Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Awas! Anda Kena Berdiet !


Walaupun kepala serabut nak exam pagi esok, sempat lagi aku wat post baru.  Sajer nak relaxkan minda.

Seperti yang diketahui, berat yang berlebihan akan membawa kepada pelbagai masalah. Salah satu daripada masalah tersebut ialah; xde orang nak minat. Bukan xde langsung tapi terlalu sikit kalau nak dibandingkan dengan yang ringan. Baru ramai nak masuk 'meminang'. Oleh itu, kenalah berdiet untuk memastikan masalah ini x berlarutan.

Bukan diet untuk kurangkan berat badan. Maksud aku, berat blog korang akan mempengaruhi traffic semasa. So, sebelum tu kena timbang blog korang dulu. Baru tahu berat mana blog korang. Dan jika BERAT sangat, tolonglah DIETKAN blog korang eak... (trmasuk blog ni..hehe).

Tips:
  1. Jangan terlalu banyak sangat gadget. Pakai yang perlu sahaja. 
  2. Jangan pakai gadget dari WIDGEO , banyak poppup yang xsepatutnya
  3. Sorry to say, mp3/video/flash player melambatkan loading blog
  4. Yang penting orang nak baca entri, bukan nak tengok hiasan2 yang x sepatutnya. Contohnya:  Kereta Mayat, Your Profile, Your Story . Cuba baca betul2 entri diorang, no gadget but people like their post.
  5. .....(tak tau ape nak tulis)... korang isi sendiri lah...
Sekadar pandangan peribadi, minta maaf kalau ada yang terasa tapi inilah realiti. Ok la ini result untuk berat blog Meowingcat91 buat masa ni.


#
 Domain name
Size
Load Time
Average Speed per KB

1
116.14 KB
1.01 seconds
0.01 seconds


Ceit, still berat lagi blog ni. ni pun dah buang beberapa widget yang x perlu (termasuk Widgeo). Kena diet lagi blog ni ye...

So, caner berat blog korang? Meoooww =3
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)




Powered by iWEBTOOL

Tuesday, October 26, 2010

Tutorial – Solusi Bagi Masalah Printer Canon MP145


Bagi memberkati sesi tutorial pertama blog ini, marilah kita mulakan sesi pembelajaran ini dengan Ummul Kitab, Al-Fatihah. (ceit, selama ni aku banyak kali post kat blog ni xde pun nak wat gini).

Entri ini bukanlah tutorial sepenuhnya bagi semua masalah printer model ini. Entri ini lebih kepada perkongsian pengalaman aku ‘bertarung’ dengan Encik Printer kesayangan aku ni tatkala merajuk. Yela, sekurang2nya masalah kewangan aku dapat dicover balik dengan adanya Encik Printer ni,haha (hanya muslimat kelas aku yang memahami statement ini).

Printer model ini akan tunjuk kod error kt ruang LED kalau ada problem. Printer model dalam mood bersedia kalau kod dia 1.


Masalah yang pernah aku hadapi dengan printer ini (serta solutionnya);
E2-2 = Out of paper (ASF)
  • Reload kertas dalam Auto Sheet Feeder dan tekan BLACK atau COLOR.
E3-3 = Paper jam
  • Maybe tersekat, alihkan kertas, letak kertas betul2 kat printer dan tekan BLACK atau COLOR
E4 = Ink has run out
  • Jika proses printing sedang berlangsung dan korang nak teruskan print, tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan walaupun ink dah nak habis. Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E5-5 = The FINE Cartridge cannot be recognized.
  • Sebab;
  1. Cartridge tak dipasang dengan betul - Buka cartridge dari printer, pastu pasang balik. Kalau LED masih tunjuk code E5-5, buat berulang kali sampai code dia 1(bersedia)
  2. Cartridge tak compatible dengan printer - Tukar cartridge baru
  3. Limpahan ink (printer x boleh detect cip cartridge yang dicemari ink) - Cuba bersihkan lebihan ink(tapi hati2 ye sebab cip cartridge terlalu sensitif dan kene bersihkan dengan tisu atau kain khas)
E7 = FINE Cartridge is not installed in the correct position
  • (sama dengan solution E5-5)
E8 = Ink absorber is almost full
  • Tula, rajin sangat dok menyedut ink sampai tak ingat ink dah nak penuh(boleh menyebabkan limpahan)
  • Tekan BLACK atau COLOR untuk teruskan print
E15 = Ink cartridge is not installed
  • (sama dengan solution E5-5)
E16 = Ink remaining is unknown (cannot be detected)
  • Tekan STOP/RESET selama 5 saat dengan cartridge dipasang. Proses printing boleh diteruskan Fungsi untuk detect ink akan disabled.
E27 = Waste ink absorber full or platen waste ink absorber full
  • Error yang ni buat kepala aku serabut. Selepas aku google cari solution, rupa2nya kita kene Reset printer. Ini stepnya;
  1. Matikan printer(pastikan kabel power masih terpasang), tekan dan tahan tombol STOP/RESET lalu tekan dan tahan tombol ON/OFF dan lepas STOP/RESET,
  2. kemudian tekan tombol STOP/RESET 2x
  3. Lepaskan kedua-dua tombol, sekarang printer dalam posisi SERVICE MODE (pada LED printer muncul angka"0")
  4. Setelah lampu ON/OFF berwarna hijau, tekan tombol STOP/RESET 4x (Waste ink counter reset)
  5. Matikan printer dan cabut kabel POWER.
  6. Hidupkan kembali printer
Jika masalah printer masih berlarutan, sila sediakan beberapa helai duit untuk membaiki printer di kedai.
padanla adik bongsu aku x setuju aku beli printer ni dulu,
too complicated untuk solve prob printer model ni

p/s: First time aku post entri sebegini. Minta maaf kalau ade salah silap. Insya-Allah selepas ini ada banyak lagi tutorial perkongsian ilmu dari aku. Nantikan… :DD

Thursday, April 23, 2009

Tips Temuduga Bakal Guru (Forumer Iluvislam)


antara tips2 yg dikongsi oleh forumer iluvislam

UPDATED: Pengalaman penulis semasa Interview IPG

dari mayonis90
"salam.
ini yg sy dpt tahu dr pacik saya.seorang penemuduga
the first thing diorang akan tgk adalah diri kita.dia akan anggap kita ni
diorg tgk brada di sekolah

then pakaian penting.kna pakai mcm seorang guru.cara cakap,pakaian.
igt,bw pen and kertas.atau buku note kcik ke.tu penting.and sijil tu,susun elok2.kalau boleh,asingkan siap2 kepada dua,yg salinan n yg betul.klipkan dgn klip kertas.penemuduga tu manusia,so msti la ske kalau keje diorg dipermudahkan .cube bayang,dlm shari brapa org nk kne intrview.sorg calon nk dkt brape jam dh.
kalau die try nak provoke kita,kita jgn melawan n jgn cepat glabah.releks je.
jwb elok2.jgn marah2.bile mrh,diorg tau..oo bdak ni x sabar.so mrkah akan sikit.
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger