Friday, April 25, 2014
1. Bersikap Tegas dan Lemah-lembut Terhadap Isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi Pujian Terhadap Isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? " Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan Batas Tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4. Menghindari Kritikan Terhadap Isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.
Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan Sesuatu Yang Romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami Isteri Yang Ingin Selalu Di Samping Suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga Perasaan Aman Dalam Kehidupan Isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami Gelora Jiwa Isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina Kerjasama Yang Baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi Keperluan Peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
Diantara 6 Ciri-Ciri Utama Isteri Yang Solehah
Sifat-sifat isteri yang baik adalah:
1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.
2 ) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.
3 ) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita.Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.
4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya.Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.
5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa.Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.
6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi'i dan tuntutan semulajadi suami.Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi'i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami
Lapan C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI – Dr Fadzilah Kamsah
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata..
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu
Mengejar Kebahagian Dalam Berumahtangga
1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2 ) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3 ) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4 ) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5 ) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6 ) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7 ) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8 ) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9 ) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin
suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10 ) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11 ) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)
12 ) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13 ) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14 ) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15 ) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16 ) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17 ) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18 ) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19 ) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20 ) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.!
21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22 ) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23 ) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Adakah Anda Romantis Pada Suami Anda
Sebagian orang menganggap perilaku romantisme adalah perbuatan yang tidak perlu. Alasannya, masih terlalu banyak pekerjaan lain yang lebih penting. Menjadi manusia romantis tidak akan memakan banyak waktu. Bahkan, perilaku "sepele" ini bisa menjaga keutuhan rumah tangga.
Perilaku yang bisa ditunjukkan sederhana saja, tidak harus berlebihan. Tidak perlu juga Anda memaksakan membeli hadiah mewah agar pasangan menjadi senang. Sekuntum mawar pun bisa Anda jadikan sarana untuk membangun komunikasi romantis itu. Dijamin, hanya dengan sekuntum mawar senyuman akan tersungging di bibir istri Anda. Hasilnya, dia akan semakin mencintai Anda.
Apakah Rasulullah Saw. orang yang romantis? Jawabannya adalah iya. Bahkan, beliau memiliki momen-momen romantis bersama istri-istrinya. Berikut adalah beberapa momen di antaranya.
1. Mandi bersama
Aisyah r.a. berkata, "Aku mandi bersama Nabi Muhammad Saw. dari sebuah bejana, kami menciduk bersama-sama dalam bejana itu." (H.R. Abdurrazak dan Ibnu Abu Syaibah)
Kejadian Rasulullah mandi bersama istrinya bukanlah sebuah peristiwa fiksi. Beliau mencontohkan kalau mandi bukan sebagai ritual harian biasa. Mandi bersama istri atau suami dapat dijadikan media untuk mempererat intimasi.
2. Saling menyisir rambut
Dari 'Aisyah r.a. dia berkata, "Saya pernah menyisir rambut Rasulullah Saw. dan saat itu saya sedang haid." (H.R. Ahmad)
Menyisir rambut adalah pekerjaan yang bisa dan biasa dilakukan sendiri. Namun, tidak ada salanya jika Anda membantu menyisir rambut istri Anda. Sambil menyisir, cobalah memuji keindahan rambut pasangan. Dijamin, mereka akan semakin sayang.
3. Memberi hadiah
Dari Ummu Salamah dia pernah berkata, "Ketika Rasulullah baru menikah dengan Ummu Salamah, beliau berkata kepadanya, "Sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahwa An-Najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dikembalikan kepadaku. Sekiranya dikembalikan, hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah Saw., "Jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua istri beliau, dan beliau memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (HR Ahmad)
Agar hadiah yang diberikan memberikan kesan lebih, pilihlah hari yang khusus, misalnya saat ulangtahun pernikahan. Tidak harus mahal, yang penting cara dan waktu Anda memberikan hadiah tersebut.
4. Berbagi tempat makan atau minum
"Ketika saya haid da tubuh saya berkeringat, saya memberikan gelas kepada Rasulullah dan beliau meminumnya ditempat yang saya minum." (H.R. Muslim)
Selain berbagi tempat makan dan minum, saling menyuapi pun bisa dijadikan sebagai sarana bermesaraan. Malu? Ah, perasaan Anda berlebihan, kalau ABG yang berpacaran saja melakukan hal itu, mengapa Anda yang sudah resmi menjadi suami istri enggan melakukannya?
5. Belaian
"Adalah Rasulullah Saw tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (istrinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat istri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya." (H.R. Ahmad)
Sesering mungkin, berikan belaian kepada pasangan Anda. Melalui belaian Anda bisa menyampaikan energi positif.
6. Ciuman
Dari 'Aisyah ra, "Nabi saw biasa mencium istrinya setelah wudhu, kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhunya."(H.R. 'Abdurrazaq).
Dari Hafshah, putri 'Umar r.a., "Sesungguhnya Rasulullah Saw. biasa mencium istrinya sekalipun sedang puasa." (H.R. Ahmad)
Kalau ciuman di pipi, bibir, atau kening sudah terlalu umum, buatlah kesepakatan dengan suami atau istri Anda di bagian yang dia ingin dicium. Jadikan itu ritual yang hanya Anda dan pasangan yang tahu.
7. Berbaring di pangkuan
Dari 'Aisyah r.a., dia berkata, "Nabi Saw. biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." (HR 'Abdurrazaq)
Kalau biasanya Anda bercakap-cakap dengan pasangan sambil duduk, cobalah lakukan sambil berbaring di pangkuannya. Bahkan, ketika sedang tidak membahas masalah apa pun, komunikasi nonverbal Anda dengan pasangan bisa terjalin dengan cara seperti ini.
Masih sangat banyak contoh dari Rasulullah Saw, yang menunjukkan kemesraan bersama istri-istrinya. Jika beliau saja mampu dan mau melakukannya, mengapa Anda tidak? Percayalah, hal-hal sederhana semacam itu bisa melanggengkan rumah tangga yang sedang Anda bangun. Wallaahu a'lam.
Saat Romatis Bersama Suami
Pillow talk adalah istilah di saat Anda dan suami mengobrol di atas ranjang dengan kepala di atas bantal dalam keadaan santai dan nyaman. Sebelumnya, Anda bisa mengirimkan pesan menggoda melalui SMS untuk membuat janji dengan suami untuk pillow talk malam harinya.
Saat memulai pillow talk, Anda dapat ngobrol mengenai hal-hal ringan, misalnya bagaimana dia melalui harinya, lalu dilanjut dengan cerita-cerita lucu, atau bahkan ngobrol mengenai rahasia Anda yang belum diketahui oleh suami.
Keintiman seperti itu merupakan salah satu hal yang ampuh dalam menjaga kualitas seks. Sayangnya, banyak pasangan yang telah lama menikah justru melupakan hal-hal kecil seperti ini. Ada anggapan bahwa membicarakan uang, pekerjaan, dan anak merupakan topik 'haram' di tempat tidur. Namun hal ini tidak berlaku untuk semua pasangan. Topik apa yang menarik untuk dibahas, hanya diketahui oleh pasangan masing-masing, bukan ditentukan oleh orang lain.
Pillow talk tidak hanya berakhir lewat kata-kata, namun juga diikuti dengan sentuhan. Dengan suasana relaks, keinginan memeluk atau memulai foreplay lebih dahulu pun tak bakal canggung lagi. Sentuh suami di daerah yang mudah membuatnya terangsang, lalu tanggapi pembicaraan dia dengan suara lembut.
Untuk menambah sensasi foreplay, saat pillow talk dilakukan, Anda bisa menyelipkan dirty talk. Misalnya, Anda bisa berbicara tentang posisi yang diinginkan saat bercinta atau menceritakan fantasi satu sama lain. Ketika mood suami bangkit dan gairahnya terpercik, jangan sia-siakan kesempatan untuk dilanjutkan ke main course bercinta. Sambil memeluknya, Anda bisa berbisik bahwa Anda ingin melakukannya.
Jika obrolan pillow talk Anda dan suami sudah nyambung, namun mood bercinta belum juga tercipta, hal itu bisa dibangun. Jika suami dalam keadaan tegang dan stres, Anda bisa memeluknya secara perlahan. Lama-kelamaan suami Anda akan relaks dan terbiasa dengan sentuhan lembut. Begitu pun sebaliknya, minta suami melakukan hal yang sama jika Anda yang mengalami ketegangan
Difinasi Aurat Muslim
Definisi aurat
Dari segi bahasa, aurat membawa maksud kecacatan atau keaiban pada sesuatu. Ia juga bermaksud apa jua yang ditutupi oleh manusia kerana rasa malu. Manakala secara istilahnya, aurat bermaksud setiap anggota yang wajib ditutup dan haram untuk dilihat. Di sini, penulis akan membincangkan apakah anggota yang wajib ditutup oleh seorang wanita Muslimah yang telah baligh. Apabila kita membincangkan aurat yang wajib ditutup, ia mempunyai cabang yang banyak; aurat di hadapan mahram, aurat di hadapan bukan mahram (ajnabi), aurat di hadapan suami, aurat di hadapan wanita Muslimah atau kafir. Tulisan ini secara khususnya akan membincangkan aurat yang wajib ditutup di hadapan bukan mahram. Definisi mahram dan penerangan lanjut mengenainya akan diterangkan kemudian di dalam penulisan ini.
Dalil wajibnya menutup aurat
Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta'ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
Allah Ta'ala juga menyebut di dalam al-Quran :
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60)
Seterusnya, Allah Ta'ala juga menyebut :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)
Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri.
Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : "Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu". Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? Majoriti para ulama' mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn 'Abbas radhiyallahu 'anhu menafsirkan 'kecuali yang (biasa) nampak daripadanya' dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan. Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya.
Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam yang diriwayatkan oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha maksudnya : "Asma' binti Abi Bakr al-Siddiq masuk menemui Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam dan dia memakai pakaian yang nipis, Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam berpaling daripadanya dan berkata : 'Wahai Asma', sekiranya seorang wanita telah didatangi haid, anggota badannya tidak boleh diperlihatkan kecuali ini dan ini', Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam mengisyaratkan ke mukanya dan kedua tapak tangannya"
Kepentingan Menutup Aurat
Kepentingan menutup aurat
Pantang Larang Dalam Perhubungan Suami Isteri
Apakah keadaan yang diharamkan jima'?
1- puasa fardhu
2- i'tikaf
3- dalam keadaan ihram – haji atau umrah
4- haid dan nifas
dan beberapa keadaan lain yang melibatkan iila', zihar dan talaq.
Diharamkan melakukan persetubuhan melalui jalan dubur. Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran, janganlah datangi isteri kamu melalui dubur." (Diriwayatkan oleh al-Nasa'ie, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Kewajipan isteri memenuhi hajat suami
Isteri wajib mentaati suami kerana hak qawwamah (kepimpinan) yang telah diberi oleh Allah kepada suami seperti yang disebut dalam surah al-Nisa' ayat 34. Tidak ada maknanya hak qawwamah ini jika tidak disertai dengan hak ketaatan. Terdapat beberapa cabang perkara yang perlu diberi ketaatan oleh isteri; antaranya ketaatan dalam memenuhi hajat suami, ketaatan dalam urusan taharah, ketaatan dalam urusan kebersihan tubuh badan dan perhiasan, ketaatan untuk tetap di rumah, ketaatan untuk memelihara harta suami dan lain-lain lagi dalam semua hal. Walaubagaimana pun, perlu diingatkan di sini, walaupun hak ketaatan itu sangat besar bagi suami namun isteri tidak boleh taat jika suami menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan perintah Allah. Dalam sebuah hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam menyebut : "Mendengar dan patuh pada seseorang Muslim itu dalam hal yang dia sukai atau pun yang dibenci adalah selagi mana dia tidak disuruh melakukan maksiat. Jika dia menyuruh sesuatu yang maksiat, maka janganlah dengar dan patuh padanya." (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi; beliau berkata : Hadis hasan sahih)
Tulisan akan membincangkan secara khususnya mengenai ketaatan dalam memenuhi hajat suami.
Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak." (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata lagi : "Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti." (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)
Dalam hadis yang lain pula, Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sirah Ummahatul Mukminin radhiyallahu 'anhunna pula, kita dapat lihat dalam sebuah hadis, 'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata : "Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha : 'Aku perlu melangsaikan beberapa hari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan), dan tidaklah aku mengqadha'nya melainkan dalam bulan Sya'aban (kerana menyediakan diri untuk Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam)." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
Jima’ : menurut al-Quran dan Sunnah
Adakah saya terlalu terbuka dalam masalah ini? Perkara ini telah direkodkan oleh para ulama' beratus tahun dahulu. Mereka –rahimahumullah- telah mentafsirkan ayat dan mensyarahkan hadis-hadis Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam yang menyentuh cara berjima' serta the do's and dont's. Mari kita olah semula isu ini dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami.
Dalam ayat 223 surah al-Baqarah, Allah menyebut yang maksudnya : "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman."
Isteri itu diumpamakan dengan kebun kerana kebun / ladang / bumi jika ditanam benih padanya, maka akan tumbuhlah pokok / tumbuhan. Begitu jugalah dengan isteri, jika disetubuhi / diberi benih si suami, maka akan terhasillah anak dengan izin Allah [Lihat : Aysar at-Tafaasir, Abu Bakar al-Jazaa-iri, 35]
Dalam ayat ini juga Allah mengajar manusia bagaimana untuk mendatangi isteri. Suami boleh mendatangi isteri dengan apa jua cara yang dia mahu, samada dari hadapan atau belakang tetapi hanya melalui qubul dan bukan dubur. Dari Jabir radhiyallahu 'anhu berkata : Orang Yahudi berkata : Jika seorang suami itu menyetubuhi isterinya dari belakang (melalui qubul), maka anak yang terhasil akan menjadi juling. Maka turunlah ayat : "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai.." (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Abdullah bin Saabith datang menemui Hafsah bint AbdirRahman bin Abi Bakr, dia berkata : Aku hendak bertanya satu soalan kepadamu tetapi aku malu. Hafsah berkata : Janganlah engkau malu wahai anak saudaraku. Dia berkata : Bagaimana hukum mendatangi isteri melalui dubur? Hafsah berkata : Ummu Salamah memberitahuku bahawa orang Ansar tidak mendatangi isteri mereka dari belakang. Orang Yahudi mengatakan siapa yang mendatangi isteri mereka dari belakang, anak yang terhasil akan menjadi juling. Apabila kaum Muhajiruun datang ke Madinah dan menikahi wanita-wanita Ansar, mereka mendatangi para isteri dari belakang. Si isteri enggan mentaati suami mereka dan berkata : Janganlah kamu lakukan sebegitu sehingga aku berjumpa Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam. Wanita tadi berjumpa dengan Ummu Salamah dan mengkhabarkannya mengenai perkara itu. Wanita itu malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam. Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam menyuruh Ummu Salamah memanggil wanita itu dan Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam membacakan ayat : " Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..", dan kata Baginda shallallahu 'alayhi wa sallam : "Asalkan melalui qubul." (Diriwayatkan oleh Ahmad; Syu'aib al-Arna-uth berkata : Isnadnya hasan)
Para wanita Ansar enggan didatangi dari belakang kerana telah terbiasa dengan cara Yahudi yang mana para wanita mereka didatangi dari tepi / sisi, kerana menurut mereka cara ini lebih tertutup bagi isteri. Ini disebut dalam sebuah athar oleh Ibn Umar radhiyallahu 'anhu [lihat : Tafsir Ibn Kathir, 1/273]. Tetapi Islam datang menyatakan bahawa suami boleh mendatangi isteri dengan cara mana pun asalkan melalui qubul (pantang larang lain akan disebut kemudian insha Allah).
Kepuasan Suami
Isteri yang kurang mahir menjaga makan minum suami berada pada kedudukan yang amat merbahaya. Begitu juga suami yang tak pandai mengambil hati isteri menyebabkan isteri cepat tersinggung, akhirnya membawa keretakan yang sedikit demi sedikit melemahkan mahligai rumahtangga mereka.
Para isteri sebenarnya mampu menambat hati suami mereka dengan menguasai tiga deria sensitif suami anda.