Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Papar semua catatan
Isnin, 8 Mac 2010
Debaran Pesta Buku 2010 ( 1 )
Sepuluh hari lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010) bakal menggemparkan PWTC dengan pelbagai aktiviti dan pelancaran yang bekaitan dengan industri buku tanah air.
Saat yang ditunggu-tunggu oleh para penerbit buku dan penulis akan tiba juga. Delegasi, penceramah, penerbit serta penulis dari luar negara juga akan menyerang tapak pesta.
Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh pihak PTS bagi bertemu para pembaca semasa pesta itu.
Jumpa di sana !!!
Untuk jadual penuh aktiviti Booth BTS sila baca DI SINI.
Isnin, 25 Januari 2010
Baca LRT dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Tahun 2009 telah hampir sebulan melabuhkan tirai, namun inilah entri pertama bagi blog ini untuk tahun 2010.
Alhamdulillah, saya dapat menyertai aktiviti pertama gerakan Baca@LRT pada hari Sabtu, 16 Januari yang baru lalu. Saya percaya peristiwa ini adalah merupakan suatu batu tanda dalam sejarah sastera tanah air, kerana boleh dijadikan pencetus kepada budaya membaca dalam masyarakat.
Kali kedua event ini dijadualkan pada hari Sabtu, 20 Februari yang akan datang. Semoga lebih ramai lagi yang akan mengambil bahagian.
Selain daripada itu peristiwa besar yang akan datang dan penting bagi industri buku negara ini ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang dijadualkan pada bulan Mac nanti.
Saya juga akan menyertai event ini sebagai penulis buku kerdil yang ingin memberikan sekelumit sumbangan dalam catatan sejarah sastera tanah air.
[Gambar di bawah menunjukkan saya berdiri bersebelahan rakan penulis dan sahabat saya, Saudara Zamri Mohamad, salah satu daripada pembawa panji-panji PTS]
Langgan:
Catatan (Atom)