CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum!!


Seribu senyuman belum tentu menawan hati

Satu jelingan sudah cukup menimbulkan

rasa benci membina kemesraan mengambil masa

meruntuh hanya sekelip masa

Semoga RAMADHAN mengukuhkan

Ukhwah yang telah terbina


Kami sekeluarga...ingin mengucapkan,

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,

Mohon maaf di atas segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan,

Di dalam sedar atau pun tidak sedar,

Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT


Kengkawan....


Sila baca peringatan & pengajaran di bawah

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan
Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya
jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.
Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya
dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah
sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.
*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll).
Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.

SELAMAT BERPUASA


Kemaafan dipinta.....

Thursday, April 16, 2009

FITNAH

Penyebaran maklumat yang pantas dalam era teknologi maklumat kini mendedahkan kita kepada kemungkinan difitnah atau menerima penyebaran fitnah. Kemudahan seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan e-mel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Apakah perbezaan antara mengumpat dan fitnah?

Mengumpat itu adalah perbuatan mengeji atau mengutuk orang lain di luar pengetahuan orang tersebut.

Fitnah pula adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah?


Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (riwayat Muslim)

Dalam al-Quran, Allah berfirman, …dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…(al-Baqarah: 191). Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat?

Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Antara sebabnya adalah fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Bagi Muslim, perbuatan tersebut akan menghilangkan ‘status’ sebagai Muslim. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?…” (al-Hujurat: 12) Sedangkan Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini, maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat. Ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah s.a.w.

Dalam surah al-Hujurat ayat 6, kita diingatkan supaya berhati-hati apabila menerima berita daripada orang fasik. Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui kefasikan seseorang itu?

Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan berhati-hati apabila menerima berita daripada orang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui Internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya atau ada udang di sebalik batu, maka ini juga tergolong dalam kategori fasik.

Tentang maksud fasik ini, ulama berbeza pandangan. Ada yang berkata, fasik itu ialah orang yang pernah membuat dosa besar. Satu pihak lagi mengatakan fasik itu ialah orang yang pernah melakukan dosa besar atau yang sentiasa membuat dosa besar. Ada juga berita-berita kecil yang disensasikan oleh media. Dan ada juga berlaku di mana orang yang terlibat itu seronok sebab berita tentang dirinya dapat liputan meluas. Padahal natijahnya ia menimbulkan kekacauan dalam masyarakat.Apabila masyarakat, terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah menjadi perkara biasa, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dalam Islam.

Apakah sikap dan tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa fitnah itu tadi?

Di dunia, mangsa berhak pertahankan diri dan minta pihak yang memfitnah itu kemukakan bukti dan kenyataan bagi menyokong kebenaran dakwaan tersebut. Dari segi doktrinnya, mereka tetap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah.Dari segi agama, mangsa perlu bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda s.a.w sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh.

Namun, jika sudah tidak mampu ditanggung atau ditahan lagi, kita akan melenting dan boleh membawa kepada kehancuran. Apabila terkena fitnah atau musibah, ia bukanlah 100 peratus keburukan. Mungkin yang kena fitnah itu akan terima sokongan ramai yang bersimpati dengannya. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah: 216).

Mari kita hayati kata-kata Imam Ghazali, “kekuatan itu bukan terletak orang yang boleh bergusti atau menang tetapi orang yang kuat ialah yang boleh menahan diri daripada bertindak liar apabila mereka dalam keadaan marah”. Kebanyakan pemimpin dunia mempunyai sifat begini. Malah dalam Islam, kita juga perlu beriman dengan qada dan qadar. Ini membolehkan kita berasa tenang dan tidak resah gelisah walau apa pun yang berlaku kerana semuanya telah ditentukan Allah. Malah pergantungan terakhir adalah pada Allah Yang Esa. Bagi budaya peradaban yang lebih tinggi, adalah dicadangkan supaya mangsa fitnah itu bersyukur kerana mujur tidak difitnah lebih besar daripada yang sekarang.

Kenyataan di atas tidak ada kena mengena sama ada dgn si mati atau pun si hidup. Cuma sekadar renungan bersama. Sesiapa yang terasa tu...HARAP MAAF!

(Wawancara bersama PROF. DATUK PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID, Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) sumber Utusan 15 Julai 2008


Tuesday, March 17, 2009

My Birthday wishlist!!

Birthday wishlist!!!

Daku telah di tagged oleh Mimi a.k.a Mommy Najeeb

Rules :
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours

Ermmm…my 10 wishlist…..
1. wish Allah s.w.t panjangkan usia ku dan suami
2. wish Allah s.w.t berikan aku kesihatan yang sempurna sehingga akhir hayat.
3. wish Allah s.w.t sentiasa melindungi rumahtanggaku sehingga akhir hayat.
3. wish Allah s.w.t kurniakan aku keluarga besar sbb keluarga ku kecil
4. wish Allah s.w.t melindungi anak-anakku dari terleka sehingga akhir hayat mereka.
5. wish Allah s.w.t sentiasa murahkan rezeki ku sekeluarga.
6. wish to have my kete idaman sebelum diriku nie pencen...:)
7. wish to be fully housewife so I can 100% concentrate to all my kiddos
8. wish to have a big bungalow house with pool.
9. wish to have lots of money and go all around the world especially to the 7 wonders and Makkah
10. last but not least…..wish to stay slim forever..:)

Aku rasa aku org yang paling akhir jawab tagged nie..jadi aku rasa semua org dah jawab tagged nie…jadi aku dah tak tahu nak tagged siapa??? Siapa yang sudi..jawab lah kay!!!

Thursday, March 12, 2009

Thank you and tagged- Hubby

Hello!!! Hello!!!Helllllllloooooooooo!!!!
1st of all aku nak ucapkan terima kasih ke atas keperihatinan kengkawan siber aku semua..terima kasih ke atas kata-kata semangat kengkawan semua...!!!! I luuuuvvvv you oolllssss!!!!! Apa-apa pun..im over it okay!!!! Life must goes on....next Monday aku start koje...koje..koje.

Okay lah aku nak jawab hutang puitang tagged aku nie dr Cik Pn. Hirda...

Tagged- Hubby


Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
News, anything that related with sports and documentary

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand island

3. What’s one food he doesn’t like?
Sushi

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
TehTarik

5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Kelana Jaya

6. What size shoes does he wear?
8

7. If he was to collect anything, what would it be?
Sports accessories

8. What is his favorite type of sandwich?
Chicken and egg mayo sandwich

9. What would this person eat every day if he could?
Nasi putih and ayam goreng or anything to do with ayamlah

10. What is his favorite cereal?
Doesn’t like cereal

11. What would he never wear?
Tudung lah kot....

12. What is his favorite sports team?
Manchester United

13. Who did he vote for?
Erm…dunno

14. Who is his best friend?
His Uni mates and me


15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Membebel dan tak penyabar

16. What is his heritage?
Kelantanis + Negori Sembilan

17. What is his favourite colour?
Black

18. What is his habit?
Like to korek bijih timah before sleep

19. What is he proud of?
His life & me.

20. Lastly, do you think he will read this?
Nope. I don’t think so..coz..he wouldn’t give-up his time to read the blog unless I said so..

i wanna tag

Seems everybody dah jawab tagged nie…aku yang last jawab.sesiapa yang rasa blum buat lagi tu..feel free to do it…J


Tuesday, March 3, 2009

Tagged- Pregnant


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Actually masa mula-mula tu memang plan. Plan nak enjoy hidup berdua dulu. Tapi…bila mengenangkan nasib Mama ku yang susah utk mengandung. 3 thn kahwin baru dpt kan aku..Aku takut plak pekara sebegitu jadi pada aku. Aku pun mencuba nasib untuk mengandung..tup..tup..tup.aku hanya sempat kosong selama sebulan. Bulan ke-2 aku pun telah mengandung..:)
2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

Muhammad Rayyan Danish


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Of courselah aku dan hubby happy sbb 1st cucu for both of our family.

4. HOW OLD WERE YOU?
My age masa tu was 26 years old.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Aku jenis setiap bulan pasti datang period. Tak pernah miss. Jadi pada bulan tu aku dah lewat seminggu..jadi aku pun dgn berasa harus utk membeli pregnancy test..1st time beli tu rasa kaku sangat..hehehehe..Pagi tu..bila aku bangun dr tido..terus aku check..then positive..keluar 2 line..aku pun menjerit terus panggil hubby aku..Hubby aku dr katil terus melonjak happy!!!

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

Mestilah hubby...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

Masa tu berserah je..tp bila scan tu..doc Tanya.nak lihat tak gender..gatal gak nak tahu

8. DUE DATE?

18 Mei 2006 masa tu excited sangat….kalau keluar date nie sbb same birthday date dgn mak tiri aku.

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Ohhhh..aku alami morning sickness yang teruk!!! Muntah, loya, pening, mabuk .satu package lengkap! Paling teruk aku tak boleh minum apa-apa air..minum jer muntah..sampai masuk ward kena drip 9 botol air okay!!!

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Oh!!! Ayam panggang NANDOS!!!!

11. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

It is a GIRL!!!!

12. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

Pergh!!! Berat badan ku naik 22kg ok!!!

13. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Alhamdullilah aku sihat!!!

14. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam

15. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

Aku in labor for the 1st time for 4 hours jer…

16. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

Hubby lah...pagi tu siap gie breakfast dulu kat kedai Mamak..hehehehe

17. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

Hubby ajer yang allowed masul labor room..jadi hubby jer lah yang teman.

18. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

NATURAL

19. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Dalam labour room aku gunakan gas estonok tu..and pain killer cucuk kat bontot tu jer..

20. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

Oh anak aku keluar 2.8kg Tomei jer

21. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?

Actual date yang keluar tengok dunia was on th 22 May pada pukul 1.35tgh

22. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Nur Aaina Batrisyia

23. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

2 years 9 months

24. WOULD YOU DO IT AGAIN?

Mestilah..dah ada anak 2 org...hehehe.no. 3 on the way!!!

Daku nak bagi homework ni kat sesiapa yang membaca blog ku ini sbb rasa nyer dah ramai yang kena buat tagged nie kan..Sesiapa yang sudi ..sila lah!!!

Thursday, January 22, 2009

Jawab tagged lagi

Random Facts About Myself

MYSELF


First Name
: Nur Emma Kartika


Name you wish you had: Tak ada lah kot


People normally call you: Emma or Ikka


Birthday: 10th December


Birthplace: Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur


Time of Birth:
1.30 pm

.
Single or taken: Taken


Zodiac Sign: Im a Saggi


MY APPEARANCE


How tall are you: 162 cm


Wish you were taller: Yes


Eye Color: Black


Current hair colour: Black lah kot


Short or long hair: Short


Ever dye your hair a bizarre color: Never choose bizarre colour. Warna-warna dark brown or burgundy tu selalu lah.

.
Last time you did something dramatic with your hair: Awal tahun 2009..cut my hair short and cut my fringe yang setelah bertahun-tahun tak potong.


Glasses or contacts:
Sejak dapat tahu daku nie rabun..sejak tu pakai contact lens. Jarang bila outing pakai glasses. Kat rumah je.

Do you wear makeup: Yes

.
Paint your nails: Zaman-zaman sekolah dulu pernah lah.


Shy or outgoing: Of course outgoing


Sexy or cute: Prefer kata diri ku cute kot…hehehehe


Serious or fun: Can be both. Flexible


A turn on: Handbag and parfume


A turn off: Erm…entah lah


THIS OR THAT


Flowers or chocolates: Me…of course flowers. Luv pink roses.


Pepsi or coke: Pepsi


Rap or rock: Both pun okay


Relationship or one night stand: Relationship lah…Play safe okay


School or work: Working..coz dpt duit..hehehehe


Love or Money: Kalau boleh nak both. Tp yang pasti 1st priorty LOVE


Movie or Musics: Music


Country or city: Country..Nyaman jer.


Sunny or Rainy Days: Of course sunny. Ceria je


Friends or family: Kalau dpt both, tp 1st priorty Family


Have you ever lied: Tentu pernah..bohong lah kalau kata tidak kan..tp bohong pun atas sebab kebaikan..:)


Stole something: Erm ..tak pernah rasa


Smoked:
Never okay..Perokok pun kurang gemar gitu.


Hurt someone close to you: Of course pernah..itu pun terpaksa utk kebaikan diri sendiri.


Wonder what was wrong with you: Me…im Normal.


Wish you were prince or princess: Both pun tidak


Like someone who was taken: Never


Shaved your head: Nope.


Used Chopstick: Yes


Sang in the mirror to yourself: Hehehehe..jarang sekali


Flower: Of course bunga rose


Candy: Tak suka

.
Song: Apa saja yang sedap di dengar.


Color:
I luv pink and red


Movie: Titanic..masa hit dulu tgk sampai 10 kali kat wayang okay


Singer: Uhhhh ramai seh..national and international


Junk Food: Kureng okay


Website: Fotopages and blog


Location: Now. Subang Bestari


Animal:
Suka kucing.


Ever cried over someone: Pernah ler


Is there anything you wish you could change about yourself: Wish to study sampai Phd. Kalau ada kemampuan diri.


Do you think you’re attractive: Yes I think so.


If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: Entah lah. Tak pernah terpikir pun.


Do you play any sports: Of course my favourite activity. Playing Badminton, Futsal and Bowling.

8 People I wanna tag:
saper2 yg rajin buat lah...hehehhe...

Wednesday, January 14, 2009

Award!!


1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.-->

Mimi- Mama Najeeb

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya.


a. Suka Memasak

b.Tak minat menjahit sbb aku bukan jenis seorg yang penyabar dan cermat.

c. Hobi..suka mengumpul paper bag. Yang ku rasa lawa jer lah.

d. Suka gie shopping. Tak kisah lah window shopping pun tak apa...:)

e. Sejak ada anak nie..mesti utama kan barang-barang anak dulu..baru fikirkan tentang diri sendiri.

f. Tak suka org yang busybody sbb diri sendiri pun tak busybody

g. Jenis yang tak boleh duduk diam...mesti ada jer benda yang nak buat. Selagi boleh akan cari kerja apa yang boleh di buat.
h.Tak suka tengok barang-barang bersepah dan kotor..mau aku menjerit.

i. Tak boleh tido petang,kalau tido.. bangun mesti sakit kepala.

j. Cukup tak suka orang yang tak tepati masa sbb tak suka menunggu.


Rasa nyer semua dah dpt award nie kan..kepada sesiapa yang tak dpt tu..feel free ambil lah award nie k!..:)



Tuesday, January 6, 2009

Tagged by Madam Masniza

Here are the rules* -
List these rules on your blog. -
Share 7 facts about yourself on your blog.
Tell 6 unspectacular quirks of yours.
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
Link the person who tagged you.

7 Facts about me....
1. Nama penuh ku Nur Emma Kartika. Ada org panggil aku Emma. Ada org panggil aku Ikka and ada org panggil aku Kak 'M' tp Kak 'M' nie popular masa kat Uni jer...:)
2. Aku ada 2 org anak pompuan yang cukup aktif.
3. Aku berkahwin pd usia aku 25 tahun.
4.
Aku anak tunggal pd mama dan ayah aku. Tp aku ada adik tiri pompuan seorang.
5. Aku ada bapa tiri dan mak tiri.
6. Aku seorg yang cepat melenting, cepat stress tp penyayang dan pemurah..Cheeewahhh!.
7. Aku suka bulan December..:)

6 unspectacular quirks about me:
1. Aku cukup suka memasak...tp tak suka baking.
2. Aku cukup tak suka tengok rumah bersepah atau berabuk..aku pasti akan terus mengemas.
3. Aku cukup pantang kalau dengar hubby membebel. Kalau hubby mula membebel aku akan pergi jauh sbb bg aku kalau kaum lelaki membebel lagi pedih telinga kalau dgr. Tapi kalau sendiri buat salah dengar jer lah kan. Kalau melawan kan derhaka pada suami lak kan..
4. Aku memang cukup tak suka kalau org bangun tido lewat..Matahari dah tegak atas kepala tak bangun lagi..memang akan ku kasi gegar!!!!
5. Aku merupakan seorang yang kena ambil breakfast...kalau tak aku akan sakit kepala. Minum milo panas dulu pun jadi.
6. Tak pernah ada kredit card sendiri sejak bekerja sbb takut berhutang and overspending. If nak sesuatu aku akan kumpul duit dr awal. Masa belajar dulu adalah itu pun supplementary card dr parentss..hehehehe.

7 people to be tagged:
a. Kak Iena
b. Mimi (mama f&e)
c. Sham
d. Wanie
e. Aza
f. Ila
g. Iza

Link the person who tagged you:
Niza (mama kanda & balqis)



Monday, December 22, 2008

I luv December

Daku saja nak kongsi perasaan di hati nie..:) Kengkawan I luuuuuuuv December!!!! Muaaaahhhhaaaahaaaa!!! Banyak reason nyer kenapa aku suka bulan December nie. Every year aku akan menunggu bulan December.

First..
Of course becoz of my Birthday jatuh bulan December...Dapat byk hadiah dr hubby, dr ibunda dan ayahanda tercinta without miss :).Thankyou...

Second..
Bulan jatuh nyer BONUSSSSSS!!!! Sungguh gumbira...Alhamdullilah rezeki dr ALLAH s.w.t!!! Thn nie mcm last year juga. Although minyak sawit mentah turun mendadak..dpt juga kami bonus..thanks to the big boss coz fight for us to get the BONUSS this year..:)

Third
Office Yearly event without miss Family Day..coz time nie lah anak-anak dpt hadiah, each staff dpt JJ shopping voucher RM 1K and this year lucky draw aku dpt Sony MP4 player...:)

Lastly..
Becoz jatuh nyer bulan Mega Sales.Shopping month. Aku suka sesangat shopping pada bulan December nie..coz aku rasa sale bulan December items-items nyer semua cantik-cantik dan berbaloi dr bulan-bulan lain punya sales...even raya sales pun item nyer tak secantik bulan December sales..kenapa ek..betul tak kengkawan semua..(ini pendapat aku lah)

Sungguh gumbira hati ku di bulan December ini...tp tak sampai hujung bulan lagi dah mcm-mcm aku laku kan dgn bonus aku dan Shopping voucher yang aku dpt...:). Tunggu dan lihat apa yang aku telah laku kan..next episod..:)

p.s..Kengkawan nak tahu juga dlm 12 bulan, bulan apa yang kengkawan paling suka??

Tuesday, December 2, 2008

Tagged lagi

Kali aku dpt tagged dr Pn. Hirda kita yang tajuk nyer tak ada tajuk....:). Sorry late reply Hirda..daku tak ada di KL..baru balik dr Lumut...jap-jap lagi aku akan update pasal holiday aku and family di Damai Laut Swiss Garden Resort.

1. Do you think that you are hot..??
Erm...hot!! Hot macam hot and spicy ker..hehehehe..rasa nyer masa zaman-zaman muda anak
dara dulu nyer lah kot..:) kuikuikui..sekrang hot mcm cili padi adalah..coz sbb asyik panas hati
dlm jer...:)

2. Upload a pic of you 3. Why dou you like this picture?
Kenapa ek...sbb aku rasa masa nie aku mcm pompuan melayu terakhir...hehehehehe..:) Suka
sangat.

4. When was the last time you eat pizza?
It was yesterday...di Pizza Hut SACC Mall dgn hubby n Trisyia.

5. The last song you listen to?
Marc Jacob- Im yours...itu pun sbb hubby baru call khas bunyi ring tone utk dia.

6. What are you doing rite now beside doing this..
Hehehehehe..tgh buat koje ler..tgh update job tasks - income and debtors company for
month Nov.

7. What name you prefer besides yours?
I luv the name of Batrisyia, Qaisara and Rayyan. tu yang namakan anak nama-nama nie.
Anak lelaki jer belum lagi.

8. People to tagged
a. Iena
b. Wanie
c. Aza
d. Ila
e.
Lieya

9. Who is no. 1 ?
kak Iena..ikka kenal sbb kakak ipar dia dulu merupakan baby sitter Trisyia dr bayi lagi. Itu
yang kenal dunia Fotopages..dia lah yang introduce kan.

10. Who is no. 3?
Aza merupakan salah satu mommies fp yang aku kenal.Pertama kali bertemu masa birthday
bash Hardy. Kenal since 2007 tp setelah sethn baru berjumpa 2008.

11. Say somethin about no. 5..
Teringin nak kurus macam Lieya walaupun dah ada anak dua. Sbb daku masa anak dara cam
gitu bentuk badan. cuma agak solid skit..hehehe..:) Kenal pun masa gathering fp di Putrajaya
07.

12. How about no.4.
Kenal Ila masa 1st birthday bash Dyna dulu...tp kagum dgn tenaga dan kreativiti dia yang
sungguh kuat bekerja dan bergerak walaupun tgh preggie nie.

13. Who is no. 2
Wanie..pun mommies fp kenal masa 1st birthday bash Dyna. Peramah dan lembut org nyer.
Tak macam daku agak kasar dan jenis selamba.


Friday, November 21, 2008

My workstation

Daku kena cekup dengan Cik.Pn Hirda kita..pasal My workstation..nie lah workstation aku di mana tempat aku mencari sesuap nasi..waduh...waduh....!!!Gambar nie semua baru di tembak di mana saat aku lagi 10 minit mau pulang ke rumah..Masih fresh..mcm roti baru keluar dari oven kuikuikui..:) Tu dia byk file dan paper atas meja..:) Abai kan ok!!! nasib baik time nie in tray aku dah kosong..memang rutin aku settlekan seblum weekend. Next week start penuh balik lah tu...

Nie lah workstation aku dr sudut depan hehehehe.

Gambar anak-anak habis ku tampal..dengan harapan satu hari nanti penuh satu dinding jadi wall paper hehehehehehe..sumber inspirasi tu..:) Sorry boss..:)

Rupa aku masa mengandungkan Trisyia & Sara

Ooooohhh ai..akhirnya kena juga aku jawab soalan-soalan nie. Aku kena dr Iena@Mama Jannah&Rizqi

1. Berat aku masa mengandung
Masa aku preegykan Trisyia berat badan aku 55kg tp masa preggykan Sara 58kg

2. Berat terakhir mengandung
Masa preggykan Trisyia berat badan aku 69kg tp m
asa preggykan Sara 76kg


3. Berat selepas abis pantang
Berat badan aku masa selepas abiospantangkan Trisyia 44hari adalah 60kg tp masa Sara 65kg..uhhhhuhhhh

4. Apa yang aku suka makan masa mengandung

Pada awal aku mengandungkan Trisyia n Sara aku mesti cari mangga muda utk menjadi kudap-kudapan aku cicah ngan sambal kicap manis letak cili padi..perrrgghhh!! Meleleh. Bila kandungan aku mencecah 4bulan ke atas tekak aku nie nak makan yang sedap jer. Masa Trisyia aku sentiasa nak makan ayam panggang Nandos, sampaikan ada satu tahap tu setiap minggu aku pergi sampai 3 kali..bengkok hubby aku jap.hehehehe..Sorry buatan dia jugakan.kuikuikui bukan apa aku gila kan sos masam pedas dia tu. Masa mengandungkan Trisyia aku suka makan pedas..cilipadi tu aku buat ulam je makan dgn nasi ke..meehoon goreng ke..org tengok pun takut. Tapi terbalik kot pulak dgn preggykan Sara..aku suka makan yang manis. Aku suka makan kek kat secret recepies, ais krim kat baskin robbins ngan donut Big apple dan Jco..hehehehehe..tu badan aku naik berdebush...debush.

5.Hospital mana anda bersalin
Aku selamat bersalin kan dua puteri aku di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam dgn menggunakan khidmat Dr.Norleen Saleh.

6. Gambar masa preggy
Oh maaf kengkawan semua aku masa preggy cukup tidak suka bergambar. Kalau ada pun skit jer..itu pun org yang ambilkan..kalau aku saja-saja nak ambil mmg tak ada...sbb tak suka kan.


Aku preggykan Sara 4bulan. Photo shoot 1st birthday bash Dyna


Ini gambar masa preggy kan Trisyia 9 bulan. masa nie mmg menunggu hari jer nie. Ini pun member ofis yang ambil tanpa aku

sedari.


Nie sebenarnya dlm pantangkan Sara 5 hari..Kira mcm nie lah rupa saat akhir aku mengandungkan Sara. Kembang semangkukkan hidung aku dan pipi aku..:)