nuffnang header

Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Saturday, 13 August 2016

Senaman Tarian Mudah

Hi hellooo...

Alamak, almost setahun tak update belog? Since start keje baru ni bajet2 busy laa khenn, Padahal cuti seminggu 4 hari, Heh. Ada yang bertanya dekat IG dah x hapdate belog ke, Thanks for your concern walaupun kita ni hanyalah belogger sendu sambilan. Hehe.

Just a quick post today. Setelah terlalu lama tak exercise dan lemak2 telah diternak dengan jayanya, akhirnya hari ni I telah exercise and berpeluh dengan banyak jugak lah and I sangat happy! Haha. So I feel like wanna share with you guys this fun and easy dance step and yet you can sweat like hell (amboi over giler ayat).

Kalau you guys pernah tengok cerita Para-Para Sakura yang Aaron Kwok berlakon tu then you guys must know this song and dance lah. Hehe. I jumpa video ni dari youtube tapi yang tu belum mirrored. Try slow2 untuk catch up step tarian tu. Once dah dapat senang je macam makan kacang. Hehe. Good luck, all the best and jom kurus sama-sama! 



Saturday, 22 August 2015

Senaman Mudah Untuk Turun Berat Badan

Hey hey harini nak share salah satu senaman yang boleh di try untuk turun berat badan.
Biasa lah before ni kan kita puasa, lepas tu raya, lepas tu weekend banyak pulak open house. Memang tak sempat nak exercise kan. So sekarang memang lemak membiak dengan jayanya. Sedih =.='

So lepas godek2 dekat youtube senaman yang macam berkesan, nak share lah dekat sini. Sebab memang berpeluh lepas buat exercise ni. Tapi untuk certain orang memang tak dapat ikut 100% exercise ni but don't worry tau. It's okay. Just buat setakat mampu. Yang penting kita cuba try test!

Yang best nye, senaman2 ni boleh buat dekat rumah tanpa sebarang equipment pun. Senang la sikit kan, kalau keluar nak kena pakai baju proper. Kalau kat rumah buat dengan baju tidur je. Heheh.




Okay berdasarkan pengalaman, video yang kedua ni lagi keluar banyakkk peluh. Btw untuk beginner, buat slow2 tau. Kalau penat stop kejap rest, lepas tu sambung balik. Don't push yourself too hard. Tapi jangan malas untuk start dan cuba workout ni tau! 1 lagi tips, video ni takde lagu, so sila buka lagu kegemaran anda kuat2 untuk membantu semangat anda untuk bersenam.

Till then. Selamat Mencuba! Muahx!~

p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Sunday, 10 May 2015

Cameron Highlands Day 2

Okayy..punyalah lama baru nak up part 2 pasal Cameron Highlands 2015. Hari kedua ni hari nak balik dah. Sebelum balik of course lah kena singgah dulu tempat2 yang menarik kat sini.  Tapi singgah tempat2 makan je, sebab nak balik cepat lah kata kan. Hehe.
Kalau kat Cameron Highlands, wajib lah singgah pasar Kea Farm. Menarik, banyak benda boleh beli. Sukaaa sangatt,, XD

Posing depan camera adalah wajib. Hehe. Tengok tu, semalam dah beli strawberry kat Pasar Malam, hari ni beli lagi.

Kat sini ada jual dried fruits. So terbeli lah jugak dried strawberry, asam2, and dried roselle. Yum yum yum. Tak tahu lah si Sofie tengah belek apa kat belakang tu. 

Lai lai lai. Fresh strawberries heerreeee!~

I bought strawberries from this auntie because she lets me taste it first. Orang lain bila kita tanya boleh try tak, buat2 tak dengar. Adoi. Kalau tak bagi try, cakap lah tak boleh. Kan sonang.

Semua dah lapar, lepas beli2 kat Kea Farm, kitorg terus mara ke Abang Strawberry. Memang aim nak makan nasi lemak sambal strawberry kat sini. Tapi... nasi lemak habis pulak masa ni, maybe nasi tengah masak kot, so kitorg proceed je order nasi kukus tapi dengan sambal nasi lemak dan of course sambal strawberry jugak.

Tadaaa. Nasi kukus ayam rempah telur mata sambal strawberry ikan masin n sambal ikan bilis. Not bad! It's good. Something new yang orang mesti try kalau datang Cameron.

Kat sini jugak boleh pluck strawberry sendiri. Harga lupa pulak tapi harga standard lah untuk pluck strawberry.

Another photo of strawberry plucking area kat Abang Strawberry ni.

Ni ole-ole yang beli kat Abang Strawberry, Strawberry White Coffee untuk Abah, Cameron Valley Green Tea untuk Umi anddd Sambal Strawberry Ikan Masin Extra Hot untuk both. Huhu

On the way nak balik tu, dorang tetiba stop dekat Cameron Valley. Nak minum teh katanya. So kita layankan aje. Lagipun boleh layan scenery yang cantik ni. Kan??

Hazelnut Milk Tea for our Tea Time!~

Satu lagi signature dish kalau datang Cameron.... Scones!! And also Blueberry Cheese Cake. Layaaannnnn~~

Dah makan semua, memang tak sah kalau tak turun Ladang Teh ni. Ambil gambar sampai lebam. Heh

Alright... babai Cameron! Thanks for being nice to us this time, sebab sejukkkkkkk sgt semalam and pagi ni. Bila dah tengah hari ni baru panas. Hehe. Dapat hiking di Mossy Forest, Gunung Irau would be one of our best experience. Till we meet again! Byeeeee!~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Tuesday, 14 April 2015

Hiking Experience: Mossy Forest, Gunung Irau Cameron Highlands - Sejukkk sangat!!

So.... this is my first hiking experience. Before ni pernah masuk hutan biasa dan adventure trip dalam gua dekat Batu Caves. Ni first time kita panjat gunung. Alhamdulillah berjaya panjat and turun dengan jayanya walaupun hanya tidur 2 jam je. Khamis malam kerja sampai pukul 8 pagi, then Jumaat tu tidur dalam 2 jam je (biasa la siang memang susah nak tidur and petang tu kita masak2). Then malam Jumaat tu pukul 12 malam baru naik katil dan tidur-tidur ayam dan pukul 2 pagi bangun untuk mandi dan siap2. Sebab nya nak sampai di RnR Tapah pukul 5 pagi.

Kat RnR Tapah tu kira tempat berkumpul jugak lah sambil breakfast, tapau dan solat subuh. Lepas dah settle semua, bergerak ke Cameron Highlands lah kita.

Disebabkan banyakkk sangat gambar nak di share, jadi let the pictures do the talking yah!~
Mostly ramai yang pernah pergi tempat ni, ni lah laluan kalau nak pergi Ladang Teh Boh yang famous tu. Laluan yang sama ke Mossy Forest. Memang cantik kan view scene Ombak Rindu ni. Hehe
We're getting thereeee. Can you say the kabus-kabus? Wuuu
Ni tempat parking kereta. Memang sejuk kat sini, serious tak pernah rasa sejuk macam ni kat Malaysia. Last year pun ada datang Cameron tapi panas. Maybe sekarang musim sejuk kot dekat sini. Wallahualam. Hehe


Our couple shoes of the day ^_^


Peliqat Hikers. Semua jenis umur ada. Dari 18 tahun sampai 56 tahun. Of course lah kena ada otai yang lead kan


Let's start our wonderful journey. Hello nature!~ ( I was wearing two sweater at once because of the weather)


 Kita posing lagi~

 Kita pulak jadi photographer~

Rest sekejap atas pokok~


 Kitorang baru naik, ada group yang dah turun. Mari kita mendaki lagi!


 Masuk ke terowong masa. Bye bye. LOL

Aip aip!!


 Sampai di Mini Irau. Belum sampai ke puncak ye rakan-rakan. Rehat sebentar bersama.......

 Bersama cekelat! (bukan Kit Kat). Takde rasa lapar langsung pun sepanjang mendaki tapi kena makan untuk tambah energy. Air memang penting dan minum banyak. Tapi disarankan sebelum naik pergi toilet dulu sebab memang takde toilet sepanjang pendakian~


Pendakian diteruskan! Ayuh!

 Tadaaa!! Haa cantik tak? Welcome to the Lord of The Ring forest. Hehe

Beautiful scenery. Cantik sangat forest ni. Subhanallah ^_^


 Lepas sejam or lebih, sampai lah kami dekat dataran puncak Gunung Irau! Yes memang panas sebab dah kat puncak, dekat dengan matahari. Huhu

 The girlss~

 Kami~

 Kami lagi~

Acah-acah kebulur dan kelaparan. Haha


 Selesai rest2 sekejap dan makan, kitorang pun turun lah dalam pukul 2 petang. Tak boleh lama2. Haruslah sampai kat bawah sebelum gelap kan..

 Acah-acah stylo =p

 Bergambor lagi~

 We're gonna miss this place. Hehe

 Acah-acah gambar cover album~

 Be careful!
 Saya kat atas gunung! Haha

 Abaikan si mata juling, fokuskan kepada pohon-pohon yang menghijau~~

 Dah sampai bawah!! Serious serious seriously sejukkkkkkkkkk sangat bila dah sampai bawah, dengan baru lepas hujan nya, angin kuat berkabus, menggeletar badan. Sampai di bawah dalam pukul 5.30 petang. Borak2 pun mulut keluar asap tau, tak tipu. Siap ambil video lagi. Hehe

Last but not least, our last photo of the day! It was a great experience!


Kepada yang kaki2 hiking atau pun yang baru nak try hiking, masukkan Gunung Irau dalam list tau! Serius hutan yang cantik bangat plus nak rasa sejuk kat Malaysia, try lah pergi situ. Tapi kalau time pergi tu tetiba panas jangan marah kita pulak. I was lucky then to experience such a rare moment. Tapi kata nya kat situ memang weather nye sejuk cool2 gitew. Hehe.

Orait, part 2 of Cameron Highlands will be up next. Tapi tu just gambar2 melepak selepas hiking. Kitorang tidur 1 malam di Cameron Highlands sebabnya kalau nak drive balik KL terus memang parkinson lah jawabnya kaki kitorang kan. Hehe.

Till then! ~~


p/s: jangan lupa sertai My First GiveAway Contest kalau nak menang set kurung untuk raya haji ni ;)

Sunday, 19 May 2013

David Beckham bersara. Bye bye Legend~

Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar (disclaimer lagi), kadang2 je tengok bola bila ada mood. Tapi selalu lah jugak datang mood nak tengok bola tu kan..Hehe. Eh, ayat tadi tak habis lagi. Walaupun diri ini bukanlah peminat bola sepak tegar, tapi sape lah dalam dunia ni yang tak kenal David Beckham. Kan? Kan? Kan?

Dan baru-baru ni beliau dah mengumumkan pemergiannya (pemilihan perkataan kelasss giteww), dalam karier bola sepak ni. OMG.. sedih dowh..sape yg tak sedih. Wuuuuuu T_T. He's a legend dude. A truly LEGEND. Namanya pasti terpahat selamanya di arena bola sepak dunia (pergh ayat tak boleh blah lagi, ngehee). He's not just a football icon per se, he's fashion icon as well. Respect dude, respect! Hehe

Doesn't matter if you like him or dislike him, but this guy deserves all the respect in the world..                    
*A standing ovation for David Beckham*



Bye bye David Beckham. ='( 
Hi Hi Christiano Ronaldo =DDD
*propa semata-mata*



Wednesday, 15 May 2013

Live Streaming AFC Cup 2013: Selangor vs New Radiant FC

Piala AFC 2013


New Radiant FC vs Selangor 
Stadium Rasmee Dhandu, Maldives
15 Mei 2013, 7 Malam
Astro Star Sport (Ch 813)
Live Streaming: bazookapenaka (klik)

Ni pusingan kedua kalah mati.. hopefully Selangor menang. Go RED GIANTS!! ^_^ 

* Keputusan perlawanan akan di update dari semasa ke semasa ;)


"97 (Extra time)New Radiant 1- 0 Selangor 
"105 (Extra time) New Radiant 2 - 0 Selangor

Tuesday, 14 May 2013

Mencari Ramli "Man. United" 2

Hello Hello Hello..

Lamanya tak update blog ni..Lindu nyee...Hehe.. (macam laa follower ramai khenn, pui!). Alright, hari ni kentalkan azam untuk update at least 1 entry. Kesian dah berhabuk dah my dearie bloggie. Huhuuuu ='(

Okayy..alright..ikutkan macam2 cerita boleh di blog kan sebab macam2 barang baru dibeli untuk di review kan..ngeh ngeh. Disebabkan diri ini peminat bola sepak jugak sikit2..(sikit je, tak banyak) Jadi hari ni nak cakap pasal Ramli. 

Haa? Sape Ramli tu? Anak sape? Hehehe.. Kalau anda semua perasan dulu2 kat tv ada 1 iklan TM ni dulu pasal Ramli dan Kelab Bola Sepak Manchester United. Ingat tak? Tak ingaattt?? Okay, cer tgk video kat bawah ni kejap. Teheee


Haaa...does it ring a bell?? ;)

Jadi, 'follow-up' dari TVC (iklan) di atas, Telekom Malaysia (TM) - Man. United telah mengadakan 1 program untuk mencari pelapis bola sepak negara kita, Malaysia untuk digilap bakatnya dan menjadi pemain bola sepak tersohor bertaraf antarabangsa.

Inilah pemenang program Mencari Ramli Musim 1 =D

Jadi....pada tahun ini, Mencari Ramli Musim Ke-2 kembali!!
TADAAA..!!~

Mencari Ramli 2
Dengan kejayaan program Mencari Ramli Musim Pertama, dimana 3 pemenang dipilih. 2 pemenang terpilih melalui undian juri dan seorg pemenang melalui undian penonton tv. 2 pemenang telah diserapkan dalam Skuad Harimau Muda Bawah-21 dan seorg lagi finalis mendapat tempat sebagai 'striker' di US Arezzo Football Club bawah 17 tahun. 

Selain tu, mereka juga memenangi trip ke Manchester United Soccer School dan trip ke Old Trafford (perghhhh..bestnyeeeee T_T ) dan lagi, mereka mendapat biasiswa selama 3 tahun di Frenz United Football Academy.

Audition
Audition pencarian Ramli 2 ni sebenarnya telah bermula Februari lalu dan lokasi pertama nya adalah di Jitra, Kedah. Kemudian diteruskan di Perak, Penang, Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, KL, Sabah, Melaka, dan akhir sekali Sarawak.

Audition di Sarawak akan bermula pada 18 May hingga 20 May 2013 di Padang B Petrajaya Kuching. Jadi orang Kuching, apa lagi? cepat2 lah bawak anak-anak anda, anak-anak saudara ke, adik ke pergi audition MR2 ni nanti. Rugi kalau tak cuba. Serioussslyyy rugi. Hehe

Konsep program
MR2 ni merupakan program bersiri berkonsepkan dokumentari+realiti yg mencari bakat pemain bola sepak Malaysia terbaik bawah 16 tahun. Mereka akan dihantar ke Manchester United Soccer School untuk di 'trained' dan digilap bakatnya utk menjadi "Ramli".

Objektif program
1. Menyediakan 'platform' utk pemain muda sepak untuk merealisasikan impian mereka.
2. Meningkatkan standard bakat pemain muda bola sepak tempatan.
3. Supaya ibu bapa melihat potensi dalam diri anak-anak dan menyokong pembabitan mereka sepenuhnya.
4. Untuk meningkatkan semangat Team Malaysia melalui program realiti ini.

Kriteria Ramli yg dicari
Remaja warganegara Malaysia yg berumur bawah 16 tahun yg sangat berbakat dan 'skilled' mcm Christiano Ronaldo (ngeh ngeh, psl CR tu saje2 tmbah sendiri =p ). Seorg yg boleh bekerja dlm berkumpulan ( a team player), dan mempunyai 'attitude' yg bagus serta semangat bermain bola sepak yg tinggi. (Passion is the must babeyh)

*MR2 mencari pemain yg PALING berbakat (the most talented player, he could be the best goal keeper, the best defender, the best midfielder, or the best striker)*

Jangan lupa saksikan program Mencari Ramli Musim Ke-2 setiap minggu pada hari Jumaat, pukul 7.30 ptg, bermula 19 April 2013, hanya diiiii..... TV3 ^_^

**Akhir sekali, sy nak kongsilah "Ramli" impian saya. Saya harap the next Ramli seorg pemain midfield yg sangat berbakat yg boleh juga boleh berfungsi sebagai striker dan defender pada masa yg diperlukan. Dia juga mesti mempunyai stamina dan semangat yang tinggi, kena lari laju (ngehee),dan fizikal nye mestilah tinggi dan mempunyai badan yg 'fit' (kelass gitewww =p ). Saya percaya negara kita mempunyai bakat yg macam ni, cuma kita je yg tak sedar. Hehe.

Majulah sukan untuk negara dan jgn lupa utk saksikan Mencari Ramli 2 di TV3!! Tataaa!~