jangan lupa klik tau>>fun n enjoy>>

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Saturday, January 09, 2010

Lady In Red Giveaway

~Sticky Mode entry~
scroll down for new entry

Lady In Red Giveaway



Jangan bosan aku duk join contest sokmo..kl bosan ttup mata korang yee..hehe..

contest:Lady In Red Giveaway

anjuran:Fira Bro and his fiance

Sesiapa yg nk hadiah dari UK , bleh la join giveaway nie... giveaway nie sebenarnya di anjurkan oleh my Bro and his fiance yg mencari rezeki a.k.a kerja dia UK . Both of them nie akan bernikah new year nanti..

So bersempena dgn wedding mereka tak lama lagi.. both of them bermurah hati nak anjurkan giveaway nie, caranya upload gambar pakai baju merah! .. tak kisah la baju apa pon , t-shirt , baju kurung , jubah , tudung , skirt or baju kawen ... janji merah.


kenapa merah?? .. coz tema wedding diorang is RED!

Syarat2..

1. Buat entry bertajuk Lady In Red Giveaway

2. Buat entry Pasal Giveaway nie and upload gamba yg nk dipertandingkan. Cuma 1 gamba jer taw...

3. Be my Follower . nie wajib , senang kalau ade ape2 update .. and jgn lupa add me dalam bloglist anda

4 . Letakkan banner kat entry ngan side bar berserta linknya sekali

5. Jangan lupa Mention about the contest in your entry with links back to this entry


rase senang je kot giveaway nie...

Contest bermula hari nie sehingga 9 January 2010 , esoknya 10 Jan 2010, keputusan akan diumumkan...


Pemenang akan dipilih oleh si penggantin sendiri... berdasarkan 3 ketegori

1. ketegori paling menyerlah

2. kategori paling sweet

3. kategori paling menarik

lagi ramai yg join , hadiah saguhati mungkin dipertimbangkan..


So .. join .. jgn tak join.. coz my bakal SIL is so Generous !!

pic aku yg merah menyala....

*
*
*
*
*

merah..merah adalah warna kesukaanku..bukan rekaan semata2 untuk contest ni tapi mmg benar itulah warna yg aku suka.segalanya merah dalam idupku termasuk warna langsir dan umahku segalanya merah..kalau baju pun merah yg di utamakan..aku mengimpikan sebuah bilik yg di lengkapi warna merah dan dihiasi bunga ros merah..sungguh romantik merah bagi aku..diharap contest lady in red membawa tuah bagiku...


-sekian-

Wednesday, January 06, 2010

Happy New Year Giveaway@Mummy_Ayu.blogspot



Seperti yang diwar warkan
Mummy Ayu nak buat satu contest
sempena new year nie
so..ini lah contestnya
so..syarat-syaratnya...

1. As usual jadi follower Mummy Ayu.
2. Add Mummy Ayu kat bloglist u all.
3. Buat 1 entry ngan tajuk nie,
pas tu ceritakan sikit pasal sweetest memory u all tahun 2009
plus selitkan sikit sikit gambar
untuk mem'best'kan lagi cita u all semua..
tak yah panjang panjang pun
4. At last tu, cita cikit pasal azam u all untuk tahun 2010 nie
itu aje...
5. TInggalkan jejak u all kat komen box entry nie...
6. Tarikh tutup....8 januari 2010
7. Pemenang kali ini akan dipilih oleh Mummy Ayu sendiri
berdasarkan cerita yang paling best...pic yang best..and semuanya yang best best la...
ok..tak la susah sangat kan?
just nak share moment best u all tahun nie
Macam yang Mummy Ayu pernah ceritakan
present for new contest dah beli advance
tapi tak tau nak buat contest apa
so..here u are...
(present biasa biasa jer...)
present buku nota/ buku catatan....

No 1.....

No 2.....

No 3.....
so...meh la ramai ramai join contest for fun Mummy Ayu nie...

as usual...thank you very much in advance!!!

berminat nak join contest ni... so sweetest memory daku pada tahun 2009 ialah kami sekeluarga dapat bercuti jalan2 ke JB dan KL...percutian ini selama seminggu...sekaligus menghabiskan cuti tahunan hubby dan seminggu sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya...cuti sekolah pun dah nk abis...mmg kenangan termanis daku rasa bersama keluarga di sini..

aktiviti kayuh beskal tu semasa di Danga Bay JB...Sonok dan kelakar masa ni pasal dapat kayuh beskal keliling danga bay selama 45 minit..lama tu..lemak2 kat paha pun ilang..pic kayuh beskal tu kami sekeluarga dan adik ipar terchenta...sepanjang naik beskal ni mmg kami 2 keluarga gelak gila...bebudak duk mainkan hon segalanya lucu sgt2.. 

masih di JB,kami pergi ke Zoo Johor,,dulu dah pernah dtg tapi masa tu anak2 lum ada lagi..masa tu aku stay kat JB ngan hubby..kali ni nak bawa anak2 laa pula..lagi pun diorang leh kenal2 haiwan kat sini...paling best dan menggelikan hubby pegang ular tu..besarnya...!!! 

destinasi seterusnya ke Desa Water Park(kuala lumpur) ...kami pergi ramai2 dalam 3 keluarga iaitu my sil n my bil yg sporting gila..mmg menyeronokkan ke sini...rasa tak puas sangat2,kl boleh nk datang lagi..

memang syok main air kat sini..kegembiraan paling nampak di wajah anak2..biasanya kat Terengganu diorang hanya dapat mandi di pantai dan air terjun..sekali sekala cam ni yg dewasa pon happy gak..apa yg penting janji pada ank tuk ke sini sudah kesampaian..

~Allah maha adil~diberinya kami menikmati kegembiraan ini namun diuji dengan sebuah kesedihan dan kepahitan~

AZAM TAHUN 2010

~ingin melupakan segala kesedihan yg aku lalui...terutama melupakan seseorang yg aku sayangi

~ingin buat bisnes menjual pakaian budak .kl buka kat pasar malam pun dah kira ok tapi kumpul modal masih tak cukup2 lagi

~azam ni sepanjang idup kl belum dapat mesti ada di hati kecil, tingin menambahkan zuriat kl di izin ALLAH

~menjadi muslimah dan isteri taat pada ALLAH,SUAMI DAN KELUARGA,,,

~menjadi ibu yg bertanggungjawab dalam mendidik anak2 di dunia dan akhirat

Thursday, December 31, 2009

NOTTI-FACE GIVEAWAY

(sticky mode entry)

salam...kali ni aku masih tak jemu2 nk join contest biorpun dah byk kali kecundang..huhu...tapi mama adwan kan..harap2 daku menang lagi ye setelah dapat tempat ke 3 contest yg lalu..kalau dapt jeruk tu sampai kekaki lagi laa daku makan..hahaha...okes kalau korang nak join dan nak tau lebih jelas so pi laa blog mama adwan ye...@tengok kat link aku ada kat situ...so mari tgk gambar yg aku pertaruhkan...taraaaaaaaaa.............

NAMA:RAJA NURASLINA ARTIKAH
IBU:NANA(ADIK)
BAPA:RAJA MOHD(IPARKU)
TARIKH LAHIR:27.12.2008
UMUR:11 BULAN 22 HARI(SEMINGGU LAGI BIRTHDAY IKA~1)

Gambar ni bagi aku sesangat laa notti pasal adik ika masa tu sedang syok menghisap jari dah sampat terlali dan dah nk tertutup mata tu...yg kelakarnya pas tu terus tertidur ika..senang kan tak yah dodoikan n bagi susu..dengan isap jari dah boleh tidur..gambar ni di ambik kat umah saudara aku selepas adakan majlis tahlil buat arwah nenek..agaknya letih seharian tu pasal mudah je tido kan...susah korang nk tengok pic adik ika cam ni dah..pasal aku duk pamer pic yg chantek2 je kan..untungkan ada gak contest cam gini..nak notti..notti lagi...(abaikan rambut ika berserabut tu)hehehe...

Cutest with nice smile baby contest


STICKY MODE

Cutest with nice smile baby contest

'Create

Teruja nak join contest lagi,

gambar yg dipertaruhkan ada kat bawah ni,

sesiapa yg nk join sama boleh aje,

contest ni dianjurkan oleh &ita Maternity 

nak tau syarat2nya leh laa jenguk sini,

hadiahnya mmg lumayan,

cepat2 sebelum  31 december 2009 dan result will announce on 5th January 2010.

apa lagi cari laa gambar ank korang yg most cutest with smile baby 

NAMA:RAJA NURASLINA ATIKAH

UMUR:11 BULAN 22 HARI

gambar ni diambik ketika adik ika syok bermain tepuk amai2..so tersenyum riang je dgr org duk nyanyi lagu tepuk amai2 


"New Year Giveaway''


'' New Year Giveaway ''.

sticky mode entry


ANJURAN:ZUE LAVENDAR

Syarat-syarat ;

1 : Tulis entry tajuk '' New Year Giveaway ''.

2. Dalam entry kene ada gambar (banner) "New Year Giveaway". Pastikan banner ada di sidebar anda. Link ke2nye ke http://lavender4all.blogspot.com/

3 : Jadi follower & add link blog ini dalam blog list anda.

4 : Setelah siap entry anda, sila tinggalkan URL-link-giveaway-anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda menyertai contest ini.

5. Entry perlulah sticky mood sehingga 31 December 2009

6. Tarikh tutup : 31 December 2009.

7. Hadiah merupakan sebuah "Wine Bottle Umbrella".

8. Pemenang dipilih secara rawak. Tidak layak bagi yang tidak memenuhi syarat.

Friday, December 25, 2009

MedaiStore Lucky Draw..

MedaiStore Lucky Draw..

sticky mode entry


sekarang ni musim contest agaknya 
berlambak aku nengok orang duk join contest
aku pon sama dah terjebak
kali ni nak cuba nasib contest dari kedai MedaiStore
sesiapa nk join lucky draw ,nak nengok syarat segalanya
skodeng laa SINI 



Kepada semua pelanggan MedaiStore, blogger2,kwn2..jom sertai MedaiStore Lucky Draw..

Syarat-syaratnya mudah saja..

1. kena beli CD dulu? takde la...sape2 je boleh join ya.. kena jadi FOLLOWER MedaiStore dulu.
2. pastu buat satu ENTRY promote Lucky Draw ni dan pastikan ia STICKY MODE sampai 25 Disember 2009
3. letak BANNER di side bar
4. senaraikan MedaiStore dalam BLOGLIST anda ye.
4. dan jangan lupa LINK balik ke MedaiStore.
5. tinggalkan jejak/komen supaya saya boleh menjejaki anda.
HADIAHNYA?
jeng jeng jeng..
yang pastinya 3 pemenang bertuah akan mendapat:
1 CD BAMBOO BABYTODD
1 CD COOLABABY
1 WETBAG
dan hadiah2 misteri...

tarikh tutup adalah pada 25 Disember 2009
tunggu apa lagi ....

" GIVEAWAY IRFANKU SAYANG"


" GIVEAWAY IRFANKU SAYANG"


masih tinggal beberapa hari lagi untuk menyertai contest ni
 tak menghampakan umi irfan
yg bertanya aku tuk joinkan diri contest ni 
so lahirlah n3 ni..
hehehe...
sesiapa yg nak join contest ni leh jenguk blog umi irfan di atas
sebelum contest berakhir

hadiah hari lahir yang ayah irfan nak bagi sesuai dengan umur irfan ialah
*
*
*
*
*



memang sangat sesuai hadiah kereta ni...kerana ia mudah di gunakan oleh Irfan sendiri tanpa bantuan kita pabila dia dapat duduk dgn baik lagipun terdapat ruang sokongan dibelakang kereta tersebut..hanya perlu menggunakan kaki kereta ni dah dapat bergerak,,selain tu dapat melatih pergerakan kaki Irfan dengan lebih cepat untuk berjalan..terdapat alat muzik yg boleh di mainkan oleh Irfan dgn hanya menekan butang yg terdapat di bahagian stereng..dengan itu Irfan tidak akan jemu tuk bermain.Anak saudaraku yg hanya 2 3 hari lagi untuk menyambut ulangtahun yg pertama juga dapat bermain dengan baik...lagi pun kereta ni kecil yg dapat bermain di dalam rumah yg sempit dan mudah dibawa kemana2..di bawah di serta kan contoh2 kereta yg lain yg diguna oleh anakku dan anak saudara..kereta masih dalam ciri yg sama seperti diatas cuma bentuk dan corak yg berlainan.

anak saudaraku yg sama umur dengan irfan(27.12)cuma hari yg lain..dapat bermain dengan baik
anakku ketika berumur setahun++++

AKHIRKATA...SELAMAT HARI LAHIR BUAT IRFAN YG BAKAL TIBA
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN TAAT KEPADA IBUBAPA
AMIN

Contest Mari Berdialog Bersama n@m@n

aku sekarang dah kemaruk contest..n3 aku penuh contest je..

contest kali ni di anjurkan dari blog n@m@n

So sesiapa yg nak join leh tengok syarat dan cara menyertainya 

sebelun contest ni berakhir 31 december ni


A:"Semah,mana aci aku kasi 10 ringgit gak tapi tak dapat bunga telur dan beg tu!"
B:" geramnya aku memalukan betul..kawal laa skit suara tu,orang ramai ni" 
C:"lain kali tak ingin lagi aku nak ajak ko kak Jah kat kenduri kahwin"
D:"Mak ni kami yang budak pun tak ingin telur tu..mak yang lebih-lebih"

cepat jom join contest!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 24, 2009

Mama Balqis 2nd Anniversary Giveaway

Mama Balqis 2nd Anniversary Giveaway 

Nie Sticky Mode tau..
New eNTRY scroll lg yea..




giveaway ni datangnya dari MAMA BALQIS
bersempena hari ulangtahun perkahwinan beliau yg ke 2
moga perkhawinan kalian kekal hingga hujung nyawa
kalau nk join boleh tgk syarat2nya di SINI @ diatas..
sama je ,,mana2 pon boley

adiahnya amat laa lumayan

1) 1 set One Drop Perfumes

2) 1 set Dhia Perfumes

pemenang akan dipilih melalui Random.Org
giveaway ni tamat pada 24 Disember 2009 jam 1230 t.hari..jgn tgu lama2 tau..

Wednesday, December 23, 2009

Butik Balqis Sayang Giveaway

BUTIK BALQIS SAYANG GIVEAWAY



sempena pembukaan kedai baru iaitu BUTIK BALQIS SAYANG,
MAMA BALQIS nak mengadakan giveaway
so apa lagi aku pun nak join sekali
kot2 ada tuah badan nk dapat giveaway percuma
apa yg perlu dah korang buat dah ada kat bawah ni
kalau ada yg nk beli barangan dari kedai MAMA BALQIS amat2 dialukan
macam2 baju fesyen terkini yg ada
harga mmg murah 

Syarat penyertaan senang ajer...

1. Buat entry pasal giveaway ni kat blog anda
2. jadi follower MAMA BALQIS'S DIARY dan BUTIK BALQIS SAYANG
3. masukkan kedua-dua blog ini di blog list anda
4. tinggalkan comment berserta link anda disini

Hadiahnya adalah..... 2 set Baby Suit (Sorang satu yer...)

TARIKH TUTUP
31 DISEMBER 2009 (at 12.00 noon)

Saturday, December 19, 2009

'Sweet Treat' giveaway!


sekali aku tengok ke kreatif adik nasuha mmg chantek sangat
bukan calang2 orang boleh buat ni
akak pun keras je jari jemari nk buat kad yg chantek2 ni
dan paling suka adik nasuha adakan 'Sweet Treat' giveaway
so aku pun tingin juga nk join cam korang seme yg dh join
so kepada yg belum menyertai lg boleh laa korang singgah sini
menurut adik nasuha giveaway ni diadakan sempena bakal berlabuhnya tirai 2009,
 menyambut pOst adik nasuha yang ke-100 dan mendapat hit hampir 3000
tahniah dik kamu ramai peminat yee...

okes meh tgk syarat2 nya:

cara2 nak melayakkan diri untuk menang giveaway nih:

bagi yang ada blog

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi. ;p
2. buat post di blog anda tentang giveaway ni. sertakan gambar hadiah giveaway dan link untuk ke blog saya ni.
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua diatas (sertakan link anda)

[BONUS: sertakan 1 gambar kad rekaan saya yang anda paling suka dan anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang jika anda nak,taknak pun tak ape =)]

bagi yang tiada blog:

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi.
2. hantarkan email kepada 3 orang rakan dan di'CC' kepada saya chua1403@yahoo.com
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua di atas (sertakan nama penuh dan alamat email).

[BONUS : hantar email kepada 3 orang rakan lagi dan di'CC'kan kepada saya,anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang kepada anda,tak wajib

giveaway ni akan berlangsung hingga 10.00 pm pada 25 Disember 2009 dan pemenang akan dipilih melalui cabutan nama oleh adik nasuha maman! ;p cabutan nama akan dilakukan pada 26 Disember 2009.

hadiah2nya

antara hadiah yang ada: 1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter) ,3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna dan 1 bar cadbury chocolate (sebagai penambah manis di mulut ;p)

kad yg adik hasilkan ini berjaya menambat hati akak..sungguh chantek bentuk hati ,warna yg lembut dan mendapat keserasian warna antara pink dan putih..sesuai sgt tuk yg couple2 ni..tuk somi isteri pon okes lg abadi...ada bingkai gambar cam print plak..okey kad yg akak pilih ni sekaligus penyertaan akak menjdi 2 yee dik...hehehe..

Wednesday, December 09, 2009

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY!


ASSALAMUALAIKUM

Kali ni aku nak join contest lagi
contest ni senang saje tau
jom laa join sama
untuk keterangan lanjut mengenai contest ni
korang leh datang sini

giveaway utk kali ke-2 ini diadakan bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov),
dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu COMEL BERGAYA 
http://comelbergayashop.blogspot.com/
cepat!cepat!meh laa singgah kedai baru akak ni
mana tau duk jejalan tu ada benda yang berkenan di hati leh laa korang beli
sesambil tu join laa contest ni

 daku nak ucapkan selamat hari ulangtahun buat wannur dan somy,semoga perkahwinan kalian kekal ke akhir hayat dan ucapan tahniah buat kalian sempena pembukaan kedai baru..semoga rezeki korang melimpah hendakNya...

buat pengetahuan korang semua untuk melayakan korang menyertai contest ni korang mesti pilih 2 kategori....aku mesti dan wajib pilih kategori A kerana aku memiliki blog...bagi korang yang tak ada blog jangan bimbang korang masih berpeluang memilih kategori B....

KALAU NAK TAU LEBIH LANJUT KORANG SINGGAH SINI

HADIAHNYA:

2 cabutan hadiah untuk kategori A
&
2 cabutan hadiah untuk kategori B

*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!

CLOSE DATE:
20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)
semoga daku peserta bertuah itu....




Tuesday, December 08, 2009

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


ketika leka menerjah blog kengkawan

ramai gak aku tengok yg sertai contest" serius baby 2009 giveaway"

maka terdetik laa di hati aku untuk turut serta

kalau ada kengkawan yang nk join gak

boleh laa terjah bloh ibu rifqizuhairi

semua kelayakan untuk menyertai contest ni ada kat situ

apa lagi jangan tunggu lama2 tau

pic yang aku nak pertaruhan untuk contest ini mestilah baby berwajah serius

sape yee?????

mesti laa anak saudara aku yang comey tau

aku ada bertanya ibu rifqizuhairi

pasal leh ke anak saudara memeriahkan contest ni

maklumlah anak2 aku umo mereka terlebey sudaa

huhuhu

ibu rifqizuhairi memberi laluan hijau buat aku

semua yang bergelar anak boleh join sama contest ni

apa yg penting umo mereka tak melebihi 3 tahun

anak kucing leh ke???

tidak...tidak...tidak....

mesti lah anak manusia je kan

hehehe

okeh gambar yang aku nak lampirkan kat sini ada byak tau

so akak pilih laa mana yg paling serius yeee

buntu kepala ku nak pilihnya

*
*
*
*
*
*
*
*
*

gambar berbaju sejuk tu aku ambik selepas adik ika bangun tido

tu pasal mencuka je muka adik ika 

disuruh cenyum dibuat deqqq je 

maka terhasil laa pic cam tu


NAMA:RAJA NUR ASLINA ATIKAH BT RAJA MOHD

TARIKH LAHIR:27.12.2008

UMUR:11 BULAN 11 HARI(dah dekat birthday ika yg first)






apa laa yang adik ika tenung tu..semasa ni adik ika ralik pandang my hero main game dalam laptop..sampai bulat bijik mata...jagn terkeluar udah lee mata tu...adik ika mmg susah kl di ajak pose sbb adik ika tak reti duk diam...kl di pgg tu gelisah je nk lari, muka pun mencuka semacam je...(gambar yg bawah yg ada tgn memegang ika)


gambar ini aku ambil ketika adik ika syok bermain...bila sedang leka bermain dan aku duk nyibuk nak ambik gambar jangan harap lah dia nak senyum....

Monday, November 23, 2009

contest si manja berkaca mata

Contest Si Manja Berkaca Mata

kebetulan memang kebetulan??

"nape aku cakap macam tu yee??"
baru2 ni aku sesaja laa postkan pic Sarah berkaca mata..
pas tu terpandanglah blog kawan aku yang dah join contest ni
sesapa nak join leh terjah dekat blog akak ummu mishkah
tergerak hati aku nak mempertaruhkan gambar Sarah
tapi boleh ke anak angkat??
"aku pun sepantas kilat bertanya akak ummu mishkah dekat ruangan komen..
alhamdullilah akak ummu mishkah bersetuju asalkan umur tak melebihi 4 tahun"
terima kasih akak..boleh laa pas ni kita kenal lebih dekat lagi..hihihi....
harap2 pic dapat menambat hati akak
dan
Mama Sarah pun dah kata bereeehhh...
apa lagi laju jee jari aku menaip n3 contest ni..
1...2...3....
haa,,ni aksi si tecik Sarah berkaca mata
taraaa...
NAMA:NUR ATIKAH MAISARAH
UMUR:1 TAHUN 8 BULAN
"besornya spek aku,sampai dok nampok mata aku doh"
abah,nape dera adik gini...
kata nak gi jom...
cepat laaa"
 kalau untuk pose punya adik cool aje...
tapi jom jalan tetap jom jalan....
 nape laa adik nampok itam belaka???
gelap je alam ni..
malam ke..
cepat!cepat!cepat!sape nak sertai, contest ni akan ditutp pada
10 Disembar 2009
dan pemenangnya akan memenang hadiah
Hadiah pertama
Tupperware Legacy Floria Microwaveable Serving Set
saguhati
cantiknya hadiahnya,ada peluang ke aku memilikinya??

Sunday, November 22, 2009

anakku ceria give-away contest

Anakku Ceria Give-away Contest

sticky mode entry


Ramai kekawan yang dah join contest ni so aku rasa cam nak cuba nasib gak..

mana tau ada rezeki aku dapat menang contest ni

kali ni aku berminat nak join contest ni untuk mempertaruhkan gambar anak saudara aku yang comel tu...

sape -sape yang berminat meh laa kita sama2  memeriahkan dengan turut serta contest ni

untuk maklumat terperinci boleh laa terjah sini

gambar paling ceria yang aku pertaruhkan ialah

:
:
:
:
:
:
:
:
:

si comel yang berbaju pink dan berhias di rambut di atas

bernama RAJA NURASLINA ATIKAH BT RAJA MOHD

berusia 11 bulan

dalam banyak2 gambar yg aku ambil yang ni paling ceria 

ceriakan...mesti laaa...kanzzz

gambar ini di ambil di rumah aku 2 hari lepas

semasa tu adik ika sedang syok bermain tepuk tangan dengan 2 hero yang encem kat umah aku

si abang nyanyi si adik ika tepuknya

ika mmg suka kalau di ajak bermain

tengok tu...senyuman melerek ke telinga

mmg layak lah untuk join contest ni

harap2 pic ni mendapat perhatian daripada pihak penganjur yee

Tentang Hadiah pulak!Jeng jeng ini hadiahnya
 Vantage Cookware 3.0L 


Hanya 1 pemenang akan dipilih dan akan memenangi dan ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/

harap2 berjaya dalam contest ini dan menang hadiah vantage ni

Thursday, October 01, 2009

keputusan contest

saat yang di nantikan,

dup...dup...dup....

senarai top 3 pemenang2 contest makan dan menang bersama adwan encem sudah diketahui

jeng....jeng....jeng...

mari kita tengok sape yg menang

tempat pertama ialah

faish5807.blogspot.com

tahniah yerk...

mmg gelojoh tul makan yeee

pasni mkn jeruk plak 



ini plak tempat ke dua....memang syok laa makan tu,,,tahniah..tahniah...

dyahahaslittlecottage.blogspot.com


okey syttttttttttttt!!!!!

tempat ke tiga di sandang oleh 

:

:

:

:

:

:

setelah diteliti oleh pihak juri akhirnya tempat ke 3 dalam contest tersebut...

macam kenal je budak ni??????

wah!!!terkezut pun ado....bersyukur bangat-bangat..iyo laa first contest tu then menang tempat ke 3...cam tak cayo jerk...terima kasih buat mama adwan sbb adakan contest ni yg membuat aku ign turut serta...dan terima kasih kerana memilih kami untuk layak di tempat ke 3 dalam contest ni....daku menanti hadiah jeruk tu tau....cam ane rasa jeruk penang yerk???dah rasa semacam lidah ni..suka bangat dgn makanan jeruk ni...

miemieyslamzer.blogspot.com

CONTEST@GIVEAWAY                                       LAYOUT