Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Doa Selepas yang Selalu Diabaikan



Dalam setiap benda yang kita buat setiap hari, sebenarnya, ada doa yang perlu dibaca, tak kira lah doa sebelum, doa ketika ataupun doa selepas melakukan/menghadapi sesuatu. Selalunya, doa-doa amalan harian ni diajar sejak kecil lagi, bermula dari tadika sebabnya melentur buluh tu biarlah daripada rebungnya kan?

Disebabkan hidup aku di rumah ni asyik dikelilingi kanak-kanak, terutamanya Iman, aku terperasan satu benda, yang budak-budak ni, kalau baca doa sebelum, memang tak payah disuruh. Kalau doa sebelum makan, doa sebelum masuk tandas, doa sebelum tidur, doa sebelum naik kereta, doa sebelum keluar rumah semuanya diorang akan baca sendiri.

Tapi, bila baca doa selepas memang susah sangat lah nak dibuat tanpa disuruh. Mesti nak kena diingatkan dulu baru nak buat. Macam ada 1 haritu, Iman baru habis makan, aku saja lah tegur;
"Aik, doa lepas makan tak baca ke?"
"Hihi. Lupa lah."
"Cuba baca sikit doa lepas makan, Achu nak dengar."
"Alhamdulillah...err.. Alhamdulillah lah."
"Takkan baca Alhamdulillah je budak dapat nombor 1 dekat tadika PASTI?"
"Alhamdulillahillazi azhaba annil 'aza wa'afani."
"Itu doa lepas keluar tandaslah Iman."
"Hihi, Iman lupa lah. Alhamdulillah je pun boleh kan."
Haha. Memanglah Alhamdulillah je pun boleh. Tapi kalau kita dah tahu apa doa sebenarnya, baik baca kan. Bukan nak cakap dekat budak-budak lah. Orang tua pun sama je termasuk aku sendiri. Aku selalu jugak terlupa nak baca doa selepas ni. Memanglah fitrah manusia, bila sebelum apa-apa, pandai nak meminta-minta dari Tuhan. Tapi bila dah dapat, terus lupa nikmat dan terlupa bersyukur. Ada yang kadang tu, dah sendawa baru nak ucap Alhamdulillah ye dak?

Selalunya aku perasan, paling obvious aku meminta-minta adalah masa sebelum tidur. Yelah kan orang cakap, orang boleh mati masa dalam tidur. Jadinya setiap kali sebelum tidur, punya lah risau, baca doa macam-macam mintak Tuhan janganlah tarik nyawa masa tidur, mengucap lah dan macam-macam lagi. Tapi bila dah bangun tidur, dah mamai-mamai, langsung terlupa baca doa bangun tidur, terlupa nak ucap Syukur pada Tuhan sedangkan masa sebelum tidur punyalah minta macam-macam dari Dia.
*gelenggelengkepalauntukdirisendiri*

Doa Selepas Berbuka Puasa
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sekarang kan dalam bulan Ramadhan, rupa-rupanya ada doa khas untuk selepas berbuka puasa. Aku pun baru je tahu tahun lepas kalau tak silap. Selama ni dok baca doa selepas makan je. Heee. Dan waktu yang paling mustajab untuk berdoa dalam bulan Ramadhan ni adalah ketika berbuka puasa. Jadinya, janganlah lepaskan peluang untuk mohon apa-apa ketika berbuka puasa tu ye. :)



Ada satu pepatah, "doa adalah senjata orang mukmin".  Doa memang satu-satunya cara yang paling dekat untuk menghubungkan seorang hamba tu dengan Tuhan-nya. Allah paling suka kepada orang yang sentiasa berdoa kepadaNya dan Allah sangat benci kepada orang yang tak pernah berdoa kepadaNya sebabnya bila seseorang tu tak berdoa dan tak meminta kepada Allah, itu menunjukkan dia tu sangat bongkak dan sombong dengan Tuhan.

Tapinya, dalam berdoa dan meminta sesuatu kepada Allah, ada etika dan adab-adabnya. Allah dah berjanji, "ud'uni astajib lakum", berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan makbulkan. Tapinya ada syarat-syarat untuk sesuatu doa tu untuk menjadi makbul. Bukan boleh senang-senang je nak dimakbulkan tanpa sebarang usaha. :)


Video "The Power of Du'a" by Yasir Qadhi ni dah lama dah tapinya aku baru berpeluang nak dengar beberapa hari yang lepas. Memang best dengar. Dalam ni beliau bagitahu apa dia etika dalam berdoa yang patut dilakukan oleh seorang hamba. Waktu dalam posisi sujud adalah posisi yang paling dekat dengan Tuhan, dan masa tulah yang paling baik untuk banyakkan berdoa kepada Allah.

Beliau mengaitkan dengan kisah Adam A.S dan Iblis sewaktu awal-awal penciptaan dahulu yang mana ketika Allah sangat murka dengan Adam dan Iblis, lalu Allah mengarahkan kedua-dua mereka keluar dari Syurga  untuk sujud dan memohon ampun kepada Allah. 

Nabi Adam cepat-cepat berdoa dengan doa "Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin" (Al-A'raf: 23) sebagai tanda kekesalan dan malu terhadap dosa Baginda dan Hawa kerana telah memakan buah larangan di dalam Syurga tu.

Manakala Iblis protes dan tak mahu sujud tapi selepas Allah dah sangat murka dan cakap pada Iblis yang dia dilaknat dan akan jadi penghuni neraka selama-lamanya, makanya, Iblis pun berdoa pada Allah dengan doa "Robbi anzirni ila yaumi yub'asun". (Al-A'raf : 14)

Terdapat beza pada doa Nabi Adam dan doa Iblis. Nabi Adam sangat beretika dalam memohon sesuatu, manakala Iblis pula sangat tidak beretika tetapi tetap juga Allah makbulkan doa kedua-duanya. Jadi, kita kena tahu apa dia yang membezakan cara kita berdoa ni dengan Iblis. Adakah beradab atau pun tak sewaktu meminta dengan Tuhan?



Antara point bagus dan quote yang di ambil dalam video Yasir Qadhi ni adalah:
1. You make du'a right then and there immediately when you realize you need something.
2. The sign of a believer is a constant du'a.
3. The more you ask Allah, the more Allah loves you because that is the relationship between Allah and His servant.
4. Allah is angry at person who do not ask Him because that person is arrogant.
5. The one who makes du'a affirms the perfect nature of Allah.
6. When a person make du'a to Allah, his heart full of love, fear and hope. 3 aspects that make Muslim a Muslim.
7. It shows that those who turn to Allah only at time of need is not a true believers.
8. Ask Allah with His names and attributes. The greatest name in dua is using the name Rabb.
9. "Whoevers desires that Allah responded to his du'a at time of destress, let him increase his dua at time of ease."
10. Don't shy to ask Allah for something extremely big because Allah is more than what you can ask for. Allahu Aksar.
11. Every single sincere du'a is responded to even if it's come from a kafr.
12. Allah does not answered du'a from the qalb that is not paying attention.
13. Allah responds to du'a in a way that you can't explain it, either
i. He gives what you want immediately,
ii. or He gives you something better than you ask for,
iii.  He averted away an evil that was otherwise destine for you.

From Ibrahim Ibn Adam

"Why is it that I make du'a to Allah and Allah does not respond to my du'as?" 
"...because you know Allah but you don't obey Him,
you know prophet SAW but you do not folllow his sunnah,
you read the Quran but you don't act upon it,
you eat from the blessings of Allah but you ignore it and do not thank Him for it,
you believe in Paradise, yet you do not strive for it,
and you know the fire of hell, yet you do not run away from it,
and you know Syaitan, yet you do not fight for it,
and you know death, yet you do not prepare for it,
you know all of this things, but what have you done with all of this knowledge?"


Salam 23 Ramadhan. :)

Wednesday, June 1, 2011

#WW4 Wordless Wednesday - Babysitter for 3 nieces and 3 nephews


Lisa-Iman-Aina-Muaz-Adib-Basit =)

Tuesday, January 11, 2011

11-1-11 : Nurul Iman's 4th Birthday


She is my niece. I think the closest one because we spent lots of time together when I'm home. And right now I really miss her. She just starts to go to kindergarten this year and my mom said that she really loves her school. Good one Nurul Iman. You are a smart and good girl. I will always love you. Hope that when you already learn to read, you can read my blog and read what I blogged about you. Hihi.


She shares her birthday date with Siti Nurhaliza also today. Please grow up very soon. I will bring her some cupcakes when I go back for my holiday the next two weeks. Can't wait anymore. By the way, enjoy the video of her. Daaaa. =)