Hari ni aku nak cerita pasal day-trip ke Kyoto. Perjalanan menaiki train dari Osaka Shin station ke Kyoto mengambil masa lebih kurang 35 minit. kami naik Haruka train yang tiketnya kami beli dekat JR office di Kansai International airport masa first day sampai.
Tip kalau korang ada ICOCA card, tak perlu beli Kyoto Pass sebabnya amik train lebih menjimatkan masa untuk melawat seluruh Kyoto dalam masa sehari. Kalau ambil bas korang boleh menikmati view, tetapi kuranglah tempat-tempat menarik nak dilawati dalam masa sehari.
Disebabkan aku tak tahu hal ni so aku dan geng terbeli kad Kyoto ni..burn duit kami. So jangan buat perangai macam ni ok.
Adalah lebih baik kalau korang cari Tour guide free kat Kyoto so lebih banyak masa dapat dijimatkan. Tapi selalunya kena book awal dan bergantung pada tarikh korang nak datang tu. Selalunya service diorang free tetapi makanan diorang korang kene la sponsor..paham2 la adat la kann... Dia tak mintak service charge pun dah kira bagus.
Tempat pertama kami lawati adalah Arashiyama Bamboo Forest. Dari Kyoto station ambik train San In Line dan turun di Saga Arashiyama Station. Tempoh perjalanan dalam 40 minit macam tu... so keluar je dari station maka sila lah menapak ke bambbo grove tu..tak de la jauh sangat dalam 20 - 30 minit berjalan kaki.
Dekat sini kalau korang ade photographer bolehlah ambil gambar lawa-lawa. Kawasan dia sunyi dan tenang sebab dalam tu ade tokong. For me tak de la best sangat pun jenjalan kat sini sebab aku jiwa remaja. Bagi aku best kalau masuk Universal Studio gitu haha... But again if you guys suka ketenangan, Kyoto is the best place for you.
Next.... Fushimi Inari Taisha...
Dari Arashiyama Bamboo Grove tu korang ke Arashiyama Station then ambil train Hankyu Arashiyama Line ke Katsura lepas tu tukar train Hanyku - Kyoto line ke Kawaramachi Station. Lepas tu tukar lagi train kat Gion station untuk ke Fushimi Inari Station. Keluar je station terus nampak pintu gerbang kaler oren ni... hehehe
Dah puas ambil gambar kat dalam ni kitorang jalan dan beli kuih kacang dia..sedap tapi aku tekak Melayu. Bila orang Jepun yang buat aku rasa perit tekak untuk telan. Tapi takoyaki dia memang sedap hahaha. Takoyaki kena pilih yang Octopus sahaja dan cakap kat diorang korang tak nak kuah dia... letak mayo je cukup
Then kami ke GION. Bandar geisha, tapi aku xde jumpa geisha pun sebab time pun dah nak malam so lapar. Kitorang spend 2 hours to find the Halal restaurant sebab asyik sesat je. So mood nak menjelajah Kyoto terpaksa ditunda ke tahun yang lain pulak bersama orang lain la kot hahaha....
Kalau dah kat Kyoto ni jangan lupa singgah Starbucks beli collectible mug Kyoto...Nice for collection u olls...
Senang cerita bila korang travel sendiri tanpa tour guide ni sila banyak bersabar sebab tempat tu bukan tempat kita dan bersyukur kalau each one of you ada kebolehan masing-masing. Teamwork sangat penting bila travel style gini. Esok nya kami ke Kota Osaka buat kali terakhir untuk membeli-belah.
Hasil rembatan antaranya kasut keluaran Onitsuka Tiger, Casio G-Shock, sarung tangan baru, perfume untuk makcik aku, yang lain tu aku beli coklat dekat airport untuk staff kat tempat kerja.
Alhamdulillah Osaka berjaya ditawan dalam masa 5 hari... ^_^