KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Thursday, January 28, 2010

Ku Rindu...


Wahai diri...
Ku rindu akan diriku
yang dahuluYang kurang bicaranya
Yang kurang marahnya
Yang kurang tawanya
Yang kurang jenakanya

Wahai diri...
Ku rindu akan diriku yang dahulu
Yang banyak sabarnya
Yang banyak diamnya

Wahai diri...
Ku ingin berubah
Bukan menjadi yang dahulu
Bukan juga yang sekarang
Ku ingin lakukan anjakan

Wahai diri...
Kuatkan azam,
tingkatkan usaha
Ada ALLAH yang sentiasa bersamamu

Wahai sahabat...
Bantulah aku,
tegurlah aku
Aku ingin berubah
Menjadi hamba yang soleh

Amin...

Puisi ini diambil dari FB sahabat maya..saya sukakan sajak beliau kerana ianya seperti berbicara denga isi hati saya sendiri..

credit to ACCU WAN

Wednesday, January 27, 2010

sAya Nak Jadi SolehAh Tapi BagaiManA CaRaNya?...

Assalamualaikum..

Salaam ceria buat sahabat semua..semoga dirimu semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan hatimu diterangi dengan Nuurullah...

Anda Nak Jadi Solehah?? Saya pun nak jadi solehah juga....tapi...bagaimana caranya ya??sahabat2 semua, di sini saya berikan seuntai kata berkalung mutiara putih solehah khas buat gadis dan wanita yg ingin tahu cara untuk jadi SOLEHAH~~~







Tips Nak Jadi Isteri Solehah

10 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami.
Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.



Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua,
berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai
dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya.

Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya.

Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.
Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.



Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: “Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.
Sekian...Allahu'alam..salaam solehah dari ain solehah insyaAllah ameen...




Monday, January 25, 2010

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah





Assalaamualaikum, selawat serta salaam di panjatkan kepada Rasulullah salallahu‘alaihiwassalaam wa’ala aalih…

Saya dan sahabat saya baru saja selesai mengikuti ceramah harian di surau Office yg berlangsung setiap hari waktu zuhur. Hari ni saya agak terlewat turun ke surau kerana lambat menghabiskan makanan tenghari saya. Sampai saja di surau, tempat muslimat tidak begitu penuh..seperti biasa hanya 10-20 org muslimat office menara 2 Faber Tower je yg betul2 minat dan mengikuti ceramah / tazkirah harian di surau ini.Jumlah untuk muslimin yg hadir Allahu’alam..saya tidak terlintas untuk kira lagipun memang x Nampak dek dipisahkan dengan tirai…

Ustaz yg memberi tazkirah kali ni bagus sekali. Walaupun saya lambat turun dan telah tertinggal 1 per 2 isi kuliyyah ini saya masih dapat meneka tajuk perbahasan ustaz kali ni adalah berkaitan “Kitab Muhimmah”. Saya amat teruja mendengar setiap kata dari ustaz kerana saya sememangnya teramat suka dengan kupasan mengenai buku atau kitab Muhimmah ini.

Kenapa saya suka???

Sebab utamanya kitab ini berkaitan tanggungjawab & amanah isteri kepada suami dan suami kepada isteri..

Saya masih ingat pesan seorang ustaz, sebelum menikah..carilah kitab Muhimmah..bacalah dan fahamilah…

KItab ini padat dengan pelbagai isu isteri dan suami serta penerangan mengenai kewajipan suami isteri yg selalu terlepas pandang dan dipandang remeh oleh mereka yg telah berumah tangga.

CTH:

HURAIAN MENGENAI DOSA ISTERI DITANGGUNG SUAMI DAN PAHALA YANG SUAMI BUAT ISTERI JUGA DAPAT (mcm mana tu?nak tahu?kena baca buku ni)

HURAIAN MENGENAI TANGGUNGJAWAB ISTERI, JIKA DIBoLEHKAN MANUSIA SUJUD KEPADA MANUSIA RASULULLAH AKAN SURUH ISTERI SUJUD PADA SUAMI...(PENTING!!)

HURAIAN MENGENAI PEMAKAIAN WAGIAN DLL…

NAK TAHU LEBIH LANJUT???JOM BELI BUKU NI…saya jamin sangat memberi manfaat pada kita semua.


Andai semua wanita dan lelaki membaca dan belajar kitab ini, insyaAllah institusi kekeluargaan di Negara kita kembali pulih dan rumahtangga semakin bahagia…insyaAllah…


Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.


- Penerbit
KANDUNGANBAHAGIAN PERTAMA: Kitab Muhimmah- Maka Inilah Suatu (Muhimmah): Yang Ditakutkan Atas Tiap-Tiap Perempuan Yang Bersuami, Iaitu Mengerjakan Pekerjaan Yang Jadi Derhaka Akan Suaminya- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kelebihan Segala Perempuan Yang Mengikut Bagi Suaminya

- (Ini Suatu Tanbih) Pada Menyatakan Kebinasaan Atas Lelaki Yang Mempunyai Isterinya Sebab Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Maka Hendaklah Ada Bagi Lelaki Yang Ada Baginya Isterinya Itu Di Dalam Cemburuan Yang Pertengahan
- (Ini Suatu Tanbih Pula) Tatkala Kita Ketahuilah Daripada Segala Jalan Yang Jadi Kebinasaan Atas Segala Orang Yang Berkahwin
- (Ini Suatu Tanbih) Pula Pada Menyatakan Qismun, Ertinya Giliran- (Ini Suatu Tanbih Pula) Pada Menyatakan Tahajar Dan Tasyaman
- (Ini Suatu Muhimmah) Yang Ditakut Atas Segala Orang Yang Memutuskan Akan Segala Keluarganya
- (Tanbih) Sesungguhnya Telah Menaqal Oleh Qurthubi Di Dalam Tafsirnya: "Akan Ittifaqlah Segala Ulama' Atas Menyatakan Haram Memutuskan Keluarganya Dan Wajib Menghubungkan Dia"
-(Faedah)- Adapun Riwayat Beranak Pada Malam Pula
- (Faedah)BAHAGIAN KEDUA: Kitab Al-Mawa'idz Al-Badi'ahMengandungi 50 Pengajaran


Harga = RM15.00
Mukasurat = 263
Penulis = Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh
Alih Tulisan Jawi Ke Rumi = Noraine Abu
Penerbit = Al-Hidayah Publications

Tuesday, January 19, 2010

::BUSY::

Salaam..

Assolatuwassalaam ala rasulillah…


Dear all readers…there’s been quite long I didn’t wrote in this blog. About 5 days I think or maybe 6 days I’ve left this blog without posting any cute news…I became so busy lately. Lots of works are chasing me. Even today, I’ve some little arguments with my little boss a.k.a. supervisor. Quite tense, the problem looks like simple but it gives big implication towards others works (and my works coz it makes me keeps editing the same file for a month!). I just want to make the work easier and He just doesn’t want me to make any changes and just follow what they’ve told. Even the instruction given by them has a mistake…

It’s ok ain…keep it up! Kita dah bgtau apa yg kita tahu tentang hal tu..sekarang terpulang pada dia untuk tentukan. Tapi kalau Kevin tgok mesti dia akan cakap “ Why Malay just follow what I’m said without searching the truth, even it is an error they just leave it?”


Pen off…see you with more “Tranquilly Post”..=)

Friday, January 15, 2010

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Kisah menarik tentang Poligami : "Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Bismillah walhamdulillah..wassolatuwassalam ‘ala rasulillah…
Salaam sayyidul ayyam..(jumaat / 29 Muharram 1403)

Hari ni agak sibuk sebenarnya dengan kerja-kerja dipejabat. Namun, saya x dapat teruskan kerja kerana PC saya diganggu dengan anasir2 virus yang melambatkan kelajuan PC saya..sementara tunggu scanning virus selesai..suka saya kongsikan kisah poligami ini kepada sahabat sekalian..=)

Kisah ini bukan kisah cinta biasa..kisah ini tentang seorang isteri dgn cinta yg luar biasa dan kesabaran yg luar biasa.

INILAH KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN, ERA AKHIR ZAMAN..
BACALAH, MOGA MENJADI QUDWAH BUAT ANDA YG INGIN MENJADI SOLEHAH~~~(^^,)

***********************************************************************************

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dialemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qisperlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaanisterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnyaperang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyumandaripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu jugaperistiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistinamemudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunciuntuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlujadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaianAliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anakkita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekepingtiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.


~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~



Tangannya pantas membuka pintu biliknya.

Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapanpagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


~~~THE END~~~

nice right? i really love this story..my qudwah..your Qudwah..

*********************************************************************************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..Penulis asal tidak diketahui ...

Wednesday, January 13, 2010

Mengimbau zaman sekolahku

Malam damai. Tika ini saya sedang sibuk melayan karenah adik bongsu saya yang petah berbicara sehingga pening saya ingin melayannya. Sambil melayan adik, saya membelek-belek buku di mini library saya. Ketika saya melihat-lihat koleksi buku saya di mini library di ruang tamu, mata saya tertancap pada sebuah buku koleksi sajak yg bertajuk "Buih Gelombang" karya Ahmabd Sarju. Minda saya terus mengimbau zaman remaja saya di kampung KKB 7tahun yg lalu..

Ketika di tingkatan 5, saya merupakan pelajar yg amat aktif dlm bidang kurikulum..hampir kesemua kuiz, pertandingan dan mcm2 lagi aktiviti sekolah saya sertai dan semuanya saya menang paling tidak hadiah ke-4. Dalam banyak-banyak akiviti / pertandingan, saya paling suka bahagian melukis poster dan bahagian sajak dan cerpen. Di sekolah saya merupakan merupakan wakil sekolah dalam bidang melukis poster hingga ke peringkat antarabangsa (msia-Jepun 1999 & msia-republik Czech 2000: kenangan terindah mendapat tempat dari beratus lukisan seluruh dunia). Lain kisahnya dalam bidang sajak dan cerpen. Saya sekadar bertanding dalam peringkat sekolah saja..Paling x dapat kulupa kenangan semasa Minggu Penghayatan Islam, saya menyertai pertandingan mendeklamasi sajak Islam. Saya amat teruja untuk masuk pertandingan itu. Masih ingat lagi wajah ustazah ( ummi angkat saya) terseyum melihat saya berpuisi di pentas dewan sekolah. Saya Mendapat tempat ke-2 dalam mendeklamasikan sajak..

Disini saya sertakan sajak pilihan saya yang telah meremangkan roma kwn2 saya yg mendengar 7 tahun yg lalu di dewan SMK KKB.

"Lagu Kemenangan"

Jihad akan meniup panas di kepungan waktu
kaulah pengangkat kemuliaan
mengisi setiap ruang kosong
laut dan daratan muslimin

yang tetap megah dengan kibaran bulan bintang

Tutuplah hati nurani bilik sucimu
dari gelodak angin jahat yang menghancurkan
sebarang rahsia kemuliaan dan ketinggian
dari sebarang sentuhan
yang kau haramkan menimpa keruntuhan

Betapa menyala lagu sejarah yang menakjubkan

Abbasiah dan Umayyah menjadi jambatan
mengilat kemilau pedang Saidina Abu Bakar
dengan ketajamannya menusuk jantung musuh
membenam daratan Eropah yang angkuh!

Kumandangkanlah Segala Syair Iqbal
sambutlah tangan sabilillah
dengan jeritan Umar yang dapat membelah bukit dan gunung
dan membangkitkan kemaraan pejuang muslimin

Islam tak akan lesu dan tertawan
dari dogma dari seribu patung dan isme
kerana Allah bersama kita
melindungi dari syirik dan mungkar!


....Semangat dan ruh islam meresap kedalam salur darahku dan meguatkan denyutan nadiku..Allah!Allahu Akbar!!
masih terasa getaran hebat jantungku sewaktu mendeklamasikan sajak tersebut. Seluruh tubuhku meggeletar kerana terlalu menghayati bait-bait sajak ini. Tepukan gemuruh dari penghuni dewan SMK KKB memenuhi ruang telinga..saya hanya tersenyum sewaktu rakan-rakan mengatakan mereka meremang mendengar sajak saya.

Kenangan ini terlalu mendalam kerana ianya separuh dari titik tolak saya memulakan langkah kehadapan dengan lebih laju.

Bait-bait puisi ini akan saya deklamasikan buat kali kedua kepada pelengkap agama saya nanti.InsyaAllah.


Buat Syabab :
"Kumandangkanlah Segala Syair Iqbal
sambutlah tangan sabilillah
dengan jeritan Umar yang dapat membelah bukit dan gunung
dan membangkitkan kemaraan pejuang muslimin"


ain_nurjihad@yahoo.com

Tuesday, January 12, 2010

KULIYYAH "PERTUNANGAN & PERKAHWINAN" AT UIA - 13 JAN 2010

Salaam, sekadar menyebarkan kuliyyah yang bertajuk

"KULIYYAH HUMAIRA : PERTUNANGAN & PERKAHWINAN"

VENUE: ADM LT1 (banggunan admin) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

DATE :13 Januari 2010

TIME : 5.30 ptg

Disampaikan oleh USTAZ WAN KHAIRUL ANWAR..

Iklan kuliyyah ini saya dapat dari page fb salah seorang junior saya semasa di UIA dulu..tajuk yang bagus dan rugi jika tidak turut hadir dalam kuliyyah ini.

Saya pasti semua yg membaca iklan ini akan tertarik dengan tajuk kuliyyahnya..kita semua sedia maklum topik percintaan adalah topik yg paling digemari oleh mahasiswa & mahasiswi kampus. Jadi, ringan2kan langkah anda ke UIA petg ini untuk mencedok seberapa banyak ilmu mengenai pertunangan dan perkahwinan ye!

p/s : usah terus "bercouple" kerana Nabi x ajar kita untuk bercouple.

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "

(Surah Ar-Rum : 21)



Wanita Kolot..!!

Salaam..
Sedang saya menjelajah ke blog sahabat2 alam maya, mata saya tertarik
dengan post ini.Bagus bangat buat mereka yg suka menata wajah mereka dengan
pelbagai gaya dan solekan warna-warni..BACALAH, DAN RENUNGKAN..





TAJUK: Wanita Kolot..!!


Pernah saya di tanya oleh seorang kawan, kenapa wanita itu bersolek dan ber make-up terutamanya para artis dan penyanyi, sehinggakan kekadang solekan itu mampu mengubah wajahnya.. Saya jawab mudah jer, dorang ni bersolek sebab dorang tau dorang tak cantik dan tak lawa. So, dorang ber make-up untuk menarik perhatian orang di sekeliling..

Wanita yang bersolek bermaksud ia mempunyai mental yang lemah. Seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”.

Di zaman silam, amalan bermake-up merupakan cara wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)

Pujangga Arab pula ada berkata: “Otak kolot gemarkan perhiasan. Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang terpelajar Islam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak, malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup sebagai perhiasan diri. Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian ditumpukan kepada kerohanian sepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian ke bidang material. Tapi tidak mengapa, ukuran manusia di hati dan lisannya, bukan ukuran terletak di kot atau di gaunnya.

Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:

Ambillah jiwa yang suci ini
Lengkapkan pula budi pekerti
Tidak kebahagian di rupa paras
Tapi berbahagia di jiwa yang murni
!

Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang baru-baru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjam-jam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya.

Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah mahasiswi kita yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama..??

Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Qasas: 50).

LELAKI DULU DAN KINI..



Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.




Monday, January 11, 2010

Kisah Bayi Naufal dan Kalimah Allah...


Assalaamualaikum wbt..

Selawat dan salaam buat rasulullah walhamdulillah…

Beberapa hari bermula dari ahad yang lepas hingga ke hari ini jadual saya amat padat sekali. Ahad yang lepas hari minggu saya disibukkan dengan melawat sahabat saya di Yayasan Al-Quran Kuala Lumpur tempat di mana suaminya bertugas ,sebelum berangkat ke MAsjid Al-Falah USJ sempena kedatangan Habib Umar ke Msia..


ALhamdulillah..saya dah dapat anak buah baru..sahabat saya telah melahirkan putera sulungnya 3 bulan yg lalu dan baru kelmarin bisa saya melihat puteranya itu..(maafkan ana ye..xsempat nak beli baju untuk naufal, hanya dapat beli strawberry dan coklat untuk ummu naufal..)

Naufal..Muhammad Naufal Bin Muhammad Hafiz namanya. Bayi comel dan tidak banyak meragam. Naufal merupakan bayi yang sangat sensitive dengan perkataan “Allah”. Kenapa saya berkata sedemikian? Ada sebabnya, dan sebabnya membuat saya teruja dgn bayi ini..Begini, saya bertemu dgn sahabat saya bersama anaknya yang tidur2 ayam waktu selepas solat zuhur..naufal tidak menangis ataupun meraung seperti bayi-bayi lain jika dipegaang dan dicium. Naufal juga x menangis jika ingin tidur..setelah bersama naufal dan ibunya selama hampir 9 jam baru saya dapat mendengar tangisan naufal..itupun kerana dia mungkin rasa panas dan tidak selesa dengan suasana masjid Al-Falah USJ yang sesak dengan kehadiran jemaah yg melangkaui lebih 1000 jemaah..

Kembali pada isu naufal dan Allah. Usai menunaikan solat asar, ummu naufal meletakkan naufal di tempat rehat muslimat..ramai sahabat yang berkerumun ingin melihat naufal dan bermain dengan naufal..tetapi naufal hanya diam melihat mereka dengan mata membulat. Kemudian, ummu naufal mula melagukan zikir “Allah” pada naufal..naufal mula tersenyum dan mula membuka mulut seolah-olah ingin turut sama berzikir menyebut nama Allah seperti umminya..Saya terpegun. MasyaAllah..bayi kecil ini bijak. Dia mengenal perkataan Allah terlebih dahulu dari perkataan lainnya..kenapa saya berkata sedemikian? Jelas di mata saya bayi kecil ini hanya akan respon, mula bercakap dan terseyum girang bila dizikirkan dengan zikir kalimah Allah..Allah..Allah..Allah..ya Allah…

MasyaAllah…pandai ummu naufal mendidik anak..

Buat ibu-ibu dan bakal ibu yang membaca blog saya, amalkan zikir Allahu Allah sewaktu mengandung dan sewaktu mendodoikan anak…ini baik untuk tumbesaran minda anak2 anda dan meransang lidah anak anda untuk berkata perkataan yg elok2..hujah ummu naufal bila ditanya kenapa zikirkan zikir Allah pada naufal dan bukan selawat? Jawab ummu naufal “ Ana nak bayi ana lembut lidah untuk menyebut nama Allah dengan sebutan yang betul sejak dari kecil..takut jika dah besar baru kenal Allah sukar untuk menyebut namaNYA dengan betul dan pelat mcm ana dulu” Subhanallah…

Buat ummu naufal yang membaca blog ini “ana uhibbuki Fillah ya habibti” (^^,)

Sunday, January 10, 2010

JUST A NEWBORN BABY

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih kepada yang sudi melawat dan melihat cebisan blog saya ini. Blog Minda Solehah adalah baby baru dalam dunia blogging..saya sudah lama ingin menulis, telah banyak blog telah saya hasilkan sebelum ini tapi tidak memenuhi hati saya sepenuhnya..(kerana kurang ilmu dlm dunia blogging)..
Harapan, moga "Minda Solehah" ini terus bernyawa dan bisa menyuntik ruh solehah dalam setiap hati pembaca yg membaca blog ini...

INSIDE OUT= menvisikan diri dengan ruh solehah agar bisa mensolehahkan diri mereka yg lain...Allah ma'akum..

SeLamat Datang Saudariku yg solehah...



Selamat Datang.....!
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk.

Selamat datang...!
Saudariku yang berhijab ( berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang...!
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang...!
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang...!
Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah Subhanahu wa Ta’ala, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalan-Nya.

Selamat datang...!
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang...!
Saudariku yang meneladani Asiyah (isteri Fir’aun), Maryam dan Khadijah.

Selamat datang...!
Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat datang...!
Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang...!
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara haram.