Logik yang digunakan oleh pegawai-pegawai Khmer Rouge untuk menjustifikasikan pembunuh-an mereka dapat diringkaskan di dalam kata-kata ini: “Biarkan engkau hidup tidak membawa sebarang keuntungan. Kehilangan engkau juga tidak merugikan”. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap atau sekadar disyaki sebagai tidak berguna atau berbahaya. Sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga akan hilang nyawa di dalam pembunuhan ini.
Pol Pot, yang menganggap manusia sebagai tidak bernilai. Dia percaya keluarga hanya akan menghalang visi radikal sosialisnya. Dia cuba menghancurkan idea kekeluargaan dengan memecah belahkan keluarga-keluarga dan membantu mereka hidup di dalam tempat-tempat yang menjadi milik bersama. Polisi yang sama telah dilaksanakan oleh Stalin di Rusia. Mulanya tanah-tanah petani telah dirampas, kemudian beberapa bidang tanah diberikan semula, di kawasan yang jauh dari satu sama lain. Hasilnya ialah untuk membolehkan sebuah keluarga mengerjakan ladang-ladang mereka yang terdiri daripada beberapa bidang tanah, mereka perlu hidup terpisah daripada satu sama lain.

Salah satu gambar yang dapat mili paparkan, banyak lagi gambar yang teruk-teruk tak sanggup melihatnya.
Anak-anak dipisahkan dari ibu bapa dan dipaksa bekerja hanya untuk pemerintah. Hak berkeluarga dinafikan.
Antara alat-alat yang digunakan untuk menyeksa
Setiap tahanan akan dirantai kaki dan tangan mereka menyebabkan mereka tidak boleh lari Mereka menyiksa dengan cara merendam orang
Alat tersebut masih ada dan boleh dilihat
Diseksa supaya mengaku kesalahan walaupun tidak bersalah Tiang tersebut masih ada

Note: Bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia... Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment