5 January 2011
ISU BKAN MELAKA : Ulasan peribadi penulis.
Sudah lama penulis tidak menulis blog. Mungkin kerana sibuk yang dibuat2. Heheheh. Tambahan pula peperiksaan sudah hampir.
Kali ini penulis ingin mengulas sedikit tentang isu yang semakin menjadi2 di Mesir ini iaitu isu BKAN Melaka atau Badan Kebajikan Keluagra Islam Melaka Mesir(BKKIMM). Boleh ziarah web rasmi BKKIMM di sini.
Isu yang terjadi di musim peperiksaan ini bukanlah 1 perkara yang remeh. Ini menyebabkan fikiran boleh terganggu dan akhirnya melemahkan semangat kawan2 kita yang lain untuk mengambil peperiksaan. Kerana 'perang psikologi' juga mampu menewaskan musuh. Bagi mereka yang tak ambil cakna, mungkin tak rasa apa2. Tapi bagi mereka yang sekian lama bersusah payah dalam BKKIMM amatlah merasainya. Penulis sudah membaca kenyataan rasmi YDP BKKIMM berkenaan isu ini. Maka isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Dan kami semua(selain anak2 Melaka) juga cuba merasai susah payah anak2 Melaka saat ini dalam menghadapi dugaan ini.
Berkenaan idea untuk menubuhkan IMAM atau persatuan lain untuk menggantikan BKKIMM adalah 1 tindakan kurang bijak. Walaupun dilakukan oleh orang2 yang berakal sekalipun. Menggantikan nama dan peranan merupakan dua perkara yang berbeza. Gantikan nama, masih AJK yang sama. Tapi jika gantikan peranan, maka AJK yang sedia ada pasti rombak. Bagi penulis jika tukar nama ke IMAM sahaja maka tiada masalah. Tapi bila tukar nama dan peranan, maka ini masalah. Bukan kerana tagihkan jawatan. Tapi kita berbicara tentang hak. Janganlah kerana mendengar dari 2,3 kerat manusia yang tak reti ampu menyebabkan kerajaan negeri pun terikut lenggokan tarian yang dimainkan oleh tukang ampu? Cubalah gunakan akal yang sempurna itu untuk memikirkan hal keadaan anak2 Melaka merangkap rakyat negeri Melaka di Mesir ini? Secara logiknya BKAN Melaka tak perlu dirombak kerana anak2 Melaka tak ramai. Maka ini bertambah mudah untuk BKKIMM uruskan hal ehwal anak2 Melaka di Mesir.
Ancaman apa yang kerajaan Melaka dapat sehinggakan nak tukar organisasi yang ada sekarang? Apakah ada laporan setebal 6 inci mengatakan BKKIMM selama ini menzalimi anak2 Melaka di bumi Mesir ini? Atau ada laporan rasuah dan salah laku di kalangan pemimpin2 BKKIMM? Bagi penulis tak lebih kerana unsur2 politik sempit yang dimainkan oleh tukang ampu. Jangan jadikan anak2 Melaka di Mesir sebagai mangsa amalan politik sempit.
Penulis tak mahu ulas tentang penubuhan kelab parti politik kerana bagi penulis penubuhan haram memang tak layak diulas kerana seharam2nya(100x).
Lihatlah pada hak anak2 Melaka. Bukan nak sibuk sesuka hati pada negeri Melaka. Tapi jika isu ini tak diselesaikan maka akan merebak ke BKAN2 lain pula. Mustahil kah? Tak mustahil selagi orang akal sempit bermain politik sempitnya. Kita berbicara tentang hak. Setelah sekian lama BKKIMM berkhidmat untuk ahli2nya tanpa mintak upah walau seduit pun dari ahli2nya. Mengapa perlu dirombak hanya kerana dengar hasutan kaki ampu yang tak reti ampu?
Tak pernah lagi BKKIMM boikot mana2 rombongan dari kerajaan negeri Melaka. Sebagai organisasi yang mementingkan kerjasama, maka BKKIMM membuka seluas2nya pintu kerjasama dengan mana2 pihak. Dan ini juga berlaku kepada semua pihak di Mesir ini. Samada peringkat pusat mahupun cawangan2. Jika tujuan penukaran organisasi sebagai penyelarasan untuk semua persatuan anak negeri tak kira di Mesir mahupun Malaysia, bagi penulis cukuplah tukar nama sahaja. Kerana BKKIMM ada perlembagaannya sendiri. Susurilah perjuangan BKKIMM di Mesir selama ini. Kepada tukang ampu pun pernah jadi ahli BKKIMM di Mesir. Masakan tidak kamu rasainya?
Penulis terasa kerana kami merupakan 1 kesatuan. Saudara, rakyat, kawan dan lain2.. Inilah kesatuan kami. Cubit paha kanan, sampai terasa sakit 1 tubuh. Jika rayuan yang diperlukan, maka kami rela merayu supaya kekalkan BKKIMM. Anda ada kuasa. Anda mampu merancang. Anda mampu berkehendak. Tapi ingatlah... Bagaimana pula kuasa Allah? Bagaimana pula perancangan Allah? Bagaimana pula kehendak Allah? Jika tilik pada Allah belaka, bukan sekadar duduk, hidup pun belum tentu lagi kita ini jika Allah tak izinkan. Jadi, kerdilkan kita ini? Maka janganlah ambil sifat takabbur Allah itu dihias pada diri kita.... Bukan setakat Allah saja yang murka, orang pun meluat tengok kita....
Penulis pernah bermukim di Melaka 7 tahun. Dari mula penulis tak boleh bercakap sehinggalah penulis bersekolah rendah di Melaka. Kami doakan moga anak2 Melaka tabah hadapi semua ini. Kami sentiasa doakan anda.... Selamat menjawab peperiksaan... Wallahu a'lam.
"esok awan akan bercerita
kedudukannya di mercu
yang sentiasa berubah
amatilah dan tahu sendiri
mengapa ada gejala
mengapa reaksi amarah
melaungkan intifada
itu hak kita sesama." -As Sahar.
23 August 2010
Jawapan balas terhadap tuduhan melulu blog Nak Jadi Budak Baik.
Salam Ramadhan Kareem untuk semua kawan-kawan penulis. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amiiiin.
Penulis terpanggil untuk memberikan sedikit respon terhadap tulisan sahabat kita dari blog Nak Jadi Budak Baik.
Penulis menyambut baik penjelasan admin blog tersebut tentang hadis yang beliau berikan itu. Hadis Nabi tak boleh sekadar dengar dan terus keluarkan hukum. Betul! Penulis setuju. Hadis nabi kita perlu rujuk ulamak. Berdasarkan apa yang penulis belajar pun memang tak boleh makan dah bila masuk waktu subuh. Kita setuju dengan penjelasan beliau.
Semasa penulis membaca entri beliau yang bertajuk Ilmu Sesat itu, penulis memuji tindakan beliau cuba menjelaskan apa yang kesamaran. Tiba-tiba mood penulis terpotong bila terlihat ayat beliau yang menulis, "Nak aktifkan persatuan,baguslah. Tapi janganlah bila ditanya benda yang tidak tahu, ringan je mulut mengeluarkan hukum."
Sekejap. Kenapa tiba-tiba beliau nak kaitkan dengan persatuan pula ni? Masa part ni penulis baca terus penulis berhenti! Memang dah bagus huraikan tentang hadis itu, tapi kenapa kesalahan yang dilakukan oleh ustaz yang dikatakan lepasan Mesir itu disandarkan kepada persatuan? Kalau benar pun ustaz itu lepasan Mesir, adakah beliau(admin blog) tahu yang ustaz itu dulu seorang yang aktif persatuan atau tak?
Ini tuduhan melulu! Terus terang penulis cakap bahawa tuduhan ini boleh disabit sebagai berniat jahat atau dengki dengan pelajar yang berpersatuan. Penulis pernah bersembang dengan seorang yang berfahaman wahabi. Dia mengatakan boleh makan jika dah masuk waktu sebab berdasarkan hadis, "Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)" (Riwayat Al-Baihaqi, Sohih mengikut syarat Imam Muslim)
Dia pegang zahir hadis dan terus keluarkan hukum. Jadi apa kena mengena dia aktif persatuan atau tidak? Jujur penulis cakap, bahawa bagi penulis, mengaji no. 1 dan persatuan no. 2 kerana dari sudut priority(keutamaan). Tapi dengan menyalahkan persatuan jika berlaku isu-isu begini, penulis bangkang. Berapa ramai yang aktif persatuan boleh berjaya? Beramai ramai yang tak aktif persatuan yang gagal? Perlu kah penulis sebut orang-orang yang alim tapi hebat dalam persatuan? Penulis rasa, pelajar Malaysia di Mesir cukup mengenali mereka. Ada yang pernah jadi Presiden PMRAM, BP PMRAM, Timbalan YDP BKAN dan lain-lain. Dan berapa ramai pula yang tak aktif persatuan sambil tidur yang tak pergi belajar??
Jika ustaz yang dimaksudkan itu salah dalam menghukum, itu individu dia saja. Bukan kerana dia aktif persatuan. Walaupun beliau(admin blog) tidak lah menyalahkan persatuan secara mutlak, tetapi tindakan beliau menyandarkan kesalahan yang dilakukan ustaz tersebut kepada persatuan maka penulis tak setuju walaupun penulis beranggap keutamaan kita ialah menuntut ilmu daripada persatuan. Tapi bukan bermaksud persatuan kena tinggalkan.. Ulamak menyebut ilmu aqidah lebih utama dari ilmu feqah, tapi bukan bermaksud tak perlu belajar ilmu feqah....
Huraian beliau berkenaan bab batal puasa itu sudah cantik. Tapi yang salahnya bila sandarkan kesalahan seorang ustaz itu dalam berhukum kepada persatuan.. Lain kali hati-hati dalam menulis.. Wassalam..
1 May 2010
Hati-hati dengan sindiket pelacuran di Mesir...
Penulis baru balik dari perjumpaan Hisbah peringkat PMRAM(pusat) di Rumah Kelantan Baru Hayyu Sabie', Kaherah.
Penulis bersama 3 orang lagi(termasuk pengarah Hisbah Mansurah) bertolak ke Kaherah menaiki bas pada jam 6.10 pagi waktu Mesir. Sampai ke Kaherah jam 8.01 pagi.
Penulis dijemput ke perjumpaan tersebut atas tiket sebagai ketua operasi Hisbah peringkat cawangan disamping pengarah Hisbah cawangan dijemput juga untuk hadir .
Taklimat penting untuk pengarah dan ketua operasi di setiap BKAN mahupun DPM. Ustaz Majdi(senior ketika di Yayasan Khairiah dulu) sebagai ketua Hisbah PMRAM pusat manakala ustaz Jamal sebagai ketua operasi Hisbah pusat memberikan taklimat bagi perjalanan Hisbah diperingkat cawangan masing2.
Apa yang lebih menarik ialah bila 'otai lama' di dalam Hisbah PMRAM iaitu ustaz Nik Azran dan ustaz Nasrul turut memberikan taklimat dan pengalaman mereka ketika menjalankan tugas sebagai penguatkuasa hisbah PMRAM.
Perjumpaan bermula pada jam 9.00 pagi(taqriban) dan berakhir pada jam 1.30 tengahari(taqriban).
Apa yang menarik perhatian penulis ialah cerita dari ustaz Nasrul(bekas ketua Hisbah PMRAM) berkenaan isu warga Indonesia yang dirogol baru2 ini. Mengikut laporan darinya mengatakan bahawa ketika warga arab yang ditangkap itu, mereka mengatakan bahawa wanita Indonesia itu sendiri yang mahukan. Jika benar, maka tidak boleh disabitkan sebagai kes rogol. malah adalah zina! Jadi ustaz Nasrul berpesan kepada semua supaya berhati2 dengan sindiket perlacuran ini(kemungkinan).
Penulis membayangkan di benak fikiran. Jika benar berlaku kepada mahasiswi Malaysia tak kira kuliah perubatan atau pengajian islam, apakah nasib masa depan mereka? Na'uzubillahi minzalik... Tak dapat penulis bayangkan jika ada di kalangan mahasiswi kita ditangkap dan dijadikan sebagai pelacur! Ingat, jika mereka berani bertindak sebegitu(menjadikan wanita kita sebagai pelacur), maka mana lagi belas kasihan mereka untuk lepaskan semula wanita2 kita? Sampai bila2 lah menjadi pelacur bagi sindiket itu!
Penulis bukan minta supaya berlaku kepada wanita2 kita. Tak sama sekali. Tapi sebagai peringatan untuk semua. Jaga diri elok2. Jangan sesuka hati keluar malam mengikut rasa sedap hati. Malang tidak berbau. Jika berbau atau akan tahu, maka Hisbah PMRAM tidak payah susah2 buat qoror(ketetapan) untuk rakyat Malaysia yang berada di Mesir ini khususnya.
Penulis minta sangat2. Tolong patuhi qoror keselamatan PMRAM. Jika sudah berlaku, tiada tempat lagi untuk mengadu. Selama2nyalah akan menjadi hamba seks!
Banyak lagi masalah hisbah yang berlaku. Namun penulis lebih fokuskan kepada isu ini.
Penulis juga tertarik dengan 'syarat' yang ditetapkan oleh 'otai lama' Hisbah PMRAM iaitu ustaz Nik Azran dengan mengatakan untuk menjadi penguatkuasa Hisbah perlu ada 4 syarat ini. Iaitu;
>Telinga kayu : Tidak menghiraukan maki hamun dan cakap2 orang yang tak memahami tugas Hisbah.
>Hati batu : Tidak mudah merajuk atau putus asa bila seringkali dikeji atau dihina.
>Mulut 'laser' : Bercakap yang perlu ketika bertembung dengan masalah hisbah.
>Muka tebal : Jangan malu untuk berhadapan dengan pesalah hisbah.
Ustaz Nik Azran menambah lagi, "Jika tak boleh ada sifat2 macamni, baik letak jawatan sekarang ni juga. Jangan jadi penguatkuasa hisbah!"
Ustaz Nik Azran terkenal dengan kelantangan beliau ketika melakukan operasi hisbah.
Kami semua, pengarah dan ketua operasi di setiap cawangan masing2 mendapat banyak manfaat dan kata2 semangat dari 'otai2 lama' Hisbah pusat.
Pesanan penulis pada semua. Kami yang ditaklifkan menjadi penguatkuasa hisbah ini bukanlah sempurna. Tapi sebagai amanah yang diberikan kepada kami, maka kami wajib laksanakan. Ada orang mengatakan begini " Aku pon masih tak baik lagi, macamana lah aku nak tegur orang.."
Kalaulah kita nak tunggu kita ini baik barulah nak tegur orang. Alamatnya kena tunggu jadi waliyullah, solihin atau ulamak dahulu lah baru boleh tegur orang. Jangan sempitkan fikiran kita dengan kata2 begitu. Adakah kita ini tahu bahawa kita ini sudah baik? Adakah kita ini tahu bahawa kita ini sudah alim? Kita tak tahu. Di dalam perbahasan ilmu tasawuf, mengatakan bahawa sesiapa yang kata dia sudah alim, maka sebenarnya dia belum alim...
Selepas perjumpaan kami terus beredar untuk pulang semula ke Mansurah. Sempat lagi kami makan tengahari di restaurant Nile. Kami sampai semula ke Mansurah pada jam 6.33 petang tadi. Penulis kena balik hari juga kerana malam ini ada angkat beras DPM Mansurah selepas maghrib. Wassalam...
29 April 2010
Jika sudah taqdir.....
Kecoh sebelum ini isu perpindahan mahasiswa Al Azhar Mansurah selain Mesir ke Kaherah. Isu itu dilihat kian pudar sedikit. Dan banyak kata sepakat telah didapati sesama mahasiswa. Bagi penulis secara peribadinya, isu ini telah banyak membuka mata kita. Penulis tak salahkan mana2 pihak(kerana masih tak sohih). Dan apa yang penulis nampak dan kaji selama mana isu ini meletus, banyak hikmah yang berlaku. Dan ini adalah perubahan yang baik yang berlaku di kalangan kami mahasiswa Mansurah khususnya.
Antaranya, dengan tercetusnya isu ini, telah menyebabkan kami bersatu hati sesama ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Termasuk juga dengan negara2 lain. Antaranya Uzbekistan, Senegal, Juzr Qomar, Indonesia, Thailand, Rusia, Turki dan lain2.. Ramai ahli2 DPMM datang memberikan sokongan ketika himpunan itu berlangsung di dewan kuliah Al Azhar lil banat. Alhamdulillah.... Penulis suka sangat. Penulis nak lupakan sebentar peristiwa itu(imtihan pun makin hampir). Bukannya penulis ingin berlepas tangan. Berdoa, teruskan berdoa.. Cumanya penulis bukanlah mereka yang terlibat secara langsung, jadi penulis tidak mahu menumpu penuh pada isu ini. Sahabat2 penulis yang lain yang telah ditugaskan terlibat secara khusus dalam isu ini, maka kami ini hanya mampu berikan sepenuhnya sokongan (doa,buah fikiran,tenaga) kepada mereka.
Bagi penulis, jika ini sudah arahan dari Syaikhul Azhar, maka penulis yang lemah ini tak mampu untuk halang lagi. Bukannya penulis tak usaha untuk memilih kehendak penulis sendiri iaitu untuk terus tinggal di Mansurah ini. Tapi siapa Syaikhul Azhar itu? Iaitu seorang ulamak dan orang tertinggi dalam institusi Al Azhar. Sedangkan dalam Al Azhar itu sendiri pun begitu ramai para alim ulamak. Penulis? Debu pada kasut mereka itu lebih baik dari penulis lagi.. Begitulah realitinya. Dengan debu kasut mereka pun penulis tidak boleh tanding, apatah lagi dengan ilmu2 mereka? Allahu robbi. Hina dan kerdilnya penulis. Jadi bagi penulis, penulis cuba bersedia terima hakikat ini. Iaitu perlu pindah ke Kaherah. Namun selagi mana takdir itu belum berlaku, penulis tetap masih memilih untuk kekal di Mansurah ini.
Penulis ada buat 1 slide show dan telah di upload kan ke dalam youtube. Apa tujuan penulis buat video itu? Untuk mengajak ahli2 DPMM khususnya merasai dan menghayati semula pengorbanan orang2 terdahulu. 18 tahun yang lepas mereka pernah bersusah payah untuk generasi kita sekarang ini. Jadi sekurang2nya bila sahabat2 dah tengok video itu, akan lahir dalam hati sahabat2 semua betapa cinta dan sayangnya kita pada DPMM ini.
Tadi pula ustaz Adham Al Haraki ada menelefon penulis. Dia katakan pada penulis.. "Cuba tengok akhbar Soutul Azhar(surat khabar rasmi Al Azhar).. Ada muka enta terpampang besar.."
Terkejut juga penulis. Ingatkan ada apa lah sangat(jangan gambar orang dikehendaki sudah,hehehe). Rupa2nya gambar ketika perjumpaan dengan Ikatan Sedunia Lepasan Al Azhar. Gambar ketika perjumpaan untuk membincangkan hal perpindahan itu.
25 April 2010
ISU PANAS MANSURAH!!
Assalamualaikum semua.....
Penulis tidak dapat mengulas panjang tentang isu perpindahan mahasiswa wafidin(selain Mesir) di dalam blog ini. Cukup sekadar bagi penulis copy dan paste dari blog sahabat penulis sahaja. Namun penulis berusaha juga untuk memberi gambaran sebenar kepada kawan2 semua. Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah ada 'tangan2 ghaib' yang cuba mengeksploitasikan keadaan kami?? Jadi terimalah sedikit usaha penulis sampai tidak tidur malam ini untuk menyiapkan video ketika muktamar berlangsung. Sebab bagi penulis, ramai kawan2 penulis bertanyakan keadaan sebenar di Mansurah ini. Mudah2an video ini dapat memberikan sedikit info kepada kawan2 semua... Penulis minta maaf dari awal lagi kerana kualiti visual kurang terang. Penulis pun pelik. Sebelum di up load kan ke dalam youtube, terang dan jelas visualnya.. Apa2 pun moga kawan2 dapat menonton.. Selamat menonton....
Ini ulasan dari sahabat penulis dari blog Al Jauhari.
14 April 2010
Pengajaran dari Muktamar Sanawi PMRAM ke 77..
Assalamualaikum semua......
Selesai sudah muktamar tahunan PMRAM kali ke 77. Badan Pengurus PMRAM sudah bertukar ganti dengan menyaksikan presiden barunya ialah Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Penulis bukanlah ingin mengulas kepada keseluruhan perjalanan muktamar. Cuma ingin mengulas beberapa perkara saja. Dan ia bukanlah suatu isu yang besar dan perlu diperdebatkan. Hanya sebagai perkongsian bersama2 sahabat2 sekelian. Masih tak terlambat lagi untuk penulis mengucapkan tahniah kepada semua BP baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan menjalankan amanah ahli terutamanya kepada sahabat penulis dari Syoubra iaitu Dato' Huzaifah. Hehehehe, sengaja penulis berseloroh dengan Ustaz Huzaifah dengan memanggilnya dato'. Apa2 pun tahniah sekali lagi penulis ucapkan kepada semua BP termasuk HEWI PMRAM.
Cumanya di sini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang perlu diambil pengajaran oleh semua perwakilan untuk muktamar sesi akan datang. Penulis secara peribadinya memuji kepada seluruh perwakilan yang berlumba2 ingin bersuara di dalam muktamar. Bahkan bagi penulis ini merupakan satu perubahan yang baik. Kerana kita berani bersuara di hadapan orang ramai. Dan penulis sendiri pun tidak bercakap pada muktamar kali ini walaupun sudah 2 kali penulis menghadiri muktamar tahunan PMRAM. Jadi mereka lebih baik dari penulis kerana bersemangat bersuara. Penulis muhasabah diri penulis. Penulis juga melihat perubahan yang baik di kalangan perwakilan akhawat dari PMRAM cawangan Mansurah. Tapi di sebalik kita ghairah ingin bercakap itu, kita tak sedar kesilapan kita. Apakah ia??
Sedikit kesilapan kita ialah bila kita tak menghiraukan arahan tuan presiden selaku pengerusi sidang muktamar. Penulis memerhatikan beberapa kali tuan presiden memberikan arahan dan menegur. Tapi seolah2 tidak dihiraukan. Para perwakilan yang ingin bercakap dipersilakan berdiri atau beratur mengikut giliran. Pada awalnya memang tiada masalah. Tapi setelah berlaku kelewatan dari segi pembahagian masa, maka tuan presiden terpaksa menghadkan masa dan kuantiti para perwakilan untuk bercakap. Arahan tuan presiden begini bagi mengelakan keterlewatan masa. "Bagi mereka yang dah berdiri(untuk berucap) teruskan berdiri dan bagi yang duduk teruskan duduk..."
Apa maksud tuan presiden itu? Maksudnya ialah untuk menjimatkan masa, yang sudah berdiri untuk bercakap biarkan dan yang masih duduk diharapkan tak perlu berdiri lagi untuk mengelak masa jadi panjang lagi. Tapi apa yang penulis lihat, masih ramai yang tak mematuhi arahan ini. 2 kali rasanya tuan presiden memberikan arahan seperti itu. Masih lagi ada yang bangun dan pergi beratur. Akibat dari tindakan ini, telah memaksa tuan penasihat PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam bangun lantas menegur para perwakilan yang masih tak mematuhi arahan tuan presiden. Bahasa mudahnya ialah telah menyebabkan tuan penasihat marah kerana sayang kepada semua para perwakilan. Ketika teguran sedang dibuat, masih berbaki seorang perwakilan dari akhawat yang menanti di mikrofon. Selepas tuan penasihat menyelesaikan teguran, ramai perwakilan bertepuk tangan. Seolah2 sedang menyatakan kepada mereka yang melanggar arahan itu 'PADAN MUKA KENA MARAH'..
Jadi dari peristiwa itu, penulis dapat ambil 2 pengajaran. Pertamanya, selepas ini para perwakilan perlu mengikut arahan yang telah diberikan. Kita tak mahu dicop sebagai orang yang tiada adab. Keduanya bagi penulis, jika ada perwakilan kita yang ditegur seperti kes yang penulis nyatakan di atas tadi, usahlah sambut dengan tepukan. Ini boleh menjatuhkan air muka seseorang. Walaupun dia telah melakukan kesilapan sekalipun. Sebagai contoh dari peristiwa muktamar semalam. Cuba para sahabat sekelian fikirkan. Semua tumpukan perhatian ketika tuan penasihat sedang memberikan teguran. Ketika itu siapa yang masih ada di mikrofon? Iaitu seorang ustazah. Dari perwakilan mana, itu penulis tak tahu. Sedangkan sebelum itu ramai lagi yang menunggu giliran dengan cara tak mengikut arahan. Semua orang sudah beredar. Cuma dia seorang masih tercegat di mikrofon. Cuba kita bayangkan. Ustazah itu sedang berseorangan ketika teguran diberikan. Tiba2 kita pula sambut dengan tepukan beramai2. Tidakkah kita memikirkan perasaannya ketika itu? Kita mudahlah bercakap kerana kita tak ada di tempatnya. Cuba bayangkan jika kita pula yang ada di situ? Yaa, dia wajar ditegur oleh tuan penasihat kerana kesalahan yang telah dilakukannya. Tapi kenapa kita sibuk2 nak sambut dengan tepukan? Seolah2 kita ini ingin katakan kepadanya 'PADAN MUKA'.
Penulis misalkan seperti seorang ayah sedang memarahi kakak kita. Adakah kita juga ingin menepuk tangan? Mesti kita duduk diam juga bukan?? Jadi ada baiknya kita juga diam saja ketika diberikan teguran begitu. Ustazah itu sudah berasa lain kerana dia seorang saja yang masih tercegat di mikrofon. Tiba2 kita pula menepuk tangan. Apa yang dia rasakan? Mantain? Orang yang tak ada perasaan saja yang tiada rasa apa2.
Bagi penulis, lebih baik kita diam saja dari menepuk tangan ketika Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam sedang 'marah'. Penulis tahu teguran itu untuk semua. Tapi ketika kejadian, hanya tinngal ustazah itu seorang saja. Sudah pasti mata kita semua(para perwakilan) memaku tepat kepadanya. Tindakan menyambut dengan tepukan boleh menjatuhkan air muka seseorang walaupun dia bersalah sekalipun. Kalau hati seorang lelaki pun boleh terasa, apatah lagi hati seorang perempuan yang lembut itu? Fikir2kanlah....
Selepas ini diharapkan para perwakilan dapat memahami dan mematuhi arahan yang telah diberikan. Kita semua mahasiswa. Bak kata mantan presiden PMRAM, Tuan Guru Ustaz Muizz, "Nak jadi pemimpin adalah mereka yang mampu menjaga masa.."
Nasib baik tuan penasihat cepat2 bangun menegur. Kalau tidak kita mungkin masih buat tuan presiden macam kawan2 kita saja. Elakkan semua ini. Ambil iktibar dari 2 pengajaran yang penulis nyatakan tadi.
Jadi cuba bayangkan jika akhawat2 kita juga ada di muhafazah2 yang didiami pelajar ikhwah sahaja? Pasti mereka lebih ramai dari kita di muktamar semalam.... Untuk memberikan sahabat2 gambaran yang lebih jelas, penulis buat sedikit lakaran dan kiraan;
BKAN(negeri) : Masing2 ada ikhwah dan akhawat.
DPM(cawangan) : Mansurah(ikhwah dan akhawat),
Tanta(ikhwah sahaja. Akhwat medik masih tidak menjadi perwakilan Tanta).
Syibin el Kom(ikhwah sahaja),
Dumyat(ikhwah sahaja),
Zaqaziq(ikhwah sahaja. Satu2nya cawangan membawa perwakilan akhawat medik),
Syoubra(ikhawah sahaja),
Iskandariah(akhawat sahaja).
Di sini perwakilan akhawat terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Iskandariah dan Mansurah sahaja. Adapun akhawat medik, hanya beberapa orang sahaja dari Zaqaziq(catat sejarah Zaqaziq hantar perwakilan akhawatnya). Akhawat medik di Tanta tidak menghantar perwakilan.
Perwakilan ikhwah pula terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Tanta, Mansurah, Zaqaziq, Dumyat, Syibin el Kom, Damanhur dan Syoubra.
Ikhwah memerlukan 7 DPM, manakala akhawat pula hanya 2 DPM sahaja. itu pun sudah hampir menyaingi jumlah perwakilan ikhwah.
Jadi cuba sahabat2 bayangkan jika akhawat ada juga di muhafazah yang didiami pelajar ikhwah itu? Mereka mungkin lebih ramai. Sedangkan ketika mereka hanya mengharapkan kepada BKAN, Iskandariah, Mansurah dan sedikit Zaqaziq pun jumlah mereka hampir sama dengan ikhwah. Apatah lagi jika mereka juga sama bilangan dari segi cawangan perwakilan ikhwah??
Sebenarnya benda ini bukan 1 isu pun. Cuma sekadar ingin beritahu saja. Apa yang perlu kita hiraukan ialah kepada ahli PMRAM yang tak hadir muktamar. Kalau ada urusan atau kepayahan, lainlah cerita. Ini yang duduk saja di rumah. Kenapa tak pertikaikan saja mereka itu? Apa2 pun minta maaf jika ada salah silap. Wassalam.............
Gambar2 kenangan yang diambil dari blog sahabat penulis iaitu ustaz Amin.
11 April 2010
MEMORI MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE 76 (2009)...
Assalamualaikum semua....
Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Muktamar Sanawi PMRAM yang ke 77 akan berlangsung. Sedar tak sedar, muktamar datang lagi. Saban tahun akan menyaksikan kepimpinan PMRAM akan bertukar ganti. Tahun ini juga mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila kerusi calon BP PMRAM dipertandingkan. Sudah sekian lamanya menang tanpa bertanding. Keputusan pilihanraya boleh lihat di blog sahabat penulis ini.
Tahun ini sekali lagi penulis berpeluang menjadi perwakilan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah ke Muktamar Sanawi PMRAM. Tahun lepas penulis lebih kepada memerhatikan saja. Tahun in tak tahu lagi bagaimana. Jika perlu penulis bercakap, penulis cuba untuk bercakap.
Apa2 pun selamat bermuktamar kepada semua perwakilan seluruh muhafazah!!!!
2 April 2010
MANA USAHA KITA SELAMA INI???
Assalamualaikum semua....
Sejak akhir2 ini kecoh dengan pelbagai pendedahan tentang kemaksiatan yang berlaku di bumi anbiyak ini. Tak kira sama ada si pelaku itu dari kalangan pelajar perubatan mahupun pelajar pengajian islam. Mendedahkan sebarang kesalahan yang telah si pelaku lakukan ada ketikanya dilarang dan diharuskan. Dan untuk menyatakan bahawa seseorang itu teruk perangainya di pandangan umum pun ada ketikanya diharuskan dan ada ketikanya dilarang(bab mengumpat yang dibenarkan syara' dalam kitab penawar bagi hati). Tapi adakah kita benar2 faham situasi bagaimanakah mengharuskan kita untuk menyatakan kepada si fulan atau fulanah itu teruk perangainya? Menghujum individu seseorang atau jamaah(berkumpulan) adalah suatu yang dilarang agama. Namun di sana ada ketikanya harus menghujum seseorang.
Menjadi kesalahan besar orang hari ini ialah hanya pandai menghujum tapi tiada langsung usaha untuk memperbaiki kesalahan si pelaku tadi. Ketahuilah bahawa jika seseorang itu mengatakan bahawa, "Sudah teruk umat zaman sekarang ini.." sedangkan dia tiada usaha dalam membaik pulihkan umat ini, maka dialah sejahat2 manusia. Kerana apa? Kerana dia hanya pandai mengatakan 'dia itu teruk' atau 'jahatnya dia tu' tanpa ada usaha untuk mengislahkan kembali mereka yang melakukan kesalahan itu. Ini terjadi kepada mereka tidak kira siapa. Bila nama saja mukallaf, maka tertanggung kewajipan ini(amar ma'ruf nahi mungkar) ke atas dirinya, iaitu mengislahkan orang lain di samping mengtarbiyah diri sendiri. Rasanya penulis tidak perlu huraikan secara terperinci peranan kita di dalam 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Semua sudah ma'ruf dan ma'lum tentang perkara ini. Tapi adakah akan selesai masalah hanya dengan kita ini menghujum dan terus menghujum? Ya, walaupun hakikatnya mereka itu terang2 melakukan kesalahan. Kalau di sini(Mesir) lebih terkenal dengan 'kesalahan hisbah'. Baik, sekarang penulis ingin bertanya pada diri penulis sendiri dan semua(sebagai muhasabah smua). Adakah kita ini pernah menziarahi golongan2 yang melakukan kesalahan hisbah ini? Adakah kita pernah menyantuni golongan ini? Adakah kita pernah beramah mesra dengan mereka? Adakah kita ini pernah ambil tahu dan bertanyakan mengapa mereka jadi begitu? Adakah kita pernah bersama2 Unit Hisbah dalam membanteras segala gerak kerja mereka yang salah di sisi syariat ini? Dan adakah kita ini pernah dihina atau dikeji ketika melakukan teguran atau gerak gempur hisbah? Cuba kalian semua hisab diri semula. Adakah kita ini pernah lakukan semua yang penulis nyatakan tadi?? Kalau tak pernah lakukan, maka ketahuilah bahawa kita ini tidak layak langsung untuk mengatakan bahawa 'Jahatnya dia ni...' 'Kenapa teruk sangat dia ini?' 'Apa nak jadilah dengan mereka ini.' Kenapa penulis mengatakan bahawa kita tidak layak untuk menghujum mereka? Kerana kita tak pernah ambil tahu tentang mereka. Yang kita tahu ialah bila dengar satu2 berita dan terus berkata...."Ish2, apa nak jadilah mereka ini.." "Kenapa teruk sangat tuu?" Mereka ni tak tahu hukum kah?" dan pelbagai lagi kata2 yang kita hamburkan kepada mereka. Ya, memang benar kita mengatakan begitu dengan apa yang telah mereka lakukan. Tapi adakah layak bagi kita yang hanya berehat di rumah, tidur, riadhah dan belajar, tiba2 kitalah jadi seorang juara menyatakan kemarahan kita dengan apa yang telah golongan ini lakukan.
Bagi penulis, kita ini layak untuk menyatakan kemarahan kita atau kesusahan hati kita dengan apa yang telah berlaku sekarang ini jika kita ini sudah letih menasihati mereka. Atau kita ini sudah puas menziarahi mereka, bertanyakan masalah mereka. Atau kita ini sudah lali dihina, diherdik atau dimaki. Atau kita ini sudah puas menyantuni golongan ini dengan mengambil tahu apakah masalah sebenar mereka. Kalau kita sudah puas lakukan semua itu, maka bagi penulis, kita layak untuk menyatakan ketidak redhoan hati kita ini terhadap segala maksiat yang mereka lakukan. Tapi sayang.. Hari ini kita hanya dengar di hujung telinga terhadap 1,1 berita lantas menghujum dan terus menghujum. Kenapa kita sendiri tidak pergi kepada mereka? Ziarahi mereka? Santuni mereka? Cuba ambil tahu apa masalah mereka? Ada kita lakukan sebegitu?? Bagaimana kita nak lakukan begitu kalau hati kita ini jijik memandang mereka! Inilah kesalahan yang kita tak sedari. Yang kita tahu adalah berterusan memandang serong, jijik untuk berjumpa mereka, memulau mereka dan sebagainya. Akhirnya siapa yang rugi? Kita juga yang rugi kerana dakwah tidak sampai kepada mereka. Oleh itu bagi penulis, adalah lebih layak bagi kita untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita terhadap golongan ini jika kita sudah puas,letih dan usaha dalam mendekati golongan ini. Yang lain itu kita berserah kepada Allah taala. Kesan dan hasil dakwah itu tidak semestinya bersegera untuk mad'u kita berubah. Bukan senang. Tak mustahil boleh memakan masa selama bertahun2 lamanya.
Adalah tidak patut bagi kita hanya pandai kata 'Ini salah, itu salah' 'Teruknya perangai' tapi dalam masa yang sama kita hanya duduk rehat di rumah tanpa ada sebarang usaha. Jika begini sikap kita, maka tak mustahil pulang ke Malaysia nanti pun kita akan diam saja. Yalah, sudah dapat gaji besar buat apa nak pedulikan lagi tentang masalah umat kan? Dalam hal ini penulis lebih suka dengan cara jamaah tabligh(pelajar Malaysia di Mesir). Mereka benar2 memikirkan masalah umat dan mereka membuktikan keperihatinan mereka itu dengan cara berdakwah, mengambil berat dan santuni elok2 golongan pelaku maksiat itu. Sebenarnya penulis juga sedang menasihati diri penulis sendiri. Sebab penulis sendiri tidak mampu untuk menjadi mereka yang benar2 ambil tahu tentang masalah hisbah ini. Penulis walaupun dilantik sebagai ketua gerak gempur hisbah Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sekalipun tidak mampu untuk menziarahi mereka selalu, menyantuni mereka. Atau bertanya khabar kepada mereka. Namun penulis cuba dan terus cuba. Penulis bersyukur kepada pengarah hisbah DPM Mansurah(Ustaz Adham Al Haraki) kerana sudi libatkan diri penulis dalam gerak kerja ini. Kita bukannya ‘suci’ untuk terus menghujum orang. Masing2 ada kelemahan dan sama2 mengislahkan diri. Apa2 pun bagi penulis, kepada mereka yang sudah puas menegur dan menyantuni golongan pelaku maksiat ini, maka wajarlah dia menunjukkan ketidakredhoan hatinya itu. Itu layak bagi dirinya. Tapi bagi kita yang tak pernah tegur, ambil tahu dan santuni golongan ini, janganlah sesuka hati berkata “Ish,ish.. Apa nak jadilah mereka ini. Teruknya mereka ini. Tak tahu hukum kah?” sambil rehat2 di rumah. Pantang dengar ada kes hisbah saja, mulalah mulut itu nak berbicara sumbang. Yang kita peliknya, dia tak pernah pun keluar ambil tahu tentang golongan pesalah hisbah ini. Yang dia tahu hanya merungut dan terus merungut. Inilah sejahat2 orang.
Kita wajib menyatakan ketidakredhoan hati kita ini. Tapi mestilah bersama usaha untuk membaik pulihkan mereka. Bukannya hanya tahu duduk rehat2 di rumah dan berkata “Teruknya perangai…”… Apa usaha kita bagi memastikan mereka ini berubah? Apa usaha kita selama kita duduk di Mesir ini? 4,5,6 ,7 tahun berada di Mesir pernah tak kita bawa mereka dan diri kita ini mengislahkan diri?? Pernah tak? Kalau tak pernah, maka layaklah untuk kita minta ampun pada Allah..
“Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa2 ku. Semua ini salah aku. Selama aku berada di Mesir ini, tak pernah pun aku mengambil tahu tentang mereka. Yang aku tahu hanyalah salahkan mereka dan terus hujum mereka. Ya Allah, ampunilah dosa2ku ya Allah. Aku bersalah kepada mereka. Aku bersalah kerana inginkan aku saja yang masuk syurgamu, tapi tidak bawa mereka sekali. Aku biarkan mereka begitu. Ya Allah, sungguh2 aku minta ampun.” Inilah doa yang perlu kita mohon pada Allah. Tidakkah kita ini rasa berdosa selama mana kita berada di Mesir ini, adakah kita ini pernah ambil tahu tentang mereka? Kalau rumah mereka pun kita tak pernah pergi, bagaimana kita ini boleh menjadi juara dalam isu ini? Sedangkan bukan jauh pun rumah2 mereka dengan kediaman kita. Tanya diri kita. Tenyeh hati kita ini. Muhasabah diri kita. Apa yang telah kita lakukan dalam memastikan mereka tidak melakukan masalah hisbah ini!
Iman kita lemah atau kita ini malu??
Seringkali kita berhadapan dengan masalah ini. Semua orang tahu tentang hadis ini. Cukup popular. Antara terjemahannya.."Barang siapa yang telah melihat dari kamu akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), jika dia tidak mampu, gunakanlah lisannya, jika dia tak mampu, gunakanlah hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah2 iman…” au kama qol.
Ramai orang yang salah faham dengan ayat terakhir dalam petikan hadis ini. Jika kita tak mampu untuk menegur, dengan mudah kita mengatakan “cukuplah aku tak redho dengan hati aku di atas perbuatan mereka itu..” Benarkah kita ini tak mampu atau kita ini malu dan segan(bahasa utara) nak tegur sebenarnya?? Tilik diri kita.. Adakah kita sudah lemah imannya atau sebenarnya kita ini malu nak tegur?
Tuan guru Ustaz Salman Maskuri pernah membahaskan tentang perkara ini. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan kita bukannya tidak mampu untuk tegur dengan kata2, tapi kita ini malu. Malu ini tidak akan diterima alasannya oleh Allah taala nanti. Jika Allah tanya nanti, kita nak jawab tak mampu kerana iman kita lemah atau sebenarnya kita ini malu nak tegur? Di hadapan Allah taala nanti, hati kita ini tak boleh tipu lagi. Mana mungkin iman kita ini lemah dalam menghadapi sesetengah perkara itu. Masuk aqalkah jika kita tegur sepasang pasangan kekasih tengah bermadu asmara lantas mereka itu memukul kita balik? Lainlah jika kita berhadapan dengan sekumpulan manusia yang sedang lakukan maksiat, mungkin itu masuk akal jika kita mengatakan bahawa kita tak mampu untuk tegur. Kerana kemungkinan mereka itu akan menyerang kita balik. Ketika itu alasan ‘tidak mampu tegur menggunakan lisan dan cukuplah hati ini tidak redho dengan perbuatan mereka’ masuk aqal untuk diterima. Tapi kalau kita ini ternampak pasangan kekasih ataupun jika di Mesir ini popular dengan keluar malam sesuka hati bagi pelajar perempuan, tiba2 kita nak guna alasan ‘gunakan hati sebagai tidak redho dengan perbuatan mereka itu’. Masuk aqalkah? Adakah memungkinkan bahawa mereka(pelajar perempuan) itu akan menyerang kita balik? Iman kita lemah atau kita ini malu sebenarnya?? Jangan tipulah. Penulis berani katakan bahawa kebanyakan kita ialah malu. Penulis juga ada rasa begitu. Sebab itu penulis cepat2 muhasabah diri setelah mendengar Tuan guru Ustaz Salman Maskuri kata begitu. Banyak kesilapan kita dalam tak sedar. Kita nak berdakwah, tapi kita tak belajar tentang ilmu usul dakwah. Inilah masalah kita. Sering melakukan kesilapan dalam berdakwah.
Penulis menyeru(berwasiat) pada diri ini dan semua...Usiykum wa NAFSI, marilah sama2 kita berikan kerjasama terhadap pihak HISBAH PMRAM samada peringkat pusat atau furu'. Adapun kepada ahli biasa, jangan hanya tunggu pihak hisbah turun padang. Kita ahli biasa juga mampu untuk lakukan 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Kebanyakan orang mampu lakukan amar ma'ruf.. Tapi jarang yang mampu lakukan nahi mungkar. Bukan kerana tak mampu. Tapi kerana malu, malas dan sebagainya. Kita sama2 muhasabah diri kita yang serba kekurangan ini... Wassalam..
- Rujukan kitab Nuzum islamiah bahagian Hisbah (kitab usuluddin tahun 1 Universiti Al Azhar lelaki cawangan Mansurah).
- Tuan guru Ustaz Salman Maskuri.
24 March 2010
JAWATAN BP PMRAM : Jangan jadi kawan makan kawan..
Assalamualaikum semua.....
Penulis ingin mengulas sedikit berkenaan pilihanraya bagi menjawat jawatan Badan Pengurus(BP) ataupun jika di peringkat negara dipanggil Menteri2 kabinet. Apa yang penulis tahu, sudah 2 tahun rasanya jawatan ini tidak ada 'perlawanan' walaupun ia dipertandingkan. Maksudnya jawatan2 ini dijawat kerana calon2 yang masuk bertanding menang tanpa bertanding. Ada mulut2 busuk yang mengatakan bahawa jawatan BP PMRAM ini, orang tak berminat nak menglibatkan diri, sebab itu hanya menang tanpa bertanding saja. Adakah begitu? Hanya orang yang bermulut busuk itu saja yang tahu jawapannya.
Penulis memandang perubahan ini dari sudut positifnya bahawa sudah mula ada kesedaran mahasiswa dalam menglibatkan diri dalam persatuan peringkat tertinggi ini. Kenapa? Kerana bagi penulis bahawa mahasiswa sekarang ini masing2 berebut untuk memberikan sumbangan berbentuk tenaga dan buah fikiran dalam memastikan persatuan yang ada ini semakin utuh. Bukan bermakna mereka yang masuk bertanding ini gilakan jawatan yang ada. Tapi mereka ini, bagi pendapat penulis ingin melakukan perkara yang mereka rasakan baik untuk persatuan seterusnya untuk seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini. Mereka bukan saja telah mengkritik PMRAM. Tapi mereka juga telah memberanikan diri untuk sama2 menampung kekurangan yang ada. Dengan makna katanya bahawa mereka bukan saja menegur kepimpinan, tetapi ingin masuk sendiri dalam persatuan. Bukan dengan cara menyisihkan diri lantas menubuhkan persatuan lain. Tak. Jika berlaku begitu, maka mereka adalah orang2 yang berjuang bukan kerana dasarnya(Al Quran dan As Sunnah). Tapi kerana kepuasan dunia...
Jika kita menilik kepada fenomena ini(berlakunya 'perlawanan' dalam menjawat jawatan BP), maka penulis boleh samakan seperti pernah berlaku di bumi tempat mukiman penulis sendiri iaitu Mansurah. Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sudah sekian lama tidak 'berlawan' dalam pilihanraya. Kesemua calon hanya menang tanpa bertanding. Tapi pada Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) ke 17 (2009) baru2 ini,iaitu ketika turunnya kepimpinan lama dan naiknya kepimpinan baru, telah menampakkan perubahan drastik iaitu jawatan bagi AJKT dan HEWI dipertandingkan(ada 'perlawanan'). Perubahan yang berlaku itu juga telah 'menyentak' sebahagian mahasiswa dari keselesaan mereka.. Mahasiswa sudah mula berani untuk melakukan perubahan. Tapi sayang.... Niat mereka untuk menampung kekurangan yang ada itu telah disalah tafsirkan sehinggakan membawa kepada prasangka yang berlebihan. Akhirnya menimbulkan fitnah dan sebagainya. Sedangkan sebelum itu kita adalah kawan. Hanya kerana ingin memenangkan calon pilihan mereka akhirnya kawan pun sudah jadi lawan...... Sudah muhasabah kah kita dengan pengajaran lalu??? Hurm.
Kini jawatan BP PMRAM dipertandingkan tanpa ada lagi calon yang menang tanpa bertanding. Tidak dapat tidak, pasti ada calon yang akan ditolak pengundi. Cumanya pesan penulis, berkempenlah untuk memenangkan calon pilihan hati. Bukannya berkempen memburukkan calon yang lain. Apa yang pernah penulis sendiri lalui ialah ada sebahagian mahasiswa iaitu kawan sendiri yang berkempen memburukkan calon2 sehinggakan mengatakan bahawa " Ada calon yang bertanding itu berfikrah lain! Singkirkan mereka! Kalau tidak persatuan kita akan jahanam." Begitulah lebih kurang taqdir kalam mereka dari penulis. Namun maksudnya sama saja.
Ingat! Jangan menganggap kita saja berfikrah PMRAM! Ramai lagi kawan2 kita yang berfikrah PMRAM. Kalau kita sesuka hati menuduh mereka yang lain itu 'berfikrah lain' hanya kerana mereka pernah tidak bersetuju dengan sedikit perkara saja apa yang kepimpinan buat, maka ketahuilah bahawa kita ini berjuang bukan kerana dasarnya tapi lebih kepada asobiyah atau kekitaan saja. PMRAM atau DPM bukan milik individu. Bukan milik presiden saja. Bukan saja milik pengerusi. Tapi adalah milik kita semua. Sama2 kita tampung kekurangan yang ada dan bersama2 dalam merealisasikan harapan dan dasar perjuangan kita iaitu wadah perjuangan kita di sini.......................
Apa2 pun penulis cukup berbangga dengan calon2 yang bertanding semua. Mereka semuanya hebat dalam bidang masing2. Tambahan pula, kenal benar penulis dengan bakal presiden PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Seorang yang alim, hebat dalam pelajaran dan berfikiran terbuka. Kenapa penulis berani berkata begitu? Kerana penulis sendiri pernah berguru dengannya : -) Tahniah kepada semua calon yang bertanding! Selamat mengundi....
14 March 2010
AKU, DIA, KAMU & PERSATUAN....
Bila kita menjejakkan kaki saja dibumi berkat ini(Mesir), maka bermulalah pelaksanaan niat kita dahulu ketika di Malaysia untuk menuntut ilmu di bumi anbiyak ini. Itulah tujuan utama permusafiran dan permukiman kita di Mesir ini. Bila barang2 kita sudah berada di luar lapangan terbang, maka ketibaan kita itu sebenarnya telah dinantikan oleh ramai orang. Terdiri daripada 'abang2 lama' atau 'kakak2 lama'. Ini realiti yang berlaku. Ada siapa yang ingin nafikan???
Baik, kita berbalik kepada penulisan kita. Setelah siap semua barang2 kita dipunggah dan terus membawa kita pulang ke rumah negeri masing2... Ada yang diambil dari lapangan terbang terus dan bawa pulang ke muhafazah(cawangan) yang mereka mohon. Bila sudah sampai ke rumah negeri masing2 atau cawangan masing2, maka bermulalah program2 yang diadakan untuk memudahkan urusan para pelajar. Samada program berbentuk ilmiah,penambahan thaqofah dan pendedahan awal berada di bumi Mesir ini.
Kelangsungan program ini tidak berhenti setakat itu saja. Bahkan berterusan sehinggalah hari ini. Cumanya ada waktu dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan. Baik, bila sebut saja persatuan ini. Persatuan manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kita selama ini??? Maka aku dengan segala hormatnya menyebutkan di sini bahawa persatuan yang telah menjaga dan mempedulikan kami selama ini ialah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau singkatannya PMRAM.
Jika mereka bertanya, bukankah persatuan2 anak negeri yang bertanggungjawab ke atas pelajar2 negeri masing2? Benar..... Tapi kena tahu bahawa BKAN atau Badan Kebajikan Anak Negeri berada di bawah naungan PMRAM. Siapa penaungnya??? PMRAM.. Jadi secara tidak langsung PMRAM terlibat. Faham?? Baaaik..
PMRAM secara hakikatnya berpusat di Kaherah. Kerana pejabatnya sendiri berada di Kaherah. Jadi bagaimana pula nasib pelajar2 Malaysia yang berada di luar Kota Kaherah seperti Mansurah, Zaqaziq, Tanta, Dumyat, Syibin el Kom, Iskandariah dan sebagainya?? Maka jawabnya ialah PMRAM telah melantik mandub(wakil persatuan) yang berstatus pengerusi di setiap cawangan2 yang diduduki oleh pelajar Malaysia amnya. Oleh itu tertubuhlah PMRAM peringkat cawangan sekitar awal tahun 90 'an dahulu sehinggalah sekarang. Atau lebih dikenali dengan nama Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM). Jika di Malaysia, Ahli JawatanKuasa bagi setiap organisasi peringkat negeri sebagai contohnya dinamakan 'exco kerajaan negeri'. Bagi PMRAM pula, ia ada BP atau badan pengurus(merangkumi ikhwah dan akhawat) yang memegang beberapa portfolio yang telah ditubuhkan. Maka mudahlah untuk PMRAM menguruskan hal ehwal semasa mahasiswa diseluruh Mesir ini. Bagi wakil PMRAM yang telah dilantik dan yang berstatus pengerusi itu, dia pula telah menubuhkan pula AJK nya yang diberi nama AJKT(ada HEWI jika cawangan yang memerlukannya) atau ahli jawatan kuasa tadbir untuk memudahkan segala urusan mahasiswa/wi yang berada di cawangan masing2.
Persoalan yang timbul. Adakah boleh bagi persatuan ini, PMRAM atau DPM melakukan segala gerak kerja jika tiada bantuan atau tenaga kerja dari kalangan ahli???? Maka jawabnya mestilah tak boleh dan tak mampu. Tidak dapat tidak bagi ahli2 yang berdaftar di bawah persatuan induk mestilah membantu dan mendokong persatuan yang ada ini. Mengapa?? Kerana ''alaikum bil jamaah',tidak dapat tidak kita ini perlu kepada kehidupan berjemaah.... Itu jawapan mudah aku..
Kita melihat pula pada zaman awal Islam dulu. Saiyiduna Nabi Muhammad telah melantik beberapa orang sahabat untuk membahagikan tugas dakwah Islam. Ketika itu penyebaran Islam masih dalam keadaan sirr atau rahsia.. Apa yang kita nampak dalam kisah ini?? Yaaa, sebuah organisasi......... ia(organisasi) penting untuk memudahkan segala gerak kerja seharian kita. Perlantikan seorang ketua itu penting. Maka kita di sini pun sudah ada semua itu(organisasi) iaitu PMRAM dan DPM.
Bila kita mengetuai sesebuah kumpulan atau organisasi itu maka secara automatiknya sudah tentu mempunyai ahli. Benar??? Maka kita bukan saja berhadapan dengan masalah gerak kerja. Tapi kita juga akan berhadapan dengan masalah ahli atau di peringkat yang lebih tinggi ialah rakyat. Aku fokuskan pada PMRAM dan DPM, maka ahli lah pernamaan mereka itu. Bila sudah menjadi seorang pemimpin, maka tugas beratlah yang sedang dan bakal memberati kita. Iaitu sebuah tanggungjawab. Kepimpinan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibanggakan dan disombongi. Silap langkah dalam menunaikan amanah ahli maka jawablah dengan Allah taala nanti. Apakah kesalahan yang bisa terjadi sebagai seorang pemimpin?? Semua ini sudah maklum. Seorang pemimpin itu bisa(mungkin) melakukan pecah amanah, rasuah, penyelewengan kuasa, diktaktor dan sebagainya. Namun di peringkat persatuan mahasiswa ini aku jamin bahawa tiada kesalahan ketara yang dilakukan oleh ketua organisasi. Apatah lagi PMRAM dan DPM ini mahasiswanya yang berada di dalam aliran agama. Cumanya ada beberapa kesalahan yang tidak berat. Namun(kesalahan tak berat itu) mampu untuk meruntuhkan ukhuwwah islamiah itu.
Ini boleh berlaku bila pemimpin mahasiswa tidak menghiraukan pandangan dari ahli. Yaaa, memang benar setiap keputusan oleh kepimpinan telah disepakati ahli mesyuarat yang terdiri dari AJKT atau HEWI(Hal ehwal wanita Islam), namun di celah2 itu kepimpinan juga perlu melihat kepada pandangan ahli. Perlu ada budi bicara sesama ahli. Kerana apa?? Kerana kita naik sebagai pemimpin kerana undian ahli. Kalau kita naik sebagai pemimpin kerana sistem monarki atau diktaktor maka aku sebutkan bahawa kita adalah pemimpin yang syok sendiri. Maaf cakap. Kenapa aku sebutkan sebagai pemimpin syok sendiri? Kerana ahli tak suka. Hanya kita saja yang beriya2 ingin jadi ketua. Itulah dia pemimpin syok sendiri. Kita kuat menerangkan tentang pentingnya perpaduan tetapi dalam masa yang sama pandangan ahli kita tak hiraukan. Kalau kita mengatakan kita belajar tentang ilmu siyasah, maka ahli juga ada belajar. Sebab itu tak boleh ketepikan suara ahli. Jika kita naik jadi pemimpin pun kerana ahli maka tak mustahil kita juga boleh digulingkan kerana ahli!!! Aku tidak menuduh sesiapa. Sebagai pemberitahuan tentang beberapa kesalahan yang boleh terjadi jika kita ini mengetuai pimpinan mahasiswa. Dan sebagai pemimpinan kita perlu tegas dalam sesuatu hal. Bukan bermakna semua perkara. Tapi dalam beberapa perkara. Mengapa tegas ini penting?? Kerana kita tak mahu pemimpin itu boleh berubah fikiran hanya kerana dipengaruhi oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang sahabat Nabi, tidak boleh jadi pemimpin kerana dia tidak tegas. Tidak tegas di sini bukan bermakna bermudah2 dengan hukum Allah, tapi mudah kasihan pada orang sehingga terpaksa gugurkan prinsip perjuangan dan kepimpinan. Itu yang tak boleh ada pada seorang ketua atau pemimpin.
Ada pemimpin yang mudah berlembut yang tidak patut pada mereka yang tidak layak untuk membuat keputusan. Bukan salah berlembut bahkan dituntut, tapi janganlah terlalu berlembut dan mudah 'cair' kepada mereka sehinggakan mereka naik kepala kita. Kita wajar bahkan sunnah Nabi mendengar pendapat dari orang lain. Sebagai seorang pemimpin, kena tegas jika keputusan itu seolah2 naik kepala kepimpinan sebenarnya. Ada orang yang boleh jadi pemimpin tetapi bukanlah pimpinan atasan atau mutlak. Hanya boleh menjadi pemimpin peringkat bawahan saja. Saranan aku supaya tidak mudah 'cair' dengan mereka. Tegas dan berprinsip dalam membuat keputusan. Jika tidak, kita ini hanya nama saja pemimpin, tetapi menjadi boneka kepada sesetengah orang. Di sebalik kita memerintah, tapi sebenarnya ada 'tangan ghaib' yang mengawal kita. Nau'zubillah..
Namun dicelah2 kepayahan pemimpin menjalankan tugas, masih ada segelintir ahli yang tak memahami tugas kepimpinan. Maka timbullah salah faham di antara ahli dan kepimpinan. Di manakah perpaduan dan ukhuwwah itu jika ahli sendiri tidak cuba untuk memahami kepayahan pemimpin dalam memikul amanah??? Adakah kita pernah tilik bahawa mengapa kita masih degil melanggar etika yang pemimpin tetapkan??? Inilah kesalahan ahli yang sengaja dibutakan oleh ahli. Mengapa jadi begitu. Aku sebagai ahli biasa sedar akan masalah ini. Ahli merupakan pemerhati terbesar dalam organisasi(persatuan) sentiasa nampak kerja buat oleh kepimpinan. Ada yang tak kena dengan kepimpinan maka ahli dengan cepat menegur. Tapi adakah kita benar2 ikhlas menegur atau hanya kita ini memang suka mencari kesalahan pemimpin?? Tilik diri kita. Atau kita ini sememangnya tak suka dengan kepimpinan sehinggakan semua perkara termasuklah perkara baik yang pemimpin buat pun kita kritik dan terus kritik?? Sebagai ahli, kita juga ada kelemahan. Mana yang tidak kena(yang dilakukan pemimpin), maka kita boleh tegur. Tapi ada baiknya jika kita ingin menegur kepimpinan, kita masuk sama dalam gerak kerja persatuan. Baru kita tahu di mana ada salah dan silapnya gerak kerja persatuan. Ini tidak, kita tak pernah bersama persatuan, tiba2 kitalah orang yang paling lantang mengkritik kepimpinan. Itu yang tak kena! Jika kita ini benar2 ikhlas untuk menegur kepimpinan maka sewajarnya kita terlibat sama dalam kerja persatuan. Jangan hanya pandai mengkritik saja sehinggakan tak tahu hujung pangkal masalah. Ini terjadi masalah pada kita bila pihak persatuan memberikan jawatan, kita menolak. Macam2 alasan yang kita bagi. Tapi bila pemimpin ada melakukan kesilapan yang tak besar, maka kitalah orang yang kuat mengkritik. Sedangkan adakah kita pernah tahu punca masalah atau keadaan gerak kerja persatuan???? Bila kritik,kita lah juara, tapi bila persatuan bagi jawatan, kita menolak dengan seribu alasan. Kalau begitulah sikap kita sebagai ahli, lebih baik duduk diam saja di rumah. Mulut itu kunci rapat2. Jangan bising2 dengan gerak kerja persatuan kalau kita tak tahu hal sebenar.
Bila kita dapat tahu punca permasalahan kepimpinan dan ahli maka kita perlu pula melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan atau menyatakan keadaan sebenar ahli dan kepimpinan. Tiada guna kita hanya pandai bunyi2 belakang. Tidak kira pemimpin atau ahli. Masing2 ada kelemahan. Sedarkah kita bahawa cara kita yang hanya pandai bunyi belakang ini sebenarnya merenggangkan ukhuwwah kita dalam tak sedar. Yaaaa, seolah2 kita ini 'tawa dalam tangisan'. Ikatan ukhuwwah kita ini sebenarnya sudah lama renggang. Tapi masih kelihatan terikat padu dek kerana bayang2 kemanisan senyuman kita itu. Adakah kita mahu ia terus berlaku. Tak!..
Oleh itu marilah sama2 kita memberikan komitmen dalam persatuan. Salah pemimpin, ahli tegurlah dengan landasannya. Pemimpin pula, tak salah untuk mendengar luahan dan suara ahli. Kerana aku percaya bahawa ahli2 juga ada idea2 yang bernas untuk memantapkan persatuan kita. Sama2 berganding bahu. Kita bukan saja penyokong tetapi pendokong persatuan kita. Persatuan adalah satu gerak kerja yang begitu penting. Walaupun tujuan utama kita datang Mesir ini untuk belajar, tapi jangan lupakan persatuan kita yang ada ini. Dan jangan pula melebih2kan urusan persatuan sehinggakan pelajaran terabai. Secara peribadinya, bagi aku pelajaran lebih penting dari persatuan. Persatuan tetap jatuh no. 2. Kenapa pelajaran menang berada pada no. 1?? Pelajaran menang kerana TUJUAN UTAMA datang Mesir. Sebab itulah pelajaran berada pada no. 1. Kerana tujuan itulah melebihkan pelajaran dari persatuan. Tapi tidak bermakna persatuan tidak penting pula. Menguruskan persatuan(hal ehwal mahasiswa) adalah sebesar2 pahala kerana dengan wasilah persatuan inilah kita sudah membantu dan memberikan kebajikan kepada ramai rakyat Malaysia di bumi Mesir ini. Bukankah itu kebaikan yang telah, sedang dan bakal kita lakukan?? Allah tilik semua itu. Kita tidak dibayar gaji atau elaun. Tapi kita diganjarkan pahala yang Allah taala jamin bagi kita kerana lillahi taala kita dalam menguruskan persatuan ini.
Akhir sekali, ahli dan pemimpin perlu saling membantu. Salah silap, kita saling tampung kekurangan itu. Kita cari titik persamaan. Pandanglah kepada kebaikan pemimpin yang telah mereka korbankan masa dan wang ringgit mereka, bukan pandang kepada salah mereka sedangkan kesalahan itu boleh diselesaikan elok2....
Jika persatuan kita ini hanya tinggal 5 orang saja sekalipun yang menyokong dan mendokong, aku tetap dengan persatuan ini menjadi tulang belakangnya dalam memastikan ia terus wujud dan mampu berdiri di bumi Mesir ini................ kita PMRAM!!! Wallahu a'lam..