SALAM SEMUA
Dia mai da. dia mai daaaaa. Apa dia ? Mood nak update blog baru datang ni hai. Lama berkurun menunggu tika dan saat nak ada mood. Masa sekarang banyak da lapang sebab da unofficially graduasi dari UIA. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang mencipta kan sekalian alam. Terima kasih atas doa kalian jugak ya.
Hari ni kita sambung lagi berkenaan tips memulakan bisnes. Aku bukan lah orang yang fasih sangat untuk bagi tips semua bagai sebab aku taklah success sgt pun. tetapi just bagi barang semangkuk dua nasihat dari pengalaman memulakan bisnes dlu.
Hari ni tips berkenaan : VENDOR BUTIK
Ramai yang macam curious or heran. Apa plak vendor vendor ni. Ha. jangan dok buat heran sangat. Vendor butik ni macam ni. ada seorang makhluk ALLAH ni dia sewa satu kedai then dia ajak kawan kawan dia join letak barang sekali dalam kedai tu. so kawan kawan dia tu ialah vendor la. dan selalu nya kawan kawan dia akan di kenakan sewa atau komisyen. bergantung kepada perjanjian. Sekarang ni terlalu banyak butik yang berkonsepkan vendor ni di seluruh Malaysia.
Dan yang lagi best nya. kebanyakkan nya yang buat butik berkonsepkan vendor ni kebanyakkan pun dari kalangan orang MELAYU. (bukan racist ya) Gembira hati saya melihat anak bangsa kita cuba buat something untuk bantu ekonomi diorang.
dan aku punya online shop : The Ishaa
kita orang pun ada join beberapa butik sebagai vendor. So far kita ada join 4 butik iaitu Modish cawangan Kuala Selangor dan Modish cawangan Setia Alam. Kitorang jugak join Pop Donna di Melaka dan kayu_studio di dalam UITM Jasin, Melaka.
Kelebihan join vendor :
Tak payah fikir nak simpan stock kat mana
Tak payah nak hire pekerja semua bagai
Customer boleh dapat kan product kita secara live.
Kekurangan join vendor :
Kena selalu restock which mean duit modal kena selalu ada.
Management butik tak semua okay.
Sale luar jangka.
Okay guys. Let's me explain. Kitorg dulu masa memula join vendor terasa mcm seronok la. sebab selalunya masa grand opening ramai orang. bulan pertama pun sale okay. tapi bila da lama lama. Sale kadang mampu bayar rent je. pernah jadi pun kat kitorng. Sedih takyah ckp la. Modal pakai duit PTPTN je kan. Tapi as a manusia yang jenis hati batu konkrit kecintaan yang mendalam pada bisnes. semua tu tak jadi hal. Selalu pesan dalam diri. Nak berjaya bukan senang. Bear in mind selalu. Allah ada. Rezeki Allah banyak. Tinggal kena usaha je. Macam tu lah selalu fikir untuk meneteramkan jiwa lara ni.
So far butik butik yang aku join semua nya elok elok belaka cuma kekadang ada la yang sale dapat lambat. report sale tak bagi. benda tu smua main peranan dalam management la. sebab tu kau kena tahu dengan sapa kau berurusan before kau join vendor vendor tu semua. Kitorng pun tak kenal kadang kadang. Tp alhamdulillah semua yang kitorg deal so far semua okay aside yang skit skit kekurangan tu biasa la.
rupa paras produk the ishaa yang ada di Modish dan Pop Donna.
So semua yang nak try boleh try. Itulah sedikit sebanyak tips yang mampu aku bagi.
Jom follow the ishaa di instagram. Project raya banyak ni.
@theishaa
Till we meet again, darlings.