Memaparkan catatan dengan label Diari 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari 2009. Papar semua catatan

Jumaat, 13 November 2009

EKSPLORASI KHAZANAH ISLAM


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..  

Pada 22 hingga 23 Oktober yang lepas, seramai 36 orang mahasiswa semester lima program Pendidikan Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak telah mengadakan satu lawatan ilmiah bertemakan “Eksplorasi Khazanah Islam” yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perpustakaan Awam Islam dan Muzium Kesenian Islam.
Objektif lawatan ilmiah ini bertujuan untuk melengkapkan tugasan kerja lapangan secara berkumpulan sebanyak 20% bagi kursus LIT 3023 Sejarah Islam dan melihat secara lebih dekat khazanah Islam dalam bentuk artifak, kitab-kitab lama dan lain-lain peninggalan bersejarah yang masih wujud pada masa sekarang. Selain itu, program ini juga bertujuan menjalin hubungan silaturrahim dengan pihak yang mempunyai hubungan langsung dalam aspek pensejarahan Islam di samping menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya kepada bakal pendidik yang akan mengajar Sejarah Islam kelak.
Lawatan ini diadakan selama dua hari satu malam dengan diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring iaitu Ustazah Wahibah binti Twahir@Hj. Tahir selaku penasihat program dan merupakan pensyarah kursus LIT 3023 Sejarah Islam dan Ustaz Anhar bin Opir selaku penceramah jemputan bagi Wacana Khazanah Islam. Turut sama hadir adalah Ustaz Hasrizal selaku pentazkirah subuh pada pagi itu yang bertajuk “Ibrah Sepanjang Sejarah Islam”.  

Sebelum Bertolak


Tiba di hadapan masjid Wilayah


Penyampaian sedikit cenderahati Kpd Ustaz Hasrizal
 
Sedikit tunjuk ajar daripada ustaz


Bergambar beramai-ramai sebelum ke destinasi seterusnya


Sedikit taklimat kpd rombongan kami


Bakal ustaz keluaran pertama UPSI 
 
Dari kanan : nawwar,sarhan, mannan, dan ana


Penyampaian cenderamata kepada wakil muzium


Bersama pak guard masjid negara (baju hitam)



Abdul Halim Hamidi B. Abdul Aziz,  
8.25 a.m,
13 November 2009,
Asrama Masjid Jamek,
Tanjung Malim, Perak. 





Selasa, 8 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Yang Penuh Bermakna


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…   
Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah, tuhan sekelian alam. Alhamdulillah maljlis berbuka puasa anjuran Alumni Maahad Muhammadi( AMAL ) berlangsung dengan penuh kesederhanaan dan meriah pada petang semalam. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi AMAL pusat, dihadiri lebih kurang 40 ahli persatuan alumni dari kalangan muslimin dan juga muslimat memeriahkan lagi majlis tersebut. (Seperti biasa muslimat lebih ramai..hehehe)
 
  
  
  
           Saya cukup terharu dengan kedatangan ahli alumni yang diluar jangkaan. Pada mulanya saya tidak mengangarkan kehadiran seramai ini. Jika dibandingkan dengan kehadiran sebelum ini, hanya lima orang lelaki sahaja yang hadir. Rupa-rupanya masih ramai bekas pelajar Maahad Muhammadi berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
            Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi AMAL Pusat (Pak Uda) kerana sudi hadir walaupun terpaksa merempuh perjalanan yang jauh ditambah lagi dalam bulan puasa. Perjalanan dari Kelantan merentas bukit Gerik sememangnya meletihkan. Tapi darah perjuangan yang ada dan juga perasaan bertanggungjawab dengan amanah yang ada tidak membuatkan kepala Pak Uda berfikir lama untuk datang.
            Majlis dimulakan dengan sesi taaruf oleh setiap ahli yang hadir. Majoriti Alumni Maahad Muhammadi mengambil kos Pendidikan Sains dan juga Pendidikan Islam. Yang selebihnya daripada lain-lain kos. Setiap orang diberikan peluang untuk bertaaruf walaupun taaruf yang ringkas. Tetapi saya kira taaruf ringkas itu sudah cukup untuk menguatkan diantara hati-hati kami dan menjadikannya satu pasak pemulaan untuk memantapkan lagi Alumni di UPSI dan seterusnya berjuang atas nama Islam sebagai ad-din.
            Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pak Uda dan juga lantikan kempimpinan yang baru. Tahniah kepada saudara Fathi kerana mendapat jawatan sebagai Presiden Amal. Diharapkan semua ahli dapat memberi sepenuh kerjasama kepada saudara fathi untuk menjalankan gerak kerja, mengatur dan melaksanakan progrem.
Akhir kata..Majulah Syabab untuk Islam..
Salam Perjuangan.

© Copyright 2009 / 1430H by Mujahid Sufi. Template by : x-template.blogspot.com. - Site Design by HALIM