Segala puji bagi Allah, Mahasuci Zat yang seluruh langit dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh laut dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh gunung dan yang ada padanya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh binatang bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang langit dan seluruh galaksinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh pohon dan akar serta buahnya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang tujuh lapisan langit dan bumi berserta isinya bertabih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh makhluk-Nya bertabih kepada-Nya. Sungguh Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Mahasuci Engkau. Mahasuci Engkau.
Amma ba’du,
Tidaklah menghairankan bagaimana manusia boleh tersesat. Akan tetapi yang menghairankan adalah bagaimana manusia bisa terselamat!
Demi Allah, syurga adalah cahaya yang berkelip-kelip, keharuman yang semerbak, istana yang kukuh dan di dalamnya penuh dengan kenikmatan.
Apabila kamu bertanya tentang tinggimu di syurga, ketahuilah bahawa tinggimu 60 hasta menjulang kelangit(60 meter), seperti tinggi nenek moyangmuNabi Adam a.s.
Apabila kamu bertanya tentang umurmu, ketahuilah bahawa umurmu ialah 33 tahun, 3 bulan dan 3 hari, seperti umur Nabi Isa a.s.
Apabila kamu bertanya tentang kesabaranmu, ketahuilah, kamu memiliki kesabaran seperti Nabi Ayyub a.s.
Apabila kamu bertanya tentang raut wajahmu, ketahuilah wajahmu setampan dan secantik serta seindah wajah Nabi Yusuf a.s.
Apabila kamu bertanya tentang akhlakmu, ketahuilah, akhlakmu seperti akhlaknya Nabi Muhammad saw.
Wahai kaum wanita, apabila kamu bertanya tentang keutamaanmu dari bidadari, ketahuilah bahawa kamu lebih mulia daripada bidadari kerana meraka tidak pernah lelah(letih), tidak dibebankan dengan kewajipan ketaatan, ibadah, mu’amalah, perintah dan larangan. Sedangkan kamu diperintahkan supaya taat kepada Tuhanmu, taat kepada suamimu, mendidik anak dan mengurus rumah tangga.
Apabila kamu bertanya tentang keutamaan penghuni syurga, ketahuilah bahawa mereka tidak kencing, buang air besar, mengeluarkan angin(kentut), keringat, haid dan nifas. Mereka tidak khuatir, takut, sakit, lelah, mendapat kesulitan, bosan, meludah, mengeluarkan hingus, lemah, keras hati, sedih, bertengkar, berselisih faham, melakukan perbuatan keji, zina, marah, sombong, riya’, cemburu, dengki, curang dan berbagai lagi perkara yang bisa dilakukan di dunia yang fana ini.
Adapun keringat yang akan keluar daripada perutmu adalah berupa minyak misik.
Apabila kamu bertanya tentang umurmu di syurga, ketahuilah kamu akan kekal selamanya, hidup dan tidak akan pernah mati. Maka bersabarlah dan tahan syahwatmu(nafsu) hanya beberapa lama agar kamu beroleh nikmat selamanya. Bersabarah sekejap sahaja sampai kamu memperoleh syurga, kebaikan, keberkatan, keredhaan dan kemuliaan.
Ketahuilah Allah memberikan syurga tanpa membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan. Firman Allah yang bermaksud “ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya(dengan berfirman), ‘Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amalan orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau wanita, keran sebahagian dari kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain..” hingga akhir ayat.
(Ali Imran[3]:195)
Begitu juga dalam surah an-Nahl[16]:97 dan surah al-Mu’min[40]:40.
Oleh sebab itu, bagi kaum wanita yang ingin mendapatkan syurga, mereka harus menjadi orang yang ahli ibadah, ahli puasa, ahli solat malam, mukminah, orang yang bertaubat, selalu bersyukur dan bersabar. Menjadi orang yang taat kepada Tuhannya, taat kepada suaminya, melaksanakan segala perintahnya, pendidik dan pengajar bagi anak-anaknya, penasihat bagi kawan-kawannya, menjaga hak tetangga, berbakti kepada ayahnya,kasih sayang kepada ibunya, sentiasa melakukan introspeksi diri(muhasabah diri), menjaga hatinya, dan hatinya selalu
bergantung kepada Allah dan rohnya selalu merindukan syurga.
Selain itu mereka harus memanfaatkan waktu malamnya ketika orang sedang tidur, waktu siangnya ketika orang makan dan minum, bersedih(kerana dosa) ketika orang sedang bergembira, menangis ketika orang sedang tertawa ria dan diam ketika orang sedang sibuk berkata-kata.
Mereka juga harus menjadi orang yang mudah menangis kerana dosa, sedih, pemurah, dan tidak banyak bicara.
Mereka harus menghindarkan diri mereka daripada sifat lalai, dendam dan banyak berbicara, pemarah, adu domba, membicarakan kejelekan orang, membanggakan diri, mempamerkan kebaikan dan mengumpat.
Ya Allah kami memohon kepada-Mu syurga dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka.
Penulis
Dr. Mushthafa Murad
(Anggota Dewan Pengajar Universitas al-Azhar)
*Dipetik daripada buku Best Women in Heaven
Padang, Sumatera Barat , Indonesia
~credit to ZAAF usim. jzkllh khairan jaza'