Selepas kejatuhan khilafah 'Abbasiyyah, mereka yang
benar-benar melakukan kebaikan untuk Islam datang dari Anatolia (Asia Minor)
iaitu bangsa Turki. Mereka dahulunya adalah kuffar. Mereka ini sangat ganas dan
kuat.
Muslim sukar mengalahkan mereka. Alhamdulillah, mereka
telah menjadi muslim dan sekumpulan kecil telah membentuk Uthmaniyyah dengan
tujuan untuk menyebarkan Islam di dunia. Kumpulan tersebut kemudiannya menjadi
besar. Mulanya mereka membentuk sebuah daulah kecil di Anatolia (Turki Barat).
Kemudiannya ia menjadi daulah yang besar. Mereka pergi ke Eropah dan menakluk
banyak tempat. Mereka menakluk Istanbul (Kondtantiniyyah). Mereka juga pergi
hingga ke dalam Selatan Eropah.
Disebabkan mereka telah menjadi satu kuasa yang besar,
mereka berfikir, kenapa tidak kita takluk dunia, kemudian kita akan ada daulah
di Mesir, daulah di Iran, daulah di India. Mari kita takluk seluruh dunia. Oleh
itu, Salim al Awwal (Selim I) mula menakluk seluruh dunia Islam tetapi mereka
telah dihentikan oleh daulah Iran (Syi'ah). Mereka tidak membenarkan jajahan
Uthmaniyyah berkembang ke Timur. Justeru itu, India tidak termasuk daulah
Islamiyyah. Ia muslim tapi dengan mudah dikuasai oleh Britain.
GERAKAN WAHABI
Kemudiannya di akhir abad ke-18, daulah Islam mula
mengimport undang-undang dari Eropah. Ini menjadikan daulah tersebut
menyeleweng. Tambahan pula, daulah Islam telah lalai dalam mendidik masyarakat
secara Islam. Muslim suatu masa dahulu sangat aktif untuk menjadi seorang yang
'alim (berpengetahuan). Terdapat banyak tempat yang menjadi pusat 'ilmu
pengetahuan, dari 'ilmu Islam hingga kepada 'ilmu sains. Tapi, aspek ini telah
tidak diambil berat oleh daulah Islam Uthmaniyyah terutamanya di akhir abad
ke-18. Hasilnya, ramai orang menjadi jahil dan antara tempat yang paling dekat
dengan kejahilan ialah Hijaz, Mekah, Madinah dan Thaif.
Masyarakat hampir-hampir menyembah kubur-kubur
sahabat-sahabat. Mereka bertanya tentang perkara yang boleh menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi dan pelbagai khurafat lagi. Ini menyebabkan salah
seorang dari penduduk di situ, Sheikh Muhammad Abdul Wahhab membentuk satu
jama'ah, cuba untuk mengatasi masalah kejahilan ini. Maka bermulalah Gerakan
Wahhabi. Sheikh Muhammad Abdul Wahhab menjelajah ke seluruh semenanjung cuba
menyebarkan Tauhid yang sebenarnya. Beliau cukup menekankan aspek Tauhid.
Inilah perkara yang paling dititik beratkan olehnya. Tetapi, gerakannya adalah
sebuah gerakan yang primitif. Mereka tidak mempunyai cara untuk mendidik ahli-ahlinya,
tiada tandzim dan takwin. Natijahnya, dengan mudah ideologi takfir tersebar.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka adalah kafir, maka dia boleh
dibunuh. Mereka telah pergi ke Utara Iraq di mana Syi'ah berada lalu menuduh
mereka kafir dan membunuh ramai manusia. Sikap mereka sangat kasar. Ini
bukanlah caranya untuk berda'wah kepada Islam.
Bila Sheikh Muhammad Abdul Wahhab meninggalkan dunia,
seorang amir Muhammad Ibn Sa'ud menerima da'wahnya dan menjadi pemimpin Gerakan
Wahhabi. Walau bagaimanapun, dia membuat kesilapan kerana bekerja untuk
menumbangkan kerajaan Uthmaniyyah. Seharusnya waqie' siyasi ketika itulah yang
menentukan apakah tindakan yang mesti ia lakukan. Apabila terdapat daulah Islam
tetapi ada sedikit penyelewengan serta terdapat ramai pula musuh-musuh Islam di
sekeliling, maka bekerja untuk menumbangkan daulah tersebut bermakna membantu
musuh-musuh Islam. Seharusnya, dia cuba membetulkannya dengan meneruskan
kerja-kerja pengislahan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Syeikh Abdul
Wahab tetapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya, dia telah menyediakan tentera
untuk melawan kerajaan 'Uthmaniyyah.
Satu lagi kesalahan yang beliau lakukan ialah tidak
membuat persediaan yang cukup. Sepatutnya, sebelum mula melawan musuh, kita
perlu mempunyai beberapa persediaan. Kita perlu ada wa' dan rakaiz, tetapi
beliau tidak melakukannya. Dan dengan sedikit sumber dan ahli yang tidak
terikat, mereka ingin melawan kerajaan yang telah tertegak asasnya. Kerajaan
'Uthmaniyyah ketika itu sangat maju. Ia sangat kuat dalam ketenteraan. Bangsa
Turki memang bijak dalam ketenteraan dan beliau ingin melawan satu kerajaan
yang mempunyai sumber dan tentera yang banyak. Akibatnya, mereka ditewaskan.
Dalam tahun 1814, gerakan Wahabi dimusnahkan. Sultan telah menyuruh gabenor
Mesir menghantar bala-tenteranya untuk melawan gerakan Wahabi, lalu
memusnahkannya. Sejak itu, gerakan Wahabi tidak lagi menjadi satu kuasa
politik.
GERAKAN SANUSI
Salah seorang pengikutnya Muhammad Ibnu Sanusi datang
dari Libya dan dia telah pergi ke Hijaz untuk mempelajai Islam di mana di sana
dia bertemu dengan gerakan Wahabi. Kemudiannya, dia kembali ke Libya pada tahun
1843, dia telah menubuhkan sebuah gerakan yang dikenali gerakan Sanusi. Dia
mengambil 'iktibar dari pengalaman Wahhabi. Dia tidak pergi melawan kerajaan
'Uthamniyyah dan tidak berperang dengan musuh dari Eropah. Sebaliknya, Muhammad
Ibnu Sanusi membuat da'wah dengan gaya yang baik. Apabila dia meninggal dunia,
anaknya Muhammad As Sanusi membuat lebih baik darinya dengan membentuk zawiyah
(suatu kumpulan kecil di mana orang berkumpul dalam setiap kampung).
Ahli-ahlinya datang, duduk dan belajar dari pelajaran yang disampaikan,
kemudian bercakap dan berbincang mengenainya. Setelah itu baharulah mereka
pulang. Nampak di sini yang ahli-ahlinya sedang dididik (ditarbiyah).
Kita boleh membuat kesimpulan bahawa inilah
tanda-tanda wal tandzim pembentukan jama'ah. Ia merupakan satu kerja yang besar
yang telah dilakukan oleh gerakan Sanusi. Kemudian selepas beliau meninggal
dunia, anak saudaranya menggantikan tempatnya dan memimpin gerakan Sanusi
hinggalah tahun 1911 di mana mereka melawan Itali yang menjajah Libya. Penjajah
telah memusnahkan gerakan Sanusi.
GERAKAN MAHDI
Di masa yang sama dengan gerakan Sanusi, terdapat satu
lagi gerakan di Sudan iaitu gerakan Mahdi. Dalam tahun 1884, Muhammad bin Mahdi
menjelajah seluruh sudan dan selatan Mesir. Dia menyatakan bahawa dia akan
memerintah dengan Al Quran. Dia meminta bai'ah dari orang ramai. Ramai yang
memberikan bai'ah kepadanya. Beliau kemudiannya membentuk bala-tentera lalu
melawan British. Beliau meninggal dalam tahun 1885, dan digantikan oleh seorang
amir yang tidak berapa baik dan sangat keras. Oleh itu, ramai meninggalkannya
menyebabkan gerakan tersebut mati dalam tahun 1886.
SULTAN ABDUL HAMID
Malah selepas gerakan Sanusi tamat pada tahun 1911,
terdapat satu kekosongan yang nyata di antara 1911 dan 1928. 17 tahun tanpa
gerakan Islam, yang ada hanya individu, seperti di akhir abad ke-19, Sultan
Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid cuba memperbaiki daulah Islam dan cuba
menyebarkan wa'. Adalah dikatakan bahawa dalam tahun 1900 dia mempunyai 200
surat khabar dan pada tahun 1905, beliau ada 500 surat khabar. Ini bermakna dia
benar-benar cuba untuk menyebarkan idea supaya duduk di bawah satu khalifah.
Dia cuba menyedarkan masyarakat tentang musuh-musuh Islam dan tugas serta
tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dia melakukan perkara yang baik dalam
aspek berkenaan tetapi dia bersifat individu. Itulah kesilapan Sultan Abdul Hamid.
Dia hanya bergantung pada beberapa individu dan tidak
membentuk sebuah gerakan. Persoalan kenapa tidak, kita tidak tahu. Dia bukannya
jahil tentang hal tersebut. Pada ketika itu terdapat banyak kumpulan. Kuffar
juga mempunyai kumpulan atau parti. Pada masa itu, semua orang Eropah yang
berkuasa mempunyai parti mereka sendiri sama ada yang dalam kerajaan atau yang
menentang kerajaan. Oleh itu, idea mengenai kumpulan atau kumpulan tidak jauh
darinya. Mengapa dia tidak membentuk sebuah gerakan, kita tidak tahu.
Sehinggalah pada tahun 1924, khilafah dihancurkan
sepenuhnya. Kini gerakan Islam perlu bekerja menggunakan pendekatan yang
berbeza mengikut qadhiyyah yang wujud iaitu mengembalikan Islam dan merubah
manusia. Pada masa yang sama fikri mesti seiring dengan siyasi. Dalam beberapa
abad yang terakhir, fikri telah terkebelakang, seperti kita ingin membina
daulah tetapi tiada bahan-bahan berkenaannya yang boleh didapati. Buku-buku
yang ada adalah kitab-kitab yang tiada seorang pun yang faham.
Ketika zaman Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Muslim
lebih 'arif (berpengetahuan) dan para fuqahaa terlibat dalam penulisan buku.
Penulisan para fuqaha’ menggunakan bahasa yang sangat tinggi. Mereka menulis,
contohnya: sunat solat ini adalah berpandukan hadith ini. Hadith ini adalah
mursal dan kita tidak boleh menerimanya. Bahasa yang digunakan sangat tinggi.
Masyarakat tidak faham apakah hadith ini.
Apakah sahih dan apakah pula mursal? Buku tersebut
tidak memenuhi kehendak qadhiyyah ketika itu, dan dalam aspek itu, fikri
ketinggalan di belakang dalam qadhiyyah. Sebab itulah, setiap gerakan yang
hendak bermula mereka menekankan aspek atau isu ini. Hanya intelektual yang
pakar sahaja boleh memahaminya. Sesetengah orang cuba menulis mengenai Islam
tapi hanya segelintir yang boleh memahaminya.
No comments:
Post a Comment