Jom Diet Sihat

Memaparkan catatan dengan label cameron highland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cameron highland. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Jun 2012

Mardi AgroPark Cameron Highland~Suatu Kemestian

Sekiranya berkunjung ke Cameron Highland, tidak sah kalau tidak ke Mardi. Saya petik kata2 ini di sebuah blog (maaf lupa namanya). Memang benar apa yang dikatakan penulis blog ini. 3 kunjungan saya ke CH sebelum ini saya tidak ke mardi..1.tak tahu, 2. tak sempat, 3. mardi tutup sementara... yang ke-4 ini, alhamdulillah, ada jodoh dengan mardi ni. Melangkah masuk ke mardi umpama membawa saya ke alam fantasi... mana tidaknya, bunga-bungaan di sini memang jarang dilihat di tanah rendah...landskapnya pula cantik.. selama ini saya cuma membayangkan diri duduk di english garden, tapi di sini, angan jadi kenyataan...
Indahnya pengalaman boleh menatap sendiri bungaan ros, foxgloves, geranium, gerbera, dll...
jade vein~unik

bunga apa ni? seakan daisy
pelargorium@geranium...mana satu?

daisy family jugak kot

foxgloves...cantik
ada peminat...
gerbera- subur sungguh, batangnya pun sebesar jari kita...


ada banyak jenis sebenarnya bunga di sini. tapi ini sahaja yang sempat dirakam... sebab si kecik tu berebutkan hp...dan dia yang menang...

4th Trip To Cameron

Cameron Highland adalah syurga bagi penggemar bunga-bungaan dan sayur-sayuran di Malaysia.. (siapa setuju angkat tangan)...Kunjungan kali ini adalah yang keempat bagi saya. Pun masih rasa tak puas... Sampai kat sana lebih kurang pukul 4 pm, terus check in kat hotel titwangsa.. (puas survey nak cari yg terbaik). first impression ok la, bersih, tapi sedihnya dua katil single tu dah goyang2... katil super king ok. bilik pun bersih dan ok je. masalahnya cuma satu, bilik yang kami dapat terletak di bawah tangga, (bayangkan stor bawah tangga)..kepala asik terhantuk je bila nak ke tepi tingkap. Lupa pulak saya ni ada blog, jadi tak ingat amik gambar bilik. Hotel sediakan breakfast dan steamboat dinner...
 Sarapan saya roti bakar dengan jem strawberi dan kaya buatan hotel sendiri...ada banyak pilihan sarapan seperti nasi lemak, mi, kuetiaw, bihun...tapi dah dtg cameron, makan la jem strawberi kan..
 ini pula buffet steamboat. buffet untuk sayur-sayuran sahaja.. yang lain2 tu hotel hidangkan. terus saya jadi ala2 kambing makan watercress. fisrt time cuba dan rasanya sangatlah sedap.
anak teman nak makan dgn chopstick jugakkk...

Seronok tengok tanaman di sini... sebelum balik sempatla beli sikit2 pokok bunga.. pasal cik abang sayang dah warning...tak muat keta nak balik...  

Kekwa kecik2 3 pasu rm10
 kuning
 ungu
 2 tone ungu
yang ini di cameron namanya pelargorium, tapi macam geranium... sama kot..cantik bunganya...

semalam mimpi masih di cameron, siap cakap dgn abang sayang, "bang, nanti sebelum balik kita gi mardi lagi sekali ya" ... bila jaga, dah atas katil kat rumah rupanya... tak puas... insyaallah kalau panjang umur, tahun depan kita pergi lagi...