soleh ibu.

Then bila aku gerak gerak sebab sakit. Dia marah aku. 


" Ni lah ibu ibu muda sekarang tak tahan sakit sikit. Sebab tu jadi emergency caesareans tu. Ibu tak tahan sakit, anak stress kat dalam tak nak keluar. Kalau awak tak tahan macam ni. Awak akan menyusahkan orang dekat labor room. Nanti awak koyak sampai punggung. Balik pakai plastik sebab tak leh buang air besar. Nak ? "

kemain dia punya syarahan. Dia tak tahu betapa sakit nya. Da la anak sulung. Mana lah biasa kan. Cuba cakap elok elok. Cis betol doctor ni. Disebabkan kesakitan luar biasa aku telan je dia punya syarahan sambil mulut dok sebut ; 

'La ila haila anta, subha nakainni kuntum minazalimi

Then doctor tu bgtau bukaan da 5 cm. Lepas tu dia pecahkan air ketuban.Tang pecahkan air ketuban ni tak sakit. Doctor masukkan ubat untuk buang air besar. Then doctor suruh turun labor room. Masa tu macam, eh dah nak bersalin ke ni ? Dup dap dup dap. Sakit contraction masa ni level 9999999 dah. Tak tertanggung dah. Lepas buang air besar, tukar baju semua. Nurse bawak aku ke labor room.

Masuk je labor room, sakit dia luar biasa dah. Amik mood labor room barangkali. -,- Masa ni sakit nya hanya Allah yang tahu. Begitu sekali pengorbanan seorang ibu. Nak lahirkan seorang khalifah. 

Dok sakit sakit tu, nurse datang tanya, "Puan nak amik epidural ke ? "

Aku pun dengan confident nya," taknak. "

"Puan baca dlu risalah ni psal epidural, jangan tolak macam tu je. "

"Taknak taknak."

 Kononnya confident aku boleh tahan sakit. Lepas tu datang nurse lain plak. 

"Puan ni anak sulung. Selalu amik masa 4,5 jam baru bukaan 10 cm. Boleh ke tahan ni?

Amboi nurse ni saje je saiko aku.Tp masa tu sakit sangat kot.

Then aku mengalah, "bagi lah nurse apapun bagi tahan sakit ni.

Sobsobsobs. Akhirnya aku pun cucuk la untuk epidural. by the way, jangan ingat semua orang nurse akan offer epidural ya. Ni depend pada graf contraction tu. Mybe masa aku ritu graf nya melayakkan aku amik epidural. Even aku baca epidural ni banyak side effect negatif, aku telan je la. Demi mu anak. Cia cia cia. 

demi mu sayang.


Masa doctor bius datang cucuk untuk epidural. Ya Allah, sakit juga la.Tahan contraction lagi, tahan jarum lagi. Sabar je la. Mengigil aku tahan sakit. Nurse tenang kan aku, suruh zikir banyak banyak. Selawat banyak banyak. Lepas cucuk epidural abam afif datang bawak beg dan barang baby untuk nurse pakaikan lepas baby lahir. aku da packing siap siap dah. senang abam afif nak bagi nurse. Then abam afif stay sebelah aku. Pegang tangan semua. Acah acah romantik masa ni. Aku plak kemain sayu. Dok mintak maaf, kalau saya mati jaga anak kita, doakan saya mudah bersalin, redha dengan saya sepanjang saya jadi isteri abam, lepas ni kita amik anak angkat kalau awak nak anak lagi. -,- sempat tu masa dok sakit sakit. Abam afif senyum angguk angguk je sepanjang aku dok tahan sakit contraction. 

Untuk epidural tu. Dia punya keberkesanan selepas 1 jam. Before 1 jam tu, doc check bukaan da 10 cm. -,- buat apa la amik epidural. Then nurse bgtau baby still kat atas tak turun lagi. Nurse tanya ada minum air selusuh ke ? aku cakap takda. minum air zamzam abam afif bagi tadi je. Seteguk je pun. Nurse suruh teran dlu kalau rasa nak teran. Bagi baby turun. Masa ni contraction da tak rasa sangat da. Cuma rasa nak teran je. Masa tu tengah high dengan epidural kot. Sambil teran sambil senyum kat abam afif. Abam afif tanya awak ni sakit ke tak ? hahaha. Masa ni taknak stress sebenarnya. So senyum jer layan sakit nak meneran.

Dalam pukul 2 macam tu, nurse datang check tengok kepala baby da nampak da. Masa tu nurse tunjuk kat abam afif. Tengok ni kepala baby da keluar, awak pujuk isteri awak untuk teran ya. Masa tu dia pasang kekuda dekat katil then letak kaki kat situ. Benda tu bagus jugak sebab kita akan standstill so boleh elak dari angkat punggung. Masa tu ramai nurse masuk bagi sokongan.

 "Teran puan teran. Puan boleh buat ni "

Tu lah sokongan moral sepanjang proses bersalin. Dalam 5 kali teran jugak la. Then keluar la baby soleh ibu ni. Alhamdulillah. Masa tu rasa lega sangat. Segala sakit hilang gitu je. Masa baby keluar tu dia tak nangis. Sebab masa sakit tadi aku hisap gas apa entah dekat katil. So effect dia kat baby. Baby pun lambat skit nak nangis. Nurse babap skit bontot dia. letak atas dada aku. then aku macam, baby nangis la. sebab tak larat da masa ni. Lama lepas tu dengar suara dia nangis. Alhamdulillah. 

Then doctor keluarkan uri lepas tu doctor jahit. Semua proses tu dalam pukul 4 ptg baru settle. Baby keluar dalam pukul 2.37 ptg. Borak borak la dengan doctor, tanya macam mana nak make sure jahitan senang sembuh. Doctor cakap make sure keadaan kat bawah tu tak lembab. make sure sentiasa kering. Tuka pad selalu sebab darah nifas tu kotor. Nanti lagi cepat bakteria bersarang katanya. 

Dalam pukul 4 lebih gitu nurse datang bagi baby. Abam afif pun azan iqamat semua. Masa ni berair lah mata ibu. Kemain sayu sedih sendu bagai tengok anak. Rasa macam tak percaya dah bersalin. Baru je round ioi mall puchong semalam. Ari ni dah bersalin da. Allah maha berkuasa. Maha memberi segala sesuatu. Pengalaman yang tak akan dapat lupa sampai bila bila. Subhana Allah. 

ni gambar dengan tokbah dia. 


Moga Mohammad Uzayr terus menjadi anak soleh untuk ayah dan ibu ya. 







terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Saturday, May 5, 2012

Trip ke Vietnam part 3

SALAM SEMUA

hai hai semua. da lama sangat stop berblogging. part bercuti kat vietnam 
tak sambung sambung. padahal da kat malaysia dalam 3 minggu da. kain cotton 
yang beli ari tu da abis jual da. hee. maaf atas kelewatan smbung part 3 untuk trip 
 ke vietnam. tak sempat dik. balik malaysia terus je ke uia.pastu 2 minggu plak exam
  midsem. horrible btol. kelam kabut miss epa dibuatnya.okay okay. jangan melalut  
panjang.ayuh smbung part bercuti di vietnam hari tu.

hari ke empat kitaorg kat sana kitaorg amik trip ke mekong delta. trip ni berharga 
11 usd utk seorang. trip ni sepanjang hari.dari pukul 8.30 pagi smpai 6.30 petang.
6 petang kat sana da gelap macam pukul 8 kat malaysia.seharian jugak la kitaorg 
join trip tu. kalo tanya perasaan aku. bagi aku biasa je. takda apa pun. cuma
ak tak pernah naek sampan kecik melalui sungai mekong. tu pengalaman baru.
yang laen biasa je. sebab kat malaysia pun ada. terutama cuaca panas yang
membuat kan kitorang mengeluh. hee. 



gambar gambar yang sempat di snap masa kitaorg berenti rehat 
di mekong rest. sangat cantik kawasan ni diorang jaga. 


trip ni bawak kitaorg masuk dalam kampung vietnam bersama penduduk
kampung. mula mula kitaorg naek bas, lepas tu naek bot, lepas tu naek perahu,
lepas tu jalan kaki, then naek basikal. huu. 

naek perahu macam ni yang ak tak pernah buat. first time.

ayah sgt gembira menari dengan ular tu. smpai foreigner semua panggil ayah
COBRA-MAN. -.-

ayuh ayah! kita ke malaysia pakai bot. tak yah naek flight da.
haha. tuan tanah memang macam tu. -.-

setelah berpenat lelah ke trip mekong delta. malam tu semua pun tido nyenyak.
da tak pi mana mana da. hee.itulah cerita ak dan keluarga ke vietnam.
hari hari yang ak tak bgtau kat sni ialah hari di mana ak shopping sakan bersama
ummi. hee. alhamdulillah. sangat seronok di vietnam. 

ak ada pesanan sket utk sapa sapa yang berminat nak pi vietnam :

restoran halal banyak je berdekatan dengan ben than market.harga semua
mahal. tapi standard la sebab kat mana mana negara bukan islam pun memang mahal.
ak nasihatkan bawak roti dari malaysia banyak banyak.kalo lapa boleh makan. jimat sket.

mekong delta trip tu harus pergi. at least sekali. even tak seronok pun. tp 
kita lebih memahami macam mana keadaan penduduk vietnam. hasil ekonomi nya.
keadaan negara nya.

jangan terlalu percayakan penduduk melayu champa. sebab ada yang mengambil
kesempatan dengan ''islam''. kita plak memang takley dengar orang islam kan? terus je
percaya.bila kena sekali. baru beringat. conclusi nya. jangan percaya sangat.

nak pi vietnam takyah pi lama lama. paling lama 2 hari je. sebab anda akan kebosanan
smpai takda tahap da. sebab kat sana takda apa yang menarik melainkan shopping.
tidak sesuai utk remaja lelaki seperti abang ngah sy. -.- asyik dok bilik tgok espn je.
nasib baik ada bola. kalo tak, tak tahu la. hee.




 sekian dari saya, 

miss epa. 


p/s: terasa ada yang kosong. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Sunday, April 1, 2012

Trip ke Vietnam Part 2

SALAM SEMUA.

hai hai semua. apa khabar kamu semua? ada yang tanya. bila nak update
part 2. da nak balik esok pun still tak update lagi. hee. bukan tak nak 
update abg abg dan kakak kakak semua. tapi tak smpat. mintak maaf ya. hee.


 hari kedua kita orang kat sini. pagi tu kitaorg jalan jalan kat ben than market.
dari hotel yg kitaorg menginap tu dalam 20 minit walking distance. jauh la jugak.
 tapi tak rasa sgt sbb dari hotel nak ke ben than market tu melalui banyak kedai.
so bley la window shopping sket. shopping je kan. -.-! dan seperti apa yang pelancong
pelancong malaysia bgtau bila datang cni. traffic nya sangat sangat menarik perhatian
sebab kat cni tak pakai traffic light pun. nak u -turn . nak ke kiri dan ke kanan 
memang takda peraturan.

 ada menara tm kat vietnam okay. :)

lepas jmpa ben than market tu. kitaorg pun jalan jalan lagi cari hotel yang selalu
orang malaysia pergi, Saigon Pink 2 hotel. ramai blogger blogger recommend hotel ni.
kata nya murah dari hotel hotel lain. tapi bagi aku la. sama je. janji korang pandai
tawar menawar. insyaAllah mesti dapat murah. hotel pun boleh tawar tawar gak
tau. mintak tak nak breakfast. pastu bgtau korang dtg lama mana. msti dapat
murah.dan facilities pun memang terbaik la.

so bila di usha usha. takda bilik dekat Saigon Pink 2 hotel yang available utk
kitaorg 4 orang. so kitaorng jalan jalan kat hotel sekitar. jumpa la satu hotel ni.
Hoang Gia Huy Hotel. nampak cam mewah dari luar. ak macam tak masuk la.
tapi ayah masuk and check harga. dapat la satu bilik 50 usd semalam utk 4 orang.
ada dua katil. hee. harga tak murah sgt pun. tapi sbb da dekat da dgn 
ben than market dan ramai org melayu. ayah kata okay la.so kitaorg pun
menginap la kat cni utk 5 hari.

ben than market :)
hari kedua kitaorg just berada di bilik and kitorg turun ke ben than market
petang nya. just jalan jalan usha pasar dan survey harga.masuk je market
tu terus je rambang mata tgok barang yang bnyk. mcm mcm jenis barang
ada. dari baju smpai la ke kasut. bagus btol diorg ni. dan yang paling penting.
jurujual smua perempuan dan lawa lawa.  so ak amik gambar situ cni.
and then balik hotel utk berehat.

 antara barang barang yang dijual. sgt merambangkan mata.-.-



p/s: nnti kita smbung lagi episode seteusnya di vietnam. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Thursday, March 29, 2012

trip ke vietnam part 1

SALAM SEMUA

hai hai semua. hari ni update blog jauh sket dri malaysia.
sekarangaku berada di vietnam. bercuti bersama family tersayang. 
sangat indah.hee.so entri hari ni nak bercerita sket pengalaman bercuti 
di vietnam. supaya bila da berusia nanti boleh baca balik. dan memori 
masih tersimpan di sini.


pada 27hb MAC, kitaorang bertolak dari LCCT menaiki pesawat Air Asia.
asal nya kitaorng berlima akan ke Ho Chi Minh. tapi oleh kerana masalah 
passport. adik aku yang bongsu tak dapat fly bersama kitaorng. saat paling
menyedihkan aku kira saat tu. nampak muka adik ak yang sgt kecewa.
nampak muka ummi yang agak terkilan. tapi takpa. pasti ada hikmah 
di sebalik apa yang berlaku. *sunyi tanpa deq mey di sini* 


ummi dan peace. -,-

kitaorang sampai di vietnam sekitar jam 8.20 malam waktu vietnam.2 jam
 perjalanan dari Kuala Lumpur. alhamdulillah. tiba di lapangan terbang 
Tan Son Nhat dengan selamat. sebelum ke vietnam. kitaorg da siap
 booking hotel dengan teksi utk pick up kitaorg.so smpai je sana terus 
ada orang jemput kitaorg.

pemandangan malam vietnam.

kitaorg menginap di hotel AVA 2 Saigon.38 usd utk semalaman.
family room.untuk 4 orang. sangat murah bagi aku. sbb kalo kat malaysia
 standard room je da rm140. facilities pun ntah apa apa. kat sini 
38 usd facilities sgt terbaikk la.bagi aku dekat vietnam ni kemudahan
 hotel sangat bagus. hee.

 
 berurusan dengan reception.

saje letak gmbr bath tub ni. sebab ak tak pernah tgok bath tub mcm ni. -.-

so malam tu lepas check in hotel. terus je kitaorg tido kerana
kepenatan.esok baru jalan jalan ya! :)


 
p/s : entri tak bnyk gmbr sbb tak amik gmbr sgt. semua takda mood. 

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Tuesday, June 28, 2011

peristiwa budak chomel

salam semua.

hai hai semua.hari ni ak bgun awal.sbb bnyk sgt benda
nak kena buat.nak kemas brang brang.kemas bilik ckit.
ckit je okay.hee.

semalam ak ajak sepupu ak melepak di pizza hut.
belanja satu fmily dia.al maklum la.ak kan sepupu solehah.tu 
yang sgt baik hati tu.plus ak mengidam pizza da lama da.
asyik makan mcd je kan.penat den.-___-







diorng kalo bergambar.kalah ah ak.tapi sumpah diorg sgt chomel kan?
hee.tgok la mak sepupu plak.haha.kitorng mkn pizza hawaii chicken
and spaghetti aromatic thai.sungguh enak!

ak memang suka melepak ngan diorg sbb diorg sgt chomel.even
diorg suka maen tudung ak smpai rosak.suka men game dkt fon ak.huu.
tapi xpa la sbb kdg kdg diorg mengingatkan kita something yg kita 
da lupa.contohnya.

peristiwa sebelum tido
aku : okay semua.baca doa sebelum tido.
alisha : *baca ayt qursi*
selesai baca ayt qursi.
aku : okay da.tido semua.
alisha : eh.kak epa.tok yah(ummi aku) kata 
ayt qursi kena baca tiga kali sblum tido.
aku : ouh.okay.
-____- (malu ngan diri sendiri)


moral of the story : sentiasa la ingt mengingati sesama manusia. :)



p/s: thanks utk segalanya yaAllah. :)

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Sunday, June 19, 2011

hadiah hari ayah

salam semua.

hai hai semua.sihatkah korang?arap sihat la eh.
ari ni ak sgt letih sbb bersosial sakan dengan kawan kawan mcd.
hee.bersosial secara sihat amat digalakkan okay.so ari ni
ak jelajah satu mall tanpa mengeluh supaya lemak lemak
big mac,double cheese yg dimakan selama sminggu bley
hilang dengan mudah.itu lah antara kelebihan window shopping.

hari ni bukan nak citer pasal ak shopping 2 helai seluar jean baru.
tapi hari ni nak citer psal hari ayah.mcm yang korang tahu.
sekarang ni bnyk sgt iklan pasal father's day ni.dalam radio,
dalam tv.semua tempat la.mcm mcm cara diorng buat utk
menyedarkan betapa penting nya ayah kita dalam hidup kita.

kebetulan ak berjalan jalan di shopping mall.ak pun intai intai la.
kot kot ada something yang boleh dibeli utk ayh.

ingat nak order Ferrari sbijik tuk ayah memandangkan
minat ayh yg sgt mendalam pada formula 1.

tapi yelah.kita kena la ikut kemampuan kalo nak beli hadiah tu 
eh.memandangkan ak ni keja mcd je.so ak da budgetkan beberapa
puluhan ringgit utk hadiah ayh.tapi bila usha punya usha punya usha.
xda yang berkenan di hati even da 2 jam round satu jusco.-___-


ada jugak usha jam rolex kegemaran ayah.tapi
bley mampu letak gmbr je la.hee.

bila da smpai rumah ni.baru ak ingt.rupanya ak ada
hadiah lagi baik dari semua ini.

hadiah ak :
ayah.epa da anta surat resign kat mcd.lepas ni epa
tunaikan hasrat ayah tuk berada dekat dengan ummi and ayh.da bnyk kali ayah suruh epa blik kan?epa yang degil sgt.huu.biasa la ayh.bg epa bila da start ssah la nk tinggal.lgpun semua kawan kawan kat mcd sgt baik hati.sgt ssah nak tinggalkan org yang begitu baik dengan kita kan?tapi xpa la.demi ayah.epa gagahkan diri utk anta surat resign.semoga ayh gembira dengan keputusan ini.ini hadiah hari ayah utk ayah.

ak pasti akan merindui mc donald's. 

kepada ayah.

selamat hari ayah! :)


sy syg ayah sy ! :)

p/s: tggu sy pulang ye.hee.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Saturday, June 18, 2011

selamat hari lahir

salam semua.

fuh fuh! berhabuk da blog ni.fuhhhhh!

ehem.hai semua.sihat ke?korang mesti da heran da.ke mana
plak miss epa menghilang smpai seminggu xupdate blog.huu.
ak xkemana mana pun.masih di malaysia lagi.hee.ak 
xupdate blog lama sebab ak tertinggal charger kat rumah
sepupu kat subang.so xley nak bukak laptop la seminggu.
tu yang lama xmencapub kat blog korang.hee.

peace dari tuan tanah.tanda pedamaian sbb da lama
xberblogwalking di blog korang.hee.
[eppy besday to siti hazami bt yacob]

banyak plak yang berlaku sepanjang ak xupdate blog.
sibuk bekerja.sibuk bersosial secara sihat.aish.mcm mcm la.
hee.yang penting kehidupan sekarang sgt tenang and penuh
kedamaian.and ak harap angin taufan yang dulu xkan lagi 
menyapa ak.hee.diharap ada yang faham la ye.

hari ni ak nak update blog and nak wish kat adik ak tersayang.

selamat hari lahir !

eppy besday to adik tersyg mohd luqman al hakim
fahmin.may Allah bless u.jaga diri ye sayang !
semoga success dalam spm.

mohd luqman al hakim fahmin bin hassan fahmin.
the best little brother ever !

kepada semua yang menyambut besday hari ni.selamat
hari lahir eh.semoga Allah merahmati kita semua.amin.

p/s: memaafkan mungkin.melupakan tak mungkin.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Saturday, June 11, 2011

6 + 1 = 7

salam semua.

[ PERHATIAN! INI IALAH ENTRI BERGAMBAR ]

 MAJLIS KENDURI KAHWIN DI KELANTAN










MAJLIS KENDURI KAHWIN DI JOHOR









aku baru tiba dari pagoh.penat even perjalanan hanya 2 jam.
yang paling penting.semua nya berjalan lancar.alhamdulillah. :)




p/s: bersungguh sungguh mendownload nora eleena. :)


terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.

Sunday, June 5, 2011

selamat pengantin baru

salam semua.

secara seriusnya.hari ni ak sgt sgt penat.perh.nak tercabut
semua sendi sendi yang ada.hee.tp xpa la.janji semua nya
berjalan lancar.so ari ni kakak sulong ku telah selamat
diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati.alhamdulillah.
syukur ke hadrat illahi. 

fresh flower utk majlis kak long.sgt wangi bunga bunga ini.
kalo ak kawin ak nk pkai bunga kaktus tau.haha.

majlis perkahwinan berjalan lancar dan semuanya okay.
dengan pertolongan semua sedara mara.semuanya
berjalan seperti yg dirancang.alhamdulillah.

amik gmbr da jd tradisi kami.hee.

pengantin plak ada 3 persalinan.dah mcm movie hindi.bertukar
 tukar kaler baju.hee.dan tema kaler nya.pink and putih.
so ak dengan ummi pakai pink la td.



ni la antara gambar gambar yg sempat disnap 
camera ak.sbb ak xsmpat pun nk pegang camera.
sbb ak tergolong golongan ajk doorgift.hee.

ada bnyk lagi gambr sbnarnya.nnti nnti la ak upload eh.
sbb dalam camera kitaorg ni je ada.punya ah xsmpat snap.-__-
tp xpa.kita tggu yg tag kat facebook nnti eh.hee.

ni je kawan kawan ak yang sempat datang even ak tag 
berpuluh kat facebook.*nada sedikit merajuk* -___-


tuan tanah dengan  baju and shawl pink.nsib baik
shawl tu elok je semalam.hee.


so sekarang.ahli keluarga kitaorg da bertambah.dari 6 kepada 7 orang.
semoga segalanya diberkati Allah. :)





p/s: kota bharu to pagoh.

terima kasih daun keladi.komen komen kalo sudi.