Still in 'gegar' condition.
Habis sakit-sakit satu badan.
Still trauma.
Hilang punca.
But, hidup mesti terusss...
Ambil 3 hari ' No Pay Leave'
Selalu cerita pasang suka.
Tempek gambar senyum-senyum.
Hari ini nak cerita 'part' duka pulak.
Langgar around jam 5.00 pm.
Masa berlanggar,
semua family member aku tengah syiok lena diulit intan.2 saat sebelum hit belakang kereta Gen 2 itu,
aku sudah cuba sedaya upaya...
all the best nak menyelamatkan keadaan.
Kalau elak ke kanan,
mana tahu ada kereta di belakang terus hentam kami.
Kalau elak ke kiri,
parit & tiang juga bahaya,
mana tahu ada kereta curi-curi guna emergency lane masa tuh...
Yang aku tahu, aku pasrah...
dan Dusyummm!...
Aku pejamkan mata, ibarat kapten kapal Titanicdi saat-saat terakhir sebelum Titanic
ditelan Lautan Atlantic lepas langgar iceberg...
dalam keadaan tak sempat mengucap
(kalau mati, memang mati katak).
Habis anak-anakku Adiputra bercempera melambung di dalam kenderaan,
Atiqah Balqis terperosok di tempat ruang kaki.
Encik Anuar terdorong ke hadapan.
Nasib baik aku & Encik Anuar mengenakan 'seat belt'
kalau tidak ,
aku rasa kami akan terhumban keluar
melalui cermin tingkap depan...
Dalam keadaan yang kalut-kabut itu (mana nampak luar tingkap)...
hujan punyalah lebat, putih sahaja bila dipandang... kereta mati di atas jalan...Encik Anuar cepat-cepat buka pintu keluar.
Aku terus ke tempat duduk sebelah melangkau gear & stereng,
tak mahu keluar pintu nanti kena hujan...
Encik Anuar memesongkan stereng kereta 60% masih di atas jalan.
"Telefon...! Telefon no kat sticker cermin tuh..." Arah Encik Anuar.
Aku tahu immediately,
contact number tow- truck Allianz Insurance.
Panik, satu biji telefon pun tak jumpadalam keadaan kereta yang macam tongkang pecah,
Sang Adiputra tak henti-henti menangis...
Atiqah Balqis terdiam.
Aku pusing kebelakang,
penuh back seat dengan hamburan muntah terpercik di sana-sini
dek Adiputra automatically termuntah-muntah panic.
"Diam, dah cukup...!"
ujarku pada Adiputra...
Aku pulak naik panik,
dengan Adiputra yang non-stop 'wek-wek-wek..."Telefon satu pun belum berjumpa ,
baik di celah-celah seat,
bawah tempat kaki... mana dia?
Argghhh... tension...
aku rasa macam nak nangis sahaja masa tuh...(kalo aku nangis, nescaya aku pasti 'dilempang' jadi lempeng pisang serta-mertaoleh Encik Anuar gara-gara ngengada & cengengdi masa-masa genting gitu....mengalahkan anak kecik)...Akhirnya otakku berfungsi juga.
Mengamati radio yang terkeluar & pecah...
aku seluk tanganku di celah-celah rekahan radio..
nah,
kutemui handphoneku terperosok jauh di dalamnya.Ya, Allah, bateri satu bar lagi, kredit ada RM7.04...
terketar-ketar dial no 1-300 - ...
Ada operator dihujung sana,
dia pass kan talian.
Sepi...Aku call lagi, ada operator lain pulak yang menyambut,
dia pass kan talian, ada yang jawab...
Tanya aku nak tow-trucking ke mana?Ke Karak? Ke Temerloh? Ke Bentong?...Ohhh... tidak,
aku tinggal di Kuala Lumpur,
kerja di Kuala Lumpur...
Aku nak tow keretaku ke Kuala Lumpur
... wahhh... jauh tuh...
Dalam kelam-kabut, hiruk-pikuk...
adalah 3 biji tow-truck yang cuba memancing mangsa.
Jumlah keseluruhan kenderaan terbabit dalam nahas kecelakaan = 9 buahDari arah Temerloh ke Kula Lumpur.
Ada 4 biji kereta yang accident.
(2 kereta di hadapan accident, 3 kereta di tengah-tengah ok,2 kereta di belakang accident,yang belakang ini kereta akulah...)Ditengah-tengah divider ada Toyota Hilux terpacak
(tak dapat ditentukan dari arah mana Hilux itu datang & ke mana ia menuju)Di arah bertentangan (Kuala Lumpur menuju Temerloh, ada 4 lagi kereta accident).
Di ambil keterangan oleh MTD Ronda,
IC, lesen memandu & gambar kereta diambil.
Selepas itu Pegawai Penyiasat Traffik
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pulak yang datang mengawal kenderaan.
Keretaku lansung jam.
(Keta aku kalu nak start enjin pakai security flash card,
Eye of Horus System Takashimaya)...
haaa, lagilah susah...
Paling mencabar,
saat kereta yang jam nak ditolak undur kebelakang dalam ujan lebat,
sebab menghalang jalan.
Pihak MTD Ronda & Encik Anuar yang tolak.
Aku tukang kawal brake & stereng...
Ya Allah... Aku rasa nak nangis jer...Passenger lalu tengok kami,
penumpang bas lalu tengok kami...
ada yang snap photo, ada yang rakam video...
selama ini aku witness orang,suka-suka tangkap gambor sana, tangkap gambor sini.
Kali ini orang pulak witness aku.
Pukul 5.30pm ambulans & bomba datang potong Hilux itu
kuarkan dua mangsa dah tak sedar diri,
derang baringkan ajer tepi jalan kena hujan.
Pastu bomba teruskan memotong pakai chainsaw & oksigen berapi,
ada 2 mangsa tersepit di hadapan.
Kuat keyakinan 2 orang yang depan itu telah menemui ajal.
Aku tak dapat ambil gambar banyak
sebab bateri handphone tinggal satu bar,
mesti nak simpan untuk
kecemasan.Handphone Encik Anuar bateri pun dah merah.
Anak-anak aku dalam kereta kena jaga,
takkan aku pulak sibuk-sibuk pergi suka-suka snap gambar
masa tengah berduka gitu... mana bleh...
Pukul 6.30 semua tow-truck orArah bertentangan -
tinggal satu tow-truck & Hilux hancur itu & MTD Ronda sahaja.
Sepi, sunyilebuh raya pukul 6.30 petang itu.
Tinggallah kami berempat bermukim & berlindung
di dalam kereta yang dah ditolak
ke atas bahu jalan berumput hijau.
Hujan di luar terus lebat mencurah-curah.
Sunyi giler, sepi...sesekali... ada kereta sahaja yang passing by dengan kelajuan 110km/jam...
Masa tuh Allah sahaja yang tahu.
Lapar, kesejukan, nak terkencing...
busuk dalam kereta lintang-pukang...
Yang paling kesian,
Encik Anuar basah lencun 100% baju & seluar.
Sempat tukar baju sahaja.
Seluar tak ada seluar spare.
Kaki baru sedar luka panjang 15cm terhentak dashboard.
Adiputra hampir-hampir melepaskan kencingnya di dalam kereta.
Aku panik... terpaksa buat 'toilet' segera di tepi kereta
(buka pintu depan, buka pintu belakang,
hadang dengan selimut sekeliling...
nasib baik ada 2 botol 1500ml air mineral Sungai Gau aku beli sebelum itu).
Pukul 7.00 malam, totally lonely & sepi .
Tow truck belum datang.
Kaki aku dah kembang kena air hujan tadi.
Naib baik aku pakai 'Seluar Tight Leotard Macam Seluar Swimming'...
air tak serap.
Kena air hujan cepat kering.
Baju dah lembab...
lama & seksanya penantian tow-truck.
4- 5x aku call tow-truck driver nak pastikan location dia.
Pukul 6.00 tadi masih di Genting Sempah (Genting Highland Exit)...
Pukul 7.15 malam akhirnya baru tow-truck muncul
dari arah bertentangan.
Encik Anuar melambai-lambai.
then handphone aku berbunyi,
"Itu tadi you ker?"
"A'ah... husband saya yang botak-botak pakai baju merah tuh..."
hepinya aku tow-truck dah sampai.kemalangan LPT 20.12.2009Bagi aku tow truck itu sama dengan Noah's Ark pada situasi sebegitu.
Tow truck kena buat U-turn kat exit Lancang 15km away,
pergi balik 30kilometerlah...
7.45 malam baru sampai kat lokasi kereta aku tersadai.
Sukernya anak-anak aku naik keta ditunda tow-truck...
Jauh giler aku rasa naik tow-truck nak pergi IPD Bentong...
(1st time masuk Bentong, tak pernah-pernah pegi Bentong,
hanya sekadar melalui tepi highway jer selama ini)
Terhengguk-hengguk dalam kereta,duduk atas kerusi condong 30 darjah,macam naik roket gayanya...8.40pm baru sampai IPD Bentong.
Buat police report.
Siap kena saman
(aku memang tak puas hati... nak buat cam no)...
"Gagal Mengawal Kenderaan Dengan Baik ...."Mana ada undang-undang ... Kalau Keta G berundur, keta W hantam belakang, Keta G kena saman... yang tetap kena saman keta W...Pukul 9.20 malam bertolak ke Kuala Lumpur naik tow-truck.
Aku lapar, anak-anak lapar, tahan ajerlah...
non-stop tow-truck tuh bawak kitaorang...
Anak-anak aku dah tidur berselimut kat belakang.
Aku tak mampu terlelap mengenangkan ngeri
nak turun Genting Sempah
selepas Terowong Karak...
slope curam yang amat...
dah tuh, nak turun ditunda tow-truck,
lagi aku tak bleh accept...
11.00 malam sampai di workshop Taman Ehsan, Kepong....
A very farway, isolated area.
Tak ada taxi,
orang lalu-lalang pun tak nampak.
Yang ada hanya lolongan anjing-anjing liar.
So, kitorang naik tow-truck 4 orang duduk sebelah driver.
Encik Anuar riba Adiputra.
Aku riba Atiqah.
Bawak 2 bag yang penting sahaja
(aku pulak salah grab bag...bag ada charger handphone tak bawak...)Kami diturunkan di Jusco Metro Prima Kepong,
5 kilometer dari Taman Ehsan.
turun dari tow truck dalam keadaan
masih memegang selimut bergulung-gulung.
Bahu aku menyandang knap-sack.
Anak-anak aku pakai paju tak proper,
terus sarung pyjama kat luar akibat kesejukan.
Berpasang-pasang mata merenung ke arah kami.
(aku dapat merasakan,inilah perasaan orang yang dihalaudari rumah sewa tak bayar sewa agaknya...)Banyak jugak budak-budak Jusco & promoter-promoter Jusco
yang baru abis kerja waktu itu.
Kami terus ke kedai Mamak Ali Maju,
order 2 roti canai dan 2 nasi campur.
Lepas makan, nak call Azian,
adik ipar aku handphone dah mati,
terpaksa pinjam charger mamak,
Encik Anuar segan & malu nak pinjam.
Aku suruh dia, dia suwuh naik cab jer...
midnight charge tuh...
ingat senang nak tunggu cab tepi jalan dgn anak-anak & barang-barang... ?
Aku dah tak tahan, nak malu apa, kita dah desperado...
So, aku wat tangan macam Tamil Megastar Hero, Rajnikhanth...
"Deyyy... macha! You apa telipon pakai?""Itu charger you ada angkat mari ka?"then call Azian dari Taman Sri Segambut
mengambil kami di Kepong (5 kilometers from there).
The next morning,
call my superior apply for 3 days emergency leave.
Pergi balik workshop Taman Ehsan,
submit cover letter insurance, geran kereta nak wat claim.
Aku rasa keta aku takkan dapat direpair lagi, totall loss tukar baru.
Aku dapat simpulkan.
it was a bad day... but not yet the worst day.Sebab ada lagi pengalaman yang worse, yang pernah aku lalui (sebelum ini).Bernasib baik:1. cermin kereta yang sedia retak 15cm, tak pecah masa accident.
kalau tak mandi hujanlah kami anak beranak & ada lagi kecederaan lain.
2. Dah sampai Kepong, baru rasa sakit-sakit badan& sedar anggota badan lebam-lebam & luka.
* Azian & anaknya Iqbal sewaktu memandu Hilux membawa kami berurusan *3. Ada Azian.
Kalau tak tak tahulah macammana kami nak balik waktu menghampiri midnight itu.
4. Bateri masih nazak & kredit handphone nyawa-nyawa ikan, kalau tak lagi mati kutu.