Isnin, 25 Januari 2010
Milo kucing yang nakal
Inilah dia Milo, kucing yang 'datang' ke rumah kami dengan cara yang aneh sekali...
Beberapa hari dia mengiau-ngiau sambil duduk di mud-guard kereta-kereta jiran dan kereta anak saya. Pada suatu pagi saya hendak keluar bekerja, terdengar anak kucing nakal ini mengiau-ngiau di atas chassis kereta saya.....(baca lagi..
Apabila saya mengambil penyapu untuk menghalaunya tetapi dia sudah tiada di bawah kereta atau di atas chassis. Namun masih kedengaran dia mengiau-ingiau.. Di mana anak kucing ini?
Isteri saya datang membantu. (Pagi semakin larut... tentu jalan semakin sesak dan mungkin saya lewat sampai ke pejabat...). Beliau berkata, "Cuba buka enjin, bang!"... See More
"Hah? Buka enjin?"
"Ya, bukalah enjin kereta."
Apabila dibuka enjin, memang tepat sekali telahan isteri saya. Anak kucing itu dalam enjin!!!
Saya pun masukkan dia ke dalam sangkar kucing. Setiap hari diberi minum susu full cream dalam kotak.
Kini dia sudah membesar, lincah dan semakin nakal. Anak saya akan memandikan dia sekali seminggu. Kami berikan nama dia 'Milo.'
Kini dia berkawan dengan 'Lego' seekor kucing hitam yang anak saya pungut dari kedai runcit dua tahun yang lalu.
Lego menjadi asas idea novel 'Ikan Tawar Untuk Lego' nukilan anak saya Nia & Ima Imrani. Novel kedua siri Lego ialah 'Sepupu Lego' dan manuskripnya sudah siap ditulis.
Novel ketiga yang dirancang ialah 'Lego VS Milo' dan begitulah adanya,... kucing-kucing di rumah kami 'diproses' menjadi novel....
(Terima kasih kerana sudi membaca..)
Baca LRT dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
Tahun 2009 telah hampir sebulan melabuhkan tirai, namun inilah entri pertama bagi blog ini untuk tahun 2010.
Alhamdulillah, saya dapat menyertai aktiviti pertama gerakan Baca@LRT pada hari Sabtu, 16 Januari yang baru lalu. Saya percaya peristiwa ini adalah merupakan suatu batu tanda dalam sejarah sastera tanah air, kerana boleh dijadikan pencetus kepada budaya membaca dalam masyarakat.
Kali kedua event ini dijadualkan pada hari Sabtu, 20 Februari yang akan datang. Semoga lebih ramai lagi yang akan mengambil bahagian.
Selain daripada itu peristiwa besar yang akan datang dan penting bagi industri buku negara ini ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang dijadualkan pada bulan Mac nanti.
Saya juga akan menyertai event ini sebagai penulis buku kerdil yang ingin memberikan sekelumit sumbangan dalam catatan sejarah sastera tanah air.
[Gambar di bawah menunjukkan saya berdiri bersebelahan rakan penulis dan sahabat saya, Saudara Zamri Mohamad, salah satu daripada pembawa panji-panji PTS]
Langgan:
Catatan (Atom)