Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Nak bagi biar ikhlas... yang tak bagi diam sudah...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Entry kali ini aku nak ulas pasal pengemis jalanan. Apa itu pengemis jalanan??

a. orang buta/anak2 yatim/pelajar pondok yang menjual tisu/kerepek dll
b. orang yang mengemis di tempat2 terbuka seperti depan masjid, berjalan dr rumah ke rumah dll
c. orang yang mengemis di hentian2 bas/teksi ( tak cukup tambang )

yang mana satu takrifan pengemis bagi korg?? 
makna pengemis menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka --> Rujuk SINI

aku bagi situasi -->

1. di KL Sentral/TBS(Terminal Bersepadu Selatan)

Pengemis : assalamualaikum, dik...
aku : waalaikumsalam...
Pengemis : minta maaf mengganggu... tengah tunggu org ker??
aku : aah.. tengah tunggu kawan...
Pengemis : oo.. dari mane??
aku : dari johor bang.. baru jer sampai ni... tunggu kawan amek --> tipu untuk keselamatan
Pengemis : minta maaf la dik... abg ni muallaf baru masuk Islam..abg nak balik utara tapi tambang x cukop...
aku : minta maaf la bang, sy pun baru jer sampai... lagi pon sy pon tgh blaja lg...
Pengemis : pergi dgn merungut2...

2. Kedai Mamak 25jam, Pt. Raja

Anak Yatim : assalamualaikum bang.. sy dari bla bla bla... nak mohon derma untuk bla bla bla...
member A : nah dik.. abang leh bagi banyak ni jer.. abang pon blaka lg...
aku : minta maaf dik abang xde duit --> alasan standard aku laa...

budak tadi pon berlalu...

member B : apsal ko bagi duit kat dak td??
member A : sian la kat dak tu... dari jauh datang... at least duit tu boleh dia buat makan minum
member C : dah.. dah.. xyah nak mengumpat dak tu... nak bagi tu.. bagi jer... xnak bagi diam2... aku taw ko xnk bagi sbb banyak dah citer org pakai dak2 camni minx sedekah... pastu duit tu dorg 'makan'...
aku : betol2... bagi biar ikhlas xnk bagi diam2 jer...

3. Dalam kereta tunggu adik aku balik tuisyen

knok!! knok!! --> tingkap diketuk

aku : ye dik??
budak tahfiz : assalamualaikum bang, sy dari bla bla bla... ni ade jual kerepek untuk perbelanjaan kami di bla bla bla....
abah : dik, amek ni duit belanje makan minum awk bukan duit tok pondok ek...

budak tahfiz berlalu...

abah : sian la budak tu... dtg jauh2 nak jual kerepek... hmm...
*nak tengok wayang FREE?? jom ikot aku...

nampak x ketiga-tiga situasi yang berbeza di atas??
semua mempunyai tujuan yang sama iaitu memperoleh sedikit bantuan untuk kegunaan harian. Namun ada segelintir pihak mudah salah sangka, bagi aku perkara tu normal dengan keadaan zaman sekarang.

Korg bayangkan kalau korg keluarkan dompet untuk bagi derma tu then yg datang derma tu capai dompet korg dan lari?? Sebab tu aku lebih mengambil langkah berjaga2 dlm ape jua keadaan sekalipun...

Pada pandangan aku la... perkara2 kat atas tu x sepatutnya berlaku. jom teliti situasi kat atas satu persatu....

1. Situasi Muallaf meminta sedekah
aku yakin ramai yang pernah mengalami situasi ni. Bagi aku dalam negara Islam (yang pemimpin2 negara dok canang Malaysia ni negara Islam) x sepatutnya muallaf ni meminta sedekah. Sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi mereka yang memeluk Islam keluarga & sahabat2 akan menyisihkan mereka. Jadi kita sebagai saudara se-Islam membantu mereka, bukan sahaja membimbing mereka tapi dari segala aspek. Sepatutnya mereka diberikan bantuan sehingga mereka boleh menyara hidup mereka sendiri.
*memang patut abang tu merungut sbb aku x tolong dia... --> mungkin aku terlalu berhati2??

2. Situasi Anak-anak Yatim meminta derma/bantuan
yang ni lagi la x patut berlaku dalam negara yang dikatakan membangaun ni...
"Dan berikanlah anak-anak yatim (yang sudah baligh) harta mereka, jangalah kamu menukar sesuatu yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan (menukar & memakan harta anak yatim itu) adalah dosa besar"
- An-Nisa- ayat 2 --> SUMBER
nampak?? Firman Allah s.w.t amat jelas maksudnya, anak-anak yatim x sepatutnya disuruh meminta2 seperti pengemis... kedudukan mereka mulia disisi Allah & Rasul-Nya. Sepatutnya pengurusan asrama/tempat perlindungan anak-anak yatim ni mencari bantuan untuk anak-anak yatim pada kerajaan (Pusat mahu pun Negeri) atau pada NGO yang ada.

3. Situasi Pelajar-pelajar Tahfiz
Ini satu lagi situasi yang aku x boleh nak terima, kenapa nak membeza2 kan pendidikan?? kenapa SBP, MRSM dll boleh dapat bantuan sepenuhnya sedangkan Madrasah, Sekolah Tahfiz dll diabaikan?? hanya kerana mereka menjurus kepada bidang agama mereka di pinggirkan?? adakah kerajaan berfikir yang golongan ini tidak membantu apa2 pada kerajaan satu hari nanti??

Pada pendapat aku la kenapa kerajaan x sediakan modal untuk ketiga-tiga golongan ni untuk berniaga?? Kerana 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Kalau la anak-anak yatim/muallaf/pelajar tahfiz bukak 1 kedai runcit keuntungan dari kedai tu 100% boleh dijadikan wang sara hidup mereka. Tak perlu nak jalan jauh2 sehinggakan menimbulkan syak wasangka orang ramai.

tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
*Iklan Blogger* --> Blogger ni tanya kalau AWEK korg lagi terer main GITAR dari korg camne??
*nak Rm1000?? jom join kontest F&N nih...
*Hargailah Hero-hero kita ni....

Thursday, July 07, 2011

Rezeki Allah s.w.t yang bagi BUKAN ko derr....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ini aku nak berkongsi cerita pasal pendapatan (duit) dari internet. Says.my & Churp2 merupakan 2 syarikat pengiklanan yang tidak memerlukan blog, login pon hanya menggunakan akaun Facebook masing2. Mudah bukan?? akan tetapi ada juga insan yang tidak memahami. 

Bila dah join Says or Churp2, apa yang perlu dilakukan adalah menyebarkan iklan mengikut link yang telah di khaskan untuk kita tadi sama ada menggunakan e-mel atau laman2 sosial seperti Facebook & Twitter. Aku seperti manusia lain menggunakan FB sebagai 1 ruang untuk mengiklankn link2 Says & Churp2. Selalunya aku akan promot iklan2 ke wall member2 sekolah & ruang group batch aku.

Namun bukan aku sorg jer yang buat macam tu... ade lagi rupnyer kawan2 aku yang buat macam tu... so kirenyer ada persaingan di situ. Tapi aku x kesah... sebab aku percaya jika rezeki ada di mana2, aku ade blog & diblog aku x lupa untuk selit2kan link iklan2 tu secara terang2...

Lumrah alam... ade pro & con dalam sesuatu hal... dalam aku dok post kat wall group tu ade pulak yang x senang duduk...

PRO
aku --> post iklan ajak member2 join buat duit secara online(join iPanel)
kawan A : benda ni betol ker?? bleh caye ker??
aku : boleh jerr.. aku dah join...
kawan A : brape banyak ko dah dapat??
aku : ade la sikit.. kalau rajin banyak la dpt... aku buat sikit2 jer...
kawan B : benda ni boleh pakai.. aku pun dah join.. byk lagi company buat camni yang penting rajin jer...

CON
aku --> post iklan+tambah sikit2 ayat untuk menarik minat kawan2
kawan X : dah bape banyak duit ko dapat??
aku : ade la sikit... dah boleh cash out daa ni...
kawan X : sekali klik ko dapat bape??
aku : 20-40sen jer...
kawan X : JANGAN HARAP AKU NAK KLIK!!!
aku : errr...--> malas nak layan orang macam ni...

untuk pengetahuan anda2 semua yang bersikap negatif macam yang kat atas tu... kalau korg rase korg x klik iklan2 aku tu boleh buat aku mati korg SILAP!!! korg x klik aku x rugi 1 sen pon.... aku x buang tenaga & masa pon sebab ramai jer yang klik iklan aku tuh... bukan nak riak atau menunjuk hebat tapi korg fikir2kan laa... kami ni bertindak sebagai promoter iklan2 tu & di bayar mengikut kadar2 tertentu... persoalannya di sini ADAKAH SALAH KAMI MENCARI REZEKI HALAL DENGAN CARA YANG SEDEMIKIAN?? cara kami menggangu anda sekalian?? ADAKAH KAMI MENGGUNAKAN KATA2 LUCAH MAHU PUN KESAT SEMASA MENGIKLAN??

kawan2 sedar la REZEKI tu ALLAH S.W.T yang bagi... bukan korg... kalau dah tertulis di Luh Mahfuz yang aku xde rezeki(x dapat duit dari iklan tu) mmg xkan dpt duit la aku... apa yang aku lakukan hanyalah usaha & berdoa semoga ada rezeki dari usaha2 aku tu... renung-renungkan dan selamat beramal...


*anda semua dijemput ke Event F&N untuk mencipta REKOD & sertai contest INI untuk peluang memenagi iPad 2

Tuesday, July 05, 2011

Macam-macam ada untuk korg...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Life is RACE!! ada sesiapa yang bersetuju dengan pegangan ni?? mungkin ada yang yan bersetuju & ada yang tidak tetapi apa yang anda dapat dalam hidup yang dianggap sebagai PERLUMBAAN?? selain kepuasan diri sendiri pernahkah anda terfikir yang kadang kala PERLUMBAAN menawarkan hadiah2 lumayan?? Jom tengok apa yang ada untuk anda :

Hadiah2 yang anda boleh menangi iPad 2, HTC Desire, Canon EOS 550D berminat?? JOM RACE!!!
*Perlumbaan paling SELMAT & JIMAT

kalau dulu pencarian harta karun memerlukan kekuatan fizikal+mental kali ini mental anda lebih diperlukan kerana ia dijalankan secara ONLINE!!! YA!!! ONLINE!!! hadiah lebih RM75 000 untuk anda menangi
*saya DAH join.. anda nak join?? --> klik SINI

kontest berunsurkan game ni menawarkan iPad 2, iPod Touch, PS 3 & prepaid hingga Rm300 untuk anda... jadi jom JOIN CEPAT!!!

4. Kontest Lama tapi Hadiah makin BESARRR!!!
sape tahu pertandingan KIRA & MENANG?? meh nak rotan skali... ni pertandingan dari zaman tadika sampai la masuk kolej pon ade lagi rasenyer... kalau tuan2 & puan2 rindukan contest senang macam nih meh join KIRA & MENANG dari F&N ni... Rm1000 setiap minggu untuk dimenangi....

5. Peluang Bermain ATV
minat sukan lasak?? peluang untuk anda mencuba kini TERSEDIA!!! nak JOIN?? --> SINI

6. TV kini membantu anak2 untuk belajar??
Calon2 PMR & SPM kini boleh menonton TV sambil belajar... untuk maklumat lanjut klik --> TV-PMR & TV-SPM

bagi kaum Hawa anda semestinya ingin ber-shopping sakan sekiranya mempunyai wang yang banyak namum tahukah anda Mastercard ada offer sempena MEGA SALE. 

Jangan lupe Join event F&N kat Bukit Bintang pada 23 Julai 2011. Kalau anda semua x boleh berenggang dengan internet langgang plan terbaik ni....

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

16 Mei cukup bermakna buat mereka yang bergelar guru atau lebih mesra kita panggil CIKGU


tahukah anda 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh 16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut telah dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. -- SUMBER

even dah terlajak nak ucapkan SELAMAT HARI GURU
aku buat entry ni khas tok cikgu2 aku....
bukan bermakna aku x ucap Selamat Hari Guru kat cikgu2 aku....
aku dah pon sms kat cikgu2 (yang mane ade no je laa....)

kepada cikgu2 SK Merbau Sempak
TERIMA KASIH yang x terhingga kerana mendidik saya dari Darjah 1-6....
mengajar dari A sampai Z...
mengira 1 sampai 10...
tanpa asas yang kuat saya tidak mampu untuk skor dalam UPSR...
TERIMA KASIH CIKGU
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Asiah

kepada cikgu2 SMKA Simpang Lima
TERIMA KASIH tidak terhingga kerana telah memberikan didikan agama & mendisiplinkan diri ini
Cikgu Mutalabisin yang baik hati
Ustaz Rahim yang tegas tapi berhati mulia --> Ustaz mmg cool bila masuk bab KRS
Ustaz Baharudin yang x jemu2 mengajar Bahasa Arab --> Ustaz ni terer gak bab komputer
Ustaz Kamaruzaman & Ustazah Bunyamin yang bersungguh2 ajar Bahasa Arab kat saya
Ustaz Rizalman yang sedap azannye... --> selalu time subuh mmg cepat jer bangun kalo ustaz kejotkan
Ustaz Mohd Nor yang penyayang --> nasik lemak ustaz memang terbaik!!!
Teacher Zuraidah yang mengajar Bahasa Inggeris
banyak lagi cikgu2 yang telah berjasa dalam mendidik diri ini....
*Al-Fatihah buat arwah Cikgu Fauziah & Ustaz Subri
salah seorang hasil didikan SMKA Simpang Lima --> berita lanjut

kepada cikgu2 SMTKL@TIKL
TERIMA KASIH diucapkan kerana telah banyak membuka minda diri ini dengan lebih luas....
Cikgu Omar : luar keras dalam lembut jer....
Ustaz Kamal yang tegas bila perlu & senang berkawan dengan beliau
Cikgu Radziah yang ajar Add-Math mase form 4
Mr. Lim & Pn. Doren yang sempoi dalam mengajar Physics
Teacher Noresah dah macam mama kami kat sekolah...sgt cool....
*Al-Fatihah buat Tok Ban yang telah banyak berjasa pada TIKL..... 

kepada pensyarah2 UTHM 
TERIMA KASIH atas segala ilmu yang diberikan & mendidik saya ke arah yang lebih positif...
credit to Chad Cikun
disini saya ingin memohon sejuta kemaafan andai ada salah silap, terkasar bahasa dan lain2...
saya doakan kalian diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk terus mendidik anak2 bangsa &
semoga dilimpahkan rezeki yang halal
jasa kalian mendidik diri ini hanya Allah S.W.T yang mampu balas...tiada hadiah yang mampu diberi sebagai balasan dalam mengajar diri ini....

Sunday, May 08, 2011

Minyak Naik Tapi...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Harga minyak petrol RON97 naik lagi bermula 12.00 tengah malam 5/5/2011

merujuk kepada tajuk kat atas tuh...

harga minyak sentiasa naik tapi korg pernah fikir x ade benda yang x naik2??

Minyak naik tapi gaji x naik2...
Minyak naik tapi duit claim minyak x naik2...
Minyak naik tapi duit pinjaman pelajaran@PTPTipu x naik2 gak...
Minyak naik tapi subsidi x naik2 jugak...--> x kire la subsidi ape pon...

walaupon aku pakai minyak RON95 tapi aku jugak akan merase ke-naik-kan harga2 barangan...x kira makanan, barangan harian dll... sila teliti situasi seorang AYAH di bawah :

pembekal berkata kepada pemborong -->
"ini hali ayam naik halega 50sen aa...minyak naik"

pemborong berkata kepada peruncit -->
"Bang hari ni rege(harge) ayam naik 50sen taw...pembekal kate sbb minyak naik rege..."

peruncit kepada pengguna -->
"rege(harga) ayam hari ni rm8.20 sekilo ek..."

pengguna ---> speechless.... x beli anak2 kat rumah merengek nak makan berlaukkan ayam...

teliti pulak situasi seorang student -->

balik dari exam or test mmg malas nak memasak so kami singgah ke kedai tok proses menapow nasik berlaukkan AYAM

aku : eh?? kecik gler ayam nih...2-3 ari lepas besar jer...
member : rege(harga) naik lagi la tuh...
aku : ye ke?? --> smbil menuju ke kaunter
pakcik cashier : ayam 2 ketul ek?? air??
aku : aah..kecik la ayam nyer...bandung ais...
pakcik : ayam mahal skang ni dik...RM6.00 dik...
aku : ooo..yeke...--> bayar dgn paksa-rela

pembekal sengaja carik sebab untuk menaikkan harga...meh tgk equation kat bawah :

hantar ayam guna lori --> lori guna diesel --> 
ape kaitan harga minyak RON97 naik dgn harga ayam??

pelajar yang mengharapkan duit pinjaman@PTPTipu mmg x cukup untuk menampung kos hidup lagi2 area KL, JB & Penang. Atas sebab tu la ade PELAJAR JUAL DARA... kerana kesempitan wang maruah digadai begitu sahaja...benda ni bukan terjadi pada mahasiswi jer tapi mahasiswa pon ade yang jadi 'anak ikan' kepada isteri2 VIP,  VVIP or Dato'2, Datuk2...benda2 macam ni pernah dibongkar oleh Majalah Mastika.

Renung2 kan lah wahai mahasiswa/i sekalian...

*Jom join contest ni tok uji KEBERANIAN korg kat SINI
*nak IMPIAN korg jadi REALITI?? jom tgk SINI

Saturday, May 07, 2011

SAH !!! Dunia nak KIAMAT daa....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

pagi sabtu yang indah...
lepas sarapan bersama Noh Hussin di kedai 'awek' depan rumah...('awek' tu xde lak arini)
seperti biase aku akan bukak beberapa paper online untuk dibaca..
kot2 ade berita menarik-tertarik kau mmg da-bomb...
sekali tgk berita kat Kosmo! Online

|
|
|

PELAJAR JUAL DARA bukan DARAH
ni bukan kali pertama aku baca berita macam ni...
x payah nak susah2 tengok kat negara luar..tgk jer dalam Msia ni....
student2 IPT kat Malaysia ni berapa ramai yang jadi part-time lover...
berapa ramai pulak yang mengandung anak luar nikah??

PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA : 

1. kurang didikan agama
2. kurang kasih sayang keluarga
3. masalah kesempitan WANG

kenapa aku bold-kn pada point ke-3?? isu tu aku akan kupas dlm entry akan datang...

Saturday, April 23, 2011

bila 2 ex-SLISS & ex-TIKL@SMTKL......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ape kabar semua?? harap2 korg sihat2 la..lg2 buat student2 yg sedang & akan menghadapi final exam...
entry kali ni aku just bercerita pasal member skola aku...
dia ni dari f1 sampai la ke f5 1 skola ngan aku tp x pernah 1 klas ngan aku...
tp ktorg knal atas urusan2 seperti sukan & unit uniform --> wa atlit gak derr...
ok! sudah2 dgn mukdimah pnjg berjela...
tu bukan point entry kali nih..tp point sebenar adalah  --->

layan pic dulu...

1. Klik tok zoom secare melampau

2. skali lg klik tok zoom secare melampau

3. last klik tok zoom secare melampau
ni la jadinyer bila 2 ex-SLISS & ex-SMTKL a.k.a TIKL saling nasihat menasihati...
see?? 
kalo mcm ni la org nasihat aku komfom aku segan...
sumpah!! x tipu...
nasihat secare baik..lemah lembut...
Alhamdulillah sebab aku ade sahabat yang macam ni...

*setiap insan dijadikan serba kekurangan tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk memperbaiki kekurangan tersebut...

Tuesday, April 19, 2011

Tarikan Mahasiswa/i??

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

terkejut aku bace paper on-line pagi ni...


pergh....sebuah pusat hiburan cuba menarik pengunjung dari golongan mahasiswa dengan menganjurkan 

"parti pakaian seragam kolej"

persoalannya di sini...adakah mereka hanya menumpukan pada MAHASISWA sahaja??
fikir balik...
dari mana pusat hiburan tu nak mendapatkan pekerja PEREMPUAN yang sesuai untuk memakai 
PAKAIAN SERAGAM kolej?? mustahil la mereka nak bagi GRO yang tua2 tu untuk pakai 
PAKAIAN SERAGAM kan?? mesti la dorg carik yg muda2 n yg penting muke tu kena la remaja kan??
jalan paling mudah adalah dengan membuka peluang kepada MAHASISWI yang belajar berhampiran untuk berkerja dengan mereka??

jadi godaan bukan sahaja pada MAHASISWA tetapi juga pada MAHASISWI!!!
jika MAHASISWA digoda dengan GADIS-GADIS SEKSI..
MAHASISWI pula digoda dengan lambakkan duit dari 
pusat hiburan tersebut & lelaki hidung belang....

dengan keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi2 skrg ni...
aku rase x mustahil lg 9 bulan keluar front page tajuk :
"MAHASISWI XXXXX lahirkan anak luar nikah"
MAHASISWI itu..MAHASISWI ini...
lepas tu MAHASISWA ini..MAHASISWA itu...
kepada mahasiswa/i di luar sana fikir2 kan lah...

aku x pernah g clubbing2 nih tapi aku seorang lelaki normal yang mempunyai 9 akal &  1 nafsu....

*jom undi Malaysia sebagai Hub Facebook!! --> SINI & SINI
*nak menang hadiah menarik??--> SINI

Monday, April 18, 2011

Suka, Minat, Sayang & Cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni nak ajak korg sumer berfikir & kalau boleh berikan pendapat korg...
x kisah la korg nak komen ke...nak buat entry baru ke[kalau buat entry baru tlg tgglkan link korg kat sini sbb nnt boleh bace pendapat korg]

Definisi :

1. Suka
perasaan manusia yang biasa...lebih kepada kekaguman pada seseorang berdasarkan ke-cun-an/ke-henseman seseorang tu dan kebiasaan nyer perasaan ni x lame.. kejap jer...

2. Minat
yang nih aku rase bila korg suka kat seseorang@artis dimana korg mula ambil berat@kisah sumer benda pasal dia...ape dia buat..ape dia makan..smpi satu tahap korg ni boleh digelar STALKER!!!

3. Sayang
sayang ni banyak pulak citernye..sayang sebagai adik/abang/kakak, sayang mak-ayah, sayang kawan2 dll.. Sayang pada harta benda dipanggil Materialistik ok?? --> sumber rujukan

4. Cinta
cinta biasanyer melibatkan perasaan sayang terhadap org luar dari family/kawan2 atau melibatkan kawan2. Cinta itu buta, kerana cinta x mengira paras rupa & usia. Dan kerana cinta juga family/kawan2 sanggup ditinggalkan begitu sahaja. Kerana cinta kita sanggup buat apa sahaja untuk org yang kita cintai.



tapi bagi aku... SAHABAT orang yang terpenting selepas FAMILY


*untuk semua yang aku sayang --> klik SINI 

Monday, April 11, 2011

Mahkluk Berbulu & 'Skandal' Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin balik ke rumah kejap...
bila ade kt rumah segala benda yang berkaitan dengan on9 mmg akan terabai...
dari FB ke blog ke twitter dll...
kalo dok rumah mmg xkn ade privacy+segala masa x memihak pada aku...

sekarang aku nak perkenalkan makhluk berbulu2 yang baru kat rumah aku...
macam biase aku xleh la letak pic banyak2 sbb nnt ade yang x puas ati lak kn...

layan gambar kt bawah dulu....

Tuah dah besar

Cipok dengan anak2 [4 ekor tuh...]

another family Baby ngan anak2

Si Memeh anak Baby

Si Ciko anak Baby

untuk 'skandal' baru aku...
aku just boleh type namenye sahaja....
sbb aku x sempat nak amek pic beliau...
korg kena search kt gugel tok melihat beliau.....

Nama : Toyota EX Salon
No Siri : WHA XXXX
Warna Kulit : Hijau 
Besar Perot : 1.6 cc
Makanan : belum dapat dipastikan

Kak Nasuha & Kak Maera jgn jeles......huhuhuhu

*pic selebihnye akan di-hapdet kat FB aku...
*korg nak hadiah free x?? meh daftar SINI then klik SINI

Wednesday, April 06, 2011

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....ade yang terase ker??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

siyesly bangun pagi tadi siyesly aku gelak guling2....
bukan aku sorg....ade lg yg gelak skali ok....

aku nak tanya :

ADE LAGI YANG SAKIT HATI DENGAN AKU??

kalau ade silalah tego dengan berhemat...

ok2..aku taw ler aku ni newbie....
tp aku xde niat mencetuskan pergaduhan or nak buruk2 kn sesape....
mesti korg sumer nak taw amende la aku dok merepek2 nih....
sila bace entry ni ---> SINI 
bace smpi habes...smpi ke ruang komen tuh....
haaa.....korg rase nak tergelak x??
maybe x bagi korg....
tp bagi member2 blogger dr UTHM mcm OnlyZul, SalemAziz, Iqbal Hakimi & Zulhilmi
ktorg yg sememangnyer newbie2 nih siyes rase klaka....
dalam entry tu aku x mention pon sape2 yang x bagus....

kesahnyer macam ni.....
aku post link blog aku kt wall FB si gf..yela nak jugak aku si gf yang femes tu dtg terjah blog aku n komen 1-2 entry....mcm Yuyu, Taufiq Helios, BroFramestone, Kak Nisa Kay, Kak Maera singgah n komen2 sini....
tetibe si bf yang bace blog aku n terase....eh!? siyesly aku xde niat langsung nak tujukan benda tu kat korg....
siap buat entry & backlink ke entry aku balik...
mane x gumbira hati dpt free backlink....
siap mention baiiikkkkkkkkk punyer.........
aku rase x perlu aku mention blog tu....

DI SINI SAYA INGIN MEMOHON KEMAAFAN ANDAI ANDA BERDUA TERASA DENGAN PENULISAN SAYA

yang aku buat entry tu buat newbie2 yang suke sgt tiru style blogger2 lain....
xtaw pulak ade yang terase....tp bile aku terjah si bf punyer blog aku suke ayat dia...

klik untuk zoom secara melampau....
aku rase aku dah post pasal cara2 menasihat dulu...
nak tego tu biar la beradab...

yer..aku sedar aku ni newbie x macam ko yang femes....
yela...follower aku baru bape...x macam ko yg dah beratus2 dah nk masuk ribu2...
yela...aku newbie x layak nak tego otai cam ko.....

*aku baru lepas dgr talk dr BroFramestone...mmg TERBAIK!!!

Friday, April 01, 2011

Ape kes nih!!?? bila April.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bila April
hati mula berkata...

lagu Fazley suatu ketika dulu....
apsal aku teringat plak lagu nih kn??
haih...bukan ape...
kita skang dah pun masuk bulan April...
aku bukan nak citer pasal April Fool or bagi idea2 untuk korg pedajal member2 korg...
INGAT!!! HARAM BAGI KITA SEBAGAI UMAT ISLAM HARAM MENYAMBUT APRIL FOOL!!!

klik--> sini

back to the real point...
tetibe member2 aku nak balik kampung...
minggu ni jer ramai yg nak balik kampung...
smpi blogger2 pon balik kampung...ape cer??
kebetulan la pulak arini 1/4/2011 sebab tu la aku teringat lagu tuh....
tetibe lak aku rase nak balik kampung jugak.....
tp mak x bagi.....

wuuu....(T_T)
sedey gler....

Bila April juga membawa 1001 maksud kepada semua student final year...
yang degree dengan PSM-VIVA nye...
yang diploma dengan Projek Diploma-Presentation nye...
*bagi student 1st & 2nd year prepare tok final exam lak...


*all the best 4 all my friends...

Wednesday, March 30, 2011

Malunya aku....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kelmarin aku dgn group projek subjek Air-cond design overnight di McD, Bt. Pahat
membuat report & slide smpi selesai....
bayangkan dari jam 12:00am@00:00 ktorg smpi...
smpi ke 5.45am tu baru selesai...
siap breakfast bagai...
tp tu bukan benda yang aku nak cter kali ni...

waktu ktorg pack barang untuk balik tu dlm 5.30am McD tu penuh dgn Chinese...
siap pakai uniform skola bagai...


see?? yg amek sos tu...yg sebelah kanan tu...

tgk sebelah kiri tu...
aku terfikir....

"eh!? awal gler dak2 ni bangun...skola kan 7.30pg baru start??"

cuba korg fikir balik...
org bukan Islam boleh bangun awal2 pagi kenapa kita x boleh...
serius aku rase MALU gler...
dorg bangun untuk mencari rezeki dipagi hari...
*mase aku nak balik tu dah pnjg Chinese berbaris tok beli breakfast

tapi kita?? org Islam??
komfom atas katil melayan mimpi2 indah....
jangan kate nak bangun awal...
kalau pun bangun..tu pun untuk solat subuh then??
sambung balik tido....
x perlu tgk org lain..aku pon same jer....

Bukti-bukti mengikut Hadis ---> Klik SINI

penoreh2 getah mmg bangun awal pagi...

*lepas ni nak bangun awal pagi

Tuesday, March 29, 2011

Bila borak dengan Mak...

Masa : Awal Mac 2011

aku : assalamualaikum Mak...watpe tu??
Mak : Waalaikumsalam..xde watpe..baru lepas mengaji...nape angah??
aku : xde ape..saje jer tepon..dah makan??
Mak : dah..kami kan makan awal...
aku : adik watpe??
Mak : biase laa..keje skola...ko xnk balik ker??
aku : err..banyak test ni...
Mak : xpe laa..buat yg mane penting dulu(dlm nada kecewa)
aku : nnt angah free angah balik laa...'makcik2' tu mane??
Mak : ade ni haa..si Baby baru beranak...
aku : haa!? beranak pulak?? kat mane??
Mak : bawah katil ko laa...
aku : Tuah mane??
Mak : dlm sangkar kt luar...

bla..bla..bla...

Masa : Akhir Mac 2011

aku : Assalamualaikum...
adik : waalaikumsalam..sape nih??
aku : angah...pggl mak...
adik : makkkkk....angah....
......
mak : assalamualaikum...ade ape ngah??
aku : waalaikumsalam, xde ape laa..saje jer tepon nih...(pada hal nak minx duit)
mak : dah makan?? 
aku : dah td...
mak : banyak lg test??
aku : ade lg 2-3 ni...test 2...
mak : buat elok2...
aku : yer...'makcik berekor2' mane?? 
mak : si Baby dok ngan anak2 dia...si Cipok baru beranak pulak...
aku : haa!!? beranak lg?? 
mak : aah...
aku : katne??
mak : bawah almari mak...
aku : laa...Tuah mane??
mak : dlm sangkar laa...dia bahagia dok situ...
aku : hah..elok la tuh..abes si Baby ngan anak2 dia nk campak mane lak nnt??
mak : tah laa..tgh pening nih...
aku : nnt mak masuk duit minyak skit...
mak : berapa??
aku : alaa..mak tanya abah laa..agak2 jer...
mak : duit makan ade??
aku : ade....ni over budget sket...
mak : yelah....
aku : nak renew lesen lg nih...
mak : eh?? bkn ko dah renew ke aritu??
aku : dah setahun la mak...cukop bulan nih mati laa
mak : yelah...
aku : angah guna Myeg jer....
mak : ape tu??
aku : alaa renew guna on9 jer...
mak : boleh pulak??
aku : boleh jer...byr guna Maybank2u
mak : ooo....
aku : aa..nnt study week x confirm lg balik...
mak : knape?? 
aku : present projek dip masa study week....lepas tu exam 25/4 lak...
mak : xyah balik la camtu....
aku : alaa..abes nak tukar kete??
mak : nape lak nak tukar??
aku : nak pakai PCD....
mak : alah....x abes lg tu...abah tgh buat lg....
aku : byk sgt ke??(siyes rindu kt my Sayang)
mak : malas nak amek taw....
aku : .... (T_T)
ramai pulak member2 aku nak balik rumah memasing....
tu laa....mak swoh balik xmo balik....
ni mak dah x bagi balik pulak....wuuuuuu
naseb rumah sewa ni tepon free rumah-ke-rumah

*rindu my 'Sayang'....kalo nk kenal-->KLIK SINI 
*skandal yg aku bawak skang xde dlm gambar...
*nak kenal si Baby & Cipok?? KLIK SINI
*tggu tutorial Myeg ok??

Monday, March 28, 2011

Silent doesn't make you....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

1. Silent doesn't make you weak
berdiam tidak bermakna kita lemah, berdiam itu lebih baik bagi meredakan keadaan yang tegang..bila dah reda baru la kita bercakap.

2. Silent doesn't make you guilty
berdiam tidak bermakna kita bersalah, berdiam itu lebih baik bagi menjelaskan sesuatu perkara dalam keadaan yang tenang & akal fikiran yang waras.

3. Silent doesn't make you idiot
berdiam itu x bermakna kita bodoh dan yang banyak bercakap x semestinya bijak pandai.

orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap

4. Silent doesn't make you immature
berdiam itu x bermakna kita tidak matang, berdiam itu menunjukkan kematangan seseorang mengikut situasi.

5. Silent doesn't make you poor
berdiam itu x buat kita miskin pun, sebab dalam diam kekayaan pahala datang...

kata-kata hikmah : jika berdiam itu lebih baik, maka diamlah. Tetapi jangan sampai PENYAMPAIAN agama itu terbantut kerana "DIAM"nya anda..

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barang siapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya"

prinsip : aku berdiam menunggu masa untuk.....

Saturday, March 26, 2011

Down

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

mood : seriously down

siyes aku cakap aku tengah down...se-down traffic blog aku ni[xde hapdet xde la traffic mencacak2]..
segala benda aku buat x menjadi...
ade saje yg buat aku rase x kena....
ade saje yg buat aku rase nak marah...

study : makin berlambak report+asignment+project+test
social life : sekarang ni tgh perang dunia
blog : xde mase+idea kering kontang/mengarut2
kesihatan : x menentu...

dalam aku down ni ade pulak pihak2 tertentu nak bermain api dengan aku....

bak kata pepatah 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'
kalau aku bertindak melulu keadaan akan bertambah buruk... 

kawan2 : ko bagi jer sedas dua kat dorg...
aku : ikutkan memang boleh...tapi tu menunjukkan aku same jer cam dorg...
kawan2 : aku nak gak tgk ko 'beraksi'...
aku : jangan...'aksi' aku bukan kosong...bapak aku x bagi...

*aku nak tgk sejauh mane korg boleh buat...

Thursday, March 24, 2011

Promosi Projek Keusahawanan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

ok!! straight to the point....
entry kali nih nak promot bisness tok projek Keusahawanan....

Projek Ayam Percik & Chicken Chop Kampung Style [Group Fatah]

details :

ayam percik - RM 1.50
Chicken Chop - RM 3.00 (Inlcude Coleslaw & Mashed Potato)

Gambar hiasan

yang ni real!!!

*Kos penghantaran- 50 sen
*Waktu penghantaran 9.00mlm-10.00mlm
**pemberitahuan untuk tempahan akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui FB & HP

Contact Number untuk TEMPAHAN :


[0137904903-Azlizul]
 [0137469322-Are-Rule Shah]
 [0137560185-Ahmad Fattah]
[013-7912142-Hatim]
[017-7313363-Fahmi]

BANANASALAI [Group Ecah-Yuza-Mas-Ain]

details :
Rm1 sebatang
perisa :

>mexican chocolate'
>madagascar tropical
>brazilian honey
>vegas berry



tempat : pintu masuk kolej TDI, UTHM


ArtNoob [Group Noh-Izzat-Chad-Apis-Sahar]

see the poster for details :
sememangnya mereka amat pakar dalam bidang ini

*jom support mereka!!!
*Nama2 blogger telah di-link-kan ke blog mereka

Thursday, March 17, 2011

Lelaki VS Perempuan [Part 1]

Assalamualaikum & Salam sejahtera

entry kali nih aku nak share beberape perbezaan Lelaki & Perempuan
tanpa membuang byk masa jom tgk kt bawah nih...

1. berbual

lelaki : biase berbual mengenai kerja/masalah2 setempat/kereta & moto dll
perempuan : gossip+mengumpat artis/rakan sekerja/jiran tetangga selain menabur fitnah(yela..dr mengumpat tu la timbul fitnah)


2. cara panggilan/nada perbualan

lelaki : kasar dan penggunaan kata2 kesat adelah biase..kecuali yg jenis2 nyah/sutun dan yg same jenis dgn nyer...

perempuan : lemah lembut smpi kdang2 x dengar bler dorg pggl/bersuare...kecuali tomboy/pengkid dan yg sekaum dgnnyer....


3. kerja (asignment/homework)

lelaki : lebih simple dan selalu berpegang pd prinsip "asal siap"
perempuan : lebih teliti+kreatif


4. shopping

lelaki : x memilih sgt...prinsip membeli "murah & selesa"
perempuan : cerewet sgt....prinsip membeli "cantik/cute+kaler pink menjadi keutamaan...harge pikir kemudian"


5. membeli kereta

lelaki : memikirkan byk aspek seperti kereta mengikut kegunaan(jarak jauh/jarak dekat), kos petrol(petrol makin mahal bukan makin murah...), keselesaan, plg penting KESELAMATAN!!
perempuan : yg plg kiut menjadi keutamaan...


6. servis/repair kenderaan

lelaki : kalau boleh dorg nk repair sendiri jer....
perempuan : sikit2 "Hello...kete i rosak bla bla bla....." pastu...tow truck mari.....


7. aksesori

lelaki : spek hitam, kasut, jeans, kdang2 t-shirt yg brand sket....
perempuan : tudung/shawl, baju xyah cter laa...kasut berpasang2 rantai, gelang, jam tangan yg kiut-miut

8. keluar dating/hangout

lelaki : aksesori kt atas tu+minyak rambut/gel+deadorant kasi wangi skit jer
perempuan : aksesori kat atas tu di-doublekan+make-up 2-3 inci...

9. berbelanja

lelaki : bab kewangan nih lelaki mmg fail..sbb tu lelaki bujang ujung bulan jer makan mee segera/telur goreng/sardin....

perempuan : dorg maybe terer bab pem-bendahari-an nih tp....dorg kalah dgn nih 


10. apabila tercetus masalah/isu

lelaki : berfikir secara logik
perempuan : berfikir dengan emo nyer...
logic vs emo

*setakat ni dulu penilaian aku...
*sape2 nk tmbh boleh komen kt bawah....
*minx maaf kalo ade salah silap...



Saturday, March 12, 2011

dimanakah letaknye akal fikiran & kematangan??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

entry kali ni aku nak start dgn cter yg aku adaptasikn dr kisah benar

Kisah A

Ana(umur 20-an) merupakan gadis yg cantik dlm kampung XXX, malang buat semua pemuda2 kampung tersebut kerana Ana telah pun ber-couple dgn seorang tentera, Adam(umur 30-an) nama pemuda yg beruntung tersebut. Nak dijadikan cerita seorang pemuda yang selalu makan di kedai mak Ana try untuk tackle si Ana ni. Pemuda tersebut bernama Karim(umur 20-an), dengan berkat sokongan keluarga Ana si Karim ni pon mula la mengorat Ana. Dipendekkan cerita Ana dengan Adam sememangnya x berape ngam. Maka itu memudahkan misi Karim untuk mengorat Ana. Dari berkawan sampai la nak ber-couple Karim x habis2 diserang oleh Adam kerana takot Ana pergi pada Karim. Oleh kerana hubungan Ana & Adam kurang disenangi oleh mak bapak Ana maka mak bapak Ana menyokong Karim sepenuhnya, bukan setakat mak bapak Ana tp adik beradik Ana semuanya memihak pada Karim.Karim mengajar Ana untuk bertudung, solat dll. Ana mula suka pada Karim namun hatinya berbelah bagi, memandangkan 3 tahun bersama dengan Adam.Namun Ana x pernah merasa bahagia dengan Adam kerana Adam hanya mencari Ana apabila ingin berseronok2 sahaja. Pada suatu hari Karim berdepan dengan Adam disaksikan Ana. Karim meminta Ana memilih antara Adam dan dia. Ana memilih Karim, namun selepas itu Adam x putus2 merayu pada Ana. Adam berjanji akan menghantar rombongan untuk merisik dan menjadikn Ana sebagai tunang secepat mungkin macam2 lagi yang Adam cakap supaya Ana kembali padanya. Bayangkn 3 tahun bersame tapi kenape tunggu ade orang lain nak kacau hubungan baru nak melamar untuk dijadikn tunang??

Kisah B

Kisah berlaku di sebuah kolej...Hani merupakan pelajar senior tahun akhir, dia berkawan dengan Alia, Ija & Husna. Hani & Alia tinggal di rumah sewa yang berasingan dengan Ija & Husna. Mereka berempat ni berkenalan dengan junior mereka, Fahmi. Fahmi seorang yang ramah & berprinsip. Hani & Fahmi mula rapat tp sebagai senior-junior kerana Fahmi sudah pun ber-couple dengan seseorang. Hani juga mempunyai buah hati yang belajar di kolej lain. Jodoh Fahmi dengan pasangannya x panjang kerana pasangannya meniggal dunia akibat luekimia, sejak dari itu Fahmi x pernah terfikir untuk mencari pengganti(setia la konon). Berlainan dengan Hani, yang putus hubungan buah hatinya kerana adanya orang ketiga. Namun disebabkan Hani ni boleh tahan marketnye maka x susah untuk Hani ber-couple dalam masa yang singkat. Hani & Fahmi masih berhubung seperti biasa. Akan tetapi ada yang tersalah tafsir melihat pada keakraban mereka, ini kerana Fahmi selalu menemani Hani & Alia keluar dan selalu menghantar Hani ke stesyen bas di pekan untuk pulang ke kampung halaman, tapi Fahmi berasa pelik sebab Hani x pernah berterus terang pada ibu bapanya tentang hubungan dirinya dengan Hani kerana kerap kali ibu Hani membuat panggilan ke telefon bimbit Hani bertanya berada dimana dan Hani biasanya menjawab "dalam kereta kawan..dah on the way ke stesyen bas", Hani menipu ibu sendiri..hendak ditegur takut Hani terasa hati jadi perkara itu didiamkan sahaja Fahmi. Bagi Fahmi, dia masih menghormati Hani sebagai senior x lebih daripada itu. Hani selalu menceritakan masalah pada Fahmi, oleh kerana Fahmi telah dilatih untuk menjadi pendengar yang baik maka dia sememangnya mendengar segala masalah yang dihadapi oleh Hani kadang kala Fahmi memberikan cadangan atau nasihat. Tetapi Fahmi x pernah nak bercerita masalah dirinya pada Hani. Fahmi yang juga rapat dengan Ija & Husna lebih senang berkongsi masalah dengan Ija & Husna kerana beranggapan mereka lebih matang. Sampai suatu ketika terjadi peristiwa yang merubah segalanya, Hani berasa cemburu apabila Fahmi keluar dengan Ija & Husna. Pada mulanya, Fahmi anggap itu perkara biasa..namun setelah berlarutan dengan beberapa peristiwa di mana Hani menunjukkan rasa cemburunya bila Fahmi berada disamping Ija & Husna, Fahmi mula merasakan ada yang x kena. Fahmi cuba untuk mendapatkan penjelasan dari Hani tapi Hani seakan2 mengelakkan dari dirinya.Memandangkan Fahmi faktor  kesihatan yang tidak menentu pada waktu itu Fahmi membuat keputusan ingin bertemu Hani pada waktu yang sesuai. Akhirnya Fahmi dapat juga berdepan dengan Hani, dari pertemuan itu Fahmi sudah hilang rasa hormat kepada Hani sebagai senior. Sewaktu pertemuan itu Hani berterus terang yang dia mempunyai buah hati yang mengongkong dirinya. Fahmi berasa tertipu dengan sikap Hani yang tidak jujur. Fahmi pernah bersumpah tidak akan mengganggu hak orang lain(awek), Fahmi dah serik terkena dahulu. Lebih membuatkan Fahmi marah Hani x berterus-terang yang dia sudah berpunya. Andai dia tahu Hani sudah berpunya dan tahu yang pasangan dia cemburu buta sumpah dia tidak akan sesekali menolong Hani walau ape pon. Fahmi pada ketika itu sakit akibat terkena 'buatan' orang yang mana punca dia terkena 'buatan' orang adalah HANI!! Fahmi diberitahu oleh kwn2 sekelas Hani yang Hani seorang yg mudah memberiharpan kpd lelaki & pernah Hani permainkan hati rakan sekelas sendiri.


ok..cukup la 2 cter yang panjang lebar tu...
cuba korg fikir...mane letaknya akal yang diberi Allah S.W.T.

dalam kes A : 
Adam yang dah bersame dengan Ana selama 3 tahun tapi x pernah terfikir untuk melamar untuk dijadikan tunang jauh sekali untuk dijadikan isteri..
Umur Karim yg lebih muda tetapi lebih matang berbanding Adam yg lebih tua..


dalam Kes B : 
akibat sikap Hani, Fahmi menanggung derita...manusia jenis apa ni??
dengan ibu bapa sendiri sanggup menipu??


*maaf kerana entry ini penggunaan ayat adalah amat2 skema
*sila kemukan pendapat anda di ruang komen
*dimana akal fikiran & kematangan??

Saturday, March 05, 2011

Alhamdulillah...ade jugak...tq sangat3....

Assalamualaikum & salam sejahtera

sedar x sedar da msuk bulan Mac tahun 2011 ni...
sedar x sedar jugak follower ak naik mendadak dari 30 lebey ke 125 skrg nih...
terima kasih yg x terhingga aku ucapkn buat semua follower aku...
penambahan follower jugak menunjukkan penerimaan segala perkongsian ilmu/coretan2 kt blog aku...

kpd semua blogger yg dah pon tlg review blog aku...
tq byk2...berikut adalah senarai blogger yg dah pon review/linkkn blog aku kt blog dorg..

1. Ayinayob (2x aku di review oleh beliau)
2. Taufiq Helios (tlg review blog aku ni kt blog beliau..rjin gler tlg pomot blog org len...)
3. Yuyu Zulaikha (link b4 gath n after gath)
4. Ben Ashaari (link bloglist)
5. Eija Hassan (review khas)


kpd follower2 yg aku blom follow korg balik...
tlg tgglkn link entry korg yg plg2 best utk aku bace...
x follow x bermakna aku x singgah blog korg...
baru2 ni ade yg un-follow aku...
ptot nyer mase aku tulis entry ni follower aku 126...
tp sbb ade yg un-follow aku tu yg jdi 125 balik...
xpe laa..nk wat camne...da bukan rezeki aku...
mungkin blogger tu rase blog aku ni x bermanfaat sgt...
mungkin jgak sbb entry aku yg s blom ni(sbb dia un-follow lepas aku post entry tu)
atau mungkin jugak yg dia mengharapkn aku follow blog dia pulak...
ape pon aku minx maaf sgt2 ats segala kekurangan blog aku yg x seberapa nih...



terima kasih yg x terhingga sbb sudi follow...
tlg tego mane yg ptot ye kwn2...

Pages

NuffX