9 August 2011

Peringkat-peringkat pengharaman arak.

Assalamualaikum semua...

Allah ta'ala telah menurunkan 4 ayat berkenaan arak sebelum diharamkan terus secara mutlak sehinggalah hari ini...

Ayat pertama,

Diturunkan di Mekah iaitu,

ومن ثمرات النخيل والأعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا

(Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik....) surah An Nahl ayat 67.

Umat islam ketika zaman permulaan islam meminum arak. Dan ketika itu halal bagi mereka.

Ayat kedua,

Diturunkan di Madinah iaitu,

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما اثم كبير و منافع للناس

(Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...' ) surah Al Baqarah ayat 219.

Ketika itu sudah ada sahabat yang meninggalkan minum arak berdasarkan ayat, '..padanya terdapat dosa besar..' Manakala sahabat yang masih minum berdasarkan ayat, '..dan beberapa manfaat bagi manusia..'

Kemudian 1 ketika Sayyiduna Abdur Rahman bin 'Auf telah menyediakan makanan dan menjemput para sahabat yang lain untuk menjamu selera. Sekalian mereka yang hadir makan dan minum arak. Tidak lama kemudian, masuk waktu maghrib. Salah seorang dari mereka membaca ayat,

قل ياأيها الكافرون . أعبد ما تعبدون

Ayat ini telah dibuang huruf لا . Bila buang 1 huruf maka berubahlah makna sebenar ayat tersebut. Ini terjemahan ayatnya setelah dibuang huruf 'Lam',(Katakanlah Muhammad, "Wahai orang2 kafir, Aku sembah apa yang kamu(orang2 kafir) sembah). Sedangkan terjemahan sebenar ialah 'Aku tak akan sembah apa yang kamu(orang2 kafir) sembah.' Ia terjadi kerana sahabat mabuk ketika solat akibat minum arak.

Ayat ketiga,

Maka akibat peristiwa itu, turunlah ayat,

يأيها الذين ءامنوا لا تقربوا الصلاة و أنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون

(Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu sedar apa yang kamu katakan..) surah An Nisa' ayat 43.

Allah mengharamkan umat islam minum arak ketika ingin mendirikan solat. Dikhuatiri mabuk menyebabkan mereka salah lagi dalam membaca ayat Al Quran. Oleh kerana itu, mereka pun minum arak selepas solat 'isyak. Dan tatkala subuh menjengah, mabuk itu sudah hilang.

Kemudian pernah 1 ketika Sayyidina 'Itban bin Malik menyediakan makanan dan menjemput para lelaki dari kalangan umat islam datang bertamu. Antara mereka itu ada sahabat bernama Sayyiduna Sa'ad bin Abi Waqos. Dia telah memanggang kepala unta. Maka mereka pun makan beramai2 dan meminum arak sehinggalah mabuk. Kejadian itu menyebabkan mereka berasa sungguh seronok dan mereka pun menyanyi dan mendendangkan sya'ir. Ada setengah daripada mereka bersyai'r memuji kaum mereka sendiri dan mencela kaum lain iaitu kaum Ansor. Oleh kerana dicela, maka seorang lelaki dari kaum Ansor mengambil tulang rahang unta dan terus memukul kepala Sa'ad bin Abi Waqos. Maka sedihlah Sa'ad bin Abi Waqos diperlakukan begitu. Dia pun berjumpa dengan Sayyidina Nabi Muhammad dan mengadu kepada Nabi tentang perbuatan lelaki dari kaum Ansor itu. Maka turunlah ayat di bawah ini,

Ayat keempat,

يأيها الذين ءامنوا انما الخمر و الميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون . انما يريد الشيطان ان يوقع بينكم العداوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله و عن الصلاة فهل أنتم منتهون

(Wahai orang2 yang beriman, hanya sanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu beruntung. Hanya sanya syaitan mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan2 kamu ini?) surah Al Maidah ayat 90-91.

Selepas turunnya ayat ini maka berkata Sayyidina 'Umar bin Al Khattab, " Kami berhenti dari segala perbuatan kami ini ya Allah.. Kami berhenti..."

Maka barulah arak diharamkan secara mutlak.

Inilah peringkat2 yang berlaku sebelum arak diharamkan secara terus sehinggalah hari ini arak tetap diHARAMkan. Antara hikmah dilakukan secara berperingkat ialah kerana orang arab memang sudah biasa dengan arak. Bahkan telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Kalaulah arak ini diharamkan ke atas mereka hanya dengan sekali larangan sahaja, menyebabkan berlakunya kesukaran ke atas diri mereka untuk meninggalnya. Boleh jadi mereka tidak menghiraukan larangan ini. Seperti kata2 Sayyidatuna 'Aisyah radhiallahu 'anha, "Awal2 apa yang yang diturunkan dari Al Quran itu adalah surah yang menerangkan padanya tentang syurga dan neraka sehinggalah bila telah tetap hati manusia kepada islam, barulah disebutkan tentang apa yang halal dan haram dalam islam..Kalaulah awal2 lagi ayat Al Quran terus menyebut, 'Janganlah kamu minum arak..' nescaya mereka akan berkata, " Kami takkan tinggalkan arak selama2nya..."

Secara ringkasnya marilah kita lihat peringkat2 pengharaman arak sebelum diharamkan terus. Pertamanya Allah sebut arak ini ada dosa yang besar padanya dan ada juga beberapa manfaat untuk manusia. Maka ada sahabat yang tinggalkan minum arak dan ada yang masih teruskan. Kemudian datang lagi ayat seterusnya iaitu Allah haramkan ketika ingin dirikan solat sahaja. Maka para sahabat tak minum jika ingin dirikan solat. Kemudian turun pula ayat seterusnya mengharamkan terus arak secara mutlak kerana telah berlaku beberapa peristiwa seperti cerita di atas... Wallahu a'lam.

Rujukan kitab Tafsir Maudhu'i kuliah Usuluddin Al Azhar Mansurah.

8 August 2011

Isu JAIS serbu gereja.


Assalamualaikum semua...


Negara baru saja dikejutkan dengan serbuan oleh JAIS terhadap sebuah gereja yang telah menjemput umat islam makan-makan di sana. Mengikut laporan dari YB Dato' Hasan Ali, memang ada usaha untuk memurtadkan umat islam. Jika benar laporan ini, maka kita wajib sokong 100% serbuan JAIS. Kalau ada orang nak marah atas serbuan JAIS, maknanya dia sokong usaha permurtadan itu. Sedangkan dosa paling besar ialah keluar dari islam. Isu ini memang tak wajar dipolitikkan kerana ini isu aqidah. Namun saya pelik kerana awal-awal lagi PAS disalahkan kerana berlembut dengan orang kafir atau ikut terlunjuk orang kafir. Sedangkan PAS mahu laporan lengkap sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau begitu, saya juga ingin nyatakan bahawa isu ini salah kerajaan pusat kerana selama ini tak pernah menghalang jika ada orang islam nak murtad. Adakah saya pula dituduh politikkan isu?


Memang negara kita benarkan kebebasan beragama. Tapi wujudkah undang-undang supaya dilarang murtad? Ada? Islam tak memaksa agama lain untuk masuk islam. Tapi bila sudah islam, tak boleh keluar lagi dari agama islam. Bahkan amaran dari Sayyidina Nabi Muhammad kepada orang yang murtad jika tak mahu bertaubat setelah diberikan tempoh, perlu dihukum bunuh. Murtad bukan benda kecil. Sebab itu bila berlaku isu ini, tidak dapat tidak ia perlu tilik kepada parti yang berkuasa dalam negara ini untuk muhasabah semula. Bukannya nak politikkan isu ini. Hatta sesiapa sahaja yang perintah, ia pasti berlegar-legar di sekitar sistem pemerintahan sesebuah negara. Tepuk dada tanyalah iman kita adakah sistem negara kita ini adalah sistem islam yang syumul atau ambil sekerat-sekerat yang hanya memenuhi citarasa pemimpin negara sahaja? Dan jika PAS sudah menerima laporan sebenar(ingin murtadkan umat islam), tapi masih lagi nak jaga hati agama lain, kita juga turut tentang!


Ingat, segala sistem negara dikawal oleh pemerintah yang ada. Untuk jadi pemerintah, ia perlu menang dalam pilihanraya. Sistem pilihanraya itu pula mewujudkan parti-parti yang bertanding. Nah, lihatlah tidakkah ada kena mengena dengan parti yang memerintah? Saya tak mahu bercakap panjang tentang isu ini, saya secara peribadi menyokong penuh usaha JAIS kerana itulah peranan jabatan agama. Bukan sekadar serbuan pada gereja yang ingin memurtadkan umat sahaja, bahkan mahkamah juga tidak boleh membenarkan umat islam menukarkan agama....


Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit langkah-langkah gerakan kristianisasi seluruh dunia islam khususnya untuk menyesatkan umat islam. Dan apakah yang perlu dilakukan untuk menangkis dakyah mereka.


Sebagai pengenalan awal, gerakan ini bermula selepas kegagalan mereka di dalam perang salib. Oleh kerana dendam masih membara, maka mereka mulakan penjajahan ke atas negara-negara umat islam. Dan negara kita juga tidak ketinggalan.


Saya ceritakan serba ringkas langkah-langkah yang diambil oleh mereka ini.


1. Mereka perlu mengetahui bahasa ibunda negara yang ingin mereka kuasai itu.

2. Mereka perlu mengetahui secara keseluruhan adat dan pegangan masyarakat setempat agar mudah bagi mereka untuk menarik perhatian masyarakat setempat.

3. Mereka menggambarkan negara-negara timur sebagai negara yang mundur. Dan mengggambarkan negara-negara barat sebagai negara yang maju. Jika di negara-negara umat islam, mereka mengatakan, " Inilah hasilnya(mundur) dari agama kamu yang tak mementingkan kemajuan.."

4. Mereka perlu mengetahui cara-cara berdakwah dalam agama kristian dan cara-cara untuk menghujum agama lain khususnya agama islam. Mereka akan menciptakan pelbagai penipuan tentang agama islam dan memberikan syak wasangka kepada agama islam.

5. Mereka juga perlu mengetahui ilmu kedoktoran supaya mudah untuk merawat dan memberikan rawatan kecemasan kepada umat islam yang sakit. Bahkan memberikan rawatan yang terbaik kepada umat islam.

6. Mereka bersungguh-sungguh atas penyebaran kesesatan tentang agama islam. Bahkan mereka lakukannya dalam gambaran yang pelbagai.

7. Mereka menguasai sekolah-sekolah, universiti-universiti, jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan sebagainya.

8. Membantu umat islam yang kesempitan hidup dengan memberikan pelbagai jenis bantuan.

9. Mereka membina hospital-hospital dan sekolah-sekolah.


Ini antara langkah-langkah yang mereka ambil untuk memastikan agenda mereka berjaya. Cuba lihat balik. Wujudkah semua ini di tanah air kita?


Baik, ini pula langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk menangkis dakyah-dakyah mereka ini.


1. Perkukuhkan aqidah umat islam dengan aqidah yang sohih.

2. Jika mereka mendirikan sekolah, universiti dan hospital maka kita juga lakukan seperti itu juga. Bahkan lebih baik dari mereka.

3. Perbaharui sistem yang sedia ada jika sistem yang lama tidak memberikan kesan yang mendalam. Terutamanya pada badan-badan yang menjaga kebajikan umat islam.

4. Sediakan harta benda yang secukupnya untuk umat islam yang memerlukannya. Agar tiada pintu yang boleh gerakan ini masuk.

5. Jika dalam rancangan tv penuh dengan perkara-perkara lalai, tukar dengan banyakkan perkara-perkara agama.

6. Tukar sistem pendidikan kepada sistem islam. Pelajaran barat diambil sekadar untuk menguasai ilmu-ilmu tertentu berkenaan dunia hari ini sahaja. Bukan dijadikan sistem pendidikan utama.

7. Berikan penekanan tentang agama islam kepada anak-anak sejak kecil lagi.

8. Laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar untuk mewujudkan suasana yang baik dalam masyarakat umat islam.

Dan banyak lagi....


Apa yang penting ialah permikiran kita mestilah permikiran islam. Bagi saya, sudah lebih 50 tahun Allah bagi peluang kepada orang melayu islam perintah negara. Dan kalaulah sistem islam benar-benar dilaksanakan, insyaAllah negara kita susah nak dengar isu-isu begini. Tapi bila dah berlaku sebaliknya, maka tak usah terkejut jika ramai umat islam murtad dan gerakan ini bebas dalam negara ini... Wallahu 'alam.


Rujukan kitab subjek Tayyarat Fikriah.